Isnin, 18 April 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Rasuah KD Altantuya, Perbicaraan sudah bermula..

Posted: 18 Apr 2011 06:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada mesyuarat 18 April lalu, memutuskan untuk melantik seorang hakim bebas di Mahkamah Perancis bagi membicarakan kes dakwaan rasuah pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Pengarah Urusetia Suaram, Cynthia Gibrael, berkata tiga peguam yang mewakili Suaram, Joseph Breham, William Bourdon dan Renaud Semerdjian telah dimaklumkan untuk mendapatkan seorang hakim bebas di Perancis bagi mengendalikan kes itu.

"Siapa hakim bebas itu, akan diketahui dalam dua tiga minggu lagi," kata Cynthia hari ini.

Melalui pelantikan hakim bebas itu, beliau berkata, mahkamah Perancis akan diberi kuasa untuk memanggil atau mendapat maklumat dari mereka yang terlibat untuk diambil keterangan.


"Sama ada mereka yang terlibat ada di Perancis atau di negara luar tidak timbul kerana mahkamah boleh menggunakan pelbagai peruntukan antarabangsa untuk memanggil saksi bagi memberi keterangan," kata peguam itu.

Awal april lalu, laman web Rue89 berpangkalan di Perancis mendedahkan kes mahkamah di negara itu yang menjalankan pendakwaan berhubung bayaran komisyen pembelian dua kapal selam Scorpene antara Armaris dengan Perimekar Sdn Bhd.

Armaris merupakan syarikat pembina kapal selam kelas diesel jenis Scorpene yang juga anak syarikat firma pertahanan Gergasi Perancis, DCN (Direction des Constructions Navales) dengan usahasama firma Sepanyol Agosta.

Perimekar Sdn Bhd adalah syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.

Abdul Razak yang terlepas dari kes pembunuhan kejam warga Monggolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006. Abdul Razak adalah bekas penasihat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam keterangan Rue89, Armaris membuat kenyataan tidak pernah terlibat membayar Perimekar Sdn Bhd 114 juta Euro (RM493.53 juta) tetapi sebenarnya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.

Perjanjian pembelian dua kapal selam Scorpene bernilai berbillion dollar itu dimeterai Najib selaku Menteri Pertahanan pada 2002.

Pada April tahun lalu, seorang ahli perundangan Perancis, Joseph Breham menfail aduan di mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene kepada kerajaan Malaysia.

Mengikut perundangan Perancis, amalan memberi komisyen adalah jenayah berat.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=11734

Baru Bian akui kelemahan yang ada..

Posted: 18 Apr 2011 05:43 AM PDT

Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian berkata "Didapati banyak kawasan tidak ada jentera. Jika kita anggap kita kuat, tapi jika kita tiada jentera, tiada strategi penyusunan baru, macam mana kita mahu pantau pengundi ?,"

Satu kenyataan yang bagi aku kelihatan ikhlas kerana beliau berani mengakui kelemahan yang ada dan tidak meletakkan kesalahan kepada pihak lain.. macam orang lain tu la...

PR Sarawak Analisis Kelemahan, Hadapi PRU ke- 13

SHAH ALAM 18 APRIL : Tidak leka dengan kemenangan di 15 kerusi DUN Sarawak pada pilihan raya negeri itu baru- baru ini, Pakatan Rakyat terus merangka strategi untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU) yang berkemungkinan diadakan pada bila- bila masa sahaja.


Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak, Baru Bian berkata pihaknya mengenalpasti beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memperkuatkan jentera parti.

"Saya sudah arahkan kepada calon- calon yang bertanding baru- baru ini agar menyediakan laporan. Kita akan buat 'bedah siasat' pada hujung minggu ini untuk persiapan menghadapi pilihan raya umum ke- 13 akan datang," ujar Baru Bian.

Baru Bian berkata, ia penting bagi mengekalkan trend sokongan pengundi terhadap Pakatan Rakyat.

Antara kelemahan besar yang dikesan adalah, kelewatan penyaluran sumber kewangan yang sekaligus merencatkan pergerakan jentera parti. Sementara disesetengah kawasan pedalaman pula, didapati tiada jentera parti.

"Didapati banyak kawasan tidak ada jentera. Jika kita anggap kita kuat, tapi jika kita tiada jentera, tiada strategi penyusunan baru, macam mana kita mahu pantau pengundi ?," katanya.

Pakatan Rakyat juga dikekang dengan sumber kewangan yang terhad untuk membolehkan gagasan itu menawarkan elaun yang tinggi kepada agen pengundian.

"Kita tidak mampu beri banyak elaun. Kita hanya mampu tawarkan RM50 seorang. Tapi BN mampu tawar sehingga Rm500 seorang, "Kita harus pilih seseorang yang benar- benar ada pendirian. Ini jadi masalah, bila ada tawaran lebih tinggi dari Pakatan Rakyat, mereka hilang,"

Baru Bian ketika dihubungi Tv Selangor berkata, dasar Pakatan Rakyat yang jelas, menjadi faktor kepada kemenangan di 15 kerusi DUN 16 April lalu.

"Dasar dan isu yang kita tawarkan adalah benar. Ia penting sekali," katanya.

Baru Bian menjelaskan matlamat Pakatan Rakyat Sarawak kini adalah menerang dan memahamkan rakyat bahawa tugas membuat pembangunan adalah dibawah kuasa kerajaan negeri yang memerintah, bukannya wakil rakyat.

Wakil rakyat hanya menjadi penasihat kepada kerajaan negeri berikutan mereka tiada kuasa sedemikian. Ditambah lagi diskriminasi kerajaan persekutuan yang tidak memberikan peruntukan kepada ADUN pembangkang.

"Walaupun kita menang sebagi pembangkang, tidak bererti pembangunan itu datang dari kita. Pembangunan itu harus datang dari pemerintah. Kita hanya penasihat dan kita akan bangkitkan keprluan- keperluan rakyat," katanya lagi.

Baru Bian turut mengulas penolakan perletakan jawatan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.

Beliau berkata, keputusan pilihan raya Sarawak kali ke- 10, 2 hari lalu jelas menggambarkan penolakan rakyat terhadap kepimpinan parti itu. Sehubungan itu, tindakan parti itu masih mahu mengekalkan George Chan dalam barisan kepimpinannya tidak akan memberi apa- apa impak kepada Pakatan Rakyat.

"SUPP sebagai parti politik ditolak oleh rakyat. Apatah lagi pemimpin yang telah ditolak oleh pengundi. Tidak ada sebab parti itu kekalkan jawatan itu. Ia sangat pelik,

" Bagi saya pemimpin yang sudah ditolak oleh pengundi harus ditolak juga," kata Baru. George Chan mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya ekoran prestasi buruk parti itu dalam pilihan raya negeri Sarawak 2 hari lalu.


TVS News

TG Nik Aziz Pelacur Politik?? Apa kurang ajar sangat betina ni??

Posted: 18 Apr 2011 03:05 AM PDT

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Anwar yang mendakwa difitnah oleh trio 'Datuk T' berhubung isu video seks baru-baru ini perlu menyaman trio 'Datuk T' jika mereka bertiga menabur fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu.

Sementara itu pula Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin berkata sekiranya Nik Aziz enggan menyaman Anwar maka sesuailah jolokan sebagai 'pelacur politik' untuk beliau kerana sanggup membelakangkan agama semata-mata ingin mempertahankan agenda politik.



Zamil Bin Ibrahim kini seorang ahli perniagaan yang berjaya didepan banglo mewahnya RZ Villa



Ezam diiringi oleh Zamil berjalan meninggalkan kediamannya


Bekas Ketua Pemuda Keadilan Wilayah, Azwanddin Hamzah bersama bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Zahid Mat Arip dihadapan Rolls Royce kesayangan Zamil


Ini pula gambar Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin (dalam bulatan) sumber dari SINI

Saman jika benar difitnah - Zamil

KUALA LUMPUR 17 April - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dicabar untuk menyaman trio 'Datuk T' jika mereka bertiga menabur fitnah terhadap Ketua Pembangkang itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim berkata, Anwar yang mendakwa difitnah oleh trio 'Datuk T' berhubung isu video seks baru-baru ini perlu berbuat demikian bagi membersihkan imej beliau yang kini terjejas teruk di mata rakyat.

"Sudah hampir sebulan isu video seks berkenaan dipertikaikan Anwar, namun kenapa tiada tindakan saman daripadanya? Jika tidak benar tuduhan tersebut, saman sahajalah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Jelas beliau, tindakan saman tersebut dilihat wajar kerana tuduhan-tuduhan tersebut melibatkan maruah diri seorang pemimpin yang mahu menjadi Perdana Menteri serta kredibiliti keluarganya iaitu isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.

Tambahnya, hanya dengan menyaman trio 'Datuk T' iaitu ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah; bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim dapat menunjukkan bahawa beliau benar-benar menolak tuduhan terbabit.

Dalam pada itu, Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahhana Jamaludin berkata, sekiranya Anwar enggan menyaman 'Datuk T', maka adalah wajar Nik Abdul Aziz dan Pas pula mengambil tindakan undang-undang itu.

"Tindakan menyaman 'Datuk T' ini adalah wajar ekoran Ketua Pembangkang dan keluarga (isteri dan anaknya, Nurul Izzah) berkeras menafikan bahawa pelaku di dalam video seks itu bukan Anwar Ibrahim.

"Selain mendapatkan kebenaran, tindakan saman ini juga adalah perlu bagi membuktikan Nik Aziz jujur kepada pengikut-pengikutnya dan ia bukan satu permainan politik," katanya ketika dihubungi.

Jelas beliau, sekiranya Nik Aziz enggan menyaman Anwar maka sesuailah jolokan sebagai 'pelacur politik' untuk beliau kerana sanggup membelakangkan agama semata-mata ingin mempertahankan agenda politik.

"Sebelum ini, negara digegarkan dengan ajaran sesat oleh Ayah Pin, kini 'Ayah Nik' pula iaitu individu yang sanggup berbohong demi mempertahankan kuasa dan politik semata-mata,'' tegas Farahhana.



F5E : Amerika pun tak percaya kenyataan Kerajaan BN..

Posted: 18 Apr 2011 02:15 AM PDT


KUALA LUMPUR, 18 April: WikiLeaks melaporkan bahawa media tradisional negara telah membuat laporan palsu mengenai kehilangan jet engin F5, yang didakwa lesap secara tetiba pada 2008.

Berdasarkan kabel diplomasi Amerika Syarikat (AS) yang diledakkan WikiLekas, seorang anggota Kementerian Luar Negeri telah memberitahu Kedutaan AS di Kuala Lumpur bahawa media tradisional negara telah mengeluarkan 'banyak kenyataan menyeleweng dan silap' mengenai kehilangan dua engin jet buatan AS pada Disember 2009.


Kedutaan AS turut melaporkan kepada kerajaan AS bahawa mereka susah untuk mempercayai penjelasan kerajaan Malaysia mengenai skandal tersebut.

"Kami berkongsi ketidakpercayaan yang dicetuskan di dunia blogger mengenai kes dan penjelasan kerajaan mengenai orang di belakang skandal ini," kata kabel itu lagi.

Mengikut kabel itu lagi, Kementerian Pertahanan yang di bawah jagaan Perdana Menteri, Najib Razak ketika itu turut didakwa cuba mengelak daripada memberikan penjelasan bagaimana kes ini dikendalikan..

Kedutaan AS juga berpendapat Kementerian Luar Negara cuba menjauhkan diri daripada skandal tersebut.

Kabel yang bertarikh 10 Januari 2010 ditulis oleh kaunselor politik, Brian McFeeters dan ditandatangani Duta AS James Keith turut menamakan pegawai Malaysia yang dimaksudkan iaitu Mohamed Radzi Jamaluddin, pembantu setiausaha jabatan Amerika dari Kementerian Luar Negeri.

Radzi dilaporkan berkata media tradisional telah berbohong melaporkan bahawa kerajaan Malaysia telah meminta bantuan daripada AS dalam skandal enjin jet F5, kerana sekiranya benar, permintaan tersebut akan melalui Kementerian Luar Negeri.

Dalam tulisannya, McFeeters turut melaporkan bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang permohonan sedemikian daripada Malaysia.

Sebanyak 3 kabel didedahkan oleh WikiLeaks minggu lepas, menyentuh mengenai skandal kehilangan enjin jet F5.

Enjin J85-21 yang dibuat oleh General Electric digunakan dalan Northrop F-5 jet ringan sejak 1970 masih digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (RMAF).

Berita kehilangan engin jet mula-mula diledakkan oleh Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi pda 19 Disember 2009, hari yang bertembung dengan konvesyen Pakatan Rakyat yang pertama, di mana Kedutaan AS berpendapat satu peristiwa yang mungkin menenggelamkan pengumuman kementerian tersebut.

RMAF turut didakwa tiga kali gagal untuk memaklumkan peristiwa tersebut kepada AS, dimana kabel itu melaporkan AS hanya dimaklumkan pada awal Januari 2010.

Difahamkan enjin jet termaktub dalam perlembagaan pertahanan AS (United States Munitions List), di mana pemindahan secara tidak sah adalah bercanggah dengan perkara 3 dalam Arms Export Control Act, di mana kehilangan jet engin J-85 di Malaysia tertakluk kepada undang-undang ini.

Sementara itu, kabel turut melaporkan bahawa Kedutaaan AS turut menyoal pegawai daripada Malaysia mengenai lokasi spesifik enjin yang didakwa kecurian ekoran laporan media tradisional yang mengatakan bahawa engin tersebut sudah dijual kepada satu syarikat antarabangsa yang berpusat di Amerika Selatan.

"Mereka mungkin tak tahu lokasi atau disuruh merahsiakan info ini sehingga polis menghabiskan siasatan. Malaysia juga tidak memberikan penjelasan yang cukup, kenapa, selepas dua tahun, perkara ini tiba-tiba menjadi pengetahuan umum," kata kabel itu lagi.

Kabel itu turut menyatakan bahawa terdapat laporan portal berita berkecuali yang melaporkan bahawa enjin tersebut mungkin telah tiba di Timur Tengah, terutamanya Iran, sebagaimana yang dinyatakan pihak polis di awal laporan media tradisional ketika kes ini diledakkan.

Di satu sidang akhbar, kabel itu berkata Peguam Negara, Abdul Ghani Patail telah dilaporkan berada dalam keadaan defensif ketika ditanya mengenai hubungan dengan Iran, dan semua laporan mengenai kemungkinan enjin yang hilang tersebut kini berada di Timur Tengah atau Iran hilang daripada paparan media tradisional.



Harakahdaily

DAP Racist?.. Alahai.. Kesian Tun...

Posted: 18 Apr 2011 01:44 AM PDT

Sehari sebelum hari pengundian bagi Pilihanraya Negeri Sarawak, Tun Mahathir telah dibawa ke Sarawak bagi membantu kempen jentera Barisan Nasional..

Malangnya Tun Mahathir yang diharapkan membantu menghentam pula Taib Mahmud, katanya Taib Mahmud sepatutnya tahu apa yang perlu dibuat bila Rakyat kelihatan mula membencinya kerana menurut Tun beliau berpengalaman berhadapan dengan cabaran yang sama ketika memimpin Negara 22 tahu lamanya..

Hari ini didalam satu posting yang disiarkan didalam blognya, Tun mengucapkan tahniah kepada Taib Mahmud dan juga Tahniah kepada DAP kerana telah berjaya menjangkitkan virus racistnya kepada masyarakat Cina Sarawak pula..


Kesian Tun.. dah lupa rupanya.. kalau DAP dikatakan racist atau perkauman.. perkauman yang macam mana pula? Kerana dalam DAP sekarang ada Cina, ada India, ada juga Sikh dan ada juga Melayu..


DUN Sarawak: Kaum Cina dijangkiti 'virus rasis' DAP, dakwa Mahathir
Oleh G Manimaran

KUALA LUMPUR, 18 April – Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa masyarakat Cina Sarawak turut dijangkiti "virus rasisme Cina" yang menjadi prinsip perjuangan DAP, komponen Pakatan Rakyat (PR), yang memperoleh kerusi terbanyak dan menggandakan kawasan dimenangi mereka, kelmarin.

Bekas perdana menteri itu berkata pada masa-masa lalu DAP ditolak sepenuhnya oleh penduduk Sarawak. Dalam nada sindir, Dr Mahathir (gambar) menulis, "saya mengucapkan tahniah kepada DAP yang membawa masuk politik rasis ke Sarawak."

"Sebelum ini kesemua kaum bekerjasama antara satu sama lain bagi kebaikan Sarawak. Sekarang, kita boleh lihat dengan jelas bahawa komuniti Cina telah menolak multirasialisme.

"Kemungkinan SUPP ada melakukan kesilapan, tetapi yang lain-lain dalam BN juga didapati ada kekurangan. Tetapi keseluruhan penolakan adalah oleh masyarakat Cina," kata beliau dalam entri terbaru blognya.

Pada pilihan raya negeri Sarawak yang berlangsung kelmarin, BN mengekalkan kuasa kerajaan negeri dengan majoriti lebih dua pertiga tetapi mengalami penurunan berbanding 2006.

Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP-PAS-PKR memperoleh 15 kerusi dan Bebas satu.


The Malaysian Insider

Ohh.. Patutlah Malaysiakini diserang DDOS....

Posted: 18 Apr 2011 12:05 AM PDT


Cuba korang baca kedua-dua berita ini.. satu menyatakan Serangan DDOS yang dialami oleh Malaysiakini akan berakhir dan satu lagi berita pula tentang kewujudan media Internet yang menyukarkan BN untuk untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar..

Adakah korang nampak kaitan antara kedua-dua berita ini seperti yang aku nampak? Jawapan bagi kenapa banyak portal yang kelihatan tidak mesra langsung dengan Kerajaan Barisan Nasional diserang dengan DDOS setiap kali pilihanraya jelas di sini..


Serangan DOS berakhir, khidmat penuh MKini esok

Semua perkhidmatan Malaysiakini akan kembali seperti sedia kala esok, selepas serangan berakhir semalam, sehari selepas pilihan raya negeri Sarawak.

Sejak Selasa lalu, Malaysiakini terpaksa menutup laluan trafik antarabangsa bagi memastikan serangan DOS itu tidak dapat sampai ke pelayan (server) Malaysiakini demi membolehkan pembaca tempatan terus melayari laman web kami.

Namun pembaca tempatan yang menggunakan Blackberry juga terjejas kerana semua laluan trafik telefon bimbit berkenaan adalah melalui pelayan antarabangsa.

"Kita sepatutnya dapat memulihkan semua perkhidmatan menjelang Selasa," kata ketua pegawai operasi Malaysiakini Premesh Chandran. "Namun cabaran sebenar adalah bagi memastikan serangan seumpama itu tidak lagi berulang.

Kami jangkakan ini akan berlaku ketika kita menghampiri pilihan raya umum," katanya.- sepenuhnya sila baca di SINI

Baca berita ini pula..

'Media internet sukarkan kemenangan'

Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata kemenangan BN di Sarawak amat bermakna memandangkan kesukaran berdepan dengan demokrasi terbuka.

Pengerusi BN itu berkata, kewujudan media Internet menjadikan ianya lebih sukar untuk memenangi pilihan raya dengan majoriti besar, seperti yang berlaku di setengah negara kebelakangan ini, lapor Bernama.

Malah, katanya, menang dengan majoriti mudah pun sudah amat melegakan. Tetapi di Sarawak, katanya, BN telah menang dengan lebih daripada majoriti dua pertiga seperti yang dijangkakan pihaknya.

Najib berkata, dalam kontek demokrasi berparlimen dan mengambil kira kayu ukur global, maka beliau menyifatkan kemenangan BN di Sarawak itu sebagai luar biasa dan pencapaian yang sangat memberangsangkan.- sepenuhnya sila baca di SINI

Polis Dakwa Sarbani Mati Akibat Kemalangan..

Posted: 17 Apr 2011 11:50 PM PDT


KUALA LUMPUR – Siasatan polis mengenai punca kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur pada 6 April lalu disyaki akibat kemalangan.

Siasatan polis terhadap kematian mangsa setakat ini telah siap 60 peratus. "Bukti-bukti yang ditemui setakat ini mendapati tiada unsur menunjukkan mangsa bunuh diri tetapi kematian mangsa disyaki lebih kepada kemalangan akibat terjatuh dari tempat tinggi," kata beliau kepada Kosmo! ketika dihubungi di sini semalam.


Antara bukti tersebut adalah seperti kecederaan yang dialami mangsa dan cara lelaki itu terjatuh ketika ditemui polis.

Ahmad Sarbani yang merupakan seorang daripada 62 kakitangan Kastam yang disiasat SPRM dalam Operasi 3b berhubung salah laku rasuah dan kegiatan pengubahan wang haram ditemui mati di aras satu menempatkan gelanggang badminton di bangunan itu.


Kosmo

Altantuya: UMNO/BN masuk jerat Raja Petra

Posted: 17 Apr 2011 08:14 PM PDT


Setelah TV3 menyiarkan siri interview dengan Raja Petra sebelum PRN Sarawak hari itu, ramai juga sahabat yang bertanya pada aku.. antara soalan popular yang aku terima ialah.. Apa komen anda? Kenapa tiba-tiba Raja Petra bersuara? Kenapa Raja Petra tiba-tiba menghentam Anwar? Adakah kemungkinan beliau telah dibeli UMNO/BN?

Mahu tak mahu aku terpaksa juga menjawab sementara menantikan jawapan rasmi dari Raja Petra.. (jawapan Raja Petra sila baca di SINI)

Untuk soalan Kenapa tiba-tiba Raja Petra bersuara? jawab aku bukan tiba-tiba.. tapi interview itu telah dilakukan dua bulan yang lalu di Australia ketika beliau menghadiri satu program.. apa ke nama tah.. turut sama dalam program tu ialah Nurul Izzah dan yang menyiarkannya ketika hampir tiba hari pengundian di Sarawak itu TV3..


Kenapa Raja Petra tiba-tiba menghentam Anwar? Jawab aku bukan tiba-tiba tapi sudah lama.. cuma ramai yang hanya mengetahuinya bila TV3 menyiarkan interview itu dalam Buletin Utama.. lagipun apa yang diperkatakan oleh Raja Petra itu tentang Anwar ada kebenarannya, nak kata apa?? takkanlah kita nak jadi macam UMNO juga.. UMNO yang mengangap pemimpin mereka itu maksum hingga tidak boleh di kritik bila melakukan kesalahan..

Adakah kemungkinan beliau telah dibeli UMNO/BN? Hmmm... yang ni aku tak dengar pula sebarang berita tentangnya..

Ulasan aku tentang interview itu ialah.. cuba baca betul-betul apa yang dia kata dalam Akuan Bersumpah itu.. Najib mungkin gembira jika beliau hanya membacanya sepintas lalu.. tapi hakikatnya jika diadakan siasatan secara menyeluruh banyak nama besar akan keluar terutamanya dari UMNO/BN.. cuba baca di (SINI) ada beberapa nama telah dikeluarkan..

Jawapan-jawapan aku itu menjadikan aku kelihatan menentang arus, bila kebanyakkan Blog-blog Pro-PR menyerang Raja Petra aku pula bertindak mempertahankan tindakannya itu..

Bagaimanapun... Alhamdulillah ada juga yang bersetuju dengan aku..


Altantuya: Umno-BN masuk jerat Raja Petra
Wira Arjuna

Setelah tiga tahun membuat perakuan bersumpah, Raja Petra Kamaruddin (PRK) akhirnya mencapai hasratnya supaya pihak berkuasa menyiasat kandungan keterangan itu bersabit pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu.

Namun anehnya, yang akan menjalankan siasatan bukan polis, tetapi Angkatan Tentera Malaysia yang menggantung tugas Kolonel Azmi Zainal Abidin, individu yang dinamakan oleh RPK dalam kenyataan bersumpahnya itu.

RPK mendakwa beliau diberitahu dari dua sumber lain bahawa Azmi mempunyai laporan perisikan yang mengesahkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan dua pegawai ATM lain berada di tempat kejadian malam Altantuya dibunuh di sebuah hutan simpanan pada Oktober 2006.

Ketika itu, tidak ada siasatan dijalankan oleh mana-mana pihak, polis mahupun ATM bersabit isi kandungan kenyataan bersumpah itu.

Sebaliknya Raja Petra sendiri dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan menfitnah Rosmah dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Larikan diri

Khuathir terhadap keselamatan diri, Raja Petra yang ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum itu melarikan diri ke Australia dan menetap di sana dalam buangan.

Setelah tiga tahun berlalu, RPK mengambil keputusan dua bulan lalu untuk memberikan wawancara kepada TV3, sebuah stesen televisyen kawalan Umno.

Beliau mengumumkan dua perkara. Satu adalah RPK tidak lagi percaya Rosmah berada di tempat kejadian Altantuya dibunuh, lebih-lebih lagi setelah beliau dimaklumkan bahawa laporan perisikan yang ada pada Kolonel Azmi telah "dimusnahkan" dan tidak ada salinan pendua.

Seperkara lagi yang turut menjadi muka depan di semua akhbar adalah bahawa Anwar tidak bijak menguruskan parti-parti komponen Pakatan Rakyat.

Dalam kes Rosmah-Altantuya – tentunya persoalan utama ialah kenapa hanya sekarang ATM bingkas menyiasat Kolonel Azmi yang menjadi pegawai kedua tertinggi dalam Cawangan Khas pada tahun 2008.

Tidak ada pula arahan daripada ATM ketika itu untuk Azmi membuat laporan polis bagi mengesah atau menafikan wujudnya laporan perisikan sedemikian ataupun kebenaran sama ada beliau berurus dengan ahli-ahli politik.

Dinaikkan pangkat

Sudah tentu ATM mempunyai akses kepada kenyataan bersumpah RPK pada tahun 2008 lagi, namun nampaknya tidak ada tindakan terhadap Azmi ketika itu, malah beliau dinaikkan pangkat dari Lt Kol menjadi Kolonel penuh.

Ada seperkara aneh mengenai "siasatan' yang diumumkan oleh Panglima ATM Tan Sri Azizan Ariffin Jumaat lalu.

Awal-awal lagi pemimpin tertinggi ATM itu mengumumkan bahawa laporan perisikan yang melibatkan Rosmah tidak wujud sama sekali dan Azmi telah berurusan dengan pembangkang dalam kapasiti peribadi beliau.

Bila dan bagaimanakan fakta-fakta ini terkumpul jika tidak ada siasatan dijalankan sebelum ini?. Rumusan yang lojik adalah siasatan yang bakal dijalankan oleh ATM sudah tiga tahun lewat.

Persoalan juga menjurus kepada apakah jenis pembelaan yang boleh diharapkan oleh Kolonel Azmi jika awal-awal lagi Azizan mengisytiharkan laporan Rosmah-Altantuya tidak wujud dan beliau (Azmi) bertindak secara sendirian.

Ketelusan siasatan terhadap Azmi tidak akan diketahui kerana tentunya Akta Rahsia Rasmi akan tertera dalam huruf besar pada kertas siasatan berkenaan.

Pendedahan RPK mengenai kes Altantuya yang cuba diuar-uarkan oleh media arus perdana sebenarnya menjerat kerajaan Umno, ATM dan polis sendiri. Mereka terpaksa menjawab kenapa tuduhan-tuduhan yang dibuat oleh RPK sejak tiga tahun tidak disiasat sebelum ini.

Sengaja dihilangkan

Tidak dinafikan kemungkinan laporan perisikan yang dimaksudkan oleh RPK memang tidak wujud.

Namun apakah mungkin juga laporan itu "sengaja "dihilangkan", justeru adalah selamat untuk pihak berkenaan tampil melakukan "siasatan" sekarang? Selain ATM, adakah polis juga akan menyiasat Kol Azmi dan individu lain yang dinamakan dalam kenyataan bersumpah RPK?

"Pendedahan terbaru" RPK di TV3, kenyataan bersumpahnya tiga tahun lalu, dan keterangan bersumpah penyiasat P Balasubramaniam hanya menzahirkan keperluan menubuhkan sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pembunuhan Altantuya.

Umum tahu bahawa tawaran terbuka Bala untuk disoal siasat mengenai pengakuannya bahawa Najib ada berhubungan dengan Altantuya tidak disambut oleh polis mahupun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Siapa beri arahan?

Seperti RPK, Bala juga berada "dalam buangan" di luar negara kerana bimbangkan keselamatan diri namun rela bekerjasama dengan syarat keselamatan dirinya terjamin.

Masa sudah sampai untuk sebuah RCI ditubuhkan dan mendengar serta menilai keterangan dan bukti-bukti yang dibawa oleh Raja Petra, Bala, Deepak Jaikishen, Abdul Razak Baginda dan lain-lain.

Persoalan-persoalan seperti siapa yang memberi arahan kepada dua pegawai polis untuk membunuh Altantuya, jika benar mereka yang bertanggung jawab, masih belum terjawab.

Begitu juga dengan hubung kait pembunuhan itu dengan komisyen RM500 juta untuk pembelian kapal selam ketika Najib menjadi Menteri Pertahanan.

Antara video lucah dan pembunuhan seorang warga asing yang melibatkan kepentingan negara, agaknya yang mana satu lebih mendesak untuk mengundang penubuhan RCI?

PRN Sarawak : Pemenang ialah Taib Mahmud dan DAP

Posted: 17 Apr 2011 09:32 AM PDT

PRN Sarawak telah berlalu dan BN Sarawak telah mempertahankan majoriti 2/3 mereka dengan sedikit pengurangan Kerusi..

Pemenang yang terbesar semestinya Taib Mahmud. Beliau telah mencapai prestasi yang disasarkan BN, iaitu mempertahankan majoriti dua pertiga. Pencapaian ini meredakan tekanan dari kerajaan persekutuan yang mendesak agar beliau berundur.

Pemenang kedua besar ialah DAP yang menyapu kesemua kerusi Cina. Jelas, mereka mewakili suara masyarakat Cina Sarawak sekarang.

Pihak yang kalah adalah SUPP, bukan sahaja Presidennya kecundang, malah calon yang dikatakan sebagai "generasi baru" juga kalah kesemuanya. Ini bukan sahaja mencerminkan kemarahan Cina Sarawak, juga memperlihatkan kebuntuan SUPP. Mereka gagal lagi mendakwa diri mereka mewakili kaum Cina. SUPP tidak berbeza dengan parti Gerakan sekarang.


Persoalan pokok, mengapa BN menang di kawasan desa? Jawapan yang mudah, tradisional dan politik wang. Penduduk kampung bergantung kepada pemerintah untuk kemudahan asas, maka secara tradisional mereka menyokong parti pemerintah. Mereka bimbang mereka dihukum kerajaan kerana menyokong pembangkang - lebih perit kehidupun mereka dari sekarang. Maka mereka enggan mengambil risiko dengan memberi peluang kepada pembangkang.

Politik wang - apa lagi yang boleh dikatakan? Saya dimaklumkan bahawa undi dibeli pada wang ribuan ringgit, di tempat yang "hangat". Maka pemerintah menyelesaikan masalah mereka dengan wang - tidak kira betapa kuatnya pengaruh pembangkang di situ. Untuk mereka yang kemiskinan, wang ini sudah cukup untuk perbelanjaan beberapa bulan.

Saya tidak menyalahkan pengundi yang menerima wang, saya cuma menyalahkan pemerintah yang terus memiskinkan penduduk, agar politik wang terus mendapat pasarannya.

Bagaimana dengan masa depan Sarawak? Sarawak mempunyai masa depan yang cerah. Pembelian undi hanya "mujarab" dalam satu dua pilihanraya ini, tetapi bukan selama-lamanya. Pengundi muda tidak akan menerima wang secara membuta-tuli - mereka menerima wang, tetapi wang itu gagal mempengaruhi undi mereka.

Kini, semakin ramai pemuda pemudi yang bekerja di luar negeri, kerana peluang perniagaan di Sarawak dikuasai Taib Mahmud dan kroninya. Bagaimanapun, Taib Mahmud sudah berusia 75 tahun. Paling banyak beliau bertahan untuk satu penggal lagi. Ketua Menteri seterusnya gagal lagi mencontohi Taib Mahmud untuk bermaharajalela. Beliau gagal menikmati kuasa mutlak. Dan ini satu-satunya harapan Sarawak.

--James Chin, Profesor Univerisiti Monash

Tiada ulasan: