Ahad, 3 April 2011

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


PRN Sarawak : Kaum Iban Berpaling tadah..

Posted: 03 Apr 2011 07:25 AM PDT


Masyarakat Iban yang sebelum ini dianggap penyokong kuat Barisan Nasional (BN) kini berpaling tadah dan bertekad untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat bagi memberi pengajaran kepada kerajaan negeri sedia ada yang bersekongkol merampas tanah adat mereka.

Kalau benar Alhamdulillah.. cuma diharap tiada pihak akan menghantar berlori-lori arak untuk memabukkan mereka pada malam sebelum haru pengundian bermula..

Tapi apa yang kita boleh harapkan dari sekelompok puak yang amat takut untuk kehilangan kuasa yang bakal membawa mereka kepenjara..


Kelompok mereka yang belajar dari "The International Jews".. bahawa dalam politik itu tiada batasan moral..

Kelompok yang menjadikan APCO milik Yahudi sebagai penasihat, menerima tiada batasan ugama jika mahu mengekalkan kuasa lakukan apa saja sebagai nasihat..


Kaum Iban berpaling tadah, tekad untuk menangkan Pakatan.

SARAWAK: Masyarakat Iban yang sebelum ini dianggap penyokong kuat Barisan Nasional (BN) kini berpaling tadah dan bertekad untuk memberi undi kepada Pakatan Rakyat bagi memberi pengajaran kepada kerajaan negeri sedia ada yang bersekongkol merampas tanah adat mereka.

Ini dapat dilihat menerusi sokongan yang melimpah ruah ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim melakukan kunjungan di sebuah kampung yang menempatkan Rumah Panjang Bama Nanga Risau Awik di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seratok, sedangkan ceramah Pakatan Rakyat sebelum ini langsung tidak mendapat sambutan.

"Kalau dulu, nak dapat 20 orang hadir ke program Keadilan, memang susah. Tapi sekarang, dengan notis singkat pun kita berjaya kumpulkan seluruh penduduk kampung.

"Ini melambangkan harapan rakyat Sarawak untuk berubah," kata Ketua Umum KEADILAN itu pada program ramah mesra bersama mereka yang majoritinya berketurunan Iban.


Anwar berkata, masyarakat Iban harus berhenti memberi sokongan kepada BN yang menindas rakyat dengan merampas tanah adat kaum etnik di negeri itu dan memberi peluang kepada pembentukan kerajaan negeri yang baru.

"Sebab apa kita nak ubah, nak perintah? Kita sendiri tahu masalah tanah adat di Sarawak. Tanah orang Ibanlah yang paling banyak dirampas.

"Sebab itu, kita nak angkat wakil rakyat yang amanah. Yang betul-betul merasai, memahami dan boleh membantu menyelesaikan masalah mereka. Bukannya pemimpin yang hanya tahu berjanji, kemudian ambil balak, ambil tanah orang kampung,' katanya kepada kira-kira 300 hadirin.

Terdahulu, Anwar singgah di Kampung Tuie, Saribas dan turut menerima sambutan memberangsangkan apabila kira-kira 500 penduduk kampung hadir meskipun ceramah diadakan di kawasan tidak berbumbung dalam cuaca terik.

Dalam ceramah, beliau mempersoal gelagat pimpinan Barisan Nasional (BN) Sarawak yang melakukan jenayah dengan merampas hak rakyat tanpa rasa bersalah.

"Kalau orang Kampuiung Tuie curi motor, kena tangkap. Tapi, kenapa bila orang kaya curi balak, tak kena tangkap. Bahkan dinaikkan pangkat. Ini negeri ada undang-undang.

Tak mengapalah kalau Sarawak lambat berbanding Semenanjung, asalkan mereka sanggup berubah," katanya.


Keadilandaily

BN yakin rampas balik Pulau Pinang - Najib

Posted: 02 Apr 2011 10:17 AM PDT

Pengerusi BN itu berkata, beliau yakin dengan kemungkinan itu sebab banyak pihak kecewa dengan kerajaan negeri pimpinan PR sekarang.

Banyak pihak kecewa?? di Pulau ini memang banyak pihak yang kecewa dengan tertubuhnya kerajaan Pakatan Rakyat, mereka kecewa kerana selama ini mereka memperolehi projek tanpa melalui tender..

Hanya perlu ada kabel politik dengan pemimpin UMNO..

Sebaiknya Najib berusaha menyatukan UMNO Permatang Pauh itu dulu yang kini terbelah tiga sebelum bercakap untuk merampas kembali Pulau Pinang..

BN yakin rampas balik Pulau Pinang, kata Najib

GEORGE TOWN, 2 April – Datuk Seri Najib Razak berkata Barisan Nasional (BN) yakin dapat merampas balik Pulau Pinang, yang dikuasai Pakatan Rakyat (PR) tiga tahun lalu, pada pilihan raya umum ke-13 yang disebut-sebut bakal diadakan tahun ini.


Pengerusi BN itu berkata, beliau yakin dengan kemungkinan itu sebab banyak pihak kecewa dengan kerajaan negeri pimpinan PR sekarang.

Katanya, sudah ada sentimen ke arah itu dan mahu sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan kelak.

"Kita mahukan sentimen itu diterjemahkan dalam bentuk sokongan (undi)," kata Perdana Menteri pada sidang media di Kampung Permatang Pasir di sini, hari ini.

Najib mengadakan lawatan sehari ke Pulau Pinang hari ini.

Dipetik Bernama Online, Najib yang juga Presiden Umno berkata ketika beliau turun padang, ada rakyat yang membisik ke telinganya dan mengeluh bahawa golongan peniaga gerai di Pulau Pinang menghadapi tekanan dan sukar mencari rezeki sedangkan perkara seperti itu tidak pernah berlaku ketika negeri di bawah pentadbiran BN.

Kata Najib, angin perubahan juga dapat dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini apabila BN bukan sahaja memenanginya, malah majoritinya melonjak.

Perdana Menteri berkata pemimpin BN tidak harus kecewa dengan beberapa keputusan pilihan raya lepas, malah mereka perlu menganggapnya sebagai asam garam dalam politik.

Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, yang dianggotai PAS-PKR-DAP pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu.


The Malaysian Insider

Tiada ulasan: