Biaqpila |
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 30/4/11
- SUMPAH: PERLUKAH ANWAR JADI JAHIL MACAM DEPA?
- Politik 'longkang' cemari Rukun Negara
- Tahniah Ustaz Shamsul... "Amar makrof nahi Mungkar"
- Video seks: Trio 'Datuk T' mungkin didakwa
| Posted: 30 Apr 2011 07:55 AM PDT
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
| SUMPAH: PERLUKAH ANWAR JADI JAHIL MACAM DEPA? Posted: 30 Apr 2011 05:31 AM PDT SEHATI SEJIWA... ANWAR TAK SEBODOH ITU NAK PI BUAT PROJEK BAWA SEKALI SI KITOL TU.APA BANGANG PUNYA JALAN CERITA? PENAYANG VIDEO SEKS BOLEH DIKAWAL POLIS UNTUK BUAT SUMPAH. TAK CUKUP ITU,DISEDIAKAN JAKET KALIS PELURU TAKUT KENA TEMBAK. DAH TAU BAHAYA,BUAT APA NAK BUAT JUGAK ACARA SUMPAH? KALAU CERAMAH ANWAR POLIS BOLEH HALANG DENGAN ALASAN BOLEH MENGGUGAT KETENTERAMAN AWAM KENAPA ACARA SUMPAH DIBERI LAYANAN HEBAT OLEH POLIS? PADAHAL MEREKA2 INI ADALAH PENAYANG VIDEO LUCAH YANG MASIH DALAM SIASATAN POLIS? MAHKAMAH MANA YG DAH PERINTAH MANGKUK-MANGKUK NI BUAT SUMPAH? BIAQ HANGPA SAJALA JADI JAHIL TAK IKUT SYARIAT ISLAM. TAK PAYAHLA DOK SURUH ANWAR BERSUMPAH. TUJUAN SUMPAH SEMATA-MATA NAK SEBARKAN MELALUI MEDIA UTUSEKS DAN TV3SUKU... KAH! KAH! KAH! KEPADA YANG MASIH PERCAYA ORANG YANG DALAM VIDEO TU ANWAR BACA NI: KALAU BETOI ANWAR PI BUAT PROJEK,ESKAY PUN ADA DIPERMULAAN VIDEO. PELACUR TU PUN ADA SEKALI. SOALAN GUA: PASAI APA ESKAY TAK PANGGIL PENCEGAH MAKSIAT,CEKUP ON THE SPOT? IKUTLAH SYARIAT ISLAM, PASAI APA PERLU SUSAH-SUSAH; CARI JAM, UMPIL LACI,(LACI HOTEL ADA KUNCI KA?) JUMPA PERAKAM, BUAT TAYANGAN VIDEO LUCAH, UGUT SUPAYA ANWAR LETAK JAWATAN, LAST SEKALI TERPAKSA PULAK BERSUMPAH? NAMPAK JELAS INI KERJA ORANG JAHIL KENAPA PERLU KITA PERCAYA KEPADA ORANG JAHIL? KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
| Politik 'longkang' cemari Rukun Negara Posted: 30 Apr 2011 05:00 AM PDT ![]() Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa rakyat kini bingung dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka. Semuanya berpaksi kepada video seks yang cuba dikaitkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Media arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 serta RTM mengangkat Datuk Shazryl Eskay Abdullah kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaannya bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu.Bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik pula mewakilkan Eskay untuk melafazkan ikrar itu bagi pihaknya yang mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Nasihat mufti-mufti seperti Tan Sri Harussani Zakaria bahawa isu itu harus ditangani secara qazaf dan bukan sumpah laknat ditenggelamkan oleh media arus perdana. “Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata beliau sebelum ini. Di Kelantan, PKR mendedahkan seorang pegawai polis kanan memberitahu guru-guru kononnya pelaku dalam video itu adalah Anwar. Kempen “pencerahan isu Anwar” oleh pegawai polis berkenaan berlarutan sejak awal bulan ini. Di Pulau Pinang, Timbalan Ketua Menteri Mansor Othman pula mendedahkan penduduk setempat di Penanti dijemput menonton video itu di pejabat KEMAS. Video itu juga disajikan semasa kursus Biro Tata Negara untuk mahasiswa. Untuk mereka, (termasuk kanak-kanak) yang tidak dapat mengikuti video seks menerusi You Tube atau suratkhabar dan blog-blog pro-Umno, jangan khuatir kerana gambar-gambar video itu dicetak dalam bentuk risalah dan diedarkan di merata tempat. Ke mana hala tuju negara? Jika ini bukan “politik longkang” yang menghakis nilai-nilai keagamaan dan peradaban yang kita junjung sebagai rakyat bersopan yang tahu menjaga maruah diri dan jiran kita, amalan politik apa namanya ini? Ke mana semangat Rukun Negara yang menggariskan soal kesopanan dan kesusilaan? Apakah segala-galanya boleh dihalalkan semata-mata untuk mencari keuntungan politik? Apakah benar polis dan Biro Tata Negara membantu mencaci dan menfitnah supaya generasi muda menolak pemimpin pembangkang? Kenapa Peguam Negara pula yang menentukan rentak siasatan polis? Semua persoalan ini mempunyai jawapan mudah jika seseorang mengambil kira hakikat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri menggunakan “jam Omega' sebagai modal politik ketika pilihan raya negeri Sarawak yang lalu. Walaupun beliau cuba memberi gambaran kononnya segala yang melanda Anwar ketika ini tidak ada kaitan dengan Umno dan kerajaan, ramai yang sangsi, curiga dan amat tidak mempercayai Najib. Malah, satu lagi kes Anwar bersabit isu moral menyebabkan kewibawaan polis, Peguam Negara dan Biro Tata Negara pula menjadi persoalan utama mengenai kredibiliti kita sebagai rakyat yang bermaruah. Berdasarkan perkembangan semasa, isu ini juga akan mengheret Badan Kehakiman yang masih tercalar imejnya daripada pusingan pertama perbicaraan fitnah terhadap Anwar pada tahun 1998. Rakyat tertanya-tanya, sampai bila institusi-institusi awam negara akan terus diheret dan bukti rekayasa semata-mata untuk membenamkan Anwar Ibrahim. Tindakan terbaru akhbar-akhbar berbahasa Melayu, TV3 dan RTM menyembunyikan kenyataan-kenyataan mufti dan tokoh Islam bersabit isu fitnah dan kemungkaran mencerminkan bagaimana rendahnya kewibawaan media kawalan kerajaan. Namun mereka tidak mempunyai pilihan kerana berfungsi di bawah telunjuk Umno dan BN (BN). Mereka ditugaskan untuk mewarnakan Anwar sebagai seorang peliwat, kaki perempuan, ejen CIA, agen Yahudi dan apa sahaja asalkan ketua pembangkang itu diaibkan sehingga terpaksa berundur dari politik buat selama-lamanya. Media massa ini mahu rakyat beragama Islam di Malaysia percaya bahawa orang-orang seperti Eskay, Rahim dan Shuib Lazim adalah bebas daripada dosa besar dan layak membuat sumpah laknat untuk menuduh pihak lain. Umno pula mengharapkan sumpah laknat Eskay akan berjaya setelah sumpah laknat Saiful Bukhari Azlan gagal mencapai matlamatnya dalam kes liwat fitnah. Dalam mengejar matlamat masing-masing, Umno, mahupun media massa tidak harus lupa bahawa rakyat mempunyai kewarasan dan iman untuk membezakan antara kebenaran dan fitnah.Kebenaran akan sentiasa menzahirkan diri dan menyerlah dengan peredaran masa serta mempunyai ketahanan untuk mengatasi apa sahaja kemungkaran yang cuba disebarkan. Fitnah sebaliknya tidak lebih daripada rekayasa jijik yang akhirnya akan terpalit kepada pihak yang mencetuskannya. MK KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
| Tahniah Ustaz Shamsul... "Amar makrof nahi Mungkar" Posted: 29 Apr 2011 10:00 PM PDT ![]() Rasa shahdu bila melihat seorang hamba Allah mengambil kesempatan memberanikan diri untuk memberikan nasihat kepada TRIO yang ingin melakukan upacara bersumpah. Kaedah sumpah laknat untuk membenarkan tuduhan, bukan sahaja akan merosakkan nilai sumpah itu sendiri, malah lari dari kaedah Islam. Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari segala bentuk kemurkaan Allah kerana kerakusan golongan manusia yang terus berdegil melanggar perintah Allah. Surah Al-Munafiqun Ayat 1 hingga 4 [1] Apabila orang-orang munafik datang kepadamu (wahai Muhammad), mereka berkata: “Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau – sebenar-benarnya Rasul Allah”. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah RasulNya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta. [2] Mereka menjadikan sumpahnya (atau akuannya) sebagai perisai (untuk menyelamatkan dirinya dan harta bendanya daripada dibunuh atau dirampas), lalu mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari menurut jalan Allah. Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan. [3] (Perbuatan buruk) yang demikian kerana mereka mengaku beriman (di hadapan orang-orang Islam) kemudian mereka tetap kafir sesama sendiri, maka dengan sebab itu dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami (yang mana benar dan yang mana salah). [4] Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan kelalukannya); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih. Dalam pada itu) mereka adalah seperti batang-batang kayu yang tersandar (tidak terpakai kerana tidak ada padanya kekuatan yang dikehendaki). Mereka (kerana merasai bersalah, sentiasa dalam keadaan cemas sehingga) menyangka tiap-tiap jeritan (atau riuh rendah yang mereka dengar) adalah untuk membahayakan mereka. Mereka itulah musuh yang sebenar-benarnya maka berjaga-jagalah engkau terhadap mereka. Semoga Allah membinasa dan menyingkirkan mereka dari rahmatNya. (Pelik sungguh!) Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsunya – dari kebenaran)? Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi ‘khutbah’ kepada Eskay, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bekas bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi. Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan. Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah. Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com berkata, beliau berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut. Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit. “Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi ‘jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih’. “Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat,” katanya. Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya. “‘Skrip’ yang disiapkan kepada Eskay itu tidak dapat mengelakkan beliau di dalam jenayah qazaf,” katanya yang percaya skrip itu disediakan pihak tertentu. Sebelum ini Shamsul memberitahu bahawa sumpah membuktikan pertuduhan zina cuma dilakukan oleh pasangan suami isteri, seperti digariskan dalam perundangan Islam. Sumpah tersebut dipanggil sebagai sumpah Li’an yang dinyatakan dalam Al Quran dalam Surah An Nur. “Sumpah li’an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak ‘laku’ kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak ‘laku’ kalau tidak membabitkan suami dan isteri,” ujarnya. Tayangan peristiwa bersumpah yang macam sampah boleh klik disini guruinspirasiku KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK | |||
| Video seks: Trio 'Datuk T' mungkin didakwa Posted: 29 Apr 2011 06:00 PM PDT ![]() DEY MACHA!!!! INI BERITA LAMA LA TAPI GUA ULANG SIAR BALIK SAJA GUA NAK INGATKAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA PASAI SAMPAI LA NI TENGOK TAKDAK APA TINDAKAN PUN KAH! KAH! KAH! SIAP BOLEH DI ESKOT BUAT SUMPAH LAKNAT LAGI DIPAKAIKAN JAKET KALIS PELURU PULAK TU HEBAT BETOI DATUK-DATUK TEMBERANG NI BESAQ BETOI LESEN WAJIB TAYANG VIDEO SEKS DEPA WALAUPUN KES DEPA MASIH DISIASAT POLIS BOLEH PULAK POLIS TAK HALANG SETIAP TINDAKAN DATUK3 TEMBERANG NI SIAP BAGI KAWALAN LAGI ADA TAK PELIK KA BAI??? APA NAK PELIKNYA...TEH TARIK WUNNNNNEEKKKK!!!! KAH! KAH! KAH! Apr 18, 11 4:44pm Trio Datuk T mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks melibatkan pelaku yang dikatakan mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata polis.
Beliau berkata kertas siasatan kes itu dijangka dihantar ke Pejabat Peguam Negara Khamis ini. "Ada kemungkinan mereka akan didakwa mengikut Sekyen 292 itu kerana ia menjurus kepada mereka, pihak penayang." "Namun bukan polis yang menentukan keputusan itu sebaliknya pejabat Peguam Negara. Kami akan adakan sidang akhbar nanti bila segalanya selesai," katanya ketika dihubungi Bernama di Kuala Lumpur hari ini.
"Kalau boleh bagi pihak kita seawalnya hantar (kertas) itu pada Khamis ini...sementara itu kami tunggu respon daripada pihak yang menyediakan dua perkara itu. "Dua perkara ini tidak boleh didedahkan dahulu ketika ini kerana ia lebih kepada pendakwaan dan menganggu tugas pejabat Peguam Negara," katanya. Ditanya mengenai sama ada polis mempunyai kuasa untuk menahan pelaku dalam video seks itu, Acryl berkata: "Kami (polis) tiada peruntukan undang-undang untuk menahan mereka dan mengambil keterangan.
Pada 21 Mac lalu, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai "Datuk T" di Carcosa Seri Negara. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar baru-baru ini mengumumkan bahawa rakaman video seks itu adalah tulen selepas disahkan oleh pakar tempatan yang memeriksa video berkenaan. - Bernama KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Media arus perdana, Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 serta RTM mengangkat Datuk Shazryl Eskay Abdullah kerana mahu melafazkan sumpah laknat untuk menyokong dakwaannya bahawa Anwarlah pelaku zina dalam video itu.
“Kalau semua orang boleh bersumpah (laknat) saja, ramai orang yang boleh melakukannya. Takut apa sumpah ini,” kata beliau sebelum ini.
Ke mana semangat Rukun Negara yang menggariskan soal kesopanan dan kesusilaan?
Malah, satu lagi kes Anwar bersabit isu moral menyebabkan kewibawaan polis, Peguam Negara dan Biro Tata Negara pula menjadi persoalan utama mengenai kredibiliti kita sebagai rakyat yang bermaruah.
Tindakan terbaru akhbar-akhbar berbahasa Melayu, TV3 dan RTM menyembunyikan kenyataan-kenyataan mufti dan tokoh Islam bersabit isu fitnah dan kemungkaran mencerminkan bagaimana rendahnya kewibawaan media kawalan kerajaan.
Dalam mengejar matlamat masing-masing, Umno, mahupun media massa tidak harus lupa bahawa rakyat mempunyai kewarasan dan iman untuk membezakan antara kebenaran dan fitnah.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata kemungkinan itu wujud berikutan siasatan mengikut Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah itu menjurus kepada mereka, pihak yang menayangkan video.
Ketika ditanya mengenai perkembangan kertas siasatan, beliau berkata masih terdapat dua lagi perkara yang perlu dikemaskini dan dilengkapkan dalam siasatan itu, sebelum dihantar ke Pejabat Peguam Negara untuk tindakan susulan.
"Kita kena rujuk kepada pejabat Peguam Negara untuk sebarang penelitian dan semakan. Mungkin mereka ada peruntukan undang-undang terhadap si pelaku," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan