| Muktamar Pas Gopeng 2011: Mesyuarat dan pemilihan Posted: 19 Apr 2011 08:52 AM PDT IPOH (19.4.11): Muktamar dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap, Ustaz Yasruddin yang berpengalaman luas mempengerusikan beberapa muktamar yang lalu. Perjalanan muktamar didalam keadaan yang lancar dan teratur.
 Bendahari, Haji Haiyi bersiap sedia dengan memeriksa kertas laporan kewangan  Perwakilan Pas Cawangan Rapat Setia  Muslimat yang duduk didalam AJK Kawasan   Serius nampaknya perbincangan Alhusseyn tu...  Pegawai pemilihan memberikan sedikit taklimat sebelum pemilihan dijalankan   Haji Rahim menyampaikan sijil penghargaan buat Unit Amal Gopeng kepada Ketuanya, Sdr Nazrin  Wakil Sdr Shukor menerima penghargaan sebagai individu terbaik  Menyampaikan sijil ahli baru kepada cawangan-cawangan  Cawangan Rapat Setia Baru  Cawangan Seri Rahmat  Cawangan Maju Rapat  Cawangan Seri Berjaya
 Pengerusi Tetap yang ada kalanya serius dan ada kalanya berjenaka  Baru mula mesyuarat, dah pening?  Wajah yang tenang pasti terpilih lagi, bagi yang sebaliknya...   Hak sebagai ahli, menyuarakan pendapat dan pandangan  Sdr Omar Sharafuddin yang baru saja balik dari Sarawak tetapi masih tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai AJK  Wakil Dewan Pemuda, tegas dan berisi  Ucapan penangguhan daripada wakil perwakilan
  Wakil Dewan Muslimat, Hajah Mazidah Ghazi memberikan ucapan penangguhannya   Kumpulan Unit Amal  Ucapan penangguhan daripada Ketua Pemuda PAS Gopeng  Berjanji menyediakan 100 orang pemuda yang senantiasa sedia berkhidmat bila-bila masa  Ucapan penangguhan daripada pihak Ahli Jawatankuasa  Sdr Radzi Zainon, Timbalan YDP Pas Gopeng  Selesai Muktamar jam 3.05 petang, jamuan nasi disediakan
 Nasi minyak, Ayam Masak Merah dan Jelatah |
| Muktamar Pas Gopeng 2011: Majlis Perasmian Posted: 19 Apr 2011 06:34 AM PDT IPOH (19.4.11): Majlis perasmian dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu rasmi Pas, bacaan ayat-ayat suci al-Quran serta ucapan aluan oleh YDP sebelum Tuan Haji Asmuni Awi memberikan ucapan perasmiannya pagi ini.
Dewan yang penuh sesak dengan para perwakilan namun teratur dan tertib serta menepati masa memudahkan perjalanan majlis berlangsung.  Pimpinan dimeja utama  Sdr Haris yang bertindak selaku pengacara, bijak dalam memastikan program yang telah diatur berjalan dengan sempurna. Gaya pengacaraannya dengan suara seakan pengacara terkenal, Mahadir Lokman disenangi ramai.  YB Chan Ming Kai, Haji Asmuni dan YB Dr Lee Boon Chye   Bacaan doa  Doa diaminkan oleh Timbalan dan YDP Pas Gopeng   Orang-orang kuat Cawangan Pengkalan Pegoh  Menyanyikan lagu rasmi Pas Bersatulah wahai kaum muslimin, Dengan semangat dan roh kebenaran, Berjihadlah wahai kaum muslimin, Walau susah memempuh cabaran  Bersatulah wahai kaum muslimin, Dengan obor sinar kebahagiaan, Berjihadlah wahai kaum muslimin, Biar syahid ataupun kemenangan
 Berjuanglah wahai Ansarollah, Dengan matlamat Daulah Islamiah, Berkorbanlah wahai yang beriman, Dengan harta dan segenap kepunyaan
 Bergeraklah kegerbang jasa, kalah menang bukan alasannya, Sucikanlah niat dihati, Hingga nyata benarnya janji Robbi Selamatlah Parti Islam melangkah, membimbing ummah kemedan siasah, Berpedomankan Al-Quran dan Sunnah, Suburlah hidupnya dan pasti berbuah  Bacaan ayat suci Al-Quran oleh Ustaz Fuad  Ucapan oleh YDP Pas Gopeng  Haji Rahim menyentuh peranan segenap lapisan didalam Pas kawasan  Muslimat yang sentiasa komited   Tempat duduk telahpun penuh, namun ianya bukan halangan untuk turut serta  Ucapan perasmian  Haji Asmuni banyak menyentuh tentang pilihanraya didalam ucapannya  Ada yang mencuit hati YB Dr Lee agaknya  Sebagai pengarah pilihanraya negeri Perak, ucapannya banyak berkisar mengenai pilihanraya terutamanya pengalaman beliau sepanjang pilihanraya negeri Sarawak baru-baru ini  Tekun mendengar ucapan  Kombinasi pemikiran yang merangka strategi Pas Gopeng  Cenderamata untuk cawangan yang paling aktif dan penyumbang terbanyak  Cawangan penyumbang terbanyak menerima sijil dan cenderamata penghargaan daripada Haji Asmuni  Cawangan paling aktif (Pengkalan Pegoh)  Cenderamata buat perasmi majlis  Cenderamata penghargaan juga buat Ustaz Fuad yang mengalunkan ayat suci al-Quran   Komited dan penuh yakin dengan tema kali ini  'Sungai Rapat Milik PAS' dipilihanraya akan datang |
| Muktamar Pas Gopeng 2011: Pendaftaran dan Sarapan Posted: 19 Apr 2011 05:53 AM PDT IPOH (19.04.11): Muktamar Pas Kawasan Gopeng bagi kali yang ke-23 telah dilangsungkan dengan jayanya pagi ini di Markaz Tarbiyyah Pas Kawasan Gopeng, Taman Indah Jaya, Ipoh.
Seawal jam 8.00 pagi lagi kehadiran Ahli Jawatankuasa, Perwakilan dan Pemerhati telah memenuhi khemah pendaftaran yang disediakan. Tidak ketinggalan juga kehadiran daripada Dewan Muslimat dan Dewan Pemuda serta pasukan Unit Amal menjalankan tanggungjawab bagi menjayakan Muktamar ataupun Mesyuarat Agung Tahunan tahun ini.
Pendaftaran yang disediakan sekali dengan sarapan menceriakan suasana pagi perwakilan bertemu dan bermesra sesama sendiri sebelum pemilihan yang akan diputuskan bagi memilih kepimpinan Pas Kawasan Gopeng.
Muktamar tahun ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Asmuni Awi, Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Perak. Majlis perasmian diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Gopeng, YB Dr Lee Boon Chye, Adun Simpang Pulai YB Chan Ming Kai dan Adun Teja YB Chang Lih Kang. Kehadiran tiga orang kuat Gopeng ini amat bersesuaian dengan tema Muktamar tahun ini iaitu 'SUNGAI RAPAT MILIK PAS'.
 AJK Kawasan Gopeng yang memastikan pendaftaran berjalan lancar  Mafla 'Sungai Rapat Milik PAS' dijual kepada perwakilan  Unit Amal turut membantu meja pendaftaran  Sarapan pagi sebelum memulakan Muktamar  Menikmati sarapan sambil berbincang dan bertukar-tukar pandangan mengenai cawangan masing-masing  Muslimat juga merupakan tulang belakang kepada Pas Kawasan  YDP Pas Batu Gajah, Haji Ismail bersarapan dengan dirai oleh YDP Pas Gopeng, Haji Abd Rahim  Ketibaan YB Chan Ming Kai disambut mesra  YB Chan daripada PKR sedang berbincang dengan Haji Rahim
 YB Dr Lee Boon Chye bersalaman dengan perwakilan  YB Dr Lee dijemput bersarapan bersama oleh Haji Rahim  YB Chang Lih Kang yang baru tiba  Senyuman mesra Haji Omar menyambut ketibaan YB Chang
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan