Khamis, 28 April 2011

Addin

Addin


Terbukti Eskay Fasiq!!

Posted: 28 Apr 2011 05:00 PM PDT

VIDEO SEKS - KANTOI LAGI, KEJAP KATA TERJUMPA KAMERA, KINI MENGAKU ADA BERSAMA DALAM BILIK, MANA SATU ESKAY?

BULETIN TV3 sebentar tadi, terang-terang Datuk Eskay bagitahu dia berani buat sumpah laknat esok kerana dia sendiri berada di dalam bilik sewaktu aksi seks DS Anwar berlaku. Bertambah pening orang yang sedia bodoh dengan pengakuan Eskay ini. Mengapa saya berkata demikian?


Bukankah Eskay awal dulu mendakwa bahawa dia terjumpa kamera tersembunyi tersebut di dalam bilik hotel sewaktu Anwar menyuruhnya mengambil jam yang tertinggal? Kununnya untuk memastikan bahawa itu adalah Anwar, beliau mengajak beberapa orang termasuk Rahim, Shuib juga YB Johari Abdul termasuk Chegu Bard menontonnya.

Sekejap beliau kata terjumpa kamera tersebut, sekarang ini mengaku beliau ada di dalam bilik berkenaan. Adakah kerana video itu sudah terkantoi kerana kelihatan kelibat lelaki lain selain lelaki yang kununnya Anwar di dalam video tersebut, maka dia terpaksa mengubah cerita?

Jika beliau memang benar berada di situ, apakah tujuannya? Jika untuk memerangkap Anwar, tidakkah lebih baik dan berkesan dengan menghubungi pihak berkuasa Agama untuk menangkapnya? Tentu lebih berkesan dan Anwar tidak boleh mendakwa itu satu konspirasi lagi.

Lojikkah Anwar mahu buat projek dengan Eskay berada di dalam bilik? Eskay kununnya memanggil beberapa orang untuk mengesahkan itu adalah Anwar. Mahu sahkan apa lagi jika beliau sendiri kata beliau berada di dalam bilik bersama Anwar? Jika beliau berkata beliau ada bersama Anwar, mengapa beliau sebelum ini memberitahu kejadian berlaku di sebuah hotel tetapi Polis menyebut di sebuah apartment? Siapa yang berbohong?/wfauzdin.blogspot.com

Video Seks Di Media - PIBG Seluruh Negara Harus Bantah

Posted: 28 Apr 2011 07:00 AM PDT

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Pusat menyeru Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) seluruh negara, Persatuan Guru-guru, pertubuhan pendidikan NGO Islam dan pelbagai pertubuhan lain membantah pendedahan isu seks secara berleluasa di media. Ketua Penerangannya, Suhaizan Kayat, berkata, ia berikutan pendedahan seperti isu liwat, video lucah, berita bersekedudukan, rumah urut, 'ubat kuat' dan sebagainya melalui media yang dilihat semakin tidak terkawal.

Ia katanya, memberi kesan negatif kepada remaja khususnya pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. "Media arus perdana dilihat sangat gemar menayangkan sedutan VCD seks, gambar hubungan seks dan menceritakan isu-isu hubungan seks yang sangat memalukan," ujar beliau.

Katanya, terbaru, sedutan rakaman video seks fitnah yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Semalam, episod pendedahan yang memualkan diteruskan melalui siri video seks kedua. Keadaan ini umpama mendapat lesen dan lampu hijau dari pihak berkuasa, tidak ada sebarang amaran atau larangan yang ditegaskan berhubung penyebaran video ini.

"Lebih serius lagi video tersebut mendedahkan bahagian-bahagian badan pelakon yang sulit. Tambah beliau, tidak mustahil babak yang lebih memualkan akan didedah dan disebarkan, sekiranya kerajaan tidak melakukan tindakan dan segera menyiasat serta menghukum penyebar video berkenaan.

"Sekiranya isu yang meloyakan ini, dibiarkan dan dianggap remeh, Dewan Pemuda PAS Pusat percaya ini akan menjadi satu lagi episod buruk kepada masalah moral dalam masyarakat kita yang sememangnya sedang kritikal pada masa ini. "Lebih menakutkan ia mungkin akan menjadi suatu kebiasaan dan budaya di dalam negara kita.

"Anak-anak kita yang sekarang ini telah terdedah dengan dunia IT tanpa sempadan tidak mustahil akan terjebak dan melayari gambar-gambar dan video-video lucah selain fitnah-fitnah yang telah di sebarkan di dalam internet. Semua ini bertentangan dengan agama Islam dan budaya masyarakat timur," tegas beliau.


Bekas Imam - Dato' T Tak Perlu Sumpah, Bawak 4 Orang Saksi

Posted: 28 Apr 2011 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR - Bekas Imam Masjid Saidina Omar Al Khattab, Bukit Damansara, Ustaz Shamsul Firdaus Alhafiz berkata, sumpah laknat yang dilakukan Trio Datuk T, tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar. Beliau merujuk tindakan salah seorang individu terbabit, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang dikatakan mahu mengangkat sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Sentul selepas solat Jumaat esok.


"Sumpah untuk nak buktikan tuduhan zina cuma boleh dilakukan terhadap isteri sahaja. Itu dipanggil sebagai sumpah Li'an. Itu dinyatakan dalam Al Quran Surah An Nur ayat ke 6 hingga ke 10, " ujarnya kepada Keadilandaily. "Sumpah li'an ini pula adalah sumpah saling rela dilaknat, ia tak 'laku' kalau hanya sebelah pihak sahaja. Kedua, ia tidak 'laku' kalau tidak membabitkan suami dan isteri, "Sumpah yang dilakukan Datuk T ini tidak terpakai dan tak boleh pakai," tegas beliau.

Katanya, sumpah mubahalah seperti yang diperkatakan ramai orang pula, hanya melibatkan persoalan akidah dan tidak ada kaitan dengan hukum syarak. "Sumpah Mubahalah cuma nak menyatakan dalam soal perdebatan akidah dan ia tidak menyangkut paut dengan hukum syarak. Ia berkenaan akidah sahaja. Misalnya perdebatan antara ahli kitab dan orang Islam, dalam tuduhan seks tidak ada sumpah muhabalah.

Justeru, katanya, tindakan Datuk T yang terdiri daripada Shazryl Eskay, Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, dan bendahari Perkasa, Datuk Shuib Lazim itu tidak diterima dalam kaedah perundangan Islam. Dalam kes fitnah membabitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu, Shamsul berkata, di dalam Islam, ia perlu mengikut saluran yang ditetapkan hukum syarak.

"Dia (Datuk T) kena ikut proses, sebab itu perlu membawa empat saksi. Kriteria saksi ini mesti lah memenuhi syarat seperti adil, tidak fasik dan tidak buat dosa-dosa besar," jelas beliau. Ketika ditanya mengenai hukum daripada tindakan individu berkenaan, Shamsul berkata sumpah yang dilakukan itu tidak memberi sebarang kesan kepada yang dituduh mahupun yang menuduh.

"Ia tidak boleh dijadikan asas sebagai penerimaan bukti samada betul atau tidak," tambahnya. Sementara itu, bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Ustaz Dr Badrul Amin Bahron pula mengingatkan umat Islam supaya jangan sewenangnya mempermainkan agama dengan merujuk tindakan individu berkenaan.

"Jangan sampai kita semua dilaknat Allah! Siapa ajar sumpah-sumpah ini? Agama apa? Kenapa di masjid? Sumpah bukan ajaran Islam, ikut Islam sebat je mereka ini," katanya sambil menyeru umat Islam merujuk surah An-Nur ayat 4.


UMNO Derhaka Lagi!!

Posted: 28 Apr 2011 03:46 AM PDT

SEREMBAN - Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin menggesa Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, mengambil tindakan tegas ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Lui, Datuk Zainal Abidin Ahmad di atas tindakan beliau yang menghina Dewan Undangan Negeri (Dun) ketika membahaskan titah DiRaja. Badrul Hisham mengulas demikian merujuk tindakan Zainal Abidin dari Barisan Nasional (BN) yang melaungkan perkataan lucah kepada Adun Bahau, Teo Kok Seong (DAP) pada persidangan Pertama Penggal Keempat Dun yang ke-12 kelmarin.

"Ini bukan kali pertama Zainal Abidin menimbulkan kekecohan di dalam Dun tersebut tetapi beliau juga pernah mencarut perkataan yang sama terhadap Adun Port Dickson, M. Ravi ketika persidangan Dun pada 24 November lalu.

"Tindakan ini dilihat disengajakan untuk menghina orang India dan kaum wanita, tidak mungkin beliau tidak sengaja 'termencarut' kerana beliau menggunakan perkataan Tamil untuk mencarut yang bukan bahasa Ibunda beliau.

"Insiden itu jelas membuktikan bahawa Adun BN gagal berhujah dengan baik sebaliknya membazirkan wang rakyat melalui persidangan Dun dengan mencarut dan tidak serius.

Malah Speaker Dun juga tidak mampu mengendalikan persidangan Dun dengan berkesan", kata Badrul Hisham yang lebih di kenali sebagai Chegu Bard.

Adun BN derhaka kepada YDB

Chegu Bard juga berkata bahawa perangai Adun BN tersebut sudah melampau dan mempermainkan rakyat.

"Ini membuktikan juga sikap munafik Umno, media dan organisasi lain yang kononnya merupakan pembela Raja dan Melayu.

"Jika kejadian seperti ini berlaku di negeri bukan diterajui BN atau dilakukan oleh Adun Pakatan Rakyat (PR) misalannya sudah tentu isu ini akan heboh dan kecoh.

"Tetapi oleh kerana ia negeri dibawah cengkaman BN dan membabitkan Adun BN maka ia ditutup begitu sahaja. Makin jelas sebenarnya mereka hanya bertegas berdasarkan kepentingan politik semata-mata", ulas Chegu Bard lagi.

Kekecohan yang berlaku pada persidangan Dun kelmarin bermula apabila Kok Seong dalam perbahasan beliau menafikan kenyataan sesetengah "pihak" bahawa mengundi untuk pembangkang boleh menggugat perpaduan kaum.

Maka Kok Seong menjelaskan dakwaan itu tidak benar kerana rakyat di negeri pemerintahan PR seperti Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan hidup dengan aman makmur.

Kok Seong juga turut menamakan Perak dalam senarai tersebut tetapi beliau berkata Perak kemudian dirampas oleh lanun maka Zainal Abidin bingkas bangun dan menjerit perkataan lucah.

Adun Klawang Yunus Rahmat menyalahkan Kok Seong kerana gunakan perkataan lanun. Bagaimanapun Kok Seong menjelaskan di dalam Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka bahawa perkataan lanun membawa maksud merampas./FMT

Blogger Sial Papagomo Direstui Polis..

Posted: 28 Apr 2011 12:00 AM PDT

KUALA LUMPUR - KEADILAN mendesak pihak polis menahan dan menyoal siasat pemilik laman web dan penulis blog yang menyebarkan sedutan rakaman video fitnah yang mengaitkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pengarah Strategi dan Politik, Rafizi Ramli berkata, polis dan pimpinan Umno-Barisan Nasional merestui perbuatan individu tersebut, sebagai sebahagian perancangan jahat untuk menjatuhkan Anwar dan Pakatan Rakyat.

"Mengapa sehingga kini polis tidak memanggil blogger Papagomo tersebut dan lain-lain yang menyebarkannya?," "Sedangkan ketiga-tiga saksi (Datuk T) mengakui, selain dari pihak polis, hanya mereka yang mempunyai salinan video. Soalnya, bagaimana maklumat tersebut bocor kepada blogger dan disiarkan di dalam internet?," katanya kepada Keadilandaily.com

Rafizi mendakwa seolah-olah wujud 'kerjasama' di antara pihak berkuasa dengan rangkaian blogger yang membocorkan video fitnah itu yang kini masih dalam siasatan pihak polis.

"Bahkan kita lihat, kenyataan polis turut berbaur politik. Tidak lain tindakan ini merupakan sebahagian dari konspirasi politik bertujuan untuk mencalar kredibliti Ketua Umum KEADILAN," ujarnya.

Sementara itu, Naib Presiden KEADILAN, N Surendran dalam reaksinya berkata, tindakan blogger tersebut melampau, keterlaluan dan memalukan apabila berniat jahat dengan meletakkan tajuk video yang mengaitkan nama keluarga Anwar Ibrahim.

"Apakah Umno dan Barisan Nasional begitu terdesak dan tiada hujah untuk menghadapi pilhan raya umum akan datang, sehingga membawa fitnah dan mengaitkan nama keluarganya?

"Saya sangat bimbang masa depan negara semakin gelap berikutan isu yang dibawa media bukan lagi berkenaan permasalahan rakyat, tetapi penyebaran fitnah politik yang dibawa secara lucah untuk menundukkan saingan.

"Kerajaan hari ini seolah-olah mahu mendidik rakyat dengan mencipta persepsi politik melalui cara yang jijik, apabila secara fitnah ia disebar secara terang-terangan," kata Surendran./KD

Pegawai JAKIM Terus Kritik Imam Mekah

Posted: 27 Apr 2011 11:00 PM PDT

Zamihan Mat Zain (gambar) meneruskan kritikan keras terhadap Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais  hari ini dengan mendakwa tokoh agama itu bersifat "maksum" sehingga seolah-olah tidak boleh dikritik oleh sesiapa. Dalam tulisan terbaru pada laman Facebooknya, Zamihan,pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempertahankan pendiriannya mengkritik Sheikh Abdul Rahman dan mempersoalkan tindakan pihak yang menghalang beliau berbuat demikian.

"Sesiapa sahaja boleh mengkritik dan dikritik kecuali Nabi dan Rasul yang diberikan sifat maksum oleh Allah, kritikan beradab adalah amalan sihat dan digalakkan dalam Islam kerana ia boleh menjadikan ia sebagai mekanisme penentu baik atau buruk sesuatu perkara selain digunakan sebagai instrumen penambahbaikan bagi seseorang.

"Justeru kita melihat sesiapa yang berharta, berkuasa atau bertakhta tidak sunyi daripada kritikan, termasuk kritikan saya terhadap Sheikh Abdul Rahman yang memegang jawatan Imam Besar Masjidil Haram.

"Beliau adalah seorang tokoh yang sering mengkritik ulama sunni, kerajaan Arab Saudi dan umat Islam… jadi sudah tentu beliau tidak terlepas dari kritikan," katanya.

Semalam, Zamihan yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia dalam kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, beliau mengesyaki Sheikh Abdul Rahman cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan.

Justeru, Zamihan meminta pihak berkuasa berhati-hati dan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengelakkan penyebaran amalan Wahabi di negara ini.

Kata Zamihan semalam, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar anjuran kerajaan negeri Perlis itu.

JAKIM sudah panggil Zamihan

JAKIM telah memanggil pegawainya Zamihan dan pengesahan itu dibuat Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha ketika sidang media di sini.

"Padangan beliau (Zamihan) itu salah, kita memang menjemput Imam Besar Masjidil Haram ini dan menerima kunjungannya untuk menjalin hubungan lebih erat antara dua negara termasuk tentang Islam.

"Jadi tidak ada seperti yang didakwa kononnya Imam Besar Masjidil Haram ini cuba menyuntik fahaman Wahabi dan sebagainya, saya telah panggil pegawai ini pagi tadi serta memberi penjelasan kepada dia tentang kehadiran Imam Besar Masjidil Haram ini ke Malaysia," katanya.

Ditanya sama ada Jakim akan mengambil tindakan terhadap Zamihan, Othman bagaimanapun berkata pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu perkara itu.

"Kita akan siasat dulu perkara ini dan dalam pertemuan dengan pegawai ini pagi tadi saya dah jelaskan, nampaknya dia akur dengan apa yang saya katakan.

"Apa-apa pun kita akan siasat dulu, kita ikut prosedur… tindakan itu akan dibuat kemudian," katanya.

Sementara itu juga, satu laman Page di Facebook yang dinamakan "Kami Mahu Zamihan Diambil Tindakan Kerana Menghina Sheikh Sudais" diwujudkan semalam mengecam tindakan pegawai Jakim itu menghina Sheikh Abdul Rahman dan menuntut agar tindakan keras diambil terhadap Zamihan.

Laman Facebook itu setakat petang ini telah menarik 1,155 peminat yang tidak bersetuju dengan tindakan dan kenyataan Zamihan terhadap Sheikh Abdul Rahman./KLT

Akhirnya.. Pendedahan PAS Benar

Posted: 27 Apr 2011 07:00 PM PDT

KUALA LUMPUR - Tuntutan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji guru tahun ini, ekoran bebanan hidup akibat kenaikan harga barangan, membuktikan segala pendedahan yang dibuat oleh PAS berhubung perkara itu selama ini adalah benar.

Walaupun kerajaan BN menafikan pendedahan PAS bahawa kenaikan harga petrol, diesel, gas dan barangan utama lain membebankan orang ramai termasuk penjawat awam, tuntutan Cuepacs yang mewakili sektor awam ternyata dengan sendirinya telah mengakui apa yang dikatakan oleh PAS selama ini.

Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli menegaskan, setiap pihak termasuk kerajaan BN tidak boleh menafikan kenaikan harga barangan sememangnya membabankan hidup rakyat, malahan menyebabkan rakyat mengalami himpitan hidup yang amat teruk, sehingga Cuepacs sendiri terpaksa memohon kerajaan melakukan penyelarasan gaji guru tahun ini.

Menurut beliau, PAS amat bersimpati dengan bebanan hidup yang dihadapi oleh orang ramai termasuk para penjawat awam ekoran kenaikan harga barangan di negara ini dan ia perlu diberikan tindakan yang sewajarnya oleh kerajaan BN.

Katanya, disebabkan realiti itulah, PAS dan Pakatan Rakyat telah pun menyusun perkara itu dengan kemas dengan menjanjikan pemberian elaun khas sebanyak RM500 sebulan kepada guru-guru jika diberikan amanah oleh orang ramai memerintah negara ini dalam PRU Ke-13 ini, seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

"Itu dah ditegaskan oleh PAS dan Pakatan Rakyat dalam Janji 100 Hari Pertama Pakatan Rakyat, namun ia ditertawakan oleh kerajaan BN dengan mengatakan kerajaan akan bankrap jika dilaksanakan perkara itu.

"Pada hal hujah kerajaan BN itu ternyata meleset kerana janji itu sendiri dibuat oleh Pakatan Rakyat setelah mengambil kira segala aspek termasuk kemampuan kerajaan dari segi kewangan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Bernama hari ini melaporkan, Cuepacs memohon kerajaan melakukan pelarasan gaji tahun ini, berikutan kenaikan harga barangan yang semakin membebankan penjawat awam.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenaikan harga barang itu menyebabkan perbelanjaan penjawat awam bertambah lebih RM500 setiap bulan sedangkan pendapatan bulanan tidak berubah.

Katanya, penyelarasan yang boleh dibuat dengan mengambil kira purata perbelanjaan tambahan penjawat awam itu sekurang-kurangnya boleh meringankan beban mereka.

Selain itu, beliau berkata, Cuepacs turut mencadangkan agar bantuan sara hidup (COLA) semua penjawat awam diselaraskan kepada RM300 sebulan.

"Ini kerana kos sara hidup di luar bandar juga semakin meningkat seperti di bandar," katanya ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung Kesatuan Pembantu Tadbir Pelajaran (Keptan) Perlis di Kangar.

Cuepacs juga, katanya, mencadangkan elaun tetap perumahan untuk penjawat awam yang bergred 40 dan ke bawah dinaikkan kepada RM350 sebulan berbanding RM180 sekarang.

"Mana ada rumah yang boleh disewa RM180 sebulan di kawasan bandar malah di luar bandar juga sewa rumah telah meningkat," katanya.

Mengulas perkara itu dengan lebih lanjut, Mohd Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai berkata, PAS memang bersetuju dengan tuntutan itu, malah ia bukan sahaja perlu mengambil kira penyelarasan gaji guru, tetapi juga penjawat-penjawat awam lain.

"Malah dalam hal ini, PAS dan Pakatan Rakyat sendiri berharap agar sektor awam sendiri turut menyokong segala perkara yang dijanjikan seperti yang digariskan dalam Buku Jingga kerana itu semua telah mengambil kira segala keperitan hidup rakyat di semua peringkat," katanya.

Selain itu, katanya, sektor awam dan orang ramai di semua peringkat juga perlu menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana turut berhasrat untuk melakukan pelbagai kebaikan lain lagi jika diberikan mandat memerintah negara, termasuk untuk menangani masalah tol seperti yang terdapat dalam Buku Jingga.

"Kenaikan tol juga telah kita kenalpasti sebagai punca bebanan hidup rakyat. Jadi jika masalah tol dapat ditangani dengan baik, ia pasti akan turut mengurangkan bebanan hidup kakitangan awam dan semua pihak," tegas beliau./Hrkh

Tiada ulasan: