Selasa, 5 April 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Video Lucah : SAKSIKAN dan BEZAKAN.. (Kenapa Janggut Anwar cepat tumbuh?)

Posted: 05 Apr 2011 06:24 AM PDT

Saksikan dan bezakan antara dua Video clip dibawah.. satu video clip yang menunjukkan kononnya aksi Anwar dengan China Doll yang telah dirakamkan pada 21 Feb 2011 menurut Datuk Eskay salah seorang dari "Three Stooges" itu..

Dan satu lagi pula adalah video clip dari TV Selangor yang merakamkan Anwar Ibrahim di Mahkamah tinggi pada 22 Feb 2011 iaitu sehari selepas video lucah yang dibintangi oleh Anwar kononnya menurut "Three Stooges"..

Bezakan dengan hati yang terbuka.. bukan dengan dendam yang membara..

Adakah benar pelakon Video Lucah itu Anwar atau ianya adalah fitnah golongan haram jadah..

Kita permudahkan segalanya.. 21 Feb 2011.. Anwar tak ada janggut.. tapi 22 Feb 2011 janggut Anwar sudah panjang.. atau adakah Anwar menggunakan janggut palsu?? Kalau bukan janggut palsu ubat pelebat janggut jenis apakah yang Anwar pakai?? Sehinggakan boleh tumbuh begitu lebat hanya dalam sehari?








Jam Omega Ada Pada Saya - Wan Azizah

Posted: 05 Apr 2011 05:02 AM PDT

Tadi ada dua atau tiga orang pencacai UMNO yang bertanya.." Dimana jam Omega?".. nah bacalah..



KUALA LUMPUR 5 APRIL : Sidang akhbar Presiden Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Wan Azizah Dr Ismail hari ini digunakan oleh wartawan tertentu untuk sengaja memberi tekanan kepada beliau namun isteri Ketua Pembangkang tenang menangani keadaan itu.

Seorang wartawan sebuah portal berita bertanya sama ada beliau menyimpan jam tangan Omega seperti didakwa Sharzyl Eskay ditinggalkan oleh Anwar namun kini berada dalam simpanan ahli perniagaan itu.


Wan Azizah mengesahkan "kami ada jam itu dan tidak ada (kehilangan jam).'tegasnya. Namun jawapan itu tidak memuaskan wartawan berkenaan yang seterusnya mendesak supaya ditunjukkan jam tersebut.

Wan Azizah secara tenang membalas bahawa ... Ya, ia ada (dengan kami). Kami ada jam tangan tersebut," berada dalam simpanannya.

Tidak puas hati dengan jawapan itu, wartawan berkenaan meminta jam tangan itu ditunjukkan kepada media.

Ahli keluarga Anwar hanya menggeleng kepala kepada persoalan yang ditanya secara biadap itu.

"Adakah awak serius? Mengapa kami didakwa? Adakah awak pendakwaraya?" kata anak sulung Anwar, yang juga ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mencelah dengan menyifatkan permintaan wartawan tersebut sebagai sesuatu yang "menjijikkan" .

"Saya rasa soalan anda juga membayangkan anda tidak menghormati keadilan. Saya duduk di sini untuk lihat media bersekongkol untuk jatuhkan Anwar,Saya tidak boleh terima sebagai rakyat Malaysia tentang situasi sempit ini di mana kita mempunyai banyak lagi perkara untuk dilakukan. Orang yang pakai seluar atau tidak menjadi isu utama negara ini. Saya rasa banyak perkara lain yang kita perlu buat," kata Khalid.


TVS News

Saiful Meninggal...

Posted: 05 Apr 2011 02:39 AM PDT



Al Fatihah buat Allahyarham.. beliau pada mulanya koma kerana mengalami pendarahan dalam kepalanya akhirnya kembali ke rahmatullah.. semoga rohnya ditempatkan Allah bersama orang-orang yang beriman..


Kematian Saiful: Ustaz akui gagal kawal emosi
KUALA LUMPUR, 5 April — Seorang ustaz yang disyaki terbabit memukul Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, iaitu murid Sekolah Agama Rakyat (SAR) di Jejawi, Arau sehingga meninggal dunia kelmarin sempat meminta maaf atas perbuatannya baru-baru ini.


Menurut bapa angkat murid tersebut, Mohd. Zamri Shafie, 40, ustaz berkenaan datang menemuinya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah Jumaat lalu bagi menyatakan kekesalan dan meminta maaf kerana memukul Saiful.




Katanya, ustaz berusia 27 tahun itu mengakui gagal mengawal emosi sehingga hilang pertimbangan ketika menyoal siasat Saiful Syazani Saiful yang juga seorang anak yatim berhubung satu kes kecurian di sekolah tersebut.

"Dia (ustaz berkenaan) tidak sedar ketika memukul Saiful sehingga menyebabkan anak angkat saya cedera parah dan lebih malang meninggal dunia.

"Sedih dan terkilan apa yang terjadi, namun saya menerima permohonan maaf ustaz itu kerana menyifatkan dia seorang yang baik," katanya dipetik KOSMO Online hari ini.

Dalam pada itu, Sinar Harian memetik Zamri berkata dia telah memaafkan perbuatan warden asrama terbabit.

"Saya sudah memaafkan guru terbabit, bagaimanapun kesal dengan tindakan dia yang sanggup memperlakukan anak saya sedemikian.

"Saya sebelum ini sudah beberapa kali bertemu dengan guru tersebut dan dia adalah seorang guru yang sangat baik. Jadi, apa yang berlaku sangat mengecewakan saya," katanya lagi.

Saiful Syani, seorang anak yatim pada mulanya koma setelah dikatakan dipukul hampir dua jam oleh seorang ustaz yang berumur 26 tahun yang juga penyelia asrama di Sekolah Rendah Islam Al-Furqan di Jejawi.

Kanak-kanak tersebut kemudianya meninggal dunia di hospital pada 8.50 pagi kelmarin.

Zamri juga berkata dia melihat kesan lebam di badan Saiful Syazani dan doktor mengesahkan terdapat pendarahan dalam kepalanya.

Bapa kandung kanak-kanak itu Saiful Sopfidee Marzuki, 34, telah membuat laporan polis dan penyelia asarama tersebut telah ditahan Sabtu lalu.

Zamri memelihara Saiful Syazani sejak kanak-kanak berkenaan berusia dua tahun setelah ibunya meninggal dunia pada 2006.


The Malaysian Insider

Aduan qazaf ‘Datuk T’ juga akan di Siasat..

Posted: 05 Apr 2011 02:08 AM PDT

Seperti yang ditegaskan oleh pihak Polis bahawa mereka akan menyiasat bagaimana Video Lucah itu boleh diupload kedalam You Tube, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga memberikan jaminan bahawa pihaknya akan menyiasat aduan qazaf yang dilemparkan 'Datuk T' terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pendedahan video seks..

He..he..he.. dia pun nak siasat tu.. mesti memakan masa berpuluh tahun siasatan ni..

Kalau korang baca betul-betul kenyataan Jamil di perenggan terakhir tu.. yang ni ""Pendakwa raya akan buat penelitian kes ikut proses biasa…katakanlah kalau (kejadian dalam video) berlaku di sebuah bilik (hotel) di Selangor, jadi kena buat aduan di Selangor,"..


Kalau ikut tulisan yang terpapar di Video tu "Phaholyothin Road Bangkok, Thailand 10400" mungkin nama tempat rakaman tu.. jadi sepatutnya Samsul Iskandar perlu memfailkan aduan qazaf itu di Thailand.. dan Jabatan Agama Islam Wilayah mana ada kuasa nak bertindak kalau kejadian tu berlaku di Thailand...

Jamil Khir jamin siasat aduan qazaf 'Datuk T'

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjamin pihaknya akan menyiasat aduan qazaf (pertuduhan zina) yang dilemparkan 'Datuk T' terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pendedahan video seks.

Jamil berkata, aduan itu akan diserahkan kepada pihak yang bertanggungjawab untuk siasatan penuh sebelum dibawa kepada pihak pendakwaan.

"Pendakwa raya kemudiannya akan membuat pertimbangan sama ada terdapat kekuatan hasil siasatan itu nanti untuk dibawa kepada pendakwaan," katanya kepada pemberita di Institut Kefahaman Islam (IKIM) di sini hari ini.

Beliau hadir di majlis perasmian konvensyen pemacuan transformasi perundangan Islam di Malaysia.Sehubungan itu, beliau menolak tanggapan segelintir individu terutamanya pemimpin pembangkang mendakwa pihaknya mengambil sikap 'membisu' berhubung isu qazaf.

Semalam Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin memfailkan aduan qazaf di Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) terhadap trio ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Pengerusi Risda Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Aduan dibuat mengikut Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah kerana memfitnah Anwar melakukan zina dengan seorang pelacur Cina melalui pendedahan video seks yang ditayangkan kepada media di Carcosa Seri Negara di sini 21 Mac lalu.

Selain itu, beberapa pengakuan Rahim dan Eskay yang mengaku terlibat dalam isu klip video itu turut diserahkan Shamsul kepada pegawai penguatkuasa JAWI untuk tujuan siasatan.

Mengikut undang-undang Syariah, sesiapa yang menuduh seseorang melakukan zina perlu mengemukakan empat orang saksi, jika tidak prosiding qazaf boleh dilakukan dan orang yang menuduh itu boleh didakwa dibawah Akta Jenayah Syariah.

Dalam undang-undang tersebut, menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan empat orang saksi lelaki yang adil hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar serta wajib dikenakan hukuman had Qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan individu itu tidak lagi boleh diterima pakai sebagai seorang saksi kerana tergolong dalam orang fasiq.

Walaubagaimanapun, Jamil berkata aduan itu perlu disiasat dan diteliti kesahihannya terlebih dahulu mengikut tempat kejadian, iaitu lokasi bilik hotel itu.

"Akta Jenayah Syariah yang terletak di bawah Seksyen 43 untuk qazaf harus dibuat mengikut negeri…kena tahu bilik itu di mana.

"Pendakwa raya akan buat penelitian kes ikut proses biasa…katakanlah kalau (kejadian dalam video) berlaku di sebuah bilik (hotel) di Selangor, jadi kena buat aduan di Selangor," katanya.


Free Malaysia Today

Orang ramai boleh tahan ‘Datuk T’ - Karpal

Posted: 05 Apr 2011 12:50 AM PDT

Karpal mendakwa ketua polis gagal menjalankan tanggungjawab menahan Datuk Syazril Eskay Abdullah, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan Datuk Shuib Lazim

KUALA LUMPUR: Jika Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar gagal menahan 'Datuk T' yang didakwa bertanggungjawab menayangkan video seks yang didakwa Ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, orang ramai berhak berbuat demikian.

"Jika beliau gagal berbuat demikian, orang ramai berhak menahan `Datuk T'," kata Pengerusi DAP, Karpal Singh dalam sidang akhbar di rumah Anwar hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mendakwa ketua polis gagal menjalankan tanggungjawab menahan ahli perniagaan Datuk Syazril Eskay Abdulalh, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim yang dikenali sebagai Datuk T.


Bagaimanapun, Karpal yang juga seorang peguam berkata, beliau belum menonton video terbabit.

"Apabila seseorang terlibat dalam jenayah maka orang ramai ada hak untuk menahan individu tersebut.

"Dalam hal video seks ini orang ramai boleh menahan Datuk T….tapi ianya lebih baik dilakukan oleh pihak polis," katanya.

Pada 25 Mac lalu, Syazril Eskay dan Abdul Rahim menyerahkan pita video seks dan jam tangan Omega kepada polis.

Mereka mengaku bertanggungjawab menjemput wakil media menonton klip video seks tersebut.

Anwar membuat laporan polis berhubung video itu dan pasukan keselamatan itu telah mengambil keterangan dari ketiga-tiga individu berkenaan.

Menurut Karpal dalam undang-undang tidak bertulis, individu yang terlibat dengan jenayah boleh ditahan tanpa waran.

Sementara itu Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim yang turut hadir dalam sidang media tersebut berkata kerajaan negeri akan memantau keadaan dan jika perlu tindakan undang-undang akan diambil.

"Kerajaan negeri akan pantau keadaan dan jika perlu kita akan ambil tindakan agar mereka yang terlibat menyebarkan video itu dibawa ke penghakiman," katanya.

Pada Ahad lalu, klip video seks itu selama 1 minit 47 saat telah dimuat naik ke laman web Youtube, dan semalam di laman sosial Facebook.

Namun satu notis dikeluarkan oleh pihak Youtube pada 11.35 malam semalam berhubung pengeluaran video itu dari laman web itu dengan menyatakan 'ia melanggar polisi berhubung kandungan video yang mempunyai aksi seksual'.

Sementara itu, Ismail menafikan klip video berkenaan dibocorkan oleh pihak polis.


Free Malaysia Today

Polis siasat video seks dimuat di Internet

Posted: 05 Apr 2011 12:09 AM PDT

Macam biasa.. Polis akan menyiasat bagaimana Video Lucah ini boleh diupload di You Tube.. tapi bila didapati ada Pemimpin UMNO atau Ahli UMNO yang terlibat.. macam biasalah.. siasat tapi tak tangkap.. seperti kes penayangan video lucah hari tu.. siasat tapi tak tangkap.



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis turut menyiasat sebahagian rakaman video seks yang didakwa menunjukkan aksi seorang pemimpin utama pembangkang, yang dimuatkan di Internet.

Beliau mengesahkan bahawa siasatan itu turut meliputi individu yang terlibat memuatkannya di laman video Youtube dan di laman blog.


"Kita siasat secara menyeluruh," katanya dalam satu sidang media hari ini. Dilaporkan, video pendek itu merupakan suntingan video yang didedahkan kepada sekumpulan wartawan dan individu berkepentingan sejak 21 Mac lalu.

Dalam pada itu, beliau turut ditanya bagaimana video berkenaan boleh dibocorkan di Internet.

Beliau ditanya demikian memandangkan individu yang mengaku bertanggungjawab ke atas video berkenaan, telah menyatakan hanya terdapat satu salinan sahaja.

"Itu kata dia," kata Ismail lagi sambil menambah beliau tidak boleh mendedahkan kesemua siasatan polis.

Rakaman itu dilaporkan telah diserahkan kepada polis.

Dalam pada itu, beliau turut mengesahkan bahawa polis belum membuat sebarang tangkapan berhubung video lucah tersebut.


Malaysiakini

'Ia bukan Anwar', kata Wan Azizah

Posted: 04 Apr 2011 08:35 PM PDT


Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Itu kata Kak Wan.. tapi para pencacai UMNO tetap mengatakan bahawa lelaki itu adalah Anwar seolah-olah mereka lebih mengenali Anwar sendiri dari Wan Azizah.. adakah mereka merasakan diri mereka itu lebih rapat dari seorang isteri kepada Anwar?


Mereka berkata lelaki itu adalah Anwar seolah-olah merekalah yang tinggal sebumbung dan tidur sebantal dengan Anwar..

Padahal mereka itu berjumpa pun tidak pernah.. Bak kata seorang pemimpin UMNO sendiri yang tidak setuju dengan fitnah ini.. macam Haram Jadah!!

'Ia bukan Anwar', kata Wan Azizah

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

Isteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan "bukti paling jelas" bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Beliau berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Wan Azizah memberitahu demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anak perempuan Anwar, Nurul Izzah. sementara itu, dalam kenyataannya, Dr Wan Azizah Keluarganya telah diuji dengan pelbagai dugaan sejak 1998.

"Pelbagai fitnah dan tuduhan telah dilemparkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiap tuduhan tersebut adalah sendirinya terlalu berat, tetapi Datuk Seri Anwar terpaksa melalui satu demi satu tuduhan yang busuk, jelek dan jijik," katanya.

Namun, tambah beliau, jika disenaraikan semua tuduhan tersebut, nyata sekali tidak masuk akal bagaimana Anwar dapat melakukan kesemuanya yang bertentangan antara satu sama lain.

"Dalam kes video terbaru ini, kami sekeluarga memutuskan untuk menonton sendiri rakaman tersebut. "Video tersebut adalah bukti paling kukuh bagi sesiapa yang benar-benar mengenali Datuk Seri Anwar bahawa tuduhan terbaru ini satu lagi fitnah zalim dan palsu.

"Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.

"Jelas kelihatan susuk tubuh badan pelaku dalam video tersebut amat berlainan daripada susuk badan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hal ini diperkukuh lagi memandangkan sejak lebih setahun yang lalu, anak-anak Datuk Seri Anwar Ibrahim sering menemani beliau setiap kali beliau pergi melakukan aktiviti senaman dan fisioterapi selaku sebahagian daripada aktiviti pemuliharaan kesihatan tulang belakang," tambahnya.

Oleh itu, kata Wan Azizah, mereka sekeluarga berpendirian bahawa keluarnya video ini adalah satu lagi contoh taktik politik lucah dan menolak sekeras-kerasnya politik sedemikian. sehubungan itu, beliau mengajak rakyat Malaysia untuk bersama menegakkan keadilan dan menolak politik kotor.

"Kembalikan agenda perjuangan menuntut reformasi menyeluruh dalam sistem politik, ekonomi dan sosial negara," katanya sambil menambah bahawa dalam menghadapi dugaan ini, mereka yakin ada hikmah di sebaliknya.

"Pendedahan sedutan video ini dibuat pada 4 April 2011 – ulangtahun ke-12 Parti Keadilan Nasional yang lahir daripada kegawatan politik negara. "Fitnah dan tohmahan ini berpunca daripada ketamakan terhadap kuasa dan politik yang sudah hilang nilai moralnya.

"Kita sewajarnya berbincang secara kritis perbezaan pandangan kita, bukan dengan serangan peribadi yang kotor dan hina," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua rakyat tidak terperangkap dengan permainan tersebut, dan sebaliknya meneruskan usaha menegakkan keadilan dan memperjuangkan kebenaran.


Malaysiakini

Tawan Penang : Bernama atau Koh Tsu Koon Bohong?

Posted: 04 Apr 2011 06:45 PM PDT


Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang adalah mustahil wartawan dari Bernama memutar belitkan kenyataan dari Najib mengenai keyakinannya untu menawan kembali Pulau Pinang dari Pakatan Rakyat.

Tambahnya lagi "Masyarakat tidak akan pernah percaya bahawa media seperti Bernama berani melaporkan perkara yang salah berkaitan Perdana Menteri melainkan wartawan tersebut dipecat atas perlakuan tidak profesional wartawan tersebut."


Kenyataan Akhbar oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng pada 4.4.2011 di Komtar, George Town.
________________________________________________________________
Masyarakat tidak akan pernah percaya bahawa media seperti Bernama berani melaporkan perkara yang salah berkaitan Perdana Menteri melainkan wartawan tersebut dipecat atas perlakuan tidak profesional wartawan tersebut.
________________________________________________________________

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan apabila mengatakan bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah melahirkan berasa yakin bahawa BN akan menakluk semula Pulau Pinang. Sebaliknya kata Koh kemungkinan besar wartawan Bernama itu terlalu bersemangat atau ghairah ketika membuat laporan berkaitan Najib yang sebenarnya mengatakan jika sambutan hangat itu diterjemahkan sebagai undi dalam pilihan raya, BN mungkin berpeluang memenangi beberapa kerusi.

Sukar untuk saya mempercayai bahawa agensi berita kebangsaan seperti Bernama berani melaporkan fakta yang salah berkaitan Perdana Menteri walau seghairah atau bersemangat manapun wartawan tersebut. Sebagai agensi berita kebangsaan, Bernama sepatutnya mempunyai kelebihan yang tidak terdapat pada lain-lain media.

Masyarakat tidak akan pernah percaya bahawa media seperti Bernama berani melaporkan perkara yang salah tentang kenyataan Perdana Menteri melainkan wartawan tersebut dipecat atas perlakuan yang tidak professional dan tidak berkemampuan. Kegagalan mengambil tindakan ke atas Bernama membuktikan BN melaksanakan kempen 'smoke and mirrors' untuk menawan semula Pulau Pinang dengan menyembunyikan strategi sebenar BN secara diam- diam dan berdolak dalik bagi mengelirukan Pakatan Rakyat.

Atas alasan itu, kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang tidak akan sekali- kali goyah, bingung mahupun tersasar daripada fokus utama kerajaan negeri untuk mengamalkan pemerintahan yang baik dan berkhidmat kepada rakyat Pulau Pinang. Semua pemimpin Pakatan Rakyat yang terpilih telah diarah untuk memperbaiki prestasi dengan menggandakan usaha dalam melaksanakan tugas pemerintahan yang berjiwa rakyat dengan penuh perikemanusiaan dengan mendengar keluhan rakyat, urus tadbir yang baik kepada rakyat serta memberi harapan kepada rakyat.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang berasa kesal dengan Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang yang telah memberikan maklumat palsu kepada Perdana Menteri kononnya Pulau Pinang telah mengalami kejatuhan di bawah pemerintahan PR. Semenjak pilihanraya 8 Mac 2008 yang membawa kepada Kerajaan Pakatan Rakyat, Pulau Pinang telah berubah menjadi lebih baik. Di antara 12 kejayaan yang jelas disokong dengan fakta serta maklumat yang benar bahawa Pulau Pinang menerajui tempat pertama di Malaysia ialah:

1.Jumlah pelaburan tertinggi di Malaysia dan dalam sejarah negeri sebanyak RM12,2 juta atau 26% daripada jumlah keseluruhan pelaburan negara. Pengedaran FDI Pulau Pinang lebih tinggi iaitu sebanyak 36% berbanding FDI Malaysia walaupun hanya mempunyai 6% jumlah populasi Malaysia.

2.Dipuji oleh Ketua Audit Negara sebagai negeri yang mengamalkan pengurusan kewangan terbaik bagi tahun 2008 dan 2009.

3.Pengurangan Indeks Jenayah tertinggi di Malaysia sebanyak 27% .

4.Negeri pertama untuk inisiatif hijau yang menuju ke arah Pulau Pinang sebagai Negeri Hijau pertama di Malaysia.

5.Satu-satunya negeri yang dipuji oleh "Transparency International" dalam memerangi rasuah melalui proses tender terbuka dan prinsip CAT – Cekap, Akauntabiliti dan Telus.

6.Penyumbang tertinggi untuk pendapatan daripada pelancongan perubatan iaitu sebanyak 60%.

7.Negeri pertama membasmi miskin tegar dengan memastikan setiap keluarga memperolehi pendapatan sekurang-kurangnya RM500 sebulan dan membayar RM100 setiap tahun kepada warga emas berusia lebih 60 tahun.

8.Pulau Pinang mencatatkan peningkatan tertinggi jumlah penumpang udara berbanding semua lapangan terbang di Malaysia sebanyak 30%.

9.Mencatat kadar terendah penggangguran dan bergerak aktif dalam mencari tenaga kerja mahir.

10.Menjaminkan kebebasan dan hak asasi manusia dengan Akta Kebebasan Maklumat dan mewujudkan Sudut Pidato pertama di Malaysia yang membenarkan kebebasan berucap.

11.Paling cergas dalam melindungi, memulihara dan mempromosikan warisan melalui Bandaraya Warisan Dunia Unesco George Town.

12.Bandaraya yang paling baik didiami di Malaysia.



LIM GUAN ENG

PRN Sarawak : Muka Baru bukti BN kian terdesak..

Posted: 04 Apr 2011 11:05 AM PDT


Tindakan BN Sarawak mengemukakan sekurang- kurangnya 20 orang calon 'muka baru' pada pilihan raya negeri itu dilihat sekadar mahu meraih undi rakyat negeri itu yang semakin jelas menolak corak pemerintahan parti perkauman itu kata Profesor Dr Hasan Hasbullah..

Memanglah terdesak.. dan menurut seorang sahabat yang berada di pihak UMNO/BN keyakinan mereka hanyalah 50-50 sahaja untuk mengekalkan kuasa di Sarawak..

Oleh sebab itu Anwar Ibrahim perlu dimusnahkan karakternya sebelum beliau berjaya menjelajah ke seluruh Sarawak.. ini telah dijangka sendiri oleh Anwar Ibrahim sebelum beliau terbang ke Sarawak..


Jadi tak hairanlah kenapa tiba-tiba sedutan Video Lucah itu boleh berada di You Tube sedangkan menurut Trio 'Three Stooges' tiada salinan yang dibuat..

Ada juga sumber yang menyatakan sejumlah besar wang telah bepindah tangan dari seseorang dari kepada seseorang Ketua dari Parti yang telah hampir mati di Sarawak dan sebuah parti yang ditaja BN akan bertanding dikesemua kerusi yang ditandingi PAS..

Benar atau tidak.. sehingga sekarang telah terbukti 70% dakwaannya itu adalah benar..


P'raya Sarawak : Terdesak Raih Undi, BN Pertaruh 20 'Muka Baru'

Tindakan UMNO BN Sarawak mengemukakan sekurang- kurangnya 20 orang calon 'muka baru' pada pilihan raya negeri itu dilihat sekadar mahu meraih undi rakyat negeri itu yang semakin jelas menolak corak pemerintahan parti perkauman itu.

Pemilihan calon 'muka baru' itu juga diberi perhatian serius UMNO BN berikutan tekanan hebat daripada anak- anak muda negeri itu yang semakin berani menentang kepemimpinan korup parti itu.

Itu pandangan dan pendapat Penganalisis Politik, Profesor Dr Hasan Hasbullah mengenai tindakan UMNO BN mempertaruhkan lebih 25 peratus 'muka baru' bagi menggalas cabaran berdepan dengan calon Pakatan Rakyat, 16 April ini.

"Kita percaya kalau melihat andaian-andaian yang dilaporkan dalam media hari ini, khususnya dari fikiran anak-anak muda yang menggunakan media baru, maka mereka sudah menentang ahli-ahli politik yang sedia ada. Sudah pasti BN sedikit gentar dengan tekanan ini."

Dr Hassan bagaimanapun berkata, faktor calon 'muka baru' yang dipertaruhkan UMNO BN ini belum tentu mampu mengadakan perubahan yang diinginkan rakyat Sarawak.

"Calon merupakan hanyalah susuk tubuh yang mewakili organisasi iaitu calon-calon tak kira baru atau lama, bukanlah faktor utama yang boleh menentukan berlakunya perubahan dari aspek sistem, bentuk, kandungan, amalan dalam cara menguruskan sesebuah negara ataupun negeri itu.

Dr Hassan tidak menolak kemungkinan UMNO BN menggugurkan kepimpinan terdahulu berikutan kegagalan mereka memerintah Sarawak hingga menyebabkan rakyat hilang kepercayaan terhadap parti itu.

"Jadi tidak ada apa-apa pun yang ganjil atau luar biasa dalam PRN Sarawak, cuma beberapa orang tokoh-tokoh baru dijelmakan untuk menggantikan pimpinan lama yang mungkin telah gagal menjalankan tugas kerana mereka tidak disambung jawatan itu atau diberi kepercayaan oleh pucuk pimpinan atau mereka dibebankan oleh segala macam masalah peribadi."

Dr Hasan berkata, jika rakyat Sarawak menginginkan perubahan, mereka harus berani memilih parti yang dirasakan mampu membela nasib serta masa depan mereka.

Meskipun UMNO BN yakin akan menang mudah dalam pilihan raya negeri kali ini, hakikatnya Pakatan Rakyat mempunyai peluang yang sama berdasarkan kebanyakan dari mereka kini terdedah kepada maklumat dan sumber yang sahih tentang kepincangan yang berleluasa dinegeri kelahiran mereka.

"Kebangkitan suara-suara tertentu pada hari ini khususnya di kalangan umur pada 21-45 tahun di Sarawak begitu jelas, kita mengatakan persepsi setakat ini kepercayaan politik di Sarawak telah berubah dan berkembang."

Beliau menambah daripada pengamatannya, kepercayaan rakyat Sarawak terhadap dasar yang dibawa Pakatan Rakyat berada dalam lingkungan 40 peratus dan peratusan ini tidak mustahil akan meningkat dalam masa terdekat ini.

Ini berikutan Pakatan Rakyat berjaya membuktikan kemampuan mereka mantadbir 4 buah negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.

Semalam, Barisan Nasional (BN) Sarawak mengemukakan 25 peratus atau 18 orang calon muka baru bagi menggalas cabaran parti itu pada pilihan raya negeri 16 April ini.

Mereka terdiri daripada 10 calon Parti Pesaka Bumiputera Bersatu PBB (PBB), tujuh calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dan satu calon Parti Rakyat Sarawak (PRS).


TVS News

Tiada ulasan: