Anak Sungai Derhaka |
Video Lucah : 'TULEN' memang ianya mengelirukan.. Posted: 01 Apr 2011 10:28 AM PDT Kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar,Ketua Polis Negara (KPN) mengelirukan rakyat apabila mengeluarkan kenyataan bahawa video seks yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tulen dan tidak diubahsuai. Memang ianya mengelirukan dan dijangka akan mengelirukan Makcik dan Pakcik yang berada di Felda dan juga pendalaman.. tapi bukan saja Makcik dan Pakcik di Felda saja yang keliru malah beberapa orang sahabat aku sendiripun keliru.. Petang tadi aku terima satu call dari seorang sahabat Setiausaha JKKK kampong aku merangkap Ketua Pemuda JDM3, dia Tanya aku " Macam mana ni? KPN kata video tu tulen.." jawab aku.. biaqpi la video tu tulen ka cetak rompak ka.. dah ramai yang kata bukan Anwar nak lorat apa?.. jawab sahabat aku tu.." Betui jugak noo.. Haram jadah sungguh depa ni.. ceritalah bagi habis…" Lepas maghrib tadi juga ada satu call lagi.. yang ni pula dari penyokong tegar PKR juga bertanya soalan yang sama dengan nada sedikit gelabah.. "KPN kata video tu tulen.. apa cerita Anwar ni?".. jawab aku "kalau tulen pun tak payah gelabah.. Anwar dah kata bukan dia dalam video tu.. ramai yang tengok pun kata bukan Anwar juga.." Jawab dia.. "lah macam mana aku boleh tak teringat jawapan Anwar tu.. yang KPN tu pun ceritalah bagi habis, Kita ni mungkin boleh faham (Kita boleh faham… padahal awal-awal lagi dia dah keliru dengan kenyataan KPN tu..) sambungnya lagi.. orang lain yang tak faham mesti kata Anwar dalam video tu.. Pukul 11.00 tadi pula aku dapat satu SMS pula yang datangnya dari orang kuat PAS Baling.. bunyinya "Apa cerita DSAI ni?" pasal aku sedang drive masa tu.. aku call dia, aku Tanya dia pasai apa dengan Anwar? Jawab dia "KPN kata video tu tulen".. pasal video lagi…. Aku tanya dia.. "Kalau tulen apa kena mengena dengan Anwar pulak dah?".. dia jawab "betui jugak noo.. awat aku tak terfikir apa kena mengena dengan Anwar dengan video tu??" Itu adalah tiga dari tujuh panggilan yang aku terima bertanya soalan yang sama.. "KPN kata video tu tulen".. Nampak tak?? Kerana satu ayat iaitu "TULEN".. mereka telah berjaya mengkucar-kacirkan pemikiran penyokong Pakatan Rakyat biarpun ianya adalah penyokong tegar Anwar.. Kerana satu ayat sahaja "TULEN" mereka berjaya mewujudkan satu perspektif yang negative terhadap Anwar, mereka berjaya memanipulasi pemikiran penyokong Pakatan Rakyat sendiri.. Korang rasa Makcik dan Pakcik kat Felda dan jauh dipendalaman tu anggap apa dengan kenyataan KPN tu?? Sudah tentu mereka menganggap bahawa memang Anwar didalam video itu, kerana ayat TULEN itu telah mengelirukan mereka.. Kenyataan KPN tentang video seks mengelirukan rakyat - AMK KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara (KPN) mengelirukan rakyat apabila mengeluarkan kenyataan bahawa video seks yang cuba mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tulen dan tidak diubahsuai. Kenyataan KPN itu amat dikesali kerana ia dilakukan sebagai cubaan memberikan gambaran seolah-olahnya Anwar terlibat dalam video itu sedangkan pada masa yang sama, pihak polis tidak pula menyiasat siapa pelakon dalam video itu. Demikian dinyatakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin. Menurutnya lagi, AMK konsisten dengan pendirian bahawa polis sepatutnya awal-awal lagi menangkap segera trio 'Datuk T' kerana membuat tayangan video porno di khalayak ramai dan bukannya mengkaji kesahihan video itu semata-mata. "Kita konsisten dengan pendirian bahawa tayangan video itu satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan Jenayah," kata Shamsul. Malahan, orang ramai juga sudah tahu bahawa pelakon dalam video itu bukan Anwar kerana beliau sendiri sudah menafikannya. Shamsul berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini bahawa video aksi seks yang ditayangkan trio 'Datuk T' dua minggu lalu itu adalah tulen. Menurut Shamsul, kenyataan terbaru Ketua Polis Negara itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana ia sudah dijangka. Malah, ia mengukuhkan lagi anggapan bahawa siri terbaru fitnah ini merupakan satu rekayasa politik peringkat tertinggi. Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar pada sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis mengeluarkan kenyataan bahawa rakaman video itu adalah tulen tanpa mengulas lanjut siapa pelaku dalam video tersebut. Keadilandaily |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan