Rabu, 13 April 2011

Biaqpila

Biaqpila






BN dijangka tabur jutaan ringgit pada 4 hari terakhir kempen



Barisan Nasional dijangka akan menabur jutaan ringgit bukan sahaja kepada pengundi, malah kepada calon-calon KEADILAN yang bertanding pada 4 hari terakhir kempen Pilihan Raya Negeri Sarawak.



Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mengulas laporan mengenai calon KEADILAN bagi kerusi DUN Baleh, Bendindang Manja yang ditawarkan sejumlah wang supaya menarik diri daripada bertanding dalam pilihan raya itu, 16 April ini.



“Kita menjangkakan wang akan digandakan dan ia di luar kawalan kami.



Pihak lawan sememangnya menggunakan taktik ini, bahkan hanya satu hari selepas penamaan pun ada di antara calon KEADILAN yang ditawarkan untuk menarik diri.



“Tapi, syukurlah setakat pemantauan kita, calon-calon masih bersama dengan rakyat.



KEADILAN akan mengawal supaya tiada anasir Barisan Nasional yang akan mendekati untuk membeli calon kita,” kata Rafizi pada sidang media di Bilik Gerakan Utama (BGU) KEADILAN, dekat Satok hari ini.

Beliau menjelaskan, sehingga kini tidak ada tanda yang menunjukkan calon-calon KEADILAN akan goyah walaupun tahu bahawa tawaran tersebut akan datang dari pelbagai pihak.



“Agak sukar sekarang ini bagi mereka menarik diri dan mengkhianati melihatkan kepada gelombang sokongan rakyat,” kata Rafizi.



Dalam pada itu, Rafizi mengingatkan kepada pengundi di Sarawak bahawa jumlah ribuan ringgit yang ditawarkan adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan 30 tahun penderitaan rakyat Sarawak.



“Mereka beri seribu kita minta dua ribu.



Mereka beri dua ribu, kita minta tiga ribu.



“Justeru saya ulang kepada para calon untuk turun bertemu dengan rakyat dan beritahu mereka untuk ambil wang itu, sebab ia memang wang anda.



“Tetapi undi adalah rahsia.



Jangan lepaskan peluang, kerana hanya masa inilah sahaja kita mampu buat perubahan.



Jika mahukan perubahan, undilah Pakatan Rakyat,” ujarnya.


jalanpulang1978


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Video: Mai tengok Umno bagi rasuah...

Posted: 13 Apr 2011 03:00 PM PDT

ADA ORANG TERJUN BANGUNAN LAGI?

Posted: 13 Apr 2011 11:06 AM PDT

Video DAP Tangkap Penipuan Undi Pos Di Sibu

Posted: 13 Apr 2011 09:15 AM PDT

DAP Dakwa Rakam Penipuan Undi Pos Di Sibu

DAP membuat laporan polis hari ini setelah merakamkan sebuah klip video yang didakwa menunjukkan insiden penipuan undi pos di Sibu.



Seorang pekerja pilihan raya DAP yang berada di Ibu Pejabat Polis Sibu mengesahkan ejen pengundian DAP yang merakam insiden itu telah memberi kenyataan kepada polis pada jam 5.30 petang tadi.



Klip itu, yang disiarkan petang tadi menunjukkan empat wanita memberi sesuatu yang kelihatan seperti kertas undi kepada seorang lelaki berkaca mata di Wisma Sanyan.



Setelah wanita itu beredar,  lelaki yang tidak dikenalpasti menyedari dirinya dirakam dan cuba melarikan diri ke tangga menuju sebuah pejabat.



Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong menempelak insiden itu dan menganggap banyak lagi yang perlu dibongkar.



"Reaksi orang ramai terhadap video itu membuktikan lelaki dalam video itu terlibat dalam sesuatu yang tak kena," katanya.



"Kita mengutuk semua bentuk penipuan pilihan raya dan pembelian undi dan menggesa polis dan Suruhanjaya Pilihan Raya menyiasat insiden ini.



Liew menambah walaupun DAP menerima laporan banyak perkara seperti ini berlaku, DAP tiada kuasa untuk menghalangnya.



"Kita tidak akan berpeluk tubuh sahaja," katanya.



"Jadi kami menggesa semua pengundi di Sarawak memainkan peranan bagi memastikan Pilihan Raya ini bersih dan adil. Jika anda melihat insiden yang mencurigakan, rakam dan kami akan mengambil tindakan susulan," tambahnya lagi.TVSNEWS



Video...







KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Video Seks: Siasat Jam Omega Bukti Konspirasi

Posted: 13 Apr 2011 05:00 AM PDT


PETALING JAYA - Pengumuman polis bahawa mereka kini sedang menyiasat pemilik jam tangan Omega, yang dikaitkan dengan pelaku video seks palsu baru-baru ini, merupakan bukti bahawa ia merupakan satu konspirasi politik peringkat tertinggi. Ini kerana, siasatan ke atas pemilik jam tangan tersebut langsung tidak bersangkut-paut dengan laporan polis ke atas penyebar video itu yang diklasifikasikan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki dan menayangkan bahan lucah.


"Kenyataan terkini polis adalah bukti kepada perkara ini. Ternyata mereka berat sebelah dan rela menjadi perkakas kepada plot politik BN," kata Naib Presiden KEADILAN, N. Surendran. "Siapa pemilik jam itu tiada kena-mengena dengan siasatan polis. Kita perlu ingat bahawa siasatan polis terhadap laporan yang dibuat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah berdasarkan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, dan kesalahannya adalah kerana memiliki dan menayangkan bahan-bahan lucah," tambah beliau.

Menurutnya, bukan satu kebetulan yang tidak sengaja apabila Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Acryll Sani Abdullah membuat pengumuman akan mendedahkan pemilik jam tangan berkenaan, sehari selepas wartawan media perdana bertanya kepada Anwar mengenainya. "Sehari sebelum pengumuman itu, satu soalan berkenaan jam Omega itu yang sudah dirancang sejak awal lagi ditanya kepada Anwar (sewaktu sidang media pilihan raya negeri Sarawak) di Kuching.

"Soalan itu tiada kaitan sama sekali dengan pilihan raya Sarawak atau siasatan ke atas video itu," kata Surendran. Surendran juga kesal kerana sejak awal kes video itu disiasat, polis berulang kali membuat kenyataan yang tiada kena mengena dengan siasatan. Keadaan itu katanya, menimbulkan persepsi bahawa polis seolah menyokong strategi politik kotor BN- untuk menjatuh dan mengaibkan Anwar.

Justeru itu, beliau mengingatkan polis bahawa tugas mereka adalah mengawal keselamatan rakyat negara ini dan bukannya bertugas untuk Umno-Barisan Nasional. Video seks palsu yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditayangkan kepada sekumpulan wartawan dan editor kanan pada 21 Mac 2011 di Carcosa Seri Negara, pada hari yang sama Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak dibubarkan.

Anwar sendiri sejak awal lagi menafikan sekeras-kerasnya penglibatan beliau dalam video tersebut. Satu sedutan daripada video itu dibocorkan ke Internet pada 4 April 2011, tarikh yang sama KEADILAN menyambut ulang tahun ke-12 penubuhannya.

Namun sehingga kini, trio 'Datuk T' yang menayangkan video itu , masih lagi belum ditangkap polis walau pun mereka mengaku sebagai dalang tayangannya. Identiti Datuk T dikenalpasti sebagai bekas Ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ahli Perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim./KD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PANAS!! Pilihanraya Negeri Sarawak: Wang Rasuah Sudah Tiba Dari Kuala Lumpur!!

Posted: 13 Apr 2011 02:00 AM PDT

Menurut sumber yang rapat dengan Barisan Najis, semua wang tunai

yang tiba akan diserahkan kepada pengundi pada saat akhir bagi

mematikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat

KISAH JAM OMEGA LEBIH LAWAK DARI PERUT BOROI

Posted: 12 Apr 2011 09:00 PM PDT


KREDIT GAMBAQ KPD BRO MILOSUAM

DEY MACHA!!!

GUA TAK SURE MANA POLIS DAPAT KAD PENDAFTARAN JAM NI.
TAKKAN LA ANWAR TERTINGGAL SEKALI DENGAN JAM OMEGA TU.
PELIK JUGAK NAK PROJEK PUN BOLEH PI TERTINGGAL JAM,
BESERTA KAD PENDAFTARAN JAM SEKALIGUS.
POYOLAH NAK PROJEK PUN BAWAK KAD PENDAFTARAN JAM
TAK SPRM LANGSUNG
KAH! KAH! KAH!

MAKIN HARU LA INI KES
ADA KA ORANG BAWAK KAD PENDAFTARAN JAM PI BERFOYA-FOYA?
BIASANYA PEMILIKNYA SIMPAN DALAM LACI KAT RUMAH
BUKANNYA SIMPAN DALAM LACI HOTEL
KAH! KAH! KAH!

ATAUPUN JAM OMEGA NI BEGITU CANGGIH
BILA-BILA MASA BOLEH PRINT KELUAQ KAD PENDAFTARANNYA
KAH! KAH! KAH!

INI KES SUDAH PELIK MELEBIHI KES TELOQ TIRUAN.
MULA-MULA CARI JAM TAK JUMPA,
YANG JUMPA VIDEO SEKS.
LEPAS TU PELACUR YANG REMBAT JAM TU PULANGKAN BALIK,
(DASYAT NOOO...DEPA ADA KONTEK NOMBOR PELACUR)
TUP-TUP POLIS DAH HANTAQ KAD PENDAFTARAN JAM KEPADA PENGEDAR JAM.
TAK MUSTAHIL LEPAS NI DIUMUMKAN,
DI MUKA DEPAN UTUSAN MELOYA,
DI TAJUK UTAMA BULETIN 3SUKU,
SAH PEMILIK JAM ITU ADALAH ANWAR
MACAM JUGAK PITA VIDEO TULEN HARI TU
KAH! KAH!KAH!

HANGPA BACA KENYATAAN POLIS NI (SEDUTAN BERITA MELOYA)

Ketika ditanya sama ada polis akan meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan jam tangan jenis sama untuk siasatan, Acryl Sani berkata, perkara itu tidak perlu kerana jam tangan yang sepatutnya telah pun diserahkan.

MAKANYA KALAU ANWAR ADA JAM OMEGA KAT DIA PUN
POLIS TAK AKAN MINTA LAGI
JADI BUAT APA WARTAWAN OTAK TELOQ OMEGA TU DOK SIBUK TANYA KEMARIN?
KAH! KAH! KAH!

LAWAK PERUT BOROI DAH KANTOI
LAWAK TETEK LABUH PUN DAH LINGKUP
KINI LAWAK JAM OMEGA SEDANG GAMAT DITAYANGKAN
KAH! KAH! KAH!

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Kesal polis siasat jam Omega bukan Datuk T

Posted: 12 Apr 2011 06:00 PM PDT


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kesal dengan sikap polis yang lebih berminat menyiasat pemilik jam tangan Omega daripada menangkap dalang dan penjenayah sebenar video seks palsu, trio Datuk T.

Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mengulas tindakan polis untuk menyiasat pemilik jam tangan berkenaan, yang disifatkan sebagai bermotif politik bagi mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu tersebut.

“Siasatan polis jelas bermotifkan politik yang diyakini ada hubung kait dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selain bertujuan mengaburi mata rakyat dengan mengaitkan Anwar terlibat dalam video fitnah.

“Polis mesti menyiasat Datuk T yang merupakan penjenayah dalam isu video fitnah, dan bukan sibuk dengan pemilik jam,” kata Shamsul ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Katanya, penyiasatan yang menjurus kepada jam tangan tersebut, tanpa menyiasat dalang di sebalik pembikinan video palsu itu menggambarkan polis bersedia menjadi alat kepada pemimpin Umno.

Selain itu katanya, ia memaparkan imej negatif pihak berkuasa tersebut yang sehingga kini masih belum menangkap trio Datuk T- yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, Ahli Perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah dan bekas senator, Datuk Shuib Lazim.

“Siasatan ini kita ragui kerana kononnya menjurus kepada pelakon video yang bermotifkan khianat dan jahat terhadap Anwar.

“Polis juga bersedia menjadi alat untuk dipergunakan oleh Umno. Sekiranya perkara ini berterusan, saya bimbang rakyat akan memandang negatif terhadap polis kerana tidak menjalankan tugas dengan adil,” ujarnya.

Sementara itu, beliau mengulas kelembapan pihak polis menyiasat kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, tetapi terlalu ghairah untuk mengesahkan pelakon video palsu berkenaan.

“Umno hanya mahu menyiasat sekiranya ada kepentingan politik terhadap mereka, tambahan pula mangsa adalah rakyat biasa.

“Sekiranya di negara-negara lain, pihak kerajaan akan memandang serius perkara seperti ini kerana melibatkan menteri yang bertanggungjawab di SPRM, tetapi sebaliknya berlaku di negara kita,” katanya.- KD




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: