Addin |
- Biar Betul.. Wanita Dan Puteri UMNO Halalkan Babi?
- JAKIM Tuduh Imam Mekah Wahabi
- UMNO Makin Sasau.. Ajak DAP Masuk BN Pulak..
- Pendakwa, Peguam Negara Diperhambakan Oleh UMNO
- Utusan 'Haram'.. Sebar Fitnah, Aibkan Orang..
- Peringatan Buat Dato' Mustafa Ali
- Terbukti UMNO Samseng.. PASTI Bukit Katil Akan Di Robohkan
- Ujian DNA 'Lelaki Y' Cukup Meragukan, Anwar Pasti Di Penjarakan
- Jom!! Kita Pakat-Pakat Bungkus Nasi Lemak Dengan Utusan Meloya..
Biar Betul.. Wanita Dan Puteri UMNO Halalkan Babi? Posted: 26 Apr 2011 05:00 PM PDT Umat Islam di Sabah kesal dengan sikap Pergerakan Wanita UMNO dan Puteri UMNO di Sabah yang membiarkan wanita Islam, terutama di bawah umur bekerja di Restoran Cina dipaksa majikan memegang, memasak dan diberi makan makanan yang tidak halal. Naib Ketua Cabang merangkap Setiausaha Cabang PKR Batu Sapi, Zainuddin Hassan mendedahkan demikian setelah bosan dengan sikap Wanita dan Puteri UMNO yang gagal membantu menyelesaikan kemelut perempuan Islam yang bekerja di restoran Cina kerana terus dirantai kemiskinan. "Mereka bukan sahaja dipaksa memegang, memasak babi, malah diberi makanan yang tidak halal ketika bekerja di restoran. Kita menasihati pekerja berkenaan mengadu kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah dan Wanita serta Puteri UMNO; tetapi tiada sebarang tindak balas daripada institusi berkenaan," ujar Zainuddin yang memaklumkan pihaknya telah menghantar surat aduan rasmi kepada JHEAINS dan JAKIM. Kata Zainuddin, isu ini bukan sahaja berlaku di Sandakan, berlaku di seluruh Sabah tetapi paling ketara di Lahad Datu, Tawau dan Kota Kinabalu. "Kebanyakan mereka merupakan pemegang IMM13 dan ramai yang telah mendapat MyPR dan MyKad Malaysia yang diberikan kepada mereka melalui sindiket IC Projek sendikit masa lalu; tetapi isu penting di sini mereka beragama Islam dan kebanyakan mereka adalah ahli Wanita dan Puteri UMNO," tegas Zainuddin yang kesal kerana tauke kedai tidak prihatin dengan pantang larang penganut agama Islam dan membayar gaji yang terlalu rendah antara RM150 hingga RM300 sebulan/Sabahkini |
Posted: 26 Apr 2011 08:42 AM PDT Seorang pegawai kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia mengesyaki Imam Besar Masjidil Haram Sheikh Dr Abdul Rahman Ibn Abdul Aziz As-Sudais, (gambar) yang berada di Malaysia minggu lalu, cuba menyuntik fahaman Wahabi di kalangan umat Islam negara ini dengan menggunakan platform "kerajaan dengan kerajaan." Zamihan Mat Zin, yang kini berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu, Teras Institut Latihan Islam Malaysia. Beliau berkata, lawatan kerja lima hari Sheikh Abdul Rahman yang berakhir Ahad lalu kemungkinan membawa metodologi yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah, yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. Kata beliau, Sheikh Abdul Rahman berpegang kepada fahaman Wahabi dan cuba menyuntik amalan itu di kalangan umat Islam melalui seminar "Berpegang kepada al-Quran dan As-Sunah" bertemakan "Dan Berpegang Kamu Semuanya Kepada Tali (Agama) Allah dan Janganlah Kamu Bercerai-berai." Seminar dua hari berakhir Ahad lalu diadakan di Hotel Royale Chulan di sini dan dihadiri tokoh agama dari dalam dan luar negara. "Imam ini (Sheikh Abdul Rahman) bawa amalan Wahabi dan menggunakan platform kerajaan dengan kerajaan untuk menyuntik fahaman Wahabi kepada umat Islam di Malaysia dan negara-negara Islam yang lain. "Kalau beliau datang bercakap untuk soal umum tentang Islam, kepentingan Islam kita boleh terima, tapi ia jadi masalah kalah bercakap tentang Allah ada mata . . . ada tangan . . . ada kaki . . . itu semua kita tidak boleh terima," kata Zamihan yang pernah menjadi fokus berhubung isu Wahabi tahun lalu. Tahun lalu Zamihan telah menimbulkan kontroversi apabila dikatakan mengaitkan beberapa tokoh agama dan politik iaitu bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mufti Perlis Dr Juanda Jaya, bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempunyai kaitan dengan fahaman wahabi dan pengganas JI. Zamihan bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mengaitkan Presiden PAS, bekas menteri besar Perlis dan mufti Perlis dengan fahaman wahabi dan pengganas JI. Sebaliknya Zamihan mengakui ada "membangkitkan" nama Asri dalam taklimat itu berdasarkan tulisan beliau selama ini. Tegas beliau, amalan dan ajaran yang dibawa Sheikh Abdul Rahman bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah dan ia bertentangan dengan amalan umat Islam. "Sebab itu (ajaran Sheikh Abdul Rahman) bukan metodologi Ahli Sunah Waljamaah, sebaliknya ia merupakan metodologi sebahagian amalan al-Hanabilah al-Mujassimah dan metodologi ini bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah yang kita amalkan di Malaysia. "Memandangkan metodologi ini dipopularkan ajaran Wahabi dan ulama bangkit menentangnya, maka metodologi ini tidak perlu disebarkan kepada umat Islam dalam apa jua pendekatan kerana ia bukan metodologi yang benar yang diwarisi dari Rasulullah," katanya. Kata Zamihan, beliau menentang keras tindakan Sheikh Abdul Rahman yang cuba mewujudkan suasana tidak senang di kalangan umat Islam dengan membawa fahaman yang bertentangan dengan amalan Ahli Sunah Waljamaah. "Jika ia (amalan Wahabi) mahu dipraktikkan di Arab Saudi terpulanglah, tapi kita di Malaysia mengamalkan metodologi Ahli Sunah Waljamaah yang jelas iaitu berpegang dengan prinsip akidah yang dirintis dari Imam Abu al-Hasan al-Ash`ari bermazhab Shafie dan berpandukan metodologi tasawuf dari kalangan ulama sufi yang muktabar. "Imam Besar Masjidil Haram ini juga pernah membuat (mencetuskan) kontroversi apabila mengemukakan pandangan bahawa orang Islam dilarang menziarai makam Nabi, malah saya ada bukti lain yang menunjukkan beliau cuba menyuntik fahaman Wahabi. "Malah dalam seminar yang dihadiri beliau pada Sabtu dan Ahad lalu juga, hampir keseluruhan jurucakap dan tetamu yang hadir mengamalkan metodologi Wahabi, tapi gunakan nama lain daripada diketahui dan ini mengelirukan umat Islam," katanya. Justeru, kata beliau, pihak berkuasa terutamanya polis dan jabatan agama Islam harus menyiasat perkara tersebut agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam. Selain itu, Zamihan juga mempersoalkan bagaimana penceramah-penceramah dari luar negara dibenarkan untuk bercakap soal agama tanpa permit. "Kedatangan Imam Besar Masjidil Haram ini kalau untuk kegiatan umat Islam tiada masalah tapi kalau nak bawa metodologi ia tidak wajar . . . tindakan ini akan mengelirukan umat Islam dan wajar pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini. "Kalau nak masuk Singapura pun kena ada permit tapi bila orang luar berucap pasal agama dan nak bawa metologi Wahabi tidak perlukan permitkah? Sheikh Abdul Rahman datang dengan tujuan untuk semai fahaman Wahabi dan ini tidak wajar," katanya yang turut menjadi perhatian ekoran satu seminar di Singapura awal tahun lalu. Pada Jumaat lalu Sheikh Abdul Rahman menggesa umat Islam berpegang teguh kepada al-Quran dan As-Sunah demi memastikan mereka kekal bersatu padu. Beliau berkata, perpecahan di kalangan umat Islam akan berlaku sekiranya mereka tidak menjadikan kedua-dua perkara itu sebagai sebahagian amalan kehidupan seharian. "Anda semua harus berpegang pada hadis Rasulullah mengenai pentingnya berpegang teguh dengan al-Quran dan As-Sunah, jika tidak inilah (perpecahan) jadinya kepada umat kita (Islam)," katanya dalam khutbah Jumaat yang diikuti oleh lebih 3,000 jemaah di Masjid Wilayah Persekutuan. Khutbah beliau bertajuk "Perpaduan Islam dan Cabaran Semasa" diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh Yang Dipertua Persatuan Bahasa Arab Malaysia, Datuk Mahamud Abdul. |
UMNO Makin Sasau.. Ajak DAP Masuk BN Pulak.. Posted: 26 Apr 2011 07:26 AM PDT KUALA LUMPUR - Setelah berjaya memecahkan PAS dengan isu kerajaan perpaduan, Umno kini dikatakan sedang mendekati DAP pula atas agenda membawa masuk parti itu ke dalam Barisan Nasional (BN). Menurut sumber, usaha ini diperhebatkan lagi ekoran kemarahan Umno terhadap MCA yang mengajak masyarakat memboikot lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia. Ia juga dibuat selepas Umno mendapati pengaruh DAP semakin kuat khasnya selepas pilihan raya Sarawak baru-baru ini. Pelbagai pihak dalam MCA termasuk presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek menyerang Utusan ekoran cadangan salah seorang editornya. Antaranya MCA cadangkan agar Utusan diboikot oleh seluruh rakyat Malaysia. Ekoran itu, ada yang beranggapan langkah menjemput DAP ini adalah mesej Umno kepada MCA. Tengah hari ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memanggil sidang media tergempar di pejabat DAP Pusat namun tidak diketahui apakah isu ini berkaitan. Harakahdaily difahamkan, Umno telah menggunakan keluarga terdekat pemimpin DAP sebagai jambatan mereka namun tidak dapat disahkan maklumat ini. Umno sebelum ini berjaya memecahkan PAS kepada dua kumpulan melalui agenda kerajaan perpaduan yang dicadangkan presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Yang dicadangkan Ustaz Abdul Hadi adalah kerajaan yang menggabungkan Pakatan Rakyat dan BN tetapi yang dispinkan oleh media Umno dan aparatus mereka adalah perpaduan antara PAS dan Umno yang sangat sensitif itu. Kini selepas gagal menghancurkan DAP dengan pelbagai usaha menyerang, pendekatan baru dibuat dengan menghulurkan tangan persahabatan dengannya./Hrkh |
Pendakwa, Peguam Negara Diperhambakan Oleh UMNO Posted: 26 Apr 2011 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan bahawa Jabatan Peguam Negara dan pendakwaraya dalam kes Fitnah II, merelakan diri mereka menjadi alat politik dan diperhambakan Umno. Beliau antara lain mempersoalkan kaedah ujian ke atas sampel DNA yang meragukan apabila saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira menyimpan sampel itu selama 96 jam sebelum menyerahkannya ke Jabatan Kimia. "Pendakwa jadi alat politik Umno, mainkan isu sperma atau air mani, walaupun dalam keterangan mahkamah, 96 jam tidak ada (disimpan) dalam freezer, namun ia dipadamkan supaya jadi isu politik murahan," tegas Anwar. Fakta itu, kata Anwar dinafikan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dengan restu Peguam Negara Datuk Gani Patail. "Datuk Yusof sama sekali tak sentuh hal itu samada sah mani itu walaupun dijelaskan rentetan peristiwa dari apa yang dikatakan kejadian, (sampel) disimpan dalam bilik Jude, tidak dalam freezer, dua hari berikutnya barulah diberikan kepada Jabatan Kimia. "Jadi Peguam Negara hanya menjalankan kerja mereka untuk memuaskan hati tuan politik mereka," kata Anwar sewaktu bercakap kepada wartawan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Menurut Anwar, Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan terus menjadikan kes fitnah II itu sebagai senjata memburukkan nama baik beliau, meskipun hakikatnya kes itu sepatutnya telah digugurkan. "Semua tahu kes ini tidak ada asas, tapi seperti kita tahu Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan terus mencela kita seolah-olah mereka ini orang-orang yang baik moral mereka. "Jadi itu sahaja kekuatan mereka, kalau tunjuk moral Anwar ini kurang baik mereka akan menang," kata Anwar. Kes perbicaraan Fitnah II ditangguhkan hari ini selepas kedua-dua peguam bela dan pendakwa raya selesai membentangkan hujah penggulungan mereka. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan 16 Mei depan sebagai tarikh untuk beliau mengumumkan samada Anwar akan dipanggil membela diri atau membuang kes berkenaan./KD |
Utusan 'Haram'.. Sebar Fitnah, Aibkan Orang.. Posted: 26 Apr 2011 04:30 AM PDT KUALA LUMPUR - Umat Islam di negara ini disaran tidak membeli dan membaca Akhbar Utusan Malaysia kerana media tersebut boleh dikategori sebagai "haram" dari sudut Islam, tegas ulama terkemuka tanahair, Profesor Datuk Dr Haron Din Al Hafiz. Menurutnya, mana-mana media yang menghalalkan amalan fitnah, cubaan mengaibkan orang lain, menggalakkan berlakunya perpecahan umat Islam dan perpaduan kaum adalah haram untuk dibeli dan dibaca. "Islam adalah agama penyatuan, agama perpaduan, agama yang saling hormat menghormati dan agama yang memberi rahmat kepada sekelian alam. "Islam menegah amalan menyebarkan berita yang tidak baik seperti mengaibkan orang lain. Hukum Syarak menegah segala amalan yang dibawa oleh mulut atau pun media seperti ini," jelas beliau. Kenyataan Haron Din itu disiar dalam akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan yang boleh diperolehi di pasaran mulai hari ini. Menurut Dr Haron, Al-Quran juga menyatakan "Maka sesungguhnya orang-orang yang suka menyebarkan berita-berita yang keji (menjatuhkan maruah seseorang), maka bagi mereka itu azab siksa di dunia dan di akhirat. Menurutnya lagi, berdasarkan hukum Fekah yang di sebut dalam kitab Fekah, Manhaji menyatakan, haram ke atas orang Islam menyebarkan berita keji ke atas orang Islam, tidak kira sama ada peristiwa itu benar atau sebaliknya. "Kalau berita itu palsu ia adalah suatu fitnah jahat yang mengundang bala Allah yang segera. Kalaulah ia benar maka ia membuka ruang fitnah yang mengundang pelbagai keburukan, sedangkan sepatutnya ia menutup perkara tersebut." jelas beliau./KD |
Peringatan Buat Dato' Mustafa Ali Posted: 26 Apr 2011 03:07 AM PDT PETALING JAYA - PKR menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berhubung isu video seks yang kononnya melibatkan pemimpin pembangkang sebagai berbahaya dan menggugat perpaduan Pakatan Rakyat. Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias mendakwa tokoh veteran PAS itu mempunyai agenda sendiri dengan mengeluarkan kenyataan yang berbahaya itu. "Dia (Mustafa) masih berminat lagi dengan UG (kerajaan perpaduan). Dia juga masih menyimpan dendam terhadap (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali. "Beliau bercakap tanpa berfikir, bercakap ikut suka tanpa sempadan" katanya ketika dihubungi hari ini. Beliau diminta mengulas kenyataaan media Mustafa mengenai isu video seks yang kononnya melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS, Kuala Lumpur pada Jumaat lalu. Beberapa media melaporkan Mustafa sebagai berkata bahawa PAS akan menentukan pendirian parti itu dalam Pakatan Rakyat selepas siasatan polis berhubung isu video seks ini selesai dijalankan. Bagaimanapun, beliau menafikan mengeluarkan kenyataan itu sebaliknya mendakwa media sengaja memutar belit kenyataannya. Dalam Sinar Harian semalam, Azmin membidas laporan yang memetik Mustafa berhubung video seks yang dikaitkan dengan Anwar. "Apa kata kalau pemimpin PKR juga membuat kenyataan seperti ini terhadap PAS dan DAP. Sebab itu kita berhati-hati apabila membuat komen terhadap PAS dan PKR. "Saya nasihatkan Datuk Mustafa supaya jangan terperangkap dengan BN," tambahnya. Bekas Ketua AMK, Feriz Musa ketika mengulas berkata, isu tersebut perlu dihentikan segera sebelum merebak. Katanya, polemik dua pemimpin besar Pakatan Rakyat itu tidak perlu dipanjangkan./FMT Addin: Aku sebagai ahli PAS amat bersetuju dengan kenyataan Ketua Penerangan PKR Pahang ni. Kita dalam Pakatan Rakyat jangan mudah terperangkap dengan mainan UMNO Be End yang ingin memecah belahkan perpaduan kita. Lain kali cakap sebelum berfikir..peringatan buat semua.. |
Terbukti UMNO Samseng.. PASTI Bukit Katil Akan Di Robohkan Posted: 25 Apr 2011 11:00 PM PDT BUKIT KATIL - Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mengingatkan Umno supaya tidak berlagak macam 'samseng' meroboh dan merampas bangunan Pasti atas apa juga kelulusan. "Kita ingatkan Umno supaya jangan bertindak macam hero atau samseng boleh buat apa yang mereka suka di atas dunia ini. Mereka bermaharajalela ingin merobohkan institusi pendidikan yang terbukti berjasa ini. "Jangan kita buat sesuka hati bangunan Pasti ini bukannya dibina dengan duit judi, duit rasuah atau duit penipuan, ia dibina dengan air mata oleh masyarakat marhain, dhuafak, orang miskin dan sebagainya," katanya yang merujuk kepada bangunan Pasti Bukit Katil yang akan dirobohkan. Beliau berkata demikian pada ceramah di perkarangan Pasti Jaya Insan, Bukit Katil malam kelmarin. "Jangan kamu ingat kamu berkuasa boleh buat sahaja, kami akan terus menentang kezaliman. "Kalau kamu ada duit, tenaga dan sumber untuk menekan rakyat, ingatlah kami ada Allah sebagai tempat kami mengadu," ujarnya dengan tegas. Beliau juga menjelaskan PAS konsisten bahawa video fitnah untuk menjatuhkan imej Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat dikeluarkan semata-mata atas tujuan politik. "Mungkin video ini dikeluarkan atas nasihat APCO yang dibayar oleh kerajaan Malaysia bagi mengalihkan tumpuan rakyat dari isu-isu besar seperti kenaikan harga barang dan kejayaan PR pada pilihan raya Sarawak," jelasnya. Beliau juga mengharapkan penyokong dan petugas PAS supaya meneruskan gerak kerja pilihan raya bagi menghadapi Pilihan raya Umum ke-13 yang menurutkan paling lewat akan diadakan pada November 2013. Turut sama berceramah pada program tersebut ialah Pengarah Komunikasi PKR Melaka, Khairi Ismail dan Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong./Hrkh |
Ujian DNA 'Lelaki Y' Cukup Meragukan, Anwar Pasti Di Penjarakan Posted: 25 Apr 2011 09:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Peguam Anwar, Sankara Nair menolak hujah pendakwa raya yang menamakan Anwar sebagai 'Lelaki Y' yang disebut-sebut sebelum ini. Ini kerana, menurut Sankara, kaedah ujian yang dijalankan ahli kimia Jabatan Kimia Malaysia, Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon tidak menurut piawaian antarabangsa yang mana mereka sendiri merupakan ahli. "Kaedah yang digunakan mereka untuk menjalankan ujian ke atas sampel DNA meragukan. Jarak masa di antara saksi pendakwa ke-25, DSP Jude Pereira mengambil sampel dari Hospital Kuala Lumpur dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia adalah kira-kira 43 jam. "Jika diambil kira secara keseluruhan, selang masa di antara masa dan tarikh sperma berada di dalam dubur pengadu sehinggalah ia dibawa ke Jabatan Kimia Malaysia, ia memakan masa selama kira-kira 97 jam (54 jam campur 43 jam)," kata Sankara. Sankara seterusnya menyatakan tiada bukti bahawa peralatan yang digunakan dalam ujian DNA diselenggara dengan baik. Beliau juga membangkitkan kemungkinan bukti dalam kes Fitnah II itu dipinda kerana pegawai penyiasat, Jude Pereira sudah membuka paket plastik mengandungi calitan putik kapas dari hospital dan membungkusnya semula. Mengulas lanjut, Sankara berkata sepanjang perbicaraan berlangsung, pendakwa juga gagal membuktikan Saiful berada dalam kondominum yang didakwa tempat kejadian berlaku. "Tiada bukti ditunjukkan Saiful memasuki bilik berkenaan mahu pun kondominium itu. "Tiada sesiapa melihat Saiful masuk ke kondominium itu. Malah, pemilik kondominium itu, Hasanuddin tidak melihatnya di kondominium itu," kata Sankara. Kata Sankara, berdasarkan rakaman CCTV, pendakwa hanya menunjukkan Saiful keluar dan masuk dari lif kondominium itu – satu perkara yang sememangnya sudah dirancang dari awal lagi. "Pendakwa perlu membuktikan Saiful sememangnya berada dalam kondominium itu. "Dia hanya menunjukkan dirinya di kamera kerana ia sudah dirancang. (Dia tahu) Anwar berada di kondominium itu dan dia hanya perlu menunjukkan dirinya di kamera. "Malah, Saiful sendiri tidak pernah diminta secara khusus oleh Anwar untuk datang ke kondominium itu pada hari berkenaan," kata Sankara. Lebih meragukan, Saiful sendiri mengambil masa yang terlalu lama untuk sampai ke kondominium itu pada hari kejadian didakwa berlaku, kata Sankara./KD |
Jom!! Kita Pakat-Pakat Bungkus Nasi Lemak Dengan Utusan Meloya.. Posted: 25 Apr 2011 07:00 PM PDT Platform.AM, sebuah organisasi non partisan tanpa pemimpin menganjurkan program Tunjuk Rasa Hari Kebebasan Media pada 2 Mei ini. Mengikut paparan facebook, program itu dijadual berlangsung di perkarangan Pejabat Utusan Malaysia di 46M Jalan Lima Off Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur, antara jam 5 hingga 6 petang.Program itu mengajak orang ramai khususnya anak muda menyertai acara makan nasi lemak beralaskan akhbar Utusan Malaysia dan membaca akhbar berkenaan secara terbalik. Pada 16 April lalu, sekumpulan anak muda membaca akhbar terbalik termasuk Utusan Malaysia dan beberapa akhbar arus perdana lain di perkarangan Masjid Jamek Kuala Lumpur. Mereka kemudian berbuat demikian secara mobilisasi di kawasan berhampiran. Untuk maklumat lanjut mengenai Platform AM, klik sini. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan