Selasa, 19 April 2011

Biaqpila

Biaqpila


Projek e-mel 1Malaysia diberi kepada syarikat hampir muflis

Posted: 19 Apr 2011 03:00 PM PDT

PETALING JAYA: Projek e-mel percuma melalui sebuah syarikat IT tempatan, Tricubes Bhd, yang bernilai RM50 juta merupakan satu lagi projek jenaka yang ditawarkan kerajaan kepada rakyat di negara ini, kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.
Menurutnya, projek yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu menjelaskan lagi bahawa usaha kerajaan- menerusi Projek Permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP), tidak langsung mendatangkan sebarang manfaat kepada rakyat.
"Projek ini dimasukkan ke dalam projek utama dalam EPP di bawah ETP yang dikatakan bertujuan untuk meningkatkan dan melipatgandakan pendapatan rakyat.
"Tetapi rakyat boleh nilai sendiri bentuk projek yang ada dan ditawarkan kerajaan samada mendatangkan pulangan kepada rakyat," ujarnya.
Selain menyifatkan projek e-mel 1Malaysia itu bukan idea yang bernas, Rafizi juga mempersoal cara kontrak tersebut diberi kepada Tricubes Bhd, yang dipercayai sebuah syarikat yang hampir muflis.
Tricubes Bhd disenarai sebagai 'GN3 Companise' dalam Bursa Malaysia yang merujuk kepada syarikat yang amat bermasalah dalam penstrukturan kedudukan kewangan dan operasi syarikat.
Justeru itu pemberian kontrak e-mel percuma itu adalah sekadar usaha kerajaan untuk menyelamatkan syarikat berkenaan, yang hampir pasti dilakukan melalui rundingan terus.
"Kita mahu tahu bagaimana tender ini diberikan kepada sebuah syarikat yang rekod kewangannya begitu buruk.
"Projek ini memang sah kita tahu direct nego. Jadi projek nego seperti ini sudah tentu kita tahu orang di belakangnya ada hubungan yang rapat dengan kerajaan," ujarnya.
Menurut Rafizi, rakyat di negara ini tidak memerlukan e-mel percuma tetapi apa yang lebih penting adalah kemudahan infrastruktur yang lebih baik, terutama di kawasan pedalaman.
"Kalau rakyat di kawasan pedalaman, bukan lah kerana mereka tidak ada email tetapi kerana akses internet yang tidak ada.
"Orang perlukan elektrik, bekalan air dan khidmat pendidikan yang lebih baik. RM50 juta itu sepatutnya diberi kepada sekolah-sekolah.
"Kerajaan sepatutnya lebih tumpukan liputan internet dan bukannya emel percuma," katanya.
Hari ini, Perdana Menteri Najib Tun Razak mengumumkan Tricubes Bhd akan melaburkan RM50 juta untuk menyediakan akaun e-mel kepada semua warga Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas.
Pelaburan bagi Projek Emel 1Malaysia itu adalah bagi menyediakan akaun email kepada semua warga Malaysia untuk urusan rasmi dengan kerajaan.
Najib ketika merasmikan projek berkenaan berkata, penyediaan emel itu bagi membolehkan komunikasi secara langsung dan selamat di antara rakyat dan kerajaan.
Ia juga dikatakan bertujuan untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan kerajaan kepada pengguna dan juga warga niaga.
Projek itu termasuk dalam tujuh projek baru yang diumum Najib hari ini dalam program ETP, yang sehingga kini dikatakan telah menjana pelaburan RM106.405 bilion.
Sebanyak 72 projek dalam 54 Projek Permulaan (EPP) diumumkan sehingga kini, yang bermakna 41.2 peratus daripada 131 EPP telah dimulakan, semuanya dalam tempoh kurang enam bulan sejak ETP dilancarkan.KD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KEPUTUSAN LIGA SUPER 19/4/11

Posted: 19 Apr 2011 08:46 AM PDT

`PENYAKIT' SPR Wajib Dipulihkan

Posted: 19 Apr 2011 05:00 AM PDT

Oleh: wfauzdin_ns

"KEPUTUSAN Pilihanraya Negeri Sarawak sudah cukup memadai untuk menggambarkan bahawa Pakatan Rakyat perlu lebih berani dan tegas di dalam merealisasikan cita-cita mewujudkan ketelusan demokrasi di negara ini. Banyak kali disuarakan tentang betapa pincangnya demokrasi di negara ini yang diterajui oleh SPR, namun kita terus mengharapkan keajaiban berlaku terhadap negara ini.

Mahu tidak mahu kita mesti menerima keputusan di Sarawak yang menunjukkan bahawa walaupun majoriti rakyat Sarawak mahu kepada perubahan, tetapi kerana ketidaktegasan kita terhadap kepincangan demokrasi terutamanya oleh SPR maka sekali lagi harapan rakyat Sarawak tidak tercapai. Adakah kita menyalahkan 100% kepada SPR terhadap kegagalan kita untuk menjadi kerajaan di Sarawak? Atau, kita akur bahawa SPR sememangnya berlaku adil dan telus memandangkan kita berjaya menjadi kerajaan di Kelantan, P.Pinang, Selangor, Kedah, dan Perak (sebelum dirampas secara jijik) seterusnya kita berjaya merampas 8 kerusi Dun di Sarawak?

SPR tetap akan mengaku pihaknya berlaku adil dan amat telus dengan memberi alasan atau dalil mereka di atas pencapaian kita itu. Pada SPR, tiada berlaku `pengundi hantu', tiada berlaku rasuah politik dan projek segera, tiada berlaku kesalahan salahguna jentera kerajaan seperti PDRM, Jabatan Penerangan termasuk media cetak dan elektronik, tiada berlaku penyelewengan undi pos, tiada berlaku perlanggaran peraturan pilihanraya dan sebagainya. Bagi PR, kita sebenarnya tahu apa yang didakwa oleh SPR itu bohong dan menipu tetapi kita dengan sengaja memasuki perangkap mereka.

Sampai bilakah PR akan terus menyertai pilihanraya dalam situasi begini? Apabila kita tewas, tidak kurang sesama kita akan menyalahkan di antara satu sama lain. Sikap tuding menuding jari ini akan membutakan mata kita terhadap masalah pokok iaitu SPR. Mungkin ramai di antara kita tidak sanggup untuk melihat parti yang kita sayangi ini dibuli sesuka hati setiap kali menyertai pilihanraya. SPR semakin berani menunjukkan bahawa suruhanjaya ini adalah merupakan salah satu komponen Bn.

Mustahil SPR tidak nampak bagaimana pemimpin Bn berkempen melalui media sebelum hari penamaan calon sehinggalah selesai hari mengundi mereka ini terus membuli kita. Tidak lojik SPR tidak tahu wujudnya rasuah politik dengan limpahan projek segera yang kununnya memang telah dirancang oleh kerajaan? SPR tidak dengarkah ada pemimpin politik yang berkata, 'I help U, U help Me'? Adakah SPR tidak tahu wujudnya peraturan bahawa setiap ejen calon di peti undi mesti diberikan `borang pengesahan' perjumlahan undi (Borang 14) sebelum dibawa ke Pusat Perjumlahan Undi? Banyak lagi tindakan oleh SPR yang didakwa oleh PR melanggar peraturan pilihanraya, tetapi segala dakwaan ini terhenti begitu sahaja selepas pilihanraya.

PR mesti melakukan sesuatu sebelum rakyat di negara ini menganggap bahawa segala yang didakwa terhadap SPR itu adalah satu dakwaan kosong tanpa bukti akibat pemimpin kita memandang remeh perkara ini. Samada kita menang atau kalah, kita harus terus menentang kemungkaran SPR ini secara serius.

Walau bagaimanapun, secara peribadi saya mengucapkan syabas kepada PR yang berjaya merampas 8 kerusi Bn di sarawak di dalam keadaan kita dibuli semahunya. Kita patut mengucapkan tahniah dan syabas juga kepada seluruh jentera PR yang bekerja begitu kuat sehingga kita berjaya meningkatkan undi kita di Bumi Kenyalang itu. Paling mengembirakan adalah PKR telah berjaya bertapak di Sarawak dari 1 kerusi kepada 3 kerusi. Begitu juga dengan PAS yang telah berjaya meningkatkan jumlah undi terhadap parti ini terutamanya undi dari Kaum Iban.

Kita berjaya menjejakkan kaki ke Sarawak lebih awal dari Umno dan ini satu pertanda bahawa PR bakal menjadi kerajaan di Sarawak suatu masa nanti. Sebelum kita berangan ke situ atau lebih jauh lagi berangan ke Putrajaya, SPR wajib dipulihkan dari penyakit yang semakin kritikal itu./wfauzdin.blogspot.com"


TKO

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Skandal Scorpene: Suaram lantik hakim bebas di Perancis

Posted: 19 Apr 2011 03:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.
Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.
"Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi," kata Cynthia kepada KeadilanDaily, hari ini.


Gambar Hiasan
Melalui pelantikan hakim bebas itu, beliau berkata, mahkamah Perancis akan diberi kuasa untuk memanggil atau mendapat maklumat dari mereka yang terlibat untuk diambil keterangan.
"Sama ada mereka yang terlibat ada di Perancis atau di negara luar tidak timbul kerana mahkamah boleh menggunakan pelbagai peruntukan antarabangsa untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan," kata peguam itu.
Awal april lalu, laman web Rue89 berpangkalan di Perancis mendedahkan kes mahkamah di negara itu yang menjalankan pendakwaan berhubung bayaran komisyen pembelian dua kapal selam Scorpene antara Armaris dengan Perimekar Sdn Bhd.
Armaris merupakan syarikat pembina kapal selam kelas diesel jenis Scorpene yang juga anak syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales) dengan usahasama firma Sepanyol Agosta.
Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan. Abdul Razak yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Abdul Razak adalah bekas penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Dalam keterangan Rue89, Armaris membuat kenyataan tidak pernah terlibat membayar Perimekar Sdn Bhd 114 juta Euro (RM493.53 juta) tetapi sebenarnya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.
Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2002.
Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham menfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.
Mengikut perundangan Perancis, amalan memberi komisyen adalah jenayah berat.KD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

RM8 Juta Duit GLC Yang Diguna Untuk UMNO Adalah Jumlah Yang Sedikit...Kata Ketua UMNO Kedah

Posted: 19 Apr 2011 12:00 AM PDT

Saya merujuk kenyataan Pengerusi UMNO Kedah, Dato’ Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah dalam Sinar Harian hari ini muka surat U3.


Saya mengalu-alukan sokongan beliau terhadap siasatan SPRM ke atas penyelewengan wang anak syarikat kerajaan (GLC) sewaktu Barisan Nasional memerintah kedah.


Namun begitu, saya kesal dengan kenyataan beliau yang menyatakan hanya menggunakan ‘sedikit peruntukan syarikat terbabit’ untuk menampung kehadiran pemimpin kerajaan persekutuan adalah tidak salah. Soalan saya ialah atas perkiraan apa wang berjumlah RM8 juta (Ringgit Malaysia: Lapan Juta Sahaja) dikatakan jumlah yang sedikit? Jumlah ini telah dinyatakan dalam jawapan kepada soalan lisan oleh YB Kuala Ketil di Sidang DUN pada 4 April lalu.


Tambahan pula, laporan audit telah menyatakan wang itu digunakan untuk aktiviti parti politik UMNO, antaranya seperti berikut:







Berdasarkan laporan ini, ternyata perbelanjaan wang syarikat Seri Temin Dev. Corp. (M) Sdn Bhd (STDC) tiada kena mengena dengan sambuatan pemimpin kerajaan pusat ke Kedah, sebaliknya adalah perbelanjaan untuk aktiviti parti politik UMNO.



 


Berkaitan kenyataan beliau bahawa kerajaan PR juga melakukan perkara yang sama dengan mereka, ia adalah satu tuduhan melulu semata-mata. Sebagai makluman, Program Sambutan 3 tahun Kedah Sejahtera pada bulan Mac lalu adalah program kerajaan, yang dibincang dan diluluskan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


Ia adalah platform menjelaskan dasar-dasar, pencapaian, dan perancangan Kerajaan Negeri, bukan program parti seperti yang didakwa oleh UMNO. Mana boleh samakan perbelanjaan program seumpama itu dengan penggunaan wang anak syarikat kerajaan sehingga mencecah RM8 juta hanya untuk aktiviti parti UMNO?


Sehubungan itu, saya menggesa pihak berwajib menyiasat dan mengambil tindakan yang sewajarnya berdasrkan peruntukan undang-undang yang ada. Saya juga berharap dengan pendedahan ini, rakyat dapat membuat penilaian dan pendirian dalam isu berkaitan berdasarkan maklumat yang sahih. Inilah keadaan yang ditinggalkan oleh regim lama yang terpaksa diatasi oleh kerajaan sekarang.


MUHAMMAD SANUSI BIN MD NOR
TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS NEGERI KEDAH


sanusisetpol

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Pelacur Britain buat pengakuan mengejut berasmara dengan beberapa bintang Manchester United

Posted: 18 Apr 2011 09:00 PM PDT


Jennifer Thompson (left) and Helen Wood in Manchester last year
Read more: http://www.dailymail.co.uk/news/article-1376483/Wayne-Rooney-vice-girl-Helen-Wood-sex-leading-actor.html#ixzz1JuThV9pY

LONDON - Seorang pelacur, Helen Wood membuat pendedahan mengejut apabila menyatakan dia berasmara dengan beberapa bintang bola sepak kelab Manchester United (MU) dengan bayaran £600 (RM2,961), lapor beberapa buah akhbar semalam.

Pelacur itu sebelum ini pernah melakukan hubungan seks bersama seorang bintang MU, Wayne Rooney dengan melibatkan tiga orang.

Namun, dia membuat pendedahan sensasi dengan menyatakan pernah melakukan hubungan seks dengan beberapa pelakon dan seorang hakim selain beberapa bintang MU bertaraf jutawan.

Pelacur berusia 24 tahun itu menyatakan, dia juga pernah melakukan hubungan seks dengan seorang ahli politik dari Dublin, seorang pegawai kanan polis, seorang juruterbang dan seorang tetamu asing yang dihormati yang melawat Britain.

Ibu tunggal itu mendedahkan dia dibayar oleh seorang pemain MU untuk melakukan hubungan seks melibatkan lima orang di rumahnya dan sebuah hotel mewah di Manchester.

Namun, dia memberitahu hubungannya dengan pemain berkenaan rengang selepas dia dilihat diperkenalkan kepada Rooney.

Menurutnya, Rooney yang sudah berkahwin ketika itu tidak pasti kadar bayaran seks yang perlu dibayar untuk melanggan pelacur tetapi dia menyerahkan wang tunai sebanyak £1,000 (RM4,935) untuk menempahnya dan seorang lagi pelacur, Jenny Thompson.

Helen berkata, seorang lagi bintang liga perdana Inggeris menempah sebuah bilik di sebuah hotel.

Menurutnya, bintang kelab bola sepak Chelsea itu membayarnya £800 (RM3,948) untuk pekerjaan yang sepatutnya dibayar £220 (RM1,085).

Pelacur itu mendedahkan, dia turut mengambil bahagian dalam permainan penderaan seks dengan seorang hakim dan seorang pegawai kanan polis. - Agensi

Kosmo

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Eh!! Eh!! Kad Pendaftaran Omega Tak Penting Pula...

Posted: 18 Apr 2011 06:00 PM PDT


Beginikah rupanya kad pendaftaran jam Omega?

Pandai polis. Polis pandai main politik. Main politik juga menjadi kerja utama polis. Rakyat diberikan dengan seberapa banyak tanda soal.

Hari ini polis berkata laporan siasatan telah selesai. Kasihan polis telah besusah payah menyiasat filem porno Thai angkara 3 T-Temberang yang juga pengedar dan penayang berlesen pertama Malaysia.

Polis menimbulkan persoalan pertama dengan mengesahkan hanya video lucah tulen. Tobat! kalau Anwar, akan disebutkan itu Anwar.

Selepas itu berkaitan jam omega. Iklan free untuk syarikat Omega. Ada pula kad pendaftaran jam. Mana datangnya. Hari ini polis berkata polis tidak mempunyai kuasa untuk memaksa pengedar jam berkenaan memberi maklumat berhubung identiti pemilik jam. Tidak mempunyai kuasa??? Hangpa gelak dulu...polis chap ayamkah?? Tak boleh memaksa. Tempoh seminggu juga diberikan kepada pengedar jam. Ishh....takkan lama benar pengedar jam untuk berkata 'tidak'. Tak main politik ke tu? Siapa bos polis. Hishamuddin. Siapa bos Hishamuddin. Najib. Najib dan Hishammuddin bukan Umnokah!!

Kini polis juga berkata, pemilik jam bukan sesuatu isu pula, sebabnya pilihanraya Sarawak dah selesai. Sebelum ini digegerkan siapa pemilik Omega, siapa pemilik Omega!! Ini supaya dalam kepala karat rakyat Sarawak, Anwar! Anwar pemiliknya.

Tobat! Tobat kalau itu video Anwar, akan didedahkan sebelum pilihanraya Sarawak. Najib, Muhyiddin separuh mati berkempen di Sarawak untuk Taib/taik balak dan tanah Sarawak.

Kalau hangpa curi basikal....sumpah, polis tak main politik. Kalau hangpa curi getah sekerap Pak Ali belakang rumah, sumpah, polis tak main politik. Hangpa kena penjara tau!!ekele


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: