Isnin, 11 April 2011

Biaqpila

Biaqpila


‘Muhyiddin langgar etika perguruan minta guru pangkah BN’

Posted: 11 Apr 2011 03:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melanggar etika perguruan apabila secara terbuka memberi amaran kepada guru-guru agar memangkah Barisan Nasional pada pilihan raya umum negeri Sarawak yang akan datang.
Demikian dinyatakan Ketua Biro Pendidikan KEADILAN, Abas Awang sewaktu mengulas 'permintaan' Muhyiddin agar guru-guru di Sarawak mengundi Barisan Nasional.
Muhyiddin membuat 'permintaan' itu pada satu pertemuan "pemantapan profesion perguruan' di Sibu petang tadi.
Bercakap lebih lanjut, Abas berkata Muhyiddin sanggup mendahulukan kepentingan politik kepartian yang sempit dan menghina profesion perguruan yang mulia demi memastikan BN terus berkuasa di Sarawak.
Ia juga ironi kerana Muhyiddin sendiri memimpin Kementerian Pelajaran tetapi pada masa yang sama tidak menghormati golongan pendidik.
"Muhyiddin memalukan dan merendahkan martabat profesion perguruan (dengan berkempen secara terbuka kepada guru-guru).
"Namun, beliau tergamak berbuat demikian kepentingan sempit politik kepartian," kata Abas.
Tindakan Muhyiddin itu juga, kata Abas, bertentangan sama sekali dengan cakap-cakap Muhyiddin tentang hasrat untuk memperbaiki institusi pendidikan.
"Tindakannya itu bercanggah dengan dasar-dasar beliau sendiri. Katanya mahu mewujudkan sekolah berprestasi tinggi, tetapi masa guru dibazirkan dengar cermah politik.
"Bilakah masanya guru-guru mahu berusaha lebih untuk memenuhi Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan Muhyiddin jikalau mereka ditarik ke sana ke sini diwajibkan mendengar kempen politik, " kata Abas.
Mengulas kenyataan Muhyiddin bahawa Pakatan Rakyat ibarat 'tikus membaiki labu' jika diberi peluang mentadbir negara, Abas berkata sebenarnya di bawah pentadbiran BN sendiri, 'labu sudah rosak' dan tiada apa lagi untuk diperbaiki.
"Sekarang kita cuma ada KEADILAN dan Pakatan Rakyat sahaja sebagai landasan untuk memperbaiki sektor pendidikan dan negara yang terlalu dipolitikkan," kata Abas.
Abas yang dilantik mengetuai Biro Pendidikan KEADILAN adalah bekas Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur. Sebelum itu, beliau adalah Timbalan Pengarah Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran.

keadilandaily

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

ANWAR KENA BERANG TIAP2 HARI,BARU BOLEH MASUK UTUSAN

Posted: 11 Apr 2011 06:35 AM PDT



TENGOK CARA PEMANGKIN FITNAH RAKYAT BEKERJA
INILAH DIA UTUSAN MELOYA HARUM SUNDAL MALAM
SIAP JADI TAJUK UTAMA LAGI TUUU
BAGI DEPA BERITA ANWAR BERANG LEBIH PENTING
BERITA FORMULA ONE PUN CIPUT JE BEB
PATUTLAH SURATKHABAQ TAK LAKU
KAH! KAH! KAH!

BERITA ANWAR MELAWAT RAKYAT TAKDAK PULAK MASUK
BERITA ANWAR BAGI UCAPAN PUN JANGAN HARAP
KALAU BERITA PASAI PUNGKOQ ANWAR
KALAU BERITA PASAI SPENDER ANWAR
SAH-SAH LETAK KAT MUKA DEPAN
MEMANG DASAR HARUM SUNDAL MALAM PUNYA PAPER
KAH! KAH! KAH!

BETUL LA ANWAR JAWAB KEPADA WARTAWAN OTAK TELOQ OMEGA:

Anwar: Media kena honest. Dia tak boleh menjadi perkakas orang yang zalim dan menghina. kalau ada basis.

Wartawan: Dulu Datuk Seri ada janji untuk jelaskan di mana Datuk Seri ketika...

Anwar: (Datuk Seri Dr Wan) Azizah (Wan Ismail) dah jawab. Saya tau soalan you untuk bantu Utusan tulis Anwar gagal jawab.

Wartawan: Bukan macam tu Datuk Seri.


JAWAPAN TERBAIK BUAT KAKI AMPURNO
KAH! KAH! KAH!

1 MALAYSIA MENJANA TRANS'PORN'MASI
BIAQPILA APA ADA HAL

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

GADIS 16 TAHUN DIPERKOSA JAGA DI DALAM BANK

Posted: 11 Apr 2011 03:34 AM PDT


JITRA: Helah seorang pengawal keselamatan yang kononnya mahu menawarkan pekerjaan kepada anak seorang jirannya di sebuah bank di Changlun, dekat sini, bertukar tragedi apabila suspek melempiaskan nafsu serakahnya terhadap mangsa, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi, mangsa yang berusia 16 tahun itu mengikut lelaki berusia 55 tahun yang layak dipanggil bapa itu selepas dipelawa untuk ke bank berkenaan kerana mangsa berhasrat mencari kerja.


Mangsa yang tidak bersekolah itu gembira apabila diberitahu ada peluang pekerjaan selepas dimaklumkan suspek dan mengikut lelaki itu menunggang motosikal tanpa mengetahui niat suspek.

Setibanya di dalam bank berkenaan, suspek membawa mangsa masuk dan menutup pintu memandangkan bank tidak beroperasi pada hari itu kerana cuti hujung minggu.


Timbalan Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Deputi Superintendan Ibrahim Mohd Yusof, berkata suspek merogol mangsa berulang kali sebelum menghantar mangsa pulang ke rumahnya di sebuah kampung, di Jalan Changlun, di sini.


"Mangsa memaklumkan perkara itu kepada bapanya yang berusia 42 tahun sebelum membuat laporan di Balai Polis Changlun tidak lama kemudian.

"Suspek yang berkhidmat dengan sebuah syarikat keselamatan itu ditahan ketika bertugas di sebuah bank lain di daerah ini, Selasa lalu kira-kira jam 11 pagi untuk membantu siasatan berhubung kes itu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu, semalam.


Ibrahim berkata, mangsa yang juga anak kedua daripada tiga beradik itu tinggal bersama bapanya manakala ibunya sudah meninggal dunia dan dipercayai baik dengan suspek yang juga jirannya.


Katanya, mangsa dibawa bapanya ke Hospital Jitra (HJ) untuk menjalani pemeriksaan dan hasil laporan perubatan mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.


Beliau berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan dan mangsa kini direman seminggu sejak Khamis lalu untuk membantu siasatan.


"Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol gadis bawah umur," katanya.


Semalam, suspek bersama seorang lelaki yang disyaki bomoh ditahan polis kerana disyaki merogol dibawa ke HJ untuk diambil sampel darah dan pemeriksaan kesihatan untuk membantu siasatan.


Bomoh yang juga pembantu kolam ternakan udang di Kerpan, di sini, kini masih direman sejak Khamis lalu selepas seorang pelajar tingkatan lima bersama bapanya membuat laporan dirogol suspek berusia 36 tahun itu ketika mendapatkan rawatan bantuan mengusir makhluk halus.


Mereka pergi ke rumah suspek kira-kira jam 8.30 malam di rumahnya di Simpang Kemboja, Ayer Hitam, di sini, bersama bapanya untuk mendapatkan khidmat mengusir hantu yang kemudian dipercayai dipukau sebelum dirogol.HM


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

CERAMAH PARTI TUPPERWARE

Posted: 11 Apr 2011 12:00 AM PDT



NAK SURUH ORANG RAMAI MAI DENGAQ CERAMAH..
TERPAKSA DIUMPAN OLE-OLE
KALAU TAKDAK HABUAN DIBERIKAN..
TAKDAK SAPA NAK MAI DENGAQ NAJIB BERUCAP
KESIAN NAJIB...

50 TAHUN KERAJAAN BN MENIPU RAKYAT
30 TAHUN RAJA BERUK MERAMPAS HARTA RAKYAT
HARI NI RAKYAT BERJAYA RAMPAS BALIK OLE-OLE
KAH! KAH! KAH!

ITUPUN KENA MAI DENGAQ CERAMAH
BARULAH BOLEH DAPAT OLE-OLE
KENA BEREBUT-REBUT PULAK TU
KAH! KAH! KAH!

KESIAN MEMANG KESIAN
KALAU DAPAT TV LED 42 INCI KA
DAPAT KERETA INSPIRA KA, OK JUGAK
INI DAPAT TUPPERWARE
KAH! KAH! KAH!


Kekecohan rebut Tupperware di ceramah PM

Kekecohan berlaku di stadium tertutup MBKS malam tadi selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razal meninggalkan tapak perhimpunan ceramahnya kerana hadirin berebut cuba mendapatkan 'ole-ole' yang dibawanya - iaitu bekas makanan dan minuman berjenama Tupperware.

najib rally kuching 100411Ketika 2,000 orang beredar dari stadium itu, ratusan lagi mengerumuni pintu masuk untuk merebut bag 'ole-ole' yang diberikan secara percuma itu.

Bag itu mengandungi poster Najib dan sama ada sebuah bekas makanan atau minuman daripada jenama terkenal Tupperware.

Apabila keadaan menjadi tidak terkawal, beberapa pekerja terpakasa memindahkan kotak-kotak barangan itu daripada pintu masuk.

Jatuh tergolek

Sebaik sahaja kotak yang dibawa mencecah lantai, puluhan orang lagi akan menyerbu ke arah tersebut. Kebanyakan mereka adalah golongan berusia dan kanak-kanak yang terus mengoyakkan kotak itu dan merampas 'ole-ole' yang ada.

Dalam kekecohan itu, ramai yang jatuh. Seorang wanita tua dilihat tergolek di lantai tetapi terus berpegang erat kepada bag yang berjaya diambilnya itu.

Wartawan dan anggota polis yang berada di lokasi tercenggang melihat kejadian yang tidak disangkakan dan ada yang menasihatkan orang ramai supaya bersabar menunggu giliran mendapat hadiah daripada BN itu.

Seorang hadirin memberitahu Malaysiakini bahawa beliau datang apabila terbaca di akhbar mengenai program anjuran BN yang menjemput semua penduduk sekitar Kuching.

“Ada makanan dan hadiah percuma. Sesiapa pun akan datang,” kata lelaki pertengahan umur yang tidak mahu namanya disiarkan.

Ditanya sama ada beliau datang untuk menyokong perdana menteri dan BN, lelaki itu berkata dia hadir untuk melihat wajah Najib secara dekat.

najib rally kuching 100411 foodSeorang wanita tua pula berkata, beliau dan penghuni sebuah rumah pangsa dibawa dengan bas dari Jalan Ban Hock. Katanya, akibat kekecohan itu, dia gagal mendapat bag 'ole-ole' BN itu.

Sebelum majlis bermula, semua hadirin diberikan sehelai kemeja T 1Malaysia dan diminta menyarungkannya ketika itu juga. Hadirin juga diberikan burger dan air minuman botol. MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Dakwaan Sarbani bunuh diri melampau

Posted: 10 Apr 2011 09:00 PM PDT


SHAH ALAM, 10 April: Pemuda PAS Selangor mendesak NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) menarik balik kenyataannya yang membawa pengertian pegawai Kastam, Ahmad Sarbani terlibat dengan rasuah dan sanggup membunuh diri kerana ia satu kenyataan yang melampauai batas-batas nilaian kemanusian.

"Kenyataan JMM mempunyai agenda jahat dan tidak bertamadun," kata timbalan ketuanya, Zaidy Abdul Talib.

Sebelum ini Yang Dipertua JMM Azwanddin Hamzah telah menimbulkan kenyataan yang melampau terhadap mangsa melalui Berita Harian tempoh hari dengan menyatakan ketegasan SPRM menangani jenayah rasuah sudah mula menunjukkan kesan positif kerana ia memberi tekanan jiwa yang hebat terhadap penjenayah rasuah sehingga ada sanggup membunuh diri.

Sepatutnya, bagi Pemuda PAS Selangor, dia mesti menunggu hasil dari siasatan terperinci yang dilakukan oleh pihak polis sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan yang boleh mencetuskan polimik, bukan dengan menuduh tanpa sebarang bukti.

Perkara ini, bagi Zaidy, boleh menaikkan kemarahan rakyat dengan membuka aib mangsa dan keluarganya.

Pemuda Pas Selangor menyifatkan kenyataan tersebut bermotifkan politik jahat yang menidakkan proses keadilan dan mempengaruhi masyarakat dengan membuat andaian buruk kepada mangsa.

"JMM terlalu kurang ajar, tidak menghormati mangsa dan keluarganya. Saya pun tak faham kenapa ada persatuan Melayu yang tidak tahu tentang soal adab dan tata susila orang-orang melayu. Mereka sanggup untuk menuduh bukan-bukan," kata Zaidy (gambar bawah) dalam kenyataannya.


Zaidy menambah "sebagai Melayu dan beragama Islam kita wajib mempertahankan mangsa dan keluarganya dari tohmahan jahat yang boleh menjatuhkan integiriti agama Islam dan bangsa Melayu yang penuh dengan maruah dan adat. Kita sepatutnya berusaha untuk memastikan keadilan dan siasatan yang dijalankan dengan telus dan saksama".

Menurut Zaidy, allahyarham adalah seorang yang beragama, seorang yang sentiasa berada dan berjemaah di surau di kawasan kediamannya, juga difahamkan akan menunaikan haji di Makkah pada tahun ini.

Beberapa jam sebelum kematiannya beliau menunaikan solat subuh berjamaah bersama kawannya dalam perjalanan ke Pejabat SPRM, Kuala Lumpur.

"Mana mungkin seorang Melayu beragama Islam yang taat beragama mampu melakukan perkara sekeji dan yang dikutuk oleh agamanya iaitu membunuh diri," kata Zaidy.

6 April lepas, kira-kira pukul 10.15 pagi, Ahmad Sarbani, 56, yang ditahan semalaman pada 1 April bagi membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram, ditemui mati di tingkat satu, pejabat SPRM Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane.

Sebelum itu, Ahmad Sarbani yang datang sendiri ke pejabat itu telah diiringi seorang pegawai untuk bertemu pegawai penyiasat namun pegawai tersebut telah meninggalkan mangsa dan keluar sebentar bagi mendapatkan pegawai penyiasat.

Namun dalam beberapa minit kemudian, pegawai tersebut telah kembali ke pejabatnya dan mendapati mangsa tiada dalam bilik berkaitan dan setelah mencari di kawasan itu, terlihat satu tubuh manusia terlantar di tingkat 1 bangunan pejabat berkenaan.

JMM sebelum ini juga pernah memburukkan imej Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan menyamakan beliau sama seperti pengamal ajaran sesat Ayah Pin.


HD


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Bunuh Umno dulu, yang lain kira kemudian

Posted: 10 Apr 2011 06:00 PM PDT

Oleh Penarik Beca

Ramai yang saya temui marah-marah dengan perbuatan terkutuk media-media kurang ajar dan berhati iblis yang menggambarkan Ahmad Sarbani Mohamed bunuh diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur. Ada yang kata, "dia duduk tingkat tujuh. Kalau nak, baik dia bunuh diri kat rumah dia. Lagi tinggi".

Tak tau la, tapi ada yang beritau bahawa Ahmad Sarbani juga imam di surau dekat rumah dia. Malah, ada orang kampungnya yang marah-marah berkata, "orang kampung kami bunuh diri tak de, bunuh orang ade le.."



Salah seorang kawan berkata, "kalau satu kes (terbunuhnya Teoh Beng Hock di premis SPRM) boleh la nak kata kebetulan. Kalau dah dua kali memang betul-betul". Saya tak ingat dengan tepat, tetapi sekurang-kurang tiga orang yang saya temui menyebut "suruhanjaya pembunuh rakyat Malaysia". Saya harap mereka tidak merujuk kepada SPRM walaupun apa yang depa sebut sebagai "suruhanjaya pembunuh rakyat Malaysia" tu ringkasnya SPRM juga.

Ada yang mahu tindakan diambil ke atas SPRM. Saya kata, tak boleh. "Mana boleh ambil tindakan sebab dari segi perlaksanaan undang-undang di Malaysia, kalau Umno yang buat atau alat perkakasnya yang buat, itu tak salah. Pijak dan kencing al-Quran pun tak salah di sisi perlaksanaan undang-undang di Malaysia asalkan Umno dan pak yet-pak yetnya yang buat".

Nak kesian kat Umno pun tak patut. Tapi, malang sungguh nasib parti yang Tun Dr Mahathir Mohamad kata dah jadi parti perasuah tu. Tengah sedap-sedap depa henjut isu video sex yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, timbul pula isu terbunuhnya Ahmad Sarbani di pejabat SPRM. Terpaksalah Umno jerit kuat-kuat lagi isu video sex.

Demi menggerhanakan kes terbunuhnya Ahmad Sarbani di pejabat SPRM, perang isu video sex antara Umno dan Anwar dijangka akan berapi sakan. I wish all of them the very best of luck.

Orang tanya lagi, macam mana kalau sungguh Anwarlah musibat dalam video tu?

Lebih kurang saya jawab: "Ok, katakan memang sungguh Anwarlah musibat dalam video tu. Katakan juga, bukan setakat Anwar ja yang jahat. Katalah semuanya jahat, PAS, PKR, DAP semuanya jahat. Adakah hang nak sokong Umno kalau semua puak tu jahat. Adakah kerana puak tu semuanya jahat, hang nak sokong pulak bapak segala jahat?

"Adakah sebab puak lain pun jahat jugak, taghut tak lagi menjadi taghut dan boleh pula disokong?!

"Aku ambik satu contoh. Banyak orang dakwa PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) tu jahat dan banyak agen Israel dalam PLO. Itu orang dakwa. Ramai yang percaya. Terus terang, aku pun percaya.

"Tapi, bila PLO bertembak dengan Yahudi Zionis Israel tu, adakah hati hang nak sokong Zionis laknat tu semata-mata sebab PLO pun jahat? Hang pikiaq sendiri la!"

"Aku selalu tulis dalam blog aku, parti-parti pembangkang pun mudharat jugak. Banyak penyangak dalam parti-parti pembangkang macam... (saya sebut contoh-contohnya tapi tak berani nak tulis di sini sebab takut kena saman pulak).

"Tapi mudharat terbesar ialah Umno. Kena bunuh ular besar dulu. Kalau kita tak bunuh dia, dia bunuh kita. Bukan takat kita, anak cucu kita pun dia bunuh. Bunuh ular besar dulu. Ular-ular lain kita kira kemudian (maksudnya, we will deal with them later). Kalau ular besar pun kita dapat bunuh, apa nak heran ular-ular lain tu" (Komen-komen yang lama saya akan moderate kemudian sebab tak boleh ciluk lama-lama laptop anak saya ni).


DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

BN dalam bahaya? Najib berkampung di S'wak

Posted: 10 Apr 2011 03:00 PM PDT

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dijadualkan ke sarawak sekali lagi malam ini dan akan 'berkampung' di bumi Kenyalang itu sehingga sehari sebelum pilihan raya negeri Sarawak ke-10 berlangsung.

NONESebaik sahaja jadual Najib yang juga adalah pengerusi BN disahkan, timbul spekulasi bahawa kemungkin Sarawak akan menyaksikan beberapa kerusi di kubu kuatnya tumbang.

Najib mungkin menjadi perdana menteri pertama yang berkempen sebegitu aktif. Lazimnya, tugas itu diserahkan kepada timbalan perdana menteri manakala perdana menteri sibuk dengan urusan mentadbir negara di Putrajaya.

Sejak mengambil alih tampuk pemerintahan negara pada April 2009, Najib hanya memainkan peranan kecil dalam pilihan raya kecil dan tindakannya kali ini dikata mengejutkan banyak pihak.

NONELebih menarik lagi, tahun ini sahaja sudah dua kali beliau melawat Sarawak. Kali pertama pada 19 Mac lalu pada perhimpunan di Serian dan pada 7 April lalu beliau berjalan sekitar bandaraya di Kuching untuk bermesra dengan penduduknya.

Anwar juga di Kuching

Kali ini, tumpuan Najib adalah di bandar-bandar utama – Miri, Sibu dan Kuching – yang sejak beberapa hari lalu menyaksikan ribuan rakyat tertarik kepada ceramah yang dianjurkan oleh Pakatan rakyat.

Kerusi-kerusi di kawasan bandar-bandar utama itu dikatakan sebagai kawasan gelap di mana parti komponen BN, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menghadapi persaingan sengit.

NONENajib juga dijadual melawan pekan-pekan kecil seperti Sri Aman, Lubok Antu, Betong, Engkilili, Sebuyau, Sadong Jaya, Bau, Bario, Sungai Baram, Lawas dan Limbang.

Sekilas pandang, perdana menteri dilihat cuba meninjau sokongan etnik-etnik berkenaan di kawasan luar bandar yang sebelum dikatakan sebagai 'simpanan tetap' BN.

Dan seperti pada beberapa pilihan raya kecil yang lalu, lawatan Najib tidak akan lengkap tanpa membawa 'ole-ole' untuk rakyat Sarawak.

NONEEsok, Najib akan melawat Hospital Sri Aman yang dibina sebelum Sarawak mencapai kemerdekaan. Bangunan itu kini uzur dan memerlukan bantuan kewangan untuk dibaik-pulih.

Pada Khamis pula, beliau akan ke Sungai Baram, kawasan pembinaan empangan Bakun yang kontroversial dan dijadual melancarkan 'klinik terapung 1Malaysia'.

Najib juga akan menghadiri dua perhimpunan di Kuching pada malam ini dan esok dan dijangka membuat beberapa pengumuman penting bagi menarik undi di kalangan mereka yang tidak berpuas hati dengan BN.

Hari ini juga menyaksikan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menggempur Sarawak dan fokusnya kali ini adalah di Kuching dan kawasan sekitarnya.

Anwar, dijadualkan berceramah di Asajaya, Kuching, Kampung Samariang dan Petrajaya.
MK

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: