Jumaat, 8 April 2011

AdukaTaruna

AdukaTaruna


Perbincangan Tukar Presiden PAS.

Posted: 08 Apr 2011 12:29 AM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Gua tertarik dengan pendapat Ostad Wan Xi.

Tetapi mengenangkan maklumat dari hasil kajian Dr Abu Hasan yang memaklumkan bahawa PAS kemungkinan akan kalah teruk dalam PRU bakal berlaku ini, menyebabkan aku terpaksa menyokong Dato Seri Abdul Hadi untuk Presiden parti.

Ini kerana, dengan kekalahan teruk dalam PRU akan datang, memungkinkan berlaku sejarah pertukaran kepimpinan parti dalam muktamar selanjutnya. Keadaan ini pernah berlaku; iaitu dalam sejarah kejatuhan Dato Asri dahulu; kejatuhan beliau dari jawatan Yang DiPertua PAS [kini Presiden PAS].
 Terus gua teringatkan rakan gua dari PAS Johor. Dia ada memberikan pendapat yang sama seperti pendapat di atas. Member gua mencadangkan gua menangguhkan Projek Langgar Hadi kerana hujah inilah.

Cuma, gua bertembung antara taktikal dengan falsafah. Taktikalnya, ya. Seperti hujah Wan Xi. Tapi falsafahnya tidak. Gua Langgar Hadi kerana ingin memberitahu alam ini, keyakinan dan kefahaman gua terhadap Allah dalam isu Hadi. Motivasi terhadap usaha2 itu pula ialah maruah intelek gua.

Setakat ini, gua hanya kembalikan semula kepada Allah. Jika Allah mengkehendaki gua teruskan projek, pasti Allah akan gerakkan, dan mudahkan dan takdirkan perkara itu berlaku. Jika Allah tidak mengkehendaki projek itu sementara ini; pasti Allah sibukkan gua, halang gua dengan pelbagai asbab dan pembolehubah.

Walaupun tidak konsisten dan sempurna, tetapi : Innasolati, wanusuki, wamayahya, wamamati, lillahi robbil alamin. Sesungguhnya, solat gua, ibadah gua, hidup gua, mati gua, kerana Lu, Ya Allah, Tuhan sekalian alam.

Wallahualam.

Langgar kawasan TGNA : Projek terbaru gua..

Posted: 07 Apr 2011 11:56 PM PDT

Oleh : AdukaTaruna

Salam 1 Malaysia.. perrghh.. geli2man la plak gua bagi salam stail nih.

Cam bese la.. gua nak promosi projek kecik2 gua sket. Kot2 lu orang tersesat masuk blog gua, bleh gak tinjau2 gerai gua. Nak guna istilah gerai pun sebenarnya tak layk nih. Hahaha.

Pagi tadi, dalam 8.30 pagi, cam, bese. Sebagai manusia yang 70% berdarah dan bersifat penjajah yang ganas lagi kejam, gua langgar kawasan kuliah TGNA. Niaga T Shirt. Ngeee...

Parking kete, bawak2 barang2 terbuang yang dimody, ucap salam sama akak sebelah, dan tanya :

"Semekom kak... sebelah ada orang tak? Nak niaga kat sini kena bagitau sapa?"

"Ntah la dik.. akak pun baru pertama kali nih (ayat setelah ditranselet dari kecek Klate)." Niamakahai punya akak. Rupa2nya darah dia lagi full dengan sifat2 penakluk. Aku datang, aku lihat, aku tawan.

Gua pun apa lagi, bentang tikar, pacak benda-alah yang macam dalam gambar tu, berkakikan tin milo yang penuh dengan simen. Jual T Shirt BERSIH. Hehe...

"Be.. Baju BERSIH be. 25 ya so. Kain jersi nih." Gua memekak kat situ.

"Mu kecek luar sudoh la. Benci aku dengar." Member gua sound.

"Ah.. suka hati gua la."

"Be.. baju hok design lain takdo ko be?"

"Dik.. yang lengan panjang?"

"Dik.. baju BERSIH ni baju gapo?"

"Be... 15 ya sudoh la.."

"Bilo belaghok ni be? Takda arahan pun."

"Be... yang ni.."

"Be... yang tu.."

Ak alaaaa.... pelan2 kayuh la.. minggu depan, gua nak minta balik baju gua yang Pok Nik Gua Musang beli dan simpan sebagai koleksi setiap kali design gua keluar, dan jual.

Insyaallah... Minggu depan dan depan, kalau tak kena halau kat MPKB atau penampar curi dek bodigat TGNA, gua jual baju2 politik dan souvenir (camni kot ejanya) politik. Yeaa yearghh...

Tiada ulasan: