Ahad, 3 April 2011

Biaqpila

Biaqpila


Demo Anti Nuklear Dihalang,Demo Umno Depan Balai Boleh Pulak

Posted: 03 Apr 2011 03:00 PM PDT



Dua "Wajah" PDRM

KLANG 3 APRIL : Tiga tunjuk perasaan di Lembah Kelang hari ini menzahirkan sikap pilih kasih polis dalam menjalankan tugas mereka, sungguhpun badan itu mendakwa ia bebas dan berkecuali.

Lebih seratus anggota polis dikerah untuk menghalang demonstrasi Anti Loji Nuklear yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Pulau Ketam pagi tadi, sehinggan memaksa majlis itu terpaksa dialihkan ke tempat lain.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago dan hadiri dihalau dari kawasan jeti Pulau Ketam yang menjadi lokasi asal perhimpunan aman itu.

Satu lagi demonstrasi bersabit isu novel Interlok yang membabitkan wakil rakyat Pakatan Rakyat di Batu Caves juga dihalang polis.

Sekurang-kurangnya dua orang termasuk Ahli Parlimen Teluk Intan M.Manogaran di tahan.

Namun, di sebelah petang, polis bermurah hati apabila membenarkan demonstrasi anjuran Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) yang disokong oleh Umno berjalan tanpa halangan di Kelang.

Malah penunjuk perasaan pro-Umno dibenarkan berkumpul betul-betul di halaman Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara di sini hari ini, dan mencetuskan pelbagai tafsiran orang ramai yang lalu-lalang di situ.

Penunjuk perasaan berkenaan kemudian dibenarkan mencaci keperibadian Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Malaysia, sekali lagi tanpa polis mengambil sebarang tindakan.

Pengerusi DAP Klang Ivan Ho Fook Keong berkata cara polis menangani tunjuk perasaan jelas menunjukkan badan itu tidak professional dan berkecuali sebagaimana
yang diharapkan oleh rakyat.

"Kami hendak adakan perhimpunan aman tetapi dihalang polis. Tetapi kalau UMNO nak buat demonstrasi jalan raya, polis menggalakkan mereka," kata beliau.

Ivan merujuk kepada demonstrasi 'kepala lembu' di shah alam dan beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno yang tidak dihalang oleh polis, semata-mata
kerana yang disasarkan adalah Pakatan Rakyat.

"Tetapi apabila kami berhimpun secara aman,kami diugut akan ditangkap," kata Ivan.

TVS

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PANAS!! Lawatan Najib Penuh "Sandiwara" Kah Kah Kah...

Posted: 03 Apr 2011 06:45 AM PDT



Kah kah kah...



Kih kih kih...



Dah agak dah, yang banyak kat tepi jalan bas-bas sewa khas kah kah kah...



Yang ramai budak-budak politeknik dengan budak USM kena hangkut kah kah kah...



Universiti Apex konon, tapi mentaliti macam budak tadika, semua terpaksa kah kah kah...



Ayam, kambing, lembu sembelih berlambak tak habis kah kah kah...



Macam ni cakap nak tawan orang Tanjung??



Kah kah kah...



Kah kah kah...



Koh Tsu Koon kena masuk kepala balik dalam pasir laaa kah kah kah...



TKM 1 P.Pinang Dakwa Sambutan Lawatan Najib Hambar

Walaupun menafikan menunjukkan minat secara langsung untuk menawan kembali Pulau Pinang, namun kenyataan Perdana Menteri bahawa sambutan masyarakat di Pulau Mutiara itu begitu memberangsangkan terhadapnya, begitu melucukan.

Ini kerana kata Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman, kehadiran Najib seringkali disambut hambar penduduk walaupun acara sambutannya meriah.

“2,000 orang yang datang tapi tumbangkan kerbau lembu 10 ekor, ayam beratus-ratus ekor... itu pun bawa budak MRSM, politeknik, penuntut USM datang dengan bas.
Penduduk tempatan tak sampai banyak itu.. orang-orang yang datang ini adakah dengan kehadiran seorang Perdana Menteri?

“Dan yang keduanya orang yang hadir itu adalah orang yang dibawa.. bukan orang yang duduk di situ.

Kalau begitu, ia adalah sambutan yang tidak seberapa seperti yang didakwa oleh BN,” kata Mansor kepada Tv Selangor.

Semalam Najib dipetik sebagai berkata, beliau yakin BN dapat merampas semula Pulau Pinang ekoran sambutan baik yang diterimanya dari rakyat Pulau Pinang ketika turun ke negeri itu.

"Suasana memihak kepada perasaan inginkan perubahan dan walaupun ia di peringkat sentimen, kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan," kata Najib yang dipetik Bernama.

Walau bagaimanapun, tidak semena-mena hari ini presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon menafikan kenyataan Najib itu sambil menjelaskan pemimpin nombor satu negara itu tidak akan mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.

Katanya, Najib sendiri menafikan laporan yang dipetik dari Bernama itu.


Koh juga menyifatkan masih terlalu awal untuk membincangkan rancangan menawan Pulau Pinang.

Sementara itu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pula dipetik sebagai berkata, Pakatan Rakyat tidak kisah dengan laungan Najib sebaliknya bertekad untuk melipatgandakan usaha untuk membawa perubahan di Pulau Pinang.

“Pulau Pinang (pimpinan) PR akan mengadakan siri pertemuan di seluruh negeri untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha kami demi (memberi) perkhidmatan lebih baik bagi rakyat dan (menjamin) urus tadbir baik untuk berhadapan dengan tekad Datuk Seri Najib Razak mahu menawan balik Pulau Pinang dalam pilihan raya umum akan datang.<

“Sama ada ada perubahan angin di Pulau Pinang yang akan membolehkan BN menang balik Pulau Pinang, itu tidak penting,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan media.

Video ihsan TV Selangor




jalanpulang1978

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Ejen tipu jual rumah di Internet

Posted: 03 Apr 2011 03:00 AM PDT



SHAH ALAM – Seorang lelaki yang menyamar sebagai ejen hartanah ditahan polis, selepas kegiatan liciknya menipu orang ramai dengan menjual rumah melalui laman sosial dikesan polis.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, lelaki berusia 35 tahun itu ditahan di Jalan Putra, Chow Kit, kira-kira jam 5 petang Isnin lalu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek warga tempatan itu terlibat dalam lapan kes tipu penjualan rumah di laman sosial terbabit.

"Semua lapan kes itu berlaku di Gombak, membabitkan kerugian RM500,000.

"Kita percaya suspek bergerak secara berkumpulan dan aktif melakukan penipuan sejak tahun lalu di sekitar Lembah Klang," katanya.

Rosly berkata, siasatan lanjut mendapati suspek menggunakan modus operandi dengan mengambil mana-mana gambar rumah yang ditampal notis untuk dijual, sebelum memuat turun dalam laman sosial terbabit.

Beliau berkata, suspek akan meletakkan nombor telefon untuk dihubungi oleh mana-mana individu yang berminat untuk membeli rumah.

"Suspek kemudiannya berpura-pura membawa pelanggan ke lokasi rumah yang diiklankan, sebelum meminta bayaran deposit 10 peratus daripada harga sebenar rumah yang akan dijual," katanya.

Menurutnya, selepas memperoleh wang deposit, suspek akan menghilangkan diri.

Rosly berkata, suspek ditahan reman selama empat hari bermula Selasa lalu sehingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu.

Menurutnya, polis sedang menjejaki saki baki kumpulan suspek yang dipercayai masih aktif menjalankan penipuan jualan rumah di laman sosial sama.

SH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

PAKAT LAYAN BLUE

Posted: 03 Apr 2011 12:00 AM PDT



Dua pegawai SPRM muat turun bahan lucah



Suruhanjaya Diraja yang menyiasat kematian Teoh Beng Hock hari ini mendedahkan bukan satu tetapi dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didapati memuat turun video lucah pada malam pembantu politik itu dijumpai mati.



Perkara itu didedahkan dalam laporan awal yang dikemukakan oleh penyiasat persendirian, Michael Leslie Squires, yang diupah oleh suruhanjaya berkenaan seleaps menganalisis lima daripada enam komputer milik SPRM.



Pemeriksaan mendedahkan dua pegawai, Raymond Nion dan Mohd Ashraf Mohd Yunus pada malam 16 Julai, 2008 sedang memuat turun bahan lucah ke komputer mereka.



Semakan Squires ke atas komputer Ashraf mendapati beliau juga memuat turun wayang gambar, muzik dan melayari beberapa laman lucah antara tengah malam hingga jam 1.20 pagi ketika Teoh disoal siasat di premis SPRM Shah Alam.



Beliau juga menjumpai perkara yang sama di komputer Nion.


pencacai-semalaysia

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

RAKSASA MELINTAS JAMBATAN SYDNEY

Posted: 02 Apr 2011 09:00 PM PDT



SYDNEY – Sejumlah penduduk di sini berada dalam ketakutan selepas seekor raksasa dirakamkan di dalam kawasan perairan dekat sebuah jambatan di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut seorang pegawai polis, Harvey Edison, talian telefon di kebanyakan balai polis tempatan sesak dengan panggilan orang ramai yang memberitahu kewujudan makhluk ganjil itu kelmarin.

Menurutnya, laporan awal mengenai raksasa itu datang daripada orang ramai yang menaiki kapal pesiaran, feri dan bot di Pelabuhan Sydney.

Edison berkata, semua rakaman video dan gambar yang menyiarkan kelibat raksasa itu kini dikaji oleh sekumpulan pakar bagi menentukan sama ada ia benar atau palsu.

Menurut satu kenyataan rasmi, sekumpulan pasukan yang melibatkan ahli biologi terkenal dan penyelam akan tiba di Sydney untuk menyiasat raksasa itu.

Polis di negeri New South Wales turut membatalkan semua perkhidmatan feri dan pelayaran kapal pesiaran buat sementara waktu.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak belayar atau menaiki bot mewah di pelabuhan ini.

Raksasa itu mempunyai leher yang panjang seperti kelibat raksasa di Loch Ness di Scotland.

Agensi/kltoday


KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

LAWAK AHAD: SORRY SIR

Posted: 02 Apr 2011 06:00 PM PDT



Rahim sedang di temuduga di sebuah syarikat:

Penemuduga : Nama encik siapa ?

Rahim : Nama saya Rahim

Penemuduga : Boleh encik ceritakan tentang keluarga encik ?

Rahim : Keluarga saya mempunyai 7 beradik.. saya anak yang sulung,semua adik saya masih belajar di Kampung.. Orang Tua saya tinggal di Kedah.. Nenek dan Datok saya dari sebelah ayah tinggal di Penang. Nenek dan Datuk dari sebelah Ibu pula tinggal di Kelantan.. Bapa saudara dan mak saudara tinggal di Kuala Lumpur..

Penemuduga : Apakan encik boleh berbahasa Ingeris ?

Rahim : Yes .. sir

Penemuduga : Now tell me about your family in English!

Rahim : Sorry sir .. i don't have family in English they're all living in Malaysia.




KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Dimanakah keutamaan anda, wahai pemimpin politik?

Posted: 02 Apr 2011 03:00 PM PDT

Oleh Markus Lim

Senario politik di Malaysia nampaknya tidak pernah sunyi daripada dilanda kontroversi. Kontroversi yang dicetuskan oleh si pelaku dan dalam konteks ini, pemimpin politik semakin hari semakin menjadi-jadi hinggakan ada yang mula mempertikaikan kebenaran disebalik kesemua kontroversi yang dicetuskan itu.


Ramai yang menggeleng-gelengkan kepala tanda meluat dan amarah mereka terhadap pergolakan politik negara yang ketika ini bertumpu kepada skandal liwat 1, liwat 2 dan terbaru pula seks video membabitkan seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur.

Individu yang menjadi tumpuan utama ketika ini sudah tentulah Penasihat Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliau dikatakan mirip orang yang dimaksudkan dalam video seks itu. Persoalan sama ada pemimpin berkenaan terbabit dalam amalan yang terkutuk bukan hak saya untuk menentukannya tetapi pihak polis untuk membuat siasatan.

Tetapi apa yang melucukan dalam perkembangan terbaru ini adalah kesanggupan ramai pemimpin politik yang tidak sepatutnya kena-mengena dengan skandal itu untuk tampil ke hadapan memberi kenyataan.  Tak kurang juga yang memberikan penghakiman awal-awal lagi bahawa pemimpin itu dan ini perlu dihukum seolah-olah mereka sudah tahu segala-galanya.

Kumpulan pemimpin sedemikian begitu ghairah untuk menjawab pertanyaan yang diajukan oleh para wartawan.  Yang pastinya, kepenatan tidak pula kelihatan pada air muka mereka.

Alangkah baiknya jika setiap pemimpin politik di negara kita bersikap sedemikian. Bermakna rakyat tidak perlu berdemonstrasi atau pergi ke pusat khidmat wakil rakyat untuk merayu bantuan daripada Ahli Parlimen mereka.

Tahap penumpuan dan iltizam pemimpin-pemimpin politik ini terhadap skandal seks yang cukup panas ini wajar dipuji dan diberi perhatian serius. Perwatakan inilah yang kita mahukan daripada seorang Ahli Parlimen, seorang pemimpin yang berjiwa rakyat.

Bagaimanapun,  tumpuan yang saya maksudkan itu bukanlah tumpuan kepada skandal seks tetapi kepada usaha meneruskan pembelaan rakyat tanpa mengira kaum dan masa. Apa yang ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin politik kita nampaknya tidak kena pada tempat dan masanya.

Ketika Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhempas-pulas mengadakan siri jelajah ke seluruh negara untuk bertemu dengan rakyat, ada segelintir pemimpin berkepentingan pula memilih untuk tidak mengendahkannya.

Seks dan percaturan politik kejam bagaikan satu resipi yang dimestikan untuk mematikan musuh politik mereka walau dengan apa cara sekalipun. Pendek kata, matlamat menghalalkan cara seperti yang dianjurkan oleh Niccolo Machiavelli. Dunia politik seolah-olah tidak dapat hidup tanpa elemen-elemen tadi.

Adanya elemen-elemen tadi menjadikan sesuatu episod atau plot politik yang dicanangkan itu lebih menarik, mendebarkan dan suspen. Namun dengan bersikap sedemikian rupa, bukan sahaja pemimpin politik yang kita sering panggil sebagai Yang Berhormat telah mengkhianati amanah rakyat yang diletakkan pada mereka bahkan juga undi rakyat sebenarnya tidak perlu untuk mereka terus berkuasa.

Tidak usah sampai ke peringkat itu, wahai YB sekalian! Laksanakanlah tanggungjawab dan amanah yang diberikan oleh rakyat dengan sebaik mungkin. Bersikaplah sebagai seorang pemimpin politik yang gentleman dan bersih. Ingat, jawatan yang disandang sekarang bukanlah milik anda segala-galanya tetapi sekadar pinjaman sementara di muka bumi.

Biarpun rakyat tidak begitu mengerti apakah yang sedang berlaku dalam skandal-skandal politik semasa, tetapi apa yang pasti gerak-geri pemimpin tetap diperhatikan dengan rapi.

Reaksi mungkin tidak berbangkit sekarang namun senario yang serupa tidak boleh diperkatakan ketika di peti undi nanti.  Sebagai seorang penjawat awam yang profesional, tunjukkan dan buktikan kepada yang lain bahawa pemimpin politik negara kita adalah profesional.

Justeru, apabila masa untuk seseorang pemimpin politik memberi kenyataan, barulah berbuat demikian. Bukannya memberi komen semata-mata untuk menagih publisiti ataupun mempunyai motif untuk membalas dendam terhadap seteru politik yang dibencinya.

Apa yang berlaku selama ini membabitkan pemimpin politik adalah kebanyakan daripada mereka, jika pun bukan semua yang memberikan keutamaan yang salah dalam tindak-tanduknya.

Ketika ini, Malaysia menjadi bahan ketawa kepada masyarakat di peringkat antarabangsa. Daripada menggembleng tenaga membangunkan negara, perkara-perkara yang kurang penting jadi keutamaan.

Jika trend ini berlarutan, perasaan hormat rakyat terhadap pemimpin politik akan semakin terhakis. Mungkin selepas ini, tiada lagi rakyat yang berminat untuk menjadi seorang pemimpin politik yang ikhlas dan bersih melainkan mereka yang hanya berminat menyertainya kerana duit!

Hentikanlah segala karut-marut yang berlaku sekarang!



DD

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

Tiada ulasan: