Khamis, 14 April 2011

Biaqpila

Biaqpila


OHH AZIZAH…OH AZIZAH…

Posted: 14 Apr 2011 08:00 AM PDT



Murzanah Mat Som

Tiba-tiba saya terbaca komen Awang Selamat yang bertajuk "Ohh Wan Azizah…" di Mingguan Malaysia bertarikh 10 April 2011 yang terletak diatas meja rumah anak lelaki saya. Telah begitu lama saya tidak menyentuh akhbar Utusan dan Mingguan Malaysia ini. Sebagai seorang wanita dan juga sebagai seorang ibu saya turut merasakan betapa dahsyatnya pukulan yang diberikan oleh pihak-pihak yang cuba menekan Dr Wan Azizah tanpa belas kasihan. Oleh itu saya terpanggil untuk memberikan pandangan terhadap rencana Awang Selamat yang panjang lebar tersebut.

Bagi seorang isteri untuk mendapatkan keredaan Allah adalah mudah. Pertama taat kepada Allah dan Rasulnya. Kedua taat kepada suaminya, ketiga menjaga maruah diri dan keempat menjaga harta benda kepunyaan suaminya. Tidakkah ciri-ciri ini menjadi perkiraan untuk dipertimbangkan dalam membuat desakan untuk Dr Wan Azizah menyahut kehendak mereka yang tidak waras?

Awang Selamat bersungguh-sungguh mahukan Wan Azizah supaya tidak bersekongkol dan bersubahat dengan suaminya supaya mengatakan kebenaran tentang keaiban yang dilakukan oleh suaminya. Siapakah beliau yang telah mengesahkan cerita-cerita busuk dan jijik yang rantai berantai dilemparkan kepada suami Presiden PKR tersebut.

Apakah maksud saudara pengarang, apakah ada dalam fikiran saudara dan apakah yang berada didalam benak tuan yang mahukan Wan Azizah membuat keputusan begitu rupa supaya menjelaskan yang demikian. Tuan seolah-olah telah mengetahui segala-gala tentang rumahtangga Anwar dan tahu sifat-sifat beliau begitu rupa hingga sanggup menasihati dan merayu Azizah untuk tampil membuat pengakuan. Tidakkah ini ibarat menyapu garam keatas luka yang ditanggung oleh keluarga tersebut?

Saya sebagai seorang isteri juga wanita dan ibu yang tahu tanggungjawab, inilah yang perlu dilalui dalam hidup, saya tidak boleh lari meninggalkan semua perkara yang datang berlaku dan menimpa kehidupan keluarga. Ranjau dan duri harus ditempuhi dan diharungi. Ibarat kapal yang menempuh badai dan gelombang sampai ketikanya lautan akan reda. Setiap kesusahan akan ada kesenangan, setiap kesusahan akan datang kesenangan (dipetik dari Surah Insyirah).

Soal meninggalkan tanggungjawab adalah ibarat orang yang lari dari medan peperangan adalah termasuk salah satu dari dosa besar. Urusan untuk meyakinkan orang ramai bukan urusan Wan Azizah kerana soal yakin atau tidak, beriman atau kufur adalah urusan Allah. Perlu diketahui apa jua yang berlaku yang menimpa diri kita buruk atau baik adalah untuk menjadi peringatan kepada seseorang itu. Disinilah kita semua diuji tentang keimanan kita. Jika kita terus mengikut suara ramai dengan segala desas desus kita akan turut terjerumus dalam kesesatan sedang kita diminta jangan jadi pak turut tanpa usul periksa turut mengakui perkara yang masih samar kebenarannya.

Dr Wan Azizah berhak untuk mempertahankan haknya sebagai seorang isteri yang sewajarnya untuk tidak mengikut telunjuk Saudara Awang Selamat. Apa perlu beliau menunjukkan jam yang akan membersihkan nama suaminya kalau kes videopun masih dalam siasatan … pengedar dan penayang pun belum ditangkap.

Terlalu ramai orang-orang yang telah merasa malu dalam senyap. Untuk menutup malu tersebut dicipta pelbagai lagi fitnah yang baharu. Tunjuk tak tunjuk bukti, fitnah tetap menanti. Selagi Datuk Seri Anwar tidak mati perasaan takut mereka menjadi-jadi. "People don't kick a dead dog", orang tidak akan menyerang seseorang yang tidak mempunyai kelebihan, jasad beliau telah cuba dibunuh tak berjaya, oleh itu cubaan membunuh sifat-sifat dirinya pula dibuat dengan memburuk-burukkan peribadi beliau.

Fatwa dari seorang mantan Perdana Menteri telah menjadi ikutan ramai "Kalau sesuatu perkara itu sering disebut-sebut dan diwar-warkan berulang-ulang kali, ia akan menjadi kenyataan dan boleh diguna pakai dan diyakini benar walaupun perkara itu tidak benar".

Lupakah kita bahawa ada lagi yang lebih berkuasa melihat semua ini. Kita merancang dan merencana pelbagai fitnah dan mehnah. Rancangan yang Maha Esa lebih hebat lagi Maha Dahsyat. Selama ini kita telah dikelirukan dengan pelbagai perkara yang anih-anih sehingga ramai orang tidak dapat membezakan yang mana benar dan yang mana salah. Selama ini kebaikan, ketabahan dan keajaiban telah berlaku kepada diri Dr Wan Azizah bukan dari kehendaknya sehinggalah beliau menjadi pemimpin sebuah parti yang baharu. Siapakah yang menyangka semua ini? Syabas diucapkan kepada beliau.

Pukulan dan tamparan hebat demikian jika berlaku kepada diri saya, saya pun tetap akan berdiri teguh menghadapinya. Bersyukur kepada Allah kerana hanya yang Maha Berkuasa sahaja yang mempunyai cara untuk mengangkat atau menjatuhkan martabat seseorang. Usah takut dan bimbang atau kecewa terhadap apa jua perbuatan manusia terhadap diri kita, amin!

Jangan lupa wahai saudara Awang Selamat bahawa sebaik-baik seorang lelaki disisi Allah ialah lelaki yang baik terhadap wanita; termasuk ibu, isteri, saudara-saudara perempuan dan anak-anak perempuan mereka. Tidakkah anda fikirkan bahawa wujudnya saudara itu dari seorang ibu? Demi perasaan yang timbul sebagai seorang wanita, saya tidak dapat menahan perasaan dukacita terhadap episod ini. Sudah hilangkah rasa belas kasihan terhadap orang yang telah ditimpa fitnah yang masih belum jelas?

Demikianlah bagaimana Siti Aisyah isteri Rasulallah saw difitnah. Aisyah tidak dapat berbuat apa-apa untuk membuktikannya. Orang ramai telah begitu yakin dan Rasulallah pun berdiam diri sehingga Allah menurunkan wahyu tentang kebenarannya bukan dengan dibuktikan oleh manusia. Kita diminta jangan mudah mempercayai perkara-perkara yang belum jelas kebenarannya. Seperti mana 'Kisah Singapura dilanggar Todak', Kisah Mahsuri di Pulau Langkawi' dan Sejarah Hang Tuah Difitnah. Apakah kesudahannya? Renung-renungkanlah. Sekian.

kl-today

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BAPAK WIFI NEGARA

Posted: 14 Apr 2011 05:00 AM PDT

RAIS YATIM `TANGGANG MODEN' ?


Oleh: WFAUZDIN NS

RAIS anak kepada Yatim seorang Ahli Parlimen Jelebu, iaitu MP bagi kawasan saya juga. Saya berada di Dun Pertang iaitu salah satu Dun di bawah Parlimen Jelebu. Rais Yatim baru-baru ini pernah digemparkan dengan satu skandal dan kisah itu berlarutan hingga ke mahkamah kerana Rais menafikan tuduhan terhadapnya dan memfailkan saman ke atas seorang Blogger yang hanya membuat `copy paste' kununnya skandal melibatkan beliau.

Sekarang ini, Rais ke hulu ke hilir di bumi sarawak menawarkan WIFI kepada beberapa kawasan sempena Pilihanraya Negeri pada 16 Apr ini. Di mana ada pilihanraya kecil sebelum ini, itulah modal yang ada pada Rais. Lihat sahaja sewaktu PRK Galas, Tenang, Merlimau dan juga di Kerdau sebelum ini. Sekarang modal yang sama dibawa ke Sarawak.

Saya tidak tahu samada kesemua kawasan yang Rais telah janjikan itu sudah berjalan atau belum WIFInya, tetapi setahu saya WIFI yang dijanjikan sewaktu PRK Bagan Pinang dahulu pun tidak berjalan lagi. Yang jelas, Adun Bagan Pinang Isa Samad nikah baru. Kali ini janji dibawa ke Sarawak pula, mana tahu jika rakyat Sarawak mudah tertipu lagi.

Mana lojiknya Rais mahu wujudkan WIFI di merata tempat kerana di Parlimennya sendiri, usahkan WIFI, bas awam pun tiada. Jika anda tidak percaya, anda naik bas dari Seremban ke Kuala Pilah. Dari K.Pilah, anda cuba cari bas menuju ke kawasan Jelebu. Anda tidak akan jumpa mana-mana bas yang akan masuk ke beberapa kawasan kampung di Jelebu termasuk ke kampung saya. Memang malu mahu ceritakan betapa dhaifnya kampung sendiri, tetapi terpaksa juga ceritakan kerana nampaknya Rais Yatim seperti `Si Tanggang Moden 'yang lupa asal usul kawasannya. Itu belum dilihat kepada beberapa jalanraya di kawasan Jelebu, amat teruk dan memalukan.

Jika anda pergi ke Pekan Kuala Klawang, iaitu suatu Pekan yang menjadi ibu daerah Jelebu anda akan lihat sekitar jam 6 petang pekan ini akan sunyi sepi. Berbeza dengan Pekan Bahau yang kini berada di bawah DAP, pekan ini meriah dan sibuk sehingga ke tengah malam. Jalan yang paling baik di Jelebu hanyalah sekitar jalan dari Seremban ke Pekan Kuala Klawang sahaja. Mungkin jalan itu hanyalah untuk memudahkan perjalanan Rais Yatim dari KL balik ke kawasannya di Kuala Klawang.

Rais Yatim tentu fikir rakyat di Jelebu tidak tahu apa-apa tentang internet, IT dan sebagainya. Sebab itu WIFI tidak perlu di Jelebu. Perkhidmatan 3G pun banyak kawasan yang tidak memperolehinya. Apakah rakyat Jelebu mahu mimpi untuk menikmati perkhidmatan WIFI? Jika rakyat Jelebu terasa ingin menikmatinya juga, tunggu sahaja jika ada PRK di Jelebu. Soalnya sekarang, adakah rakyat Sarawak terpedaya dengan `Si Tanggang Moden' ini? /wfauzdin.blogspot.com

sumber

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

GAMBAR-GAMBAR YANG MENGGERUNKAN BN

Posted: 14 Apr 2011 01:00 AM PDT

GUA RASA DAH 10 KALI PILIHANRAYA DOK JANJI BENDA NI

Posted: 13 Apr 2011 09:00 PM PDT


GAMBAQ GIMIK MENTERI BERSALAM MACAM NI PERKARA BIASA SETIAPKALI PILIHANRAYA

DEY MACHA!!!

PATUTNYA SELURUH MALAYSIA DAH GUNA TV SATELIT PERCUMA
BUKAN HANYA UNTUK PEDALAMAN SABAH DAN SARAWAK
SIARAN SATELIT FREE TO AIR NI DAH LAMA ADA KAT INDONESIA,THAILAND
KENAPA TAK NAK COMPARE?
BILA HARGA MINYAK NAIK BOLEH PULAK COMPARE
DENGAN NEGARA JIRAN
KAH! KAH! KAH!

YANG ADA KAT MALAYSIA
SIARAN MONOPOLI TV SATELIT BERBAYAR ASTRO
NAK TENGOK TV KERAJAAN PUN KENA BAYAR KAT ASTRO
KALAU TAK PAKAI MANGKUK ASTRO
GAMBAQ TERKETAQ-KETAQ
TERUTAMA YANG DOK SEMPADAN SIAM SANA
SIARAN BERTINDAN-TINDAN DENGAN TV SIAM
KAH! KAH! KAH!

BUKANNYA PAYAH PUN NAK BUAT TV SATELIT SELURUH NEGARA
SEMUA SIARAN TV1,TV2,TV3,TV7,TV8,TV9 TU DAH ADA KAT ASTRO
RAKYAT TAK BOLEH TENGOK FREE SEBAB ASTRO ENCRYPT SALURAN TU
ADA BERANI KA KERAJAAN SURUH ASTRO BUKAK ENCRYPTION TU?
SUPAYA RAKYAT DAPAT TENGOK FREE?
KAH! KAH! KAH!

CONTOH SIARAN TV SATELIT YG DIPANCARKAN MEASAT 3,TV3 PUN DI ENCRYPTED.


INI DIA JANJI SETIAP KALI PIHANRAYA MENJELANG TIBA:

Guna Satelit Bagi Siaran Lebih Meluas Di Pedalaman

BINTULU, 12 April (Bernama) -- Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan sedang berusaha menggunakan rangkaian satelit bagi transmisi siaran radio dan televisyen yang lebih jelas dan meluas di pedalaman Sabah dan Sarawak, kata Menteri berkenaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.







Katanya kementerian sedang berunding untuk mewujudkan kerjasama dengan Astro bagi melaksanakan hasrat itu.



"Setakat ini kita hanya memasukkan siaran televisyen dahulu, kemudian kita akan sampingkan dengan siaran radio yang utama," katanya kepada pemberita selepas merasmikan stesen radio RTM Bintulu FM di Studio RTM di sini, Selasa.



Beliau berharap rancangan itu akan dilaksanakan pada tempoh separuh penggal Rancangan Malaysia Ke-10.



Mengenai stesen RTM Bintulu FM, beliau berkata stesen tersebut akan menyiarkan program dalam pelbagai bahasa seperti Iban, Melanau dan Orang Ulu untuk memenuhi tuntutan masyarakat tersebut.



"Setiap masyarakat harus merasa, RTM sesungguhnya mengisi beberapa kekosongan dalam jiwa mereka dan semangat kekitaan dalam penyiaran itu terasa oleh mereka," katanya.



Stesen RTM Bintulu menyiarkan siaran radio selama 10 jam sehari menerusi transmisi 97.5Mhz.



-- BERNAMA

BERIKUT ADALAH BERITA LAMA DARI ARKIB GOOGLE,
DEPA DAH BUAT KA SEMUA NI? ATAU HANYA TEMBERANG PILIHANRAYA?

Lebih 2,000 di pedalaman Sarawak terima siaran RTM 2011

Siaran TV satelit percuma di pedalaman Sabah, Sarawak



KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Drama Liwat II: Anda Mahu Kebenaran? Saya Cabar Anda Tonton Video Ini Sampai Tamat!!!

Posted: 13 Apr 2011 06:00 PM PDT



Video:













Kredit: Galeri Al Mizan (Semoga diizinkan untuk sebaran umum dan kebenaran)


Masih percaya Drama Liwat II itu kisah benar? 

Silalah "terjun  ke dalam lubang tahi" dengan UMCO!


P/s: Kongsikan di Facebook & Twitter, kongsikan di blog, kongsikan di e-mel!!!!




SUMBER: duniacacamarba


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: