Sabtu, 2 April 2011

Blog-list Malaysia

Blog-list Malaysia


Ku Li - Video Lucah @ Politik Longkang.. Rakyat Akan Menolaknya

Posted: 01 Apr 2011 09:56 PM PDT

Tengku Razaleigh Hamzah membidas pihak yang mendalangi fitnah video lucah untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menegaskan rakyat akan menolak "politik kotor' sebegitu untuk mengalihkan tumpuan mereka daripada isu-isu nasional yang jauh lebih penting.

"Ini orang panggil gutter politics, politik longkang (dan digunakan) bila sudah tidak ada modal lagi. Ia timbul sebab polisi dan dasar yang diperjuangkan sudah tidak laku dan rakyat nampak tidak menerimanya. Oleh kerana itu (mereka) main politik kotor menyerang seseorang dengan harapan rakyat ketepikan hal seumpama itu.

"Ini bukan politik," tambah mantan Menteri Kewangan dan Naib Presiden Umno itu.

Ku Li menegaskan rakyat, khususnya masyarakat Melayu, menolak cubaan mana-mana pihak menyerang keperibadian pihak lain semata-mata untuk mencari kelebihan politik.


"Saya tak fikir rakyat terima hal (video seks) ini. Kalau tengok kes Anwar yang pertama tahun 1998, rakyat tidak terima. Usung tilam, bantal semua, tak ada orang terima. Saya masih ingat semasa saya adakan majlis dialog di Gua Musang. Orang cakap. Ni Melayu ke ni? Malulah," kata beliau.

"Perkara ini tak patut didedah kepada orang ramai. Jadi itu tunjukkan orang tak faham politik pun menolak benda macam ni. Saya rasa (video seks) ini salah langkah," katanya sambil menegaskana bahawa biarpun pihak yang mendalangi video seks itu berjaya menjatuhkan Anwar dan mencapai kemenangan politik, ia tidak bermakna dalam konteks kemuliaan tamadun negara itu sendiri.

"Kenapa kita nak amalkan ini semua kerana politik? Jika berpolitik sebegini, kalau kita menang pun, tidak ada maruah, tidak ada nilai, jadi tidak guna kita menang pun kalau kita guna cara buruk dan keji untuk mendapat tempat. Saya rasa rakyat pun tak dapat terima dengan baik," tegas beliau.

Tiga individu - Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, Bendahari Perkasa Shuib Lazim dan ahli perniagaan Shazryl Eskay mengakumendalangi penayangan video itu kepada umum pada 21 Mac. Mereka mendakwa rakaman itu menunjukkkan Anwar mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur Cina di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 21 Februari.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan berjumpa Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak selepas identiti mereka dibongkar oleh pejabat Parti Keadilan Rakyat. Ku Li berkata perbuatan mencantas ahli politik dengan taktik-taktik keji seperti menayangkan video seks "bukan budaya" Melayu mahupun Islam kerana ia amat keji.

"Saya tak tahu dimana kita belajar perkara ini. Di Amerika pun orang kata politiknya kotor. Saya rasa ia bergantung pada kita. Rakyat Malaysia punya tamadun dan budaya yang baik, kenapa kita hendak ikut budaya tak baik' kata Ku Li.

"Apatah lagi bagi orang Melayu Islam, tak patut kita lakukan benda yang jijik yang dipandang rendah oleh orang. (Apa guna) kita buat perkara yang hina di sisi masyarakat," tegas beliau.

Editor

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Betina Bodoh Ini Suruh Wan Azizah Dan Nurul Izzah Lakukan Sumpah Laknat.. Hahaha

Posted: 01 Apr 2011 06:16 PM PDT

Wan Azizah, Nurul Izzah perlu bersumpah laknat

KUALA LUMPUR 1 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu melakukan sumpah laknat dengan segera bagi menafikan 'pelakon' dalam video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T' itu adalah suaminya.

Tindakan itu perlu dilakukan kerana pihak polis telah mengesahkan video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki yang wajahnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, jika Dr. Wan Azizah gagal berbuat demikian, ia bererti Presiden PKR itu bersuhabat dengan suaminya bagi menutup kebenaran skandal video seks tersebut.

Farahana juga menggesa Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah mengambil tindakan yang sama jika yakin bapanya tidak terlibat dengan skandal itu.


"Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah perlu membersihkan diri daripada persepsi bahawa mereka sebenarnya bersubahat bagi menutup kebenaran dalam isu video seks demi kepentingan politik.

"Kegagalan bersumpah memberi gambaran yang mereka cuba menyelamatkan Anwar meskipun bukti tidak berpihak kepada ketua pembangkang itu," katanya dalam kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti itu adalah tulen dan rakaman video tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pengesahan itu sekali gus menutup tuduhan pihak pembangkang kononnya video yang memaparkan aksi seks pemimpin kanan pembangkang tersebut telah dipalsukan bagi membunuh karier politik individu berkenaan.

Mengulas lanjut, Farahana berkata, jika Dr. Wan Azizah dan anaknya sanggup melakukan sumpah laknat, ia membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka adalah pemimpin yang berintegriti dalam menegak kebenaran.

"Ini penting bagi melayakkan Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah menganggotai suruhanjaya diraja jika ia ditubuh oleh kerajaan kelak," jelasnya.Sumber:UM Online

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Peguam Umno Nak Saman DUN Selangor

Posted: 01 Apr 2011 05:42 PM PDT

Usul Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor bakal mengheret DUN, Speaker dan Khalid ke mahkamah.

Peguambela dan pegumacara, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata tindakan itu terpaksa diambil berikutan DUN Selangor meluluskan satu usul untuk merujuk beliau dan Adun Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.

"Saya difahamkan bahawa Menteri Besar akan membawa satu usul ke dalam sidang untuk merujuk saya ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan atas tuduhan menghina DUN melalui satu surat kepada Speaker Dewan.


"Dalam usul berkenaan mengatakan saya berbahasa tidak senonoh, biadab dan mengugut sedangkan surat yang dihantar kepada Tetuan Thommy Thomas selaku peguamcara kepada Datuk Teng Chang Kim, Speaker DUN meminta bayaran kos yang diperintah oleh mahkamah," katanya di sidang media berhubung usul berkenaan.

Menurutnya, surat yang dihantar itu adalah amalan biasa firma guaman untuk menuntut bayaran kos perbicaraan mahkamah anak guamnya, Adun Pelabuhan Kelang yang sudah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 18 Disember lalu.

Pembayaran itu perlu selepas mahkamah memutuskan bahawa keputusan Teng sebagai Speaker DUN Selangor yang membuat keputusan memecat Badrul sebagai Adun Pelabuhan Kelang, sebagai tidak sah.

Hafarizam berkata, apa yang dilakukan oleh Khalid dianggap sebagai satu campur tangan politik dalam bidang profession perguaman di negara ini dalam mempertahankan hak anak gumanya.

"Di sini, saya ingin jelaskan surat yang dihantar bukanlah dihantar oleh saya sendiri tetapi firma kami sebagai peguam kepada badrul Hisham dan kami tidak pernah meulis surat kepada Tuan Speaker seperti yang dicadangkan oleh usul tersebut.

"Apa yang saya lakukan ini memberitahu bahawa perkara yang dinyatakan itu tidak benar dan saya percaya usul itu akan diterima, apa yang berlaku itu sebagai tidak adil kerana saya tidak berpeluang untuk mempertahakankan apa yang kami lakukan kerana saya bukan Adun.

"Untuk mempertahankan diri, saya akan mengambil tindakan mahkamah terhadap DUN Selangor, Menteri Besar dan Tuan Speaker jika usul berkenaan diluluskan kerana di situ saya boleh bercakap untuk menyatakan apa yang sebenarnya," katanya.

Beliau juga mengesa Majlis Peguam membuat kenyataan berhubung perkara yang berlaku kerana tindakan diambil telah mengganggu profesion perguaman di negara ini, dan kes itu adalah yang pertama kali di negara ini apabila satu usul membabitkan profesion perguaman di bawa ke sidang DUN. - MediaUMNO.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Anwar Di Sambut Meriah, Polis Di 'Boo'..

Posted: 01 Apr 2011 08:08 AM PDT

KUCHING: Walaupun dihalang, diganggu dan amaran diberikan polis, kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kuching tetap disambut meriah penduduk setempat. Sekalipun tanpa publisiti besar-besaran, namun kehadiran Ketua Pembangkang berjaya dihidu, yang kemudiannya disebar secara lisan, melalui SMS dan emel. Pada program ceramah di Kampung Rampangi dalam Dun Asajaya malam tadi, seperti mana sebelumnya, polis meneruskan 'operasi menakutkan rakyat', namun keberanian rakyat Sarawak dibuktikan dengan kehadiran ratusan termasuk kaum wanita dan anak-anak muda.

Pada satu ketika semasa Anwar sedang berceramah , seorang pegawai polis telah di'boo' oleh hadirin kerana secara tiba-tiba mencelah dan mengarahkan supaya pembesar suara diperlahankan. "Tak apa, nanti bila kita sampai ke Putrajaya, bukan sahaja gaji guru kita naikkan, elaun polis pun kita tambah," sinis Anwar disambut ketawa oleh hadirin.


Beliau kemudiannya bergegas ke Demak Laut Commercial Centre untuk memenuhi undangan ceramah di sebuah restoran. Disini, ratusan penyokong Pakatan Rakyat setia menunggu walaupun kawasan tersebut dikepung puluhan anggota polis. "Walaupun agak penat dengan program berterusan sepanjang hari, tapi bila saya tengok orang Sarawak bersemangat, saya pun jadi kuat," kata Anwar disambut sorakan 'Reformasi'.

"Ini petanda yang baik. Bukan orang Bidayuh sahaja yang mahu perubahan, orang Melayu pun," katanya.Anwar berkata Sarawak yang kaya amat jauh berbeza dengan keadaan negara Bangladesh yang dilanda kemiskinan. "Negeri ini akan mengalami nasib yang sama sekiranya pemimpin Barisan Nasional dibenarkan terus merompak hasil mahsulnya," kata Anwar.

Terdahulu sebelum itu, di sebelah petang, ketika singgah di pekan Serian untuk minum petang, ramai pengunjung di bandar transit tersebut yang mengambil peluang untuk bersalaman dan bergambar bersama Anwar. Kehadiran rakyat Sarawak yang meningkat pada setiap program yang dihadiri Anwar menunjukkan 'mood' sokongan kini berpihak kepada Pakatan Rakyat.

"Rakyat Sarawak harus mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat di negara Mesir dan Tunisia yang menumbangkan penguasa yang zalim dan rasuah. "Dunia menolak pemimpin ambil kekayaan dan banyak menyusahkan rakyat. Negeri kaya tetapi rakyat miskin. Semua dah tukar dah, Indonesia dah tukar dah, Mesir dan Tunisia pun dah tukar dah tinggal Sarawak sahaja yang belum," kata Anwar menutup ceramah di Demak Laut malam tadi./kd / Addin

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Video Tulen, Pelakonnya Tulen Ke Anwar??

Posted: 01 Apr 2011 07:40 AM PDT

NGO Melayu, PKR desak identiti lelaki didedah

Pelbagai pihak tampil mendesak polis tidak bertindak berat sebelah dalam kes video seks membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila hanya mengesahkan 'ketulenan' klip video berkenaan tanpa menjawab persoalan siapa individu yang dirakamkan itu.

TV Selangor memetik Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mendedahkan ketulenan video itu sebelum mengesahkan individu yang dirakamkan terlebih dahulu, jelas bermotif politik.

"Kita konsisten dengan pendirian bahawa dalam kes video seks ini bermotif politik. Jadi tindakan awal kita ialah membuat laporan polis terhadap ketiga-tiga perlaku itu yang dikenali sebagai Datuk T ini.


"Mereka menayangkan bahan berbentuk lucah yang dalam definisi kesalahan jenayah dalam Seksyen 292 Kanun Keseksaan. Laporan polis itu menjurus kepada perlakuan jenayah yang dilakukan mereka. Jadi tidak timbul video ini menimbulkan keraguan atau tidak," kata Shamsul.

Menurut beliau, PKR telah menawarkan puluhan rekod tetapi tidak diendahkan oleh polis.

NONE"Puluhan rekod polis ini seolah-olah dipandang enteng dan tidak penting kepada pihak polis. Ini jelas memperlihatkan adanya 'double standard' atau unsur pendakwaan terpilih di dalam kes seperti ini," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Pertubuhan Pemikir Profesional Melayu Malaysia (PPPMM) mahu pihak polis perlu berterus-terang dan mendedahkan identiti orang terlibat.

Presidennya, Datuk Dr Kamarudin Kachar berkata ketua polis negara telah mengesahkan ketulenan video tersebut menerusi siasatan pakar-pakar namun enggan mendedahkan identiti pelaku dalam video itu.

bumiputera economic congress 290510 presiden pppmm prof dr kamarudin kachar"Persoalan siapakah pemilik identiti lelaki yang dalam video berkenaan hanya boleh dirungkai oleh pihak polis memandangkan polis terlibat dalam siasatan pita video tersebut dari A hingga Z.

"Kita sebagai orang awam meminta supaya pihak polis berbuat demikian bagi mengakhiri segala kekalutan yang berlaku akibat terlalu banyak sangat spekulasi yang timbul disebabkan orang masih berteka-teki siapa sebenarnya lelaki berkenaan," katanya ketika dihubungi di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam pada itu, Ketua Umum Badan Bertindak Perpaduan Melayu, Osman Abu Bakar yang turut menyokong supaya polis mendedahkan identiti pelaku dalam video itu.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Kerja-Kerja Bodoh Macam Ini Hanya Pemuda Umno Saja Sanggup Buat

Posted: 01 Apr 2011 07:11 AM PDT

Umno Shah Alam dalang komik lucah 'Raja Lawak'

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad mendakwa pengedaran komik 'Kisah Juara Raja Lawak' yang memaparkan karikatur lucah mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didalangi Umno Bahagian Shah Alam.

Komik setebal 16 muka surat itu mengandungi karikatur dan gambar teknik 'super impose' lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks termasuk mengaitkan dengan bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Khalid berkata, beliau menerima aduan daripada pihak pengurusan sebuah kilang percetakan di Seksyen 23 di sini apabila timbunan komik tersebut dijumpai minggu lalu dikilang tersebut yang diletakkan oleh individu tidak dikenali.


Khalid mendakwa, beliau didatangi pihak pengurusan tersebut membuat aduan menyatakan kebimbangan kerana komik itu sudah mula diedarkan kepada pekerja kilangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Penyebaran komik lucah ini merupakan satu corak politik yang kotor dan lebih menjijikkan lagi, saya dapat maklumat ia didalangi Pemuda Umno Bahagian Shah Alam," katanya kepada pemberita dipejabatnya di sini hari ini.

Sehubungan itu, Khalid menggesa Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Md Zin tampil mengutuk sekaligus menafikan dakwaan yang dilemparkannya.

"Kalau Umno punya maruah dan prinsip, mereka kena buat kutukan dan tolak dakwaan ini," katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis tentang perkara ini di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Seksyen 11 esok.

"Saya akan buat laporan polis dan serahkan komik itu yang dianggap sebagai bahan lucah," katanya.

Pada 29 Mac lalu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis terhadap komik yang sama di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Dalam laporannya, Nurul Izzah mendakwa pengedaran komik itu berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

PDRM Memang Pilih Bulu, Kata Khalid Samad

Posted: 01 Apr 2011 05:50 AM PDT



KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Video Seks : Ketua Polis Negara Tidak Faham Mengapa Anwar Buat Laporan?

Posted: 01 Apr 2011 05:07 AM PDT

Menakjubkan lagi membingungkan – itulah mungkin rumusan paling sesuai untuk menggambarkan reaksi rakyat berikutan kenyataan separuh masak Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar yang mengumumkan video seks lucah yang dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah 'tulen'.

Malah Ismail membayangkan hasil siasatan akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail untuk tindakan susulan dalam tempoh terdekat.

Persoalannya : Betul ke Anwar adalah pelaku dalam video itu? Malangnya, Ketua Polis Negara tidak memberi jawapan.


Jawapan beliau adalah penting kerana ia menjadi paksi kepada segala isu ini – benarkah Anwar dirakam mengadakan hubungan sumbang dengan seorang pelacur di sebuah hotel pada 21 Februari lalu?

Anwar membuat laporan polis pada 22 Mac, sehari selepas video itu ditayangkan kepada media di Hotel Seri Carcosa Kuala Lumpur di mana Ketua Pembangkang dan isterinya kemudian diugut supaya berundur dari politik.

Laporan polis dibuat oleh Ketua Pembangkang itu untuk membolehkan Bukit Aman sendiri menyiasat sama ada pelaku dalam video itu adalah Anwar atau bukan.

Jika bukan, maka jelas fitnah besar-besaran berlaku. Justeru identiti pelaku dalam video itu amat penting dan adalah kunci kepada segala-galanya.

Namun persoalan ini tidak dijawab oleh Ismail. Beliau lebih menjurus kepada hasil siasatan yang mendapati video itu adalah tulen berasaskan penelitian pakar-pakar video tempatan.

Persoalan asas tidak dijawab – siapa pelakon dalamnya. Lebih mengejutkan ialah kenyataan Ismail bahawa hasil siasatan kini "di tahap akhir", akan diserahkan kepada Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dalam tempoh terdekat.

Mungkinkah siasatan itu boleh dianggap hampir selesai TANPA polis mengambil keterangan daripada Anwar atau pihak-pihak yang dapat membantu siasatan polis.

Mereka yang dimaksudkan adalah :

-Ahli Keluarga Anwar dan kakitangan yang dapat mengesahkan Ketua Pembangkang itu berada di rumah pada malam 21 Februari – hari rakaman itu dikatakan dibuat.

- Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang mengemukakan urutan 9 pesanan Twitter yang dihantar oleh Anwar pada malam itu.

- Ahli Parlimen Sungai Petani Johari Abdul dan bekas Ahli MPT PKR Badrulhisham Shahrin yang menonton video itu dan yakin pelakunya bukan Anwar berasaskan susuk tubuh dan "bahasa tubuh" pelaku.

Selang sehari video itu didedahkan, pejabat Parti Keadilan Rakyat membongkar identiti pihak yang mendalangi rakaman itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi Risda Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Shazyl Eskay dan Bendahari Perkasa Shuib Lazim.

Hanya selepas identiti mereka terbongkar, gandingan Datuk T tampil mengakui mereka di sebalik penayangan video berkenaan, itupun selepas mereka dilaporkan berjumpa dengan Perdana Menteri Najib Razak di Bangunan Parlimen pada 22 Mac.

Rahim, Eskay dan Shuib hanya mengambil masa kurang lima jam untuk menyerahkan bukti dan memberi keterangan kepada polis susulan laporan yang dibuat Anwar.

Selang seminggu kemudian, Ketua Polis Negara mengumumkan siasatan sudah hampir selesai untuk Peguam Negara mengambil tindakan susulan!

Jelas banyak ruang-ruang tertinggal dalam "siasatan adil dan telus" yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein.

Kenyataan bingkas beliau dan Perdana Menteri Najib Razak menafikan polis tidak langsung terlibat dalam isu fitnah video seks "Tiga Datuk" kini menimbulkan lebih banyak kecurigaan berikutan kenyataan Ketua Polis Negara hari ini.

Oleh Wira Arjuna

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

TAHNIAH RAKYAT MALAYSIA.. RON 97 Naik 20 Sen Tengah Malam Ini

Posted: 01 Apr 2011 04:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 1 April - Harga petrol RON97 akan mengalami kenaikan 20 sen seliter mulai tengah malam ini, demikian menurut sumber-sumber industri hari ini.

Dengan kenaikan itu, bahan api RON97 akan dijual RM2.70 seliter - kadar peningkatan paling tinggi tahun ini.

"Baru petang ini kami menerima notis pengesahan (daripada kerajaan) mengenai kenaikan, 20 sen seliter kali ini," kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Ini kenaikan kali ketiga tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.


Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

"Kenaikan kali ini hanya membabitkan petrol RON97, yang lain-lain kekal tidak berubah," kata sumber itu.

Februari lalu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan sedang mengkaji semua opsyen bagi membolehkan kerajaan tidak menaikkan harga petrol RON95 dalam waktu terdekat walaupun berlaku kenaikan harga minyak global.

Disebabkan harga RON97 diapungkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengumumkan perubahan harganya dari semasa ke semasa.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Standard Berbeza Untuk Adun BN

Posted: 01 Apr 2011 04:13 AM PDT

ADUN BN Dijatuhi Hukuman Penjara 3 Tahun, Denda RM20K, Tiada Pilihanraya

ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban.

Mahkamah juga membenarkan penangguhan hukuman ke atas ADUN BN itu kerana pembelaan mahu membuat rayuan.

Mahkamah sebelum ini mendapati Mustafa bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

Tiada p'raya kecil


Hukuman yang dijatuhkan ke atas Mustafa itu bagaimanapun tidak akan menyebabkan pilihan raya kecil diadakan.

Ini berdasarkan kenyataan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini berhubung kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat.

Abdul Aziz berkata, kelayakan Mustafa sebagai wakil rakyat tidak akan dilucutkan selagi ADUN berkenaan masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan.

"Hukuman akan dijatuhkan pada 1 April. Ia tidak akan berkuatkuasa sehingga akhir 14 hari, di mana beliau boleh memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi.

"Proses mahkamah ini panjang, ADUN itu boleh merayu lepas 1 April ini, selepas habis proses mahkamah semuanya dan tetap disabitkan baru lucutlah jawatan ADUN," kata Abdul Aziz.

Menurutnya, jawatan Mustafa akan hanya dilucutkan jika beliau tidak merayu atau dihukum kepada setahun penjara atau atau lebih dan didenda sekurang-kurang RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Sekalipun Mustafa dilucutkan kelayakannya, pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika keputusan muktamad mahkamah hanya dibuat selepas 28 April, tahun ini. -GB


KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Tiada ulasan: