Biaqpila |
- Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah
- KEJAP KATA TERJUMPA KAMERA, KINI MENGAKU ADA BERSAMA DALAM BILIK, MANA SATU ESKAY?
- Bila Orang Dah Mula Tak Percaya, Terpaksalah Bersumpah
- Cara pemimpin Malaysia buat keputusan
- TV3SUKU BIKIN ROSAK MINDA ANAK-ANAK
- Hukum Melewatkan Solat
- VIDEO SEKS: FULL VERSION LAGI KANTOI
| Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah Posted: 29 Apr 2011 03:00 PM PDT BEKAS MUFTI & PENDAKWAH TOLAK SUMPAH ![]() Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya (gambar fail) berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil. Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi, Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu. "Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan," ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com. Bagaimanapun, sumpah li'an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam. Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar. Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li'an. "Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah. "Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li'an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan. "Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila. "Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak," ujar beliau. Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang kesan atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam. "Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat. "Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah. "Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman," ujarnya. Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6. "Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina," ujarnya. Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz pula hari ini mengingatkan trio Datuk T supaya mengingati azab Allah, sebelum salah seorang daripadanya, Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat. Shamsul adalah pendakwah bebas yang dimaksudkan pihak media, ketika hadir memberi 'khutbah' kepada mereka bertiga di Masjid Amru Ibnu Al As, Sentul petang tadi. Kehadirannya pada mulanya disangka Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Beliau kemudiannya mengambil tempat dan duduk di hadapan ketiga individu berkenaan sebelum Eskay bersedia mengangkat sumpah. Shamsul dilaporkan berbuat demikian supaya Eskay memikirkan semula tindakannya yang boleh memakan diri berikutan sumpah laknat tersebut. Selain menasihati ketiga mereka, Shamsul turut memberikan sebuah buku berkaitan hukum qazaf kepada indivitu terbabit. "Saya ada menghulurkan buku itu kepada Eskay dan memberikan nasihat berbunyi 'jangan ambil kira habuan dunia kerana azab Allah lebih pedih'. "Apabila melakukan pembohongan akan ada implikasi terutamanya apabila pembohongan itu yang ingin dijadikan sebagai sumpah laknat," katanya. Tambahnya, beliau juga menyedari bahawa Eskay membaca sumpah berkenaan mengikut skrip yang ditulis pada sehelai kertas selepas enggan menerima nasihatnya. KLT KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| KEJAP KATA TERJUMPA KAMERA, KINI MENGAKU ADA BERSAMA DALAM BILIK, MANA SATU ESKAY? Posted: 29 Apr 2011 05:00 AM PDT ![]() BULETIN TV3 sebentar tadi (semalam), terang-terang Datuk Eskay bagitahu dia berani buat sumpah laknat esok (hari ini) kerana dia sendiri berada di dalam bilik sewaktu aksi seks DS Anwar berlaku. Bertambah pening orang yang sedia bodoh dengan pengakuan Eskay ini. Mengapa saya berkata demikian? Bukankah Eskay awal dulu mendakwa bahawa dia terjumpa kamera tersembunyi tersebut di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal? Kununnya untuk memastikan bahawa itu adalah Anwar, beliau mengajak beberapa orang termasuk Rahim, Shuib juga YB Johari Abdul termasuk Chegu Bard menontonnya. Sekejap beliau kata terjumpa kamera tersebut, sekarang ini mengaku beliau ada di dalam bilik berkenaan. Adakah kerana video itu sudah terkantoi kerana kelihatan kelibat lelaki lain selain lelaki yang kununnya Anwar di dalam video tersebut, maka dia terpaksa mengubah cerita? Jika beliau memang benar berada di situ, apakah tujuannya? Jika untuk memerangkap Anwar, tidakkah lebih baik dan berkesan dengan menghubungi pihak berkuasa Agama untuk menangkapnya? Tentu lebih berkesan dan Anwar tidak boleh mendakwa itu satu konspirasi lagi. Lojikkah Anwar mahu buat projek dengan Eskay berada di dalam bilik? Eskay kununnya memanggil beberapa orang untuk mengesahkan itu adalah Anwar. Mahu sahkan apa lagi jika beliau sendiri kata beliau berada di dalam bilik bersama Anwar? Jika beliau berkata beliau ada bersama Anwar, mengapa beliau sebelum ini memberitahu kejadian berlaku di sebuah hotel tetapi Polis menyebut di sebuah apartment? Siapa yang berbohong?/wfauzdin.blogspot.com KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Bila Orang Dah Mula Tak Percaya, Terpaksalah Bersumpah Posted: 29 Apr 2011 03:00 AM PDT ![]() Seperti juga kes Saiful, puak2 yang cuba memfitnah Anwar Ibrahim menggelabah dan berpeluh dgn peluh jantan. Usaha mereka tiada siapa yang percaya. Sewaktu Saiful mula-mula keluar tuduhan liwat terhadap Anwar Ibrahim dulu, boleh dikatakan 80% ahli UMNO tidak mempercayai tuduhan tersebut. Orang yang bukan ahli UMNO lagilah tak percaya. Sapa boleh percaya seorang lelaki muda seperti Saiful Bukhari boleh diliwat secara paksa oleh Anwar Ibrahim yang sudah tua dan pernah menjalani pembedahan tulang belakang kerana kecederaan yang serius. Pihak UMNO menyedari penipuan mereka semakin ditolak rakyat jelata. Maka, mereka merancang dan melaksanakan rancangan mereka supaya Saiful Bukhari pergi ke Masjid Wilayah dan membuat sumpah laknat. Maka pergilah Saiful ke Masjid Wilayah bersama jurugambar2nya merakamkan adegan Sumpah Laknat Saiful ke atas Anwar Ibrahim. Kebetulan pula berlaku Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. Seluruh warga Permatang Pauh menyaksikan sumpah laknat Saiful kerana ditayangkan di layar layar besar seluruh Permatang Pauh. Bila keputusan keluar, UMNO kalah menyembah bumi. Ertinya, kalau si Saiful tidak bersumpah, ada harapan UMNO mungkin akan hilang deposit. Ini kerana ahli2 dan penyokong mereka pun menyampah nak sokong UMNO. Namun, sumpah Saiful diperlukan untuk menyelamatkan UMNO itu sendiri dari hancur berkecai-kecai dek kerana drama Liwat Saiful yang tidak laku tersebut. Minggu ini, pendakwaraya dalam kes Liwat Anwar sendiri tidak menafikan yang Saiful telah berbohong. Mereka tidak larat untuk menafikan perkara tersebut di dalam mahkamah yang mereka punyai dan kawal Senario yang sama berlaku sekarang ini. Video Blue Rahim Thamby Chik (VBRTC) semakin lama semakin tidak laku dan tidak diterima orang. Ianya dilayarkan kepada umum bagi membantu jentera Barisan Nasional di Sarawak. Namun, VBRTC tersebut gagal menghalang kemaraan PKR serta Pakatan Rakyat di Sarawak. Walaupun BN menang, tapi undi popular mereka jatuh di seluruh Sarawak. Selepas PRN Sarawak, UMNO dapat merasa rakyat semakin tidak mempercayai Video Blue tersebut. Semakin hari semakin rakyat Malaysia dan orang Melayu meluat untuk mendengar pasal video blue tersebut. Maka, demi untuk menyelamatkan UMNO dari hancur, Eskay dan Rahim Thamby Chik akan mengadakan majlis sumpah laknat di Sentul besok. Perbuatan sumpah itu sendiri satu Bidaah Dhalalah sebab tak pernah dilakukan dalam 1400 tahun sejarah system jinayah Islam. Dan apa perlu sumpah kalau video blue Rahim Thamby Chik tu mengandungi imej, bunyi dan warna yang cukup jelas bagi mendapat kepercayaan rakyat. Hakikatnya, mereka terpaksa membuat sumpah palsu ini kerana mereka melihat majoriti rakyat Malaysia tidak percaya dengan Video Blue Rahim itu. Tulang Besi KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Cara pemimpin Malaysia buat keputusan Posted: 29 Apr 2011 01:00 AM PDT ![]() Oleh Wan Larut Wan Muda Pagi semalam di Warung Basir, di Medan Kamunting Jaya, Tok Perak berseorangan. Masih di meja favourite dia di sebelah dalam Medan Penjaja dan bersebelahan Warung Sharil Beehon Sup Railway. Capati dalam pinggan sudah bersisa. Hanya gelas Teh Tarik masih ada separuh. Tidak pasti ke mana rakan-rakan sejawat Tok Perak yang lain. Sengaja aku usung talam keluli berisi Roti Canai berkuahkan Dal dan Sambal Tumis ke meja Tok Perak. Tok Perak mengangguk kepalanya apabila aku meminta izin untuk duduk semeja dengannya. Mata Tok Perak masih melirik Harian Metro yang dibacanya. Selalunya Tok Perak setia dengan Kosmo, hari ini dia dengan Harian Metro pula! "Mana geng lain abang?", memang aku berbahasa "abang" dengan Tok Perak. "Kau tahulah Wan hari ini hari pencen! Semuanya pergi "mencucuk" la tu!" "Mencucuk?", sengaja aku buat-buat tak faham untuk memanjangkan perbualan. Tok Perak ini tak berapa suka berbual dengan aku yang bukan regunya. "Awal pagi cucuk kat bank. Lepas tu pergi cucuk insulin di Klinik Ekspo tu. Dah pencen-pencen ni macam tu la kerja kami. Kalau kuat lagi malam-malam boleh mencucuk juga." Aku buat-buat gelak kecil. "Abang tak mencucuk juga ke?' "Aku subuh-subuh sepie jagi dah pergi mencucuk. Masa tu orang tak ramai lagi." "Apa berita menarik hari ni abang?", tanya aku cuba memanjangkan perbualan lagi. ":Aku hairanlah pemimpin-pemimpin kita sekarang ini. Semuanya buat keputusan ikut sedap mulutnya." "Pemimpin belah mana abang?", saja aku bertanya walaupun aku tahu Tok Perak ini berdarah merah keris bersilang. "Sama saja belah mana pun!" Tok Perak menyua Harian Metro kepada aku sambil menjuihkan bibirnya ke ruang bawah halaman akhbar yang dibukanya. Aku membaca ruangan kecil berita luar negara tersebut. Pemandu kereta sewa pakai jaket kalis peluru Harian Metro, 21 April 2011 NEW YORK: Pemandu kereta sewa di bandar raya ini yang sering mengelak daripada mengambil penumpang di kawasan yang terkenal dengan kegiatan jenayah, kini dilengkapi dengan jaket kalis peluru. Persekutuan Pemandu Teksi New York mengedar baju berkenaan Isnin lalu dan pemandu berkenaan memakainya serta-merta. Keutamaan diberikan kepada pemandu yang bekerja syif malam di kawasan yang kadar jenayahnya tinggi. Kereta sewa perlu ditempah lebih awal dan tidak mengangkut penumpang di tepi jalan, tidak seperti teksi kuning yang lebih terkenal. Meskipun jaket berkenaan tidak dapat melindungi pemandu daripada cedera di kepala, kebanyakan serangan membabitkan tikaman pisau atau tembakan pada bahagian belakang atau sisi pemandu. – Reuters "Apa kena-mengena dengan pemimpin kita pula bang?" "Iya lah kalaulah di Malaysia pemandu kereta sewa kena tembak waktu malam, senang saja pemimpin kita cadangkan kereta sewa bawa siang saja!" "Kalau tak salah dulu TGNA pun macam tu juga. Adakah dia cadangkan bas ekspres bawa siang sahaja sebab malam selalu kemalangan." "Menteri sapa nama tu Tiong (Datuk Seri Liow Tiong Lai) pula larang jual Nasi Lemak di kantin sekolah. Sepatutnya santan tu ganti dengan susu cair ataupun guna susu rendah lemak. Bukannya larang jual Nasi Lemak. Kalau nak kira nasi tu sendiri bukan elok sangat makan!" "Ini samalah dengan SPRM. Bila orang mati jatuh dari tingkat atas, dilarangnya buat siasatan selain dari tingkat bawah. Tok Perak 36 tahun jadi warden mana ada banduan yang jatuh bangunan." "Semalam ada berita budak perempuan koma jatuh bangunan sekolah di Sungai Petani. Nanti Muhyudin pula suruh sekolah buat satu tingkat saja." Itu dia panjang lebar Tok Perak menghuraikan berita satu perenggan. Kalau setengah muka surat mahu dua hari baru habis dihuraikannya. Aku sengaja sua "nasi tambah". "Maknanya kalau orang bunuh diri di Jambatan Pulau Pinang, kita tutup saja jambatan tu." "Macam tu lah pemimpin kita buat keputusan!" Lain macam saja Tok Perak kali ini. Sudah cairkah darah likat merah berkerisnya itu? wanlarut@gmail.com MALAYSIA TIMES KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| TV3SUKU BIKIN ROSAK MINDA ANAK-ANAK Posted: 28 Apr 2011 11:00 PM PDT Terkedu..terjijik..termalu...alahai tanahair tumpah darahku.. ![]() Terjijik bila melihat rakus dan biadabnya stesyen penyiaran yang menggunakan sewenang wenangnya masa siaran perdana untuk memperlihatkan video lucah semata mata atas kepentingan politik..di mana nilai akhlak..di mana dicampakkan tata susila..di longkang mana ditendangnya etika kerja.. Termalu sendiri bila anak seusia 7 tahun bertanya.."apa tu umi???"...waduh!! Rosak minda anak anak.. Mutaakhir ini terasa seperti bukan duduk di Malaysia yang diwar warkan sebagai negara Islam. Video lucah ada di mana mana. Di kaca tv,di akhbar akhbar, di internet.. Kalau dulu video lucah menjadi sesuatu yang sangat sensitif dan salah tapi sekarang bukan lagi satu kesalahan.. Memalukan! Mana suara pemimpin negara? Mana suara menteri dan timbalan lulusan Agama? Kalau pemimpin gereja khatolik boleh membidas dalam isu ini, kenapa yang berlulusan Al Azhar membisu? Apa nak jadi dengan negara ini? Atas alasan 'mencari kebenaran" kelucahan dibenarkan..atas alasan "menegakkan kebenaran" sumpah menjadi mainan..atas alasan "membenarkan kebenaran" keaiban terus dipopularkan... Apa nak jadi dengan negaraku?? Apa nak jadi dengan anak anakku?? ummusumaiyahmenulis KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| Posted: 28 Apr 2011 09:00 PM PDT Mari Renung Sejenak Bersama Al-Faqir ![]() Perbuatan melewatkan sembahyang dengan sengaja adalah ditegah/dilarang dalam Islam. Sekiranya tidak sengaja, maka yang demikian dimaafkan, sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun. Perkara ini disebut oleh Allah sendiri di dalam Al-Quran yang bermaksud "celakalah orang2 yang sembahyang yakni orang2 yang meringan2kan sembahyangnya" surah Al-Ma'un dan oleh Nabi s.a.w. di dalam sabda baginda "perkara yang paling disukai Allah adalah solat pada waktunya". Berdasarkan firman Allah di atas, para ulama' menafsirkan ayat tersebut iaitu pada kalimah "lilmusollin" yang bermaksud orang yang melewatkan sembahyangnya sebagai contoh "subuh badak". Perbuatan yang lazim orang amalkan dan sukar untuk ditinggalkan. Perkara ini ditafsir oleh sahabat Nabi sendiri iaitu Ibnu Abbas sebagaimana yang diriwayatkan dalam tafsir At-Tobari yang merupakan kitab rujukan pertama di atas muka bumi. Berkenaan melewatkan solat ini juga diceritakan sendiri oleh Nabi s.a.w tatkala beliau melihat dengan mata kepala beliau sendiri ketika peritiwa Isra' dan Mi'raj. Nabi diperlihatkan bagaimana orang yang selalu melewat2kan solatnya di atas muka bumi dahulu, mereka menghantut kepala mereka pada batu yang besar sehingga berkecai kepalanya lalu tumbuh kembali, kemudian dihantuknya lagi dan begitulah sehingga lunas dosa2nya. Apabila ditanya kepada Jibril, itulah dia ummatmu yang sayang tempat tidurnya daripada bangun untuk solat sekaligus menggambarkan kepada kita perihal/balasan melewatkan solat subuh. Itulah sebahagian daripada gambaran2 yang diperlihatkan oleh Allah kepada kekasihNya Muhammad s.a.w. untuk diberitakan kepada ummatnya agar bisa mengambil tauladan/pengajaran sebagai pedoman kehidupan. Ini diceritakan oleh Syeikh Taha Afifi dalam "wasoya Rasulullah". Al-Faqir Mohd Ubaidillah Al-Musawi Mohon bimbingan/tunjuk ajar Kuliah Usuluddin, Kaherah e-tazkiirah KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| VIDEO SEKS: FULL VERSION LAGI KANTOI Posted: 28 Apr 2011 06:00 PM PDT DEY MACHA!!! TEH TARIK WONNEK... TAK PAYAH PANGGIL PENGARAH FILEM LA TAK PAYAH HANTAQ PI KOREA BUAT PEMADANAN GUA PUN BOLEH KENALPASTI LA ITU PELAKON ITU PELAKON CONFIRM BUKAN ANWAR ITU PELAKON MEMANG ADA MIRIP ANWAR DARI SUDUT TERTENTU TAPI LEBIH BANYAK TAK MIRIP DARIPADA MIRIP KAH! KAH! KAH! LEPAS NI UTUSEKS MALAYSIA BOLEH LA COPY PASTE GAMBAQ NI, LAGI ITU TV3SUKUMASAK KASI BUAT SIARAN LANGSUNG FULL HD PULAK TUNJUK KAT MAKCIK-MAKCIK FELDA TUNJUK KAT ORANG KAMPUNG KAH! KAH! KAH! UNTUK PENGETAHUAN TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN PENGARAH FILEM NI TERLUPA NAK BAGI TALIPINGGANG KAT MAMAT PELAKON NI.. KALAU ANWAR DIA PAKAI TALIPINGGANG KAH! KAH! KAH! KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK |
| You are subscribed to email updates from Biaqpila To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan