Anak Sungai Derhaka |
- Kroni Taib diselamatkan dengan RM1.5B wang rakyat ?
- Sarawak : Video Undi POS dibeli BN ?
- Sarawak : Media dihalang dari menyiarkan perhimpunan PR!!
- Sarawak : Taib jangan terhegeh-hegeh!!
- Sarawak : Najib sudah hilang keyakinan....
- Kisah Sebenar Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee... bacalah...
- Sarawak : Kedegilan Taib menyusahkan Najib.
- Sarawak : Taib Harus Undur!!!!
Kroni Taib diselamatkan dengan RM1.5B wang rakyat ? Posted: 13 Apr 2011 07:03 AM PDT Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat pendedahan menggemparkan bahawa sebanyak RM1.5 billion wang rakyat diguna Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyelamatkan syarikat kroni Taib Mahmud. Ia dilakukan menerusi syarikat pelaburan kerajaan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang melakukan urusniaga meragukan untuk mengelabui mata rakyat, kata Anwar. 1MDB melakukan urusniaga dengan syarikat PetroSaudi dari Arab Saudi, untuk membolehkan syarikat UBG Berhad, yang menghadapi masalah kewangan dan dimiliki keluarga Taib, diselamatkan. "Untuk memperdayakan rakyat, Najib isytihar keuntungan 1MDB sebanyak RM425 juta pada tahun pertama operasinya. Namun, beliau tidak pernah memberitahu kita bagaimana (keuntungan itu diperoleh). "Hari ini kita ada penyata kewangan 1MDB yang mendedahkan salahguna wang kerajaan tanpa rasa malu yang dilakukan Barisan Nasional dan bagaimana mereka berterusan menyalahgunakan kekayaan negara," kata Anwar. Menurut Anwar, keuntungan sebanyak RM425 juta yang diisytihar pada tahun kewangan 1MDB yang berakhir pada 31 Mac 2010 mendedahkan perkara yang berbeza apabila diteliti dengan lebih dekat. "Lima bulan selepas membayar RM3.5 billion untuk pelaburan projek usaha sama dengan PetroSaudi, 1MDB menjual semula pelaburan itu kepada pemilik PetroSaudi dengan harga RM4.1 billion. "Pada mata kasar,ia kelihatan seperti keuntungan yang menakjubkan. Namun, PetroSaudi yang menerima wang tunai sewaktu 1MDB membeli pelaburan tersebut kini membayar pembelian semula itu melalui skim pinjaman selama 11 tahun yang akan hanya selesai pada 31 Mac 2021. "Sekarang, hampir 70 peratus modal asal 1MDB adalah dalam bentuk pinjaman, yang tiada jaminan lagi akan dibayar semula sepenuhnya," kata Anwar. Malahan, urusniaga itu juga dilakukan pada hari terakhir tahun kewangan 1MDB, 31 Mac 2010 bagi menipu rakyat. "Silap mata perakaunan ini dilakukan untuk menunjukkan keuntungan meragukan yang diisytiharkan Najib," kata Anwar. Perkara paling mengejutkan, kata Anwar, adalah hubung kait Taib Mahmud dengan 1MDB melalui urusniaga yang meragukan. "Pada tahun lalu juga, PetroSaudi membayar RM1.5 billion untuk mengambil alih UBG Berhad, instrumen pelaburan milik empayar keluarga Taib Mahmud yang menghadapi masalah kewangan," kata Anwar. Justeru, Anwar menuntut agar satu audit khas dilakukan untuk menyiasat samada urusniaga yang melibatkan 1MDB, PetroSaudi dan UBG menggunakan wang rakyat dan digunakan untuk tujuan politik yang tertentu. Anwar juga menuntut sebarang usaha 1MDB meraih dana daripada bank dihalang sehingga audit itu selesai. Sebarang usaha untuk memindahkan harta kerajaan seperti cadangan menganugerahkan sebidang tanah di Jalan Cochrane juga perlu dihentikan, kata Anwar. Anwar juga menuntut satu pendedahan siapa sebenarnya di belakang 1MDB dilakukan agar rakyat yakin bahawa 1MDB betul-betul kukuh untuk memenuhi komitmennya. Keadilandaily |
Sarawak : Video Undi POS dibeli BN ? Posted: 13 Apr 2011 02:58 AM PDT Video diakhir entry.. Menurut Petugas Parti DAP, Mary Josephine Pritam Singh kejadian berlaku sekitar antara jam 12.30 Tengahari ke 1 Tengahari. Beliau dan petugas 'Polling Agent' telah ke Wisma Sanyan sebagai pemerhati , kejadian telah dirakam oleh salah seorang petugas yang bersamanya. Pengundi pos sedang bertukar kertas undi dengan wang tunai di tangga Wisma Sanyan Sibu tengah hari ini. Syabas DAP!! Apa nak jadi ni??? Mana SPR?? Mana SPRM?? Sudah Buta atau apa? kesalahan telah dirakamkan.. jangan hanya kerana undi mereka dibeli untuk menyokong BN segala kesalahan menjadi halal.. DAP releases postal vote tampering video SIBU, April 13 — DAP released a video clip purportedly showing four women handing over their postal votes to a man at Wisma Sanyan here yesterday. The one minute clip shows a be-spectacled man receiving what looked like postal ballot papers from four women who had just picked them up from the Election Commission. The video, which was released at the DAP's daily press conference, here, showed the women handing over the ballots to the man in a stairwell at the iconic building, which is the tallest in Sibu. Postal voting proper only got underway at 9am today. The five were caught unawares while they were being filmed by a DAP polling agent. They immediately dispersed when they saw the party worker filming them with his camera phone. The man attempted to block the DAP agent's view of the women as they ran out of the stairwell. Mary Josephine Pritam Singh, a DAP election worker, said the incident occurred between 12.30pm to 1pm. She and a team of party polling agents had gone to Wisma Sanyan to monitor the distribution of postal votes by the Election Commission. The party worker who filmed the episode was part of her team. No money was seen exchanging hands during the meeting. According to EC regulations, postal votes are picked up a centre and the voter may take them home to fill them up. Each postal vote is a package that contains two envelopes, a form and the ballot paper itself. The voter is supposed to mark the ballot, fill out the form, seal the envelopes and return the package to the EC. The women in the video were purportedly handing over the orange-coloured ballot papers to the man. It could not be ascertained what the man intended to do with the papers. - The Malaysian Insider |
Sarawak : Media dihalang dari menyiarkan perhimpunan PR!! Posted: 13 Apr 2011 01:11 AM PDT Inilah demokrasi Ala 1Malaysia.. Bila sudah goyah sekat dan halang Media dari menyiarkan semua perhimpunan Pakatan Rakyat yang mendapat sambutan rakyat.. Dan buat Rakyat Sarawak terutamanya di Kucing.. Malam esok bertempat di Bandar Baru Samariang Fasa 3, Ceramah Grand Finale akan dihadiri oleh DS Anwar Ibrahim.. penuhkanlah Bandaraya Kucing itu biar Taib dan Najib terkencing! Media diarah tidak lagi siarkan perhimpunan Pakatan BN yang kini dilihat semakin goyah pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April ini terus memperkuatkan cengkamannya ke atas media arus perdana . Dengan portal berita, termasuk Malaysiakini dan Sarawak Report, yang telah menerbitkan laporan kritikal mengenai ketua menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, tidak dapat diakses akibat serangan siber, rangkaian televisyen telah diarahkan jangan menyiarkan rali dan ceramah-ceramah Pakatan Rakyat. Sumber yang rapat dengan gergasi media yang dikaitkan dengan Umno itu - Media Prima memberitahu Malaysiakini bahawa semua rangkaian televisyen miliknya telah diarahkan supaya tidak menyiarkan ceramah harian Pakatan yang berjaya menarik kehadiran ribuan orang. "Visual rali mega tidak sama sekali boleh disiarkan meskipun ia berkaitan dengan pilihan raya," kata sumber dalaman itu. Media Prima memiliki semua rangkaian televisyen swasta percuma di negara ini -TV3, ntv7, 8TV and TV9. Selain televisyen, akhbar Cina juga diberi tekanan selepas BN dikatakan mungkin tumbang di beberapa kawasan yang mempunyai pengundi majoriti masyarakat Cina. "Walaupun belum diberi arahan, kita mesti berhati-hati dengan laporan berita. Saya tidak fikir, kita mampu lagi memberi liputan pada ratio 60:40 bagi BN dan Pakatan, kita sekarang terpaksa menukarnya kepada 70:30," kata seorang editor akhbar harian Cina. "Sejak dua atau tiga lalu, liputan ke atas kami telah berkurangan dengan begitu ketara sekali," kata seorang pekerja kempen DAP. Malaysiakini |
Sarawak : Taib jangan terhegeh-hegeh!! Posted: 12 Apr 2011 11:39 PM PDT KUCHING: Penyandang Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud perlu menerima hakikat sebenar bahawa rakyat sudah menolak pemerintahannya dan beliau tidak perlu terhegeh-hegeh melantik diri sendiri sebagai penasihat kepada Kerajaan Negeri Sarawak sekiranya gagal mempertahankan jawatan itu. "Siapa dia untuk lantik diri sendiri menjadi penasihat di waktu rakyat Sarawak sudah terang-terangan tidak mahukannya lagi?" kata Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh. Beliau berkata demikian sebagai respons kepada kenyataan Taib semalam dalam wawancara selama 10 minit yang disiarkan saluran televisyen arus perdana. Dalam wawancara itu, Taib memberikan bayangan beliau akan memainkan peranan sebagai penasihat kepada Ketua Menteri Sarawak yang baru sekiranya tidak dipilih rakyat sebagai Ketua Menteri lagi. Mengulas lanjut, Fuziah berkata, Taib sebenarnya tidak akan bersara walaupun terdapat desakan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk berbuat demikian. Ini kerana, menurut Fuziah, Taib mempunyai terlalu banyak kepentingan yang perlu dijaga dan satu-satunya cara beliau boleh berbuat demikian adalah dengan terus berkuasa sebagai Ketua Menteri Sarawak. "Taib sekarang tidak akan melepaskan kuasanya kerana dia mempunyai terlalu banyak kepentingan untuk dijaga. Malahan, dia rasa perlu terus menjadi Ketua Menteri untuk memastikan ia terjaga," kata Fuziah. Jelas Fuziah, satu lagi sebab yang menghalang Taib untuk melepaskan jawatannya nanti adalah kemungkinan beliau dihadapkan ke mahkamah di atas segala dakwaan rasuah dan rampasan tanah adat yang dilakukan beliau sepanjang dia menjadi Ketua Menteri. "Ia amat jelas. Dia sendiri tidak mahu menamakan penggantinya seandainya dia melepaskan jawatannya nanti," katanya. Fuziah yang juga Timbalan Pengarah Pilihan Raya KEADILAN berkata, pengalaman beliau berkempen di Sarawak memberikan gambaran jelas kepadanya akan layanan Taib terhadap rakyat Sarawak. "Di (Dewan Undangan Negeri) Balingian sendiri, terdapat satu kilang aluminium yang membahayakan kesihatan penduduk namun ia dibina berhampiran kawasan orang ramai. "Ia sebenarnya satu cerminan kepada pimpinan Barisan Nasional yang sentiasa mendahulukan rakyat dalam berhadapan bahaya sebegini yang mendedahkan rakyat kepada risiko kesihatan," kata Fuziah. Fuziah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kuantan sedang memperjuangkan penutupan satu loji pemprosesan sisa radioaktif di negeri Pahang yang terletak di Gebeng. Ironinya, loji memproses sisa radioaktif itu terletak di negeri Pahang yang merupakan negeri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Keadilandaily |
Sarawak : Najib sudah hilang keyakinan.... Posted: 12 Apr 2011 10:46 PM PDT Pihak PR hanya menetapkan untuk meningkatkan jumlah kerusi dah jika boleh menafikan majoriti 2/3 insyaallah, beberapa hari di Sarawak.. Najib telah melihat semuanya bakal menjadi realiti kerana kedegilan seorang pemimpin yang tamak BN bakal menerima padah.. Majoriti dua pertiga adalah satu 'bonus', kata Najib Perdana Menteri Najib Abdul Razak berkata, kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri Sawarak pada 16 April ini adalah satu 'bonus'. Katanya, ini kerana sasaran BN adalah untuk membentuk kerajaan negeri, yang hanya memerlukan kemenangan majoriti mudah. Beliau menegaskan demikian kepada pemberita hari ini di DUN Sadong Jaya yang mempunyai majoriti pengundi Melayu. Najib menjawab soalan mengenai kenyataan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud semalam yang optimis untuk mengekalkan majoriti dua pertiga dengan kemenangan di kawasan luar bandar dan pinggir bandar. Malaysiakini |
Kisah Sebenar Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee... bacalah... Posted: 12 Apr 2011 08:22 PM PDT Kematian adik Saiful Syazani Saiful Sopfidee telah menggemparkan Negara. Pembawaan carita oleh media telah mengejutkan semua pihak termasuk saya yang menjadi mangsa kepada penceritaan media berkenaan isu tersebut. Peristiwa berlaku apabila seorang guru agama sebuah sekolah dikatakan telah mendera seorang pelajar berusia 7 tahun hingga menyebabkan kematian pelajar tersebut.(gambar sekolah Al-furqan, tempat kejadian ) Boleh kita baca bagaimana 'jahat'nya guru tersebut dengan pendedahan media seperti, "Selepas memukul kepala, suspek dikatakan `naik hantu' dan menggoncang badan mangsa serta menolaknya dengan kuat ke dinding yang dipercayai punca utama murid itu mengalami pendarahan dalam kepala dan komplikasi jantung" – harian metro- (boleh baca lanjut dengan tajuk, cikgu ambil nyawa ) "Saiful Syazani meninggal dunia selepas tiga hari dilaporkan koma, akibat dibelasah guru yang juga seorang warden di sekolah agama persendirian selepas disyaki mencuri RM7 di asrama sekolah. Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa diikat kedua-dua tangan pada tingkap dan dibelasah bertalu-talu sebelum dihempas ke dinding hingga menyebabkannya mengalami pendarahan organ dalaman" – JPM Malaysia - Setelah kita mengikuti kes tersebut melalui media yagn membuat liputan, maka kita telah menghukum dengan rasminya bahawa sungguh jijik dan jahat perbuatan guru tersebut. Namun disana, saya masih curiga akan kisah yang berlaku. Dengan izin dan kesempatan yang diberikan Allah, telah menggerakkan hati saya dan pimpinan GAMIS ( Akram dan Nazry ) melawat tempat kejadian dan rumah arwah di Jejawi, Perlis. Kami kesana atas kerja rasmi GAMIS dan berkesempatan menziarahi rumah arwah. CERITA SEBENAR Setibanya kami di sekolah berkenaan, ustaz waqar ( sahabat baik kepada guru agama yang dituduh 'membunuh')menyambut kami dengan mesra dan penuh ukhwah. Kami terus dibawa kerumah ayah angkat arwah terletak lebih kurang 6km dari sekolah berkenaan. Sepanjang perjalanan, ustaz waqar telah mencerikan kisah sebanar kejadian. " adik saiful(arwah) merupakan seorang yang mesra dengan orang. Dia agak aktif disekolah dan pernah menjadi Johan pertandingan azan PASTI peringkat negeri Perlis(gambar hadiah yang dimenangi). Setelah masuk ke darjah 1, dia tinggal diasrama. Namun timbul beberapa kes disiplin sepanjang adik ni tinggal diasrama hinggalah pada kemuncaknya dia didapati mencuri wang rakannya berjumlah RM7. Maka dia telah dipanggil oleh ustaz (yang dituduh) yang merupakan warden asrama ke bilik warden. Ustaz telah bertanya kepada adik saiful tentang kecurian wang rakannya, dan dia mengaku berbuat demikian. Semasa pertanyaan diajukan, ustaz berkenaan telah mengikat kedua-dua tangan adik saiful dibahagian hadapan, bukan belakang. Namun sepanjang berada dibilik warden tersebut, TIDAK ADA penderaan fizikal yang berlaku sebagimana yang dilaporkan. Sebaliknya ikatan tangan tersebut dibuka setelah ustaz berkenaan ingin keluar dan mengurung adik saiful dalam bilik berkenaan. Setelah 2 jam ditinggalkan, seorang lagi warden, ustaz y telah membuka bilik berkenaan dan mendapati adik saiful terbaring diatas toto sambil menggigil. Mulanya ustaz y mengesyaki adik saiful terkena sawan dan kacing gigi, namun beliau sendiri tidak pasti akan penyakit yang menyerang. Lantas ustaz Y terus membawa adik saiful ke hospital Kangar, namun pihak hospital tidak dapat menerima pesakit kerana banjir melanda Bandar Kangar pada masa itu. Seterusnya adik saiful dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star dan terus dimasukkan ke wad ICU. Pada malam kejadian itu juga ustaz h telah menemui ayah angkat adik saiful dan memohon maaf atas kesilapan dia mengurung arwah selama 2 jam. Sebelum ustaz h pergi kehospotal, dia terkejut dengan berita bahawa adik saiful dimasukkan ke icu, lantas dia terus menunaikan solat hajat". Selang 3 hari dari hari kejadiaan, adik Saiful dipanggil oleh Allah untuk mengadapnya pada jam 8pagi hari ahad." Begitulah cerita sebenar kejadian kematian adik saiful yang telah diceritakan oleh rakan baik ustaz h. Kami terus pening kerana banyak percanggahan maklumat yang dibaca melalui media sebelum daripada itu. Kami terus sampai kerumah Abang Zamri(ayah angkat adik saiful). Ketibaan kami disambut mesra oleh abang zamri yang kelihatan pasrah dan redha akan ketentuanNya. Adik saiful tinggal bersama keluarga Abang Zamri sejak umur 2 tahun setengah, setelah bapa adik saiful tidak mahu membelanya setelah kematian ibu adik saiful. " dia seorang yang berani dan tak takut apa yang orang kata. Dia memang keras dan keberanian dia tak padan dengan umur dia" cerita abang zamri. Setelah setengah jam berbual dengan abang zamri, kami pun memohon izin untuk pulang. GAMIS sempat menyampaikan sedikit bantuan kepada abang zamri atas musibah yang menimpa. Kami doakan agar abang zamri dan keluarga tabah dan sabar menempuh ujian yang mendatang. ( gambar Abang Zamri, senyum tanda terima kasih ) Semasa perjalan pulang, ustaz waqar sempat menyambung ceritanya tadi. Beliau turut mengaitkan kes ini telah menjadi suatu isu politik kepartian kerana sekolah berkenaan adalah dibawah parti PAS. Maka sebab itu, pelbagai cerita pelik yang timbul. Saya rasakan apa yang diceritakan oleh ustaz w adalah benar setelah melihat laporanforensik yang diberitakan bahawa punca kematian adik saiful adalah kerana kekurangan oksigen dan pendarahan dalam otak. Maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku, namun nyata sekali tidak ada kesan LEBAM akibat pukulan yang berlaku sebagimana yang dilaporkan oleh media. Lihat laporan ini, meniggal akibat kekurangan oksigen. Kami juga dibawa melihat bilik warden yang dikatakan tempat adik saiful dikurung oleh warden berkenaan. Bilik tersebut bukan hanya pejabat, bahkan tempat tidur ustaz berkenaan. Banyak lagi persoalan yang timbul disebalik kejadian berkenaan, namun Allah sahaja yang mengetahui kebenarannya. Apa yang sangat menyedihkan ialah apabila masyarakat telah 'menghukum mati' peribadi ustaz berkenaan yang hanya dituduh dan ditohmah oleh media yang sanga berat sebelah. Yang lebih teruk lagi bila politikus menjadikan isu ini sebagai senjata politik hingga mendesak sekolah agama berkenaan ditutup. GAMIS bukan membela tindakan ustaz bekenaan, namun apa yang kami harapkan ialah keadilan mesti diberikan kepada mereka yang terlibat. Media jangan cepat mnghukum hingga masyarakat pada hari ini memberi tanggapan yang sangat negatif kepada sekolah agama rakyat. GAMIS juga mendesak agar jangan libatkan politik yang melampau dalam kes ini hinggalah mahkamah yang menentukan siapa yang bersalah dalam kes berkenaan. Kita doakan agar keadialan diberikan kepada mereka yang berhak, dan pembalasan yang sepatutunya kepada yang zalim. Rombongan GAMIS kerumah arwah adik saiful, bergambar bersama abang zamri Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia |
Sarawak : Kedegilan Taib menyusahkan Najib. Posted: 12 Apr 2011 07:03 PM PDT KUCHING, 13 April — Tinggal tiga hari sebelum hari penentuan Sabtu ini, kelihatan petanda seolah-olah ada yang tidak kena dengan Barisan Nasional (BN) Sarawak - hanya disebabkan kedegilan seorang pemimpin. Beberapa pegawai jentera BN mengakui bahawa keengganan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk menetapkan tarikh beliau akan melepaskan jawatannya dan enggan menerima hakikat bahawa perikatan itu kini berhadapan dengan cabaran sengit, kali pertama dalam sejarah, daripada Pakatan Rakyat dan hanya bergantung pada mereka dari luar kitaran politik, termasuk kuasa ghaib, dilihat sebagai memeningkan keadaan. Taib genap tiga dekad menjadi ketua menteri Sarawak pada 26 Mac lalu. Malah pegawai-pegawai BN juga kecewa dengan pendirian Taib yang tidak mahu menerima persekitaran bahawa beliau sebenarnya menjadi punca kepada setiap serangan negatif mengenai kepimpinan perikatan itu di Sarawak. "Perdana Menteri menawarkan beliau jalan keluar awal untuk membantu mengatasi kerosakan dialami dan juga memberikan laluan untuk menentukan peringkatnya sendiri untuk berhenti (sebagai Ketua Menteri). "Tetapi beliau tidak mempedulikan masa depan BN hanya kerana kepentingan diri," kata satu sumber BN kepada The Malaysian Insider dengan merujuk kepada jaminan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Razak pada Ahad lalu bahawa peralihan kepimpinan akan berlaku dengan segera selepas pilihan raya negeri ke-10 ini. Pemimpin-pemimpin BN juga yakin tidak mungkin perikatan itu akan kehilangan kuasa negeri tetapi tindakan Taib mahu terus kekal akan menyebabkan mereka keciciran banyak kawasan di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 71 kerusi. Pakatan Rakyat dilihat akan menang hampir 20 kerusi. "Malah beliau juga tidak berkempen dengan efektif dan berfokus. Keengganan beliau mendengar (pandangan ramai) akan menjejaskan BN," kata satu lagi sumber. Pada pilihan raya negeri 2006, pembangkang hanya menang tujuh kerusi. Prestasi pembangkang yang berbara dilihat akan memberikan nafas baru kepada mereka menghadapi cabaran kali ini dan kemungkinan menggugat rancangan Najib untuk memanggil pilihan raya umum tahun ini. Sekian lama Sarawak telah dianggap sebagai negeri yang selamat bagi BN kerana Taib mengawal ketat kepimpinan dan mengetepikan suara-suara yang membangkang kerajaan negeri. Bagaimanapun pendedahan demi pendedahan mengenai kekayaan keluarga beliau dan keberkesanan Internet dan Radio Free Sarawak yang membangkitkan persoalan-persoalan mengenai nepotisme dan kronisme telah berubah menjadi ancaman kepada peluang BN kali ini. Pemimpin-pemimpin BN juga merasakan Taib menjadi alasan nombor satu dalam menghadapi kesan-kesan yang dilalui sekarang. Pengundian pilihan raya negeri diadakan Sabtu ini. "Taib sedang mencari laluan keluar yang selamat dan mahukan seorang pengganti yang akan memberikannya jaminan itu," kata seorang pemimpin Umno kepada The Malaysian Insider. "Beliau juga mahu meletakkan seorang yang beliau boleh kawal seperti Dr Mahathir memilih Pak Lah," kata pemimpin Umno itu. Tun Dr Mahathir Mohamad memilih Tun Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantikannya sebagai perdana menteri pada 2003. The Malaysian Insider |
Sarawak : Taib Harus Undur!!!! Posted: 12 Apr 2011 10:32 AM PDT Pembaharuan politik yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat adalah untuk menerapkan sistem pemerintahan yang beramanah dan berwibawa di Sarawak , bukan semata-mata untuk menuntut pengunduran Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri. Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertukaran pucuk pimpinan harus seiring dengan perubahan dalam sistem pemerintahan yang mencorak dasar sesebuah negara atau negeri. "Politik ini bukan soal peralihan kuasa. Perdana Menteri dan Ketua Menteri silih berganti tapi yang kita mahu ubah ialah sistem," kata Anwar dalam ceramahnya di Satok. "Yang kita suruh berhenti bukan Taib seorang, tapi seluruh kekuatan Barisan Nasional Sarawak," tegas Anwar, disahut tepukan gemuruh hadirin yang rata-rata masyarakat kaum Melayu. Anwar yang berada di Sarawak sejak minggu lalu kini giat menjelajah ke seluruh pelusok Sarawak untuk membantu calon-calon Pakatan Rakyat melakukan kejutan pada pilihanraya negeri Sabtu ini. Di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok, PKR meletakkan calon muda, Ahmad Nazib Johari untuk pertandingan satu lawan satu menentang calon veteran BN, Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg. Abang Johari mempertahankan kerusi itu untuk penggal ke lapan. Dalam ucapannya, Anwar mengupas soal hak kesamarataan yang dinafikan kepada penduduk Sarawak. Beliau membidas pemimpin-pemimpin BN yang berjuang atas nama Melayu namun membiarkan kaum itu hidup dalam kedaifan di bumi Sarawak. Justeru Ketua Pembangkang itu, pengundi Sarawak tidak harus membenarkan BN pimpinan Taib terus-menerus memperlekehkan rakyat. Beliau berkata masa sudah sampai untuk Sarawak membebaskan diri daripada cengkaman Taib yang selama ini memperalatkan rakyat demi memperkayakan diri. "Jangan orang lain berani bodohkan dan menjadikan rakyat kuli mereka," tegas Anwar. Anwar turut isu kitab Injil versi Bahasa Malaysia (Alkitab) yang mencetuskan kemarahan rakyat beragama Kristian kerana setiap penyelesaian yang ditawarkan Umno berpandukan kepada mencari kelebihan politik semata-mata. Katanya, sejak zaman kebangkitan Islam, penganut islam dan Kristian sering bertolak ansur demi menjaga keharmonian dengan mempercayai prinsip agama masing-masing sekaligus menolak perhambaan keatas umat manusia. Anwar seterusnya berkata, sekiranya rakyat Sarawak memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat untuk memerintah negeri itu pada pilihanraya negeri kali ini, maka perubahan sistem dan dasar kesaksamaan akan dijulang sekaligus mengembalikan hak semua kaum. "Dia kata kalau Anwar, Tok Guru Nik Aziz kalau perintah beri semua kepada Cina. Itu kempen dia (BN). Saya kata hak dia kita beri, saya tidak bimbang. Saya mahu jawab kalau kami perintah, Insyallah pada ketikanya, kami akan adil kepada Melayu, Cina, Iban dan India," ujarnya lagi. Pilihanraya negeri Sarawak ke 10 kali ini dijangka sengit berikutan Pakatan Rakyat meletakkan calon pada hampir kesemua kerusi yang dipertandingkan. Gagasan itu mensasarkan kemenangan sekurang-kurang 24 buah kerusi bagi menafikan majoriti dua pertiga BN. TVS News |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan