AdukaTaruna |
| Agak2 gua ubah arah tu, sah la gua kena bayar. Posted: 30 Apr 2011 04:05 AM PDT Oleh : AdukaTaruna Seingat gua, tak pernah berlindung menjadi baik. Menggunakan perkataan ala2 ulama dalam penulisan gua misalnya. Meletakkan gambar gua yang berjubah misalnya. Bukan gua kata orang yang berbuat demikian adalah tidak baik. Tapi gua sedar diri gua. Gua tidak mahu hipokrit sedaya gua. Nickname gua diban di TKO beberapa kali. Setiap kali register, gua tetap guna nick AdukaTaruna, sampai AdukaTaruna5 kalau tak silap gua. Gua tidak akan bersikap seperti ulama dan ustaz2 di dalam TKO. Yang mempunyai lebih dari 1 nick. 1 untuk imej ustaz yang baik tutur katanya, 1 untuk maki-hamun. Gua bekas mod. Gua tahu keadaan itu. Tai gua? Gua maki ke, gua tiba2 taip sambil pegang tasbih ke, tu lah gua seadanya. Sokonglah gua ikut tajuk. Gua tahu kelemahan gua. Tapi alhamdulillah gua sedar diri punya. Tak macam itu Hadi ma.. lemah yang tak sedar diri. Gua gunakan kelemahan gua yang gua sedar itu untuk menampung kelemahan lain. Contohnya : Dalam perjalanan balik dari perjumpaan blogger dengan kerajaan kelantan, gua pernah jumpa dompet Cina. Ceritanya di sini. Gua tahu gua lemah dengan wang sebab hidup gua susah. Dan gua juga tahu gua lemah untuk jadi jahat apabila berada dalam pemerhatian orang. So, sebelum syaitan berjaya menghasut gua merembat duit Cina tu, gua cepat2 maklumkan kepada Jeming Hase dan Topeng Perak yang gua jumpa dompet. Sekaligus tekanan buat gua untuk tidak jahat. Gua adalah jenis menentang mana yang salah pada pertimbangan gua. Tak semestinya pertimbangan gua itu gua rasakan betul setiap masa. Mungkin di masa hadapan gua dapati gua salah. Ini telah dibuktikan dalam beberapa fikrah gua yang lampau. Mujur gua mempunyai rakan2 yang tidak ada doktrin wala'. Gua tegak dan still di sini akibat dari rakan2 yang bersikap tepat pada gua. Thank a lot my friends. Begitu juga dengan sikap terbaru gua dengan Anwar Ibrahim. Gua tidak menentang dia pasal manifesto dia kepada gua dan rakyat. Malah jasa dia kepada pembaharuan politik negara besar. Lebih besar dari Hadi Awang yang hanya boneka cuci kaki kepada urusan kemenangan Fadhil Nor dan Anwar Ibrahim. Gua menentang Anwar Ibrahim pada tajuk yang kecil, tetapi pada gua sangat besar impaknya untuk tajuk pengurusan persepsi pengundi. Kita masuk tajuk lain jap. Tadi, gua ke Balai Islam Lundang. Anwar Ibrahim di sana. Gua dapat maklumat malam tadi. Mana sempat gua nak cari orang tukang pegang handycam. Rakan2 sedia gua di Kelantan kebanyakannya terikat kepada tatacara Parti Islam SeMalaysia. Mustahil gua akan mengaitkan mereka dengan gerakan gua. Rekod menunjukkan Anwar adalah fighter yang tidak akan lari dari wartawan. Tidak seperti Hadi Awang. Muka jer gedebe, tapi penakut. Gua tak fitnah. Saksi pihak gua ada. Tanya C++. Saksi pihak Rusila lebih ramai. Cuma tidak tahulah mereka mengaku atau tidak. Gua memang bersedia kalau Anwar tepis soalan gua. Sama2la kita tengok nanti. Wallahualam Tetapi, alhamdulillah, gua mendapat layanan professional dari rakan2 PAS Kelantan, walau diorang tahu niat gua yang nak bertanya soalan kepada Anwar. Nampaknya mereka faham hak demokrasi gua. Ini sudah cantet. Gua boleh masuk dalam. Gua disyorkan duduk berdekatan dengan mic. Wah... ada sesi dialog rupanya. Cantet. TGNA n Anwar masuk dan naik ke pentas. Gua perati muka dgn video kabur 95% sama. Kalau video warna HD maybe 5% sahaja sama, maybe meningkat kepada 99% sama. Kegemukan badan dan muka memang tak sama. Kurus cengkung melengkung. Diet ke apa Anwar nih? TGNA berucap merasmikan seminar Maqasyid Syar'iyyah. Suara macam biasa. Perlahan. Cool. Tenang dan jernih. Sejuk jer hati dengar. Sesuaila duduk penjaga dasar. Kalau duduk sebagai Presiden macam ni punya sopan, memang gua terajang. Nak pandu lorong laju, nak duduk seat Recaro, nak pakai racing suit, kereta hebat, racing type, tapi nak masuk gear 4 kena tanya Abu Bakar Chik. Tekan clutch kena tanya menantu. Argh.. bila kalah, cakap rela kalah asal memandu diredhai Allah. Nak cakap bull shit kang masuk neraka plak. TGNA ucap tak lama beb. Lepas ucap, duduk pun tidak. Bercakap sesuatu kepada Anwar. Anwar kelihatan blurr. Anwar hulur tongkat, TGNA pun blah. Berlari beberapa lelaki mendapatkan TGNA sebab dikhuatiri TGNA ikut tangga depan pentas yang agak curam. Tapi TGNA faham la keadaan dia, jenis sedar diri punya ma. TGNA ikut tangga tepi pentas. Mungkin TGNA ada program lain atau agak keletihan. Pendek cerita, penyudahnya, sesi dialog takda. La... ni mic ni? Sidang media pun takda. Dah tu kena langgar gak ke ni? Siapa nak pegang kamera? Takan gua tanya buta macam tu, dan report jawapan Anwar dalam bentuk tulisan. Mampos lu orang tak percaya. Nak langgar ke tak nak langgar? Gua bab2 Anwar ni, takda keghairahan sangat la (sembang lebat la lu aduka). Tepon bunyi.. "Weih... mari lepak dengan gua." "Lu kat mana?" "Sebelah bilik makan VIP. Ada orang nak kenal lu." Gua pun ke sebelah bilik makan VIP. "Ni gua perkenalkan lu dengan anak kepada... (gua bagitau dalam fesbuk gua kat ruangan komen. Pepandai la lu cari. Haha) Sambung balik N3 nih. Bila gua balik, tgk tenet, gua dapati ada banyak pulak sahabat dari UMNO. Bila gua check email, ada pulak yang ajak gua join Gerakan Anti Anwar. Kalau betul UMNO yang offer, jangan memalu la bagitau lu sapa.. setakat email camtu, gua nak print screen pun segan. So... atas kesedaran kelemahan diri gua, gua terus publickan, bahawa, seandainya tiba2 gua masuk UMNO tu, dalam keadaan UMNO masih rosak ni (melainkan sehingga UMNO pulih setahap TGNA membubarkan PAS), maka, tepek artikel ini ke dahi gua. Sah.. gua dah kena beli la tuh. Maka lawanlah gua sedaya upaya lu orang semua. Wallahualam. p/s : Argh.. isu seks lagi. lepas ni try citer bab lain plak. |
| Anwar di KB 2 petang ni. Siapa mahu gua langgar Anwar? Posted: 29 Apr 2011 06:17 PM PDT Oleh : AdukaTaruna Anwar akan berada di KB 2 petang ini. Program bersama dengan TGNA. Siapa yang mahu gua tanya sebab utama Anwar tidak mahu bersumpah angkat tangan. Hari yang sama juga gua ada halangan tertentu. Tengoklah.. kalau gua berjaya selesaikan / atasi halangan gua, insyaallah gua tanyakan. Harap2... ni N3 last gua cakap pasal benda bangsat yang meminggirkan isu rakyat. Gua mahu lu jawab dengan hati yang tulus dan ikhlas. 1. Siapakah yang membawa masuk Saiful Jambu ke dalam PKR dan memberinya jawatan kopi boy? a. Anwar Ibrahim b. Ibrahim Ali 2. Siapakah yang membawa masuk Rahimi Jambu, yang berkenalan dengan Anwar dalam penjara ke dalam PKR dan memberinya jawatan istimewa khas special? a. Anwar Ibrahim b. Ibrahim Ali 3. Siapakah yang melantik sampah2 PKR sehingga menjadi MP / ADUN dan kini berpaling tadah? a. Anwar Ibrahim b. Ibrahim Ali 4. Siapakah rakan kamcing kepada Nalla, tokey judi? a. Anwar Ibrahim b. Ibrahim Ali 5. Siapakah rakan karip Eskay terutama sekali untuk ke Thailand? a. Anwar Ibrahim b. Ibrahim Ali 6. Siapakah yang membunuh demokrasi telus dalam pemilihan PKR. Campur tangan, membuat panggilan, etc? a. Anwar Ibrahim b. Ibrahim Ali |
| You are subscribed to email updates from AdukaTaruna To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan