Addin |
- 300 Ahli SAPP Sertai GERAKAN?
- Kenapa UMNO Bermatian-Matian Mencemar Nama Baik Anwar?
- Nasib Pastor Bakar Al-Quran Di Tentukan Hari Ini
- PRU 13 Mungkin Jun 2011 Atau 2013
- Empangan Bakun Tidak Selamat?
- Memalukan!! Pusat Pentadbiran 'Negeri Maju' Banjir
- 1Malaysia Patut Di Tamatkan..
- Rain Kalahkan Obama
- AG Terima Kertas Siasatan Jika Anwar Di Sabitkan?
- Pelakon Benjy Masuk ICU
Posted: 22 Apr 2011 08:00 AM PDT Kelicikan politik Parti Gerakan sebuah parti import dari Semenanjung 'tidak terkenal jasanya di Sabah' semakin rancak bersandiwara di pentas politik di mana sahaja kawasan di Sabah dengan harapan Pengarahnya Datuk Raymond Tan dan Datuk Peter Pang dapat menjual jenama parti itu di mata rakyat dengan selaris-larisnya. Pemimpin-pemimpin ini yang keluar daripada parti masing-masing (SAPP dan LDP) lalu meminta 'suaka' politik daripada Parti Semenanjung 'Parti Gerakan' untuk menyambung talian hayat politik mereka dalam BN seterusnya untuk mempertahankan jawatan mereka sebagai langkah pilihan untuk 'survival politik' mereka semata-mata. Sebelum dua 'Pengarah' ini disahkan oleh kepimpinan 'Parti Gerakan' sebagai pemimpin jati Gerakan; maka mereka ini dikenakan satu 'ujian' dengan memberikan mereka beberapa 'assignment' antaranya menarik seberapa ramai ahli pembangkang khususnya SAPP dan LDP dan satu lagi menyerang reputasi SAPP dan LDP bagi meyakinkan kredibiliti mereka sebagi pemimpin yang benar-benar serius menyertai Parti Gerakan dan mempunyai ramai pengikut. Maka tidak hairanlah mungkin apa yang berlaku selang dua tiga hari di Keningau baru baru ini media melaporkan kononnya 300 ahli SAPP yang diketuai Nelson Manjin menyertai Parti Gerakan, adalah berkemungkinan sebahagian daripada tugasan 'assignment' mereka yang disifatkan kelojikannya 'jauh panggang dari api'. Nelson Manjin yang bukan ahli SAPP terpaksa mengikut aras lakonan yang diarah Pengarah mengikut skrip yang tersedia yang tidak diketahui 'berapa upah/ganjaran lakunan ini yang mungkin juga terpaksa dibayar lebih kepada Nelson Manjin' kerana peranannya untuk menghidupkan 'assignment' yang diberikan pucuk pimpinan Parti Gerakan kepada pemimpin terbabit. Rakyat persekitaran Pedalaman seramai 300 orang tidak mungkin sebuta itu menyertai sebuah parti yang dianggap sebagai Parti Nyamu" malah langsung tidak berjasa kepada negeri Sabah sekonyong konyong berhijrah ke parti Gerakan jikalau tidak ada pikaras yang kuat untuk menarik minat 300 orang ini atau 300 orang yang dimaksudkan itu hanya wujud dalam kertas semata-mata untuk publisiti. Selain itu, mantan Naib Presiden LDP, Datuk Peter Pang yang berjaya mendapat 'suaka' politik Parti Gerakan pula kini asyik menyelar apa sahaja kenyataan bekas bosnya, Datuk Chin Su Phin, kerana mengulas keputusan PRN ke-10 Sarawak di mana pengundi masyarakat Cina 80 peratus telah condong kepada pembangkang. Kesempatan isu tersebut, Datuk Peter Pang bingkas bangun dan menuding jarinya ke arah Chin seraya berkata "Chin dan LDP bukan mewakili masyarakat Cina dan tidak layak berkata Cina tidak sokong BN", Datuk Pang sudah hilang pertimbangan kerana terdorong oleh 'assignment' itu agaknya sehingga beliau lupa siapakah diri Pang sebenarnya dalam politik sebelum diangkat oleh LDP? Selain itu beliau tidak memikirkan jasa yang pernah ditaburkan LDP kepadanya sehingga dalam sekelip mata politiknya terus menyinar ketika berada dalam LDP. Di manakah kesetiaan Pang terhadap perjuangannya dalam LDP sejak mula menjejakkan kakinya dalam LDP. Pang boleh sahaja melupakan itu semua, tetapi rakyat dan pengundi DUN Karamunting sukar untuk melupakannya. Sebagai renungan dan ingatan bahawa pepatah Melayu ada menyimpulkan 'Pelanduk boleh terlupa jerat, sebaliknya jerat tak boleh lupa pelanduk'./SK |
Kenapa UMNO Bermatian-Matian Mencemar Nama Baik Anwar? Posted: 22 Apr 2011 06:00 AM PDT SHAH ALAM - Tv3 selesai merakamkan siri laporan terbaru merangkumi tuduhan- tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Ketua Pembangkang itu bergelut dengan fitnah video lucah 'Datuk T', sumber- sumber memberitahu Tv Selangor. Laporan yang bakal disiarkan di Buletin Utama itu akan menyaksikan S. Nallakarupan membuat pelbagai dakwaan terhadap Anwar, sumber- sumber yang rapat dengan bekas pemimpin MIC itu mengesahkan. "Kemungkinan besar dakwaan- dakwaan Nallakarupan itu akan disiarkan dalam tempoh terdekat untuk memberikan lebih tekanan kepada Anwar, " kata sumber itu tanpa mengulas lanjut. Kebanyakan dakwaan- dakwaan Nalla itu "bukan perkara baru," cuma disadurkan dengan butir- butir terperinci dalam usaha meyakinkan rakyat terutama pengundi Melayu, kononnya Anwar pemimpin tidak bermoral. Rasanya tidak perlu dihuraikan rekod Nalla, seorang rakan karib Anwar yang kemudian merajuk dan berpaling tadah apabila tidak dipilih menjadi calon untuk pilihanraya kecil Ijok pada tahun 2006. Hakikatnya adalah, dakwaan dan tuduhan terhadap Anwar diperhebatkan di Tv3 dan media arus perdana kawalan UMNO sejak pilihanraya Sarawak. Walaupun PRN Negeri itu sudah berlalu, namun serangan terhadap Anwar tetap dipanjangkan dan menimbulkan persepsi BN, khususnya UMNO, sedang mempersiapkan diri untuk menghadapi pilihanraya umum dalam tempoh terdekat. Awal minggu ini, Parti Keadilan Rakyat memberi amaran kepada rakyat bahawa Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tetap akan mencari ikhtiar untuk mendakwa Anwar bersabit video lucah Datuk T. Ramalan itu terbukti benar apabila pejabat Peguam Negara memulangkan kertas siasatan kepada polis kerana tidak berpuas hati dengan rumusan yang dibuat oleh badan itu. Justeru arahan diberi kepada polis untuk menyiasat lagi kes video lucah tanpa terikat kepada sebarang tarikh untuk menyiapkan siasatan. Pada masa sama, Berita Harian, sebuah lagi akhbar kawalan UMNO memetik sumber- sumber sebagai mendakwa sebuah agensi penyiaran Korea Selatan kononnya mengesahkan pelaku dalam video 'Datuk T' sepadan dengan badan Anwar menerusi ujian bio metrik. Semua "fakta- fakta" ini adalah untuk mempengaruhi rakyat, khususnya pengundi Melayu supaya menolak Anwar dan pada masa sama merencatkan hubungan PKR pimpinan Anwar dengan PAS dan DAP. Perkembangan terbaru memberi petanda jelas bahawa rakyat Malaysia harus bersedia untuk disajikan dengan pelbagai fitnah terhadap Anwar bersabit video 'Datuk T'. Pada masa sama, individu- individu seperti Nalla dan Umi Hafilda dipergunakan untuk menabur tuduhan- tuduhan lain terhadap Anwar. Kenapa begitu banyak tumpuan diberikan oleh kerajaan pimpinan UMNO, polis dan pejabat Peguam Negara terhadap kes Anwar ? Jawapannya berkait dengan Piliharaya Umum ke- 13 dan pemilihan UMNO yang akan datang. Kedua- duanya mempunyai impak besar ke atas kelangsungan jangka hayat politik Datuk Seri Najib Tun Razak. Para strategis UMNO menjangka peluang parti itu menguasai pengundi Melayu atas pagar akan cerah jika ia berjaya memusnahkan kredibiliti Anwar sebagai pemimpin Islam dan menampilkan beliau sebagai peliwat dan kaki perempuan. Analisis yang dijalankan oleh Biro Tata Negara menunjukkan pengundi Melayu amat menitik- beratkan soal agama dan moral – justeru itu Anwar menjadi sasaran tuduhan seks bertalu- talu dalam hasrat UMNO untuk memberi isi kepada persepsi itu. Justeru tidak sukar memahami kenapa video lucah 'Datuk T' dimainkan di kem- kem BTN sebagaimana yang didedahkan oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman. Pengundi atas pagar kaum Melayu memegang kunci untuk memastikan sama ada Najib akan dapat merebut balik majoriti dua pertiga di Parlimen atau kecundang terus di medan pilihanraya kepada Pakatan Rakyat pimpinan Anwar. Jika Najib tewas atau gagal menawan balik majoriti dua pertiga BN, usia remaja beliau sebagai PM dan Presiden UMNO akan mendapat saingan hebat daripada gandingan Mahathir Mohamad dan Muhyiddin Yassin. Walaupun pemilihan UMNO masih dilihat sebagai jauh lagi, garisan- garisan pertempuran (battlelines) sedang pun dilakar dan kem- kem tertentu dibentuk dan dipupuk. Kunci kepada siapa sokong siapa dan siapa lawan siapa akan berpaksi kepada pencapaian Najib pada PRU 13 – jika BN menang majoriti dua pertiga – Najib akan dijulang sebagai penyelamat maruah Umno. Jika tidak, beliau dan gagasan 1Malaysia akan dikritik sebagai penyebab maruah Melayu tergadai di bumi sendiri. Berasaskan sifir politik ini, bukanlah menjadi misteri kenapa Anwar Ibrahim harus ditumbangkan dalam apa cara sekalipun sebelum Najib mengadakan pilihanraya umum. Hanya apabila yakin cabaran Anwar sudah ditumpulkan, kredibiliti dan maruah beliau sudah musnah di mata rakyat, maka hanya pada masa itu, Najib akan mendapat "ilham" untuk memanggil pilihanraya umum. Sementara menunggu detik itu, rakyat khususnya pengundi Melayu harus melazimkan diri dengan membaca "cerita bukan-bukan" mengenai Anwar di muka depan Utusan Malaysia, Berita Harian dan menonton topik yang sama menerusi RTM serta TV3. /Tvsnews |
Nasib Pastor Bakar Al-Quran Di Tentukan Hari Ini Posted: 22 Apr 2011 04:23 AM PDT DEARBORN - Panel juri mahkamah Dearborn, Michigan akan mempertimbangkan awal pagi ini sama ada pastor kontroversial dari Florida akan dikenakan "bon damai" sebelum dia menganjurkan demonstrasi yang dirancang untuk diadakan di pekarangan masjid terbesar di Amerika Syarikat hari ini. Hakim Mahkamah Daerah Mark Somers mengeluarkan perintah awal semalam, yang memihak kepada pasukan pendakwa yang memohon dikenakan bon atas alasan kehadiran Pastor Terry Jones memerlukan perlindungan polis yang ketat bagi mengelakkan sebarang keganasan. Datuk Bandar Dearborn pula menulis surat terbuka kepada Jones menggesanya agar membatalkan protes yang dirancang itu, lapor Reuters dan myFOXDetroit.com. Polis mendakwa kehadiran Jones akan menyebabkan kos keselamatan dianggarkan RM140,000 (AS$46,000). Pendakwa Wayne County Kym Worthy juga memohon hakim menghalang Jones dan mengenakan bon sekitar RM300,000 (AS$100,000). Panel juri enam orang akan mendengar kes itu pagi ini. Dearborn, salah satu wilayah yang mempunyai komuniti Islam terbesar di Amerika Syarikat, telah menafikan Jones dan sekumpulan penyokongnya permit untuk mengadakan protes di luar Pusat Islam Amerika di sini. Komuniti aktivis dan tokoh agama Detroit juga mengadakan perhimpunan dan perarakan sejak beberapa hari ini dengan menyifatkan Jones sebagai seorang yang mahu memecahbelahkan masyarakat dengan ucapan-ucapan bersifat membenci.Bagaimanapun beberapa pengulas berhujah bahawa polis dan pendakwa bertindak keterlaluan dengan cuba menghalang Jones dan melanggar peruntukan kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam perlembagaan. Jones, 59, pemimpin gereja fundamentalis dari Gainesville, Florida, menjadi perhatian selepas mengumumkan langkah mahu membakar al-Quran tahun lalu. Jones yang hadir di mahkamah semalam berkata, dia akan cuba untuk mengadakan protes di luar masjid dengan sekumpulan penyokongnya meskipun dihalang oleh mahkamah. "Kami sudah pun, saya rasa, telah menjelaskan bahawa hasrat kami ialah terus mengadakn protes di hadapan Pusat Islam," kata Jones kepada pemberita selepas kes berkaitan dengan protes yang dirancang didengar semalam. Beberapa penunjuk perasaan mengecam Jones di luar mahkmah Dearborn dengan membawa sepanduk tertera mesej "Terry Jones, rasis keluar dari bandar" dan "Hentikan Serangan Rasis Ke atas Muslim". Dalam pada itu, beberapa aktivis komuniti dan tokoh agama Kristian mengadakan perhimpunan di luar masjid untuk menunjukkan sokongan kepada komuniti Muslim tempatan. "Terry Jones tidak mewakili komuniti Kristian. Dia hanya mewakili diri dia dan hanya diri dia. Apa yang kita lihat hari ini ialah Amerika yang sebenar," kata Imam Hassan Al-Qazwini masjid itu kepada pemberita. Jones terbang sejauh 1,400 kilometer ataupun dua jam perjalanan menerusi kapal terbang dari Florida untuk mengadakan protes hari ini. Minggu lalu, dalam afidavit yang dilampirkan bersama permohonan, Ketua Polis Dearborn Ronald Haddad berkata, beliau bimbang Jones akan melakukan tindakan membakar al-Quran. Aduan mendakwa Jones telah menerima 300 ancaman bunuh ekoran tindakannya membakar al-Quran bulan lalu dan menjadi sasaran ganjaran AS$1.2 juta terhadap kematiannya daripada kumpulan pengganas. Awal bulan ini, Jones yang disifatkan sebagai pemimpin gereja fundamentalis berkata, akan mengadakan protes lebih besar di masjid paling besar di Amerika Syarikat hari ini. Rancangan itu dikhuatiri akan memburukkan lagi ketegangan yang dirasakan di beberapa bahagian lain di dunia. Tindakannya membakar al-Quran pada 20 Mac lalu telah membawa kepada rusuhan dan demonstrasi di Afghanistan termasuk tindakan menceroboh pejabat PBB, telah menyebabkan hampir 20 orang terbunuh. Jones, seorang bekas pengurus hotel sebelum tukar kerjaya sebagai pastor, yang mendakwa al-Quran mendorong keganasan berkata, dia akan meneruskan satu protes pada 22 April ini — di pekarangan masjid terbesar iaitu di Dearborn. Sebelum ini, Presiden Barack Obama juga mengecam perbuatan membakar al-Quran tetapi tidak menyebutkan nama Jones. Jones merancang untuk membakar al-Quran sempena ulang tahun kesembilan peristiwa 11 September tahun lalu tetapi mengubah fikiran. Pada 20 Mac lalu, Jones mengetuai Hari Antarabangsa Keadilan Al-Quran dan kemudian menyelia pembakaran kitab suci itu yang dihadiri sekitar 50 orang. Program itu berlangsung kira-kira enam jam./TMI |
PRU 13 Mungkin Jun 2011 Atau 2013 Posted: 22 Apr 2011 02:00 AM PDT Pengerusi Barisan Nasional Najib Razak kini berada dalam dilema, sama ada untuk mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 pada Jun 2011, lantas menutup ruang untuk persediaan pembangkang; ataupun menunggu sehingga tahun 2013? Keputusan Najib bergantung kepada pertimbangannya, sama ada untuk menawan semula hati pengundi Cina / Kristian, ataupun hanya menyasarkan undi Melayu?Demikianlah ulasan Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya DAP, Liew Chin Tong terhadap senario politik selepas PRN Sarawak. Menurut Liew, Najib terpaksa memilih, antara pendekatan untuk mengembalikan sokongan Cina, atau menerima pandangan yang diketengahkan melalui Utusan Malaysia, iaitu usah lagi mempedulikan pengundi Cina, dan mendukung konsep "1Melayu 1Bumi" pada masa yang akan datang. Namun demikian, Liew menambah, sementara pengundi Cina memperlihatkan kecenderungan yang jelas untuk menyebelahi Pakatan Rakyat, Najib dan UMNO tidak pasti sejauh manakah sokongan masyarakat Melayu terhadap UMNO-BN. Lebih-lebih lagi, apabila Sarawak yang disifatkan sebagai "deposit tetap" BN, kini menunjukkan kecenderungan untuk pembangkang. Taib Mahmud dan PBB Liew Chin Tong mengulas selanjutnya, keputusan PRN Sarawak meletakkan BN pada dilema ketika berdepan dengan Taib Mahmud. Seandainya Taib Mahmud masih enggan berundur dari jawatan Ketua Menterinya, maka isu ini akan dimainkan semula dalam PRU 13.Namun demikian, ini bukan bermakna BN tidak menghadapi masalah seandainya Taib Mahmud berundur. Taib yang sudah sekian lama menguasai politik di Sarawak, mampu memenangkan kerusi untuk BN. Berbeza dengan Semenanjung, parti tempatan di Sarawak meletakkan pemimpin utama mereka di dalam DUN, sebaliknya mereka yang bertanding untuk kerusi parlimen adalah pemimpin garisan kedua, atau ketiga dalam parti. Justeru itu, penguasaan terhadap akar umbi masyarakat tempatan oleh pemimpin pinggiran tidak sekuat pemimpin utama. Keadaan ini akan menjadi sukar untuk BN kerana "sistem lama" Taib itu telah dicabut, menyusuli langkah Taib. Apatah lagi apabila Sarawak perlu berdepan dengan "perompakan terakhir oleh kroni Taib" sebelum orang kuat ini berundur dari pentas politik. Liew Chin Tong menambah, di Semenanjung Malaysia pula, Najib belum menyelesaikan masalah jurang kaya-miskin yang melebar dalam masyarakat Melayu sendiri. Malah, masalah inflasi lantaran kenaikan harga minyak, harga barang bakal menambah rintihan masyarakat Melayu, yang belum pastinya memberi sokongan kepada UMNO-BN.Liew memberi angkanya, iaitu PRU ke-12 memperlihatkan 51% pengundi Semenanjung menyokong DAP, PAS dan PKR, walaupun PR memperolehi 80 kerusi berbanding BN dengan 85 kerusi. BN terselamat kerana kerusi dari Malaysia Timur. Namun, berdasarkan keputusan PRN Sarawak pada 16 April 2011, Liew Chin Tong berkata ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan BN sebanyak 10 kerusi parlimen di Sarawak. Malah seandainya pola pengundian Cina sedemikian berlaku di seluruh negara, maka BN mungkin kehilangan 20 hingga 30 kerusi dari negeri lain, misalnya Johor, Sabah dan sebagainya. Demikianlah analisa Liew Chin Tong dalam satu forum anjuran Oriental Daily, berjudul "Angin perubahan dalam komuniti Cina: Adakah Sarawak masih ATM?" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, semalam. Eksekutif Ketua Pengarang Oriental Daily, Ding Lee Leong dan pengkaji politik, Wong Chin Huat juga hadir sebagai panelis untuk berkongsi pandangan mereka dengan kira-kira 200 orang hadirin. Strategi kemenangan DAP Selain itu, Liew Chin Tong juga berkongsi strategi kemenangan DAP. Berbeza dengan SUPP yang mempertanggungjawabkan syarikat pengiklanan untuk bahan iklannya, iklan DAP direka oleh pekerja partinya yang muda. Keadaan ini memperlihatkan bagaimana DAP boleh respon secara langsung dan berkesan terhadap serangan musuh politik, malah dengan cara yang kreatif dan menarik.Liew Chin Tong mengisahkan bagaimana tema kempen mereka direka, bermula dari perbandingan Ketua Menteri antara Lim Guan Eng dengan Taib Mahmud, dan kemudian berubah kepada "memeluk harapan" pada dua hari terakhir sebelum hari pengundian. Suasananya amat terharu apabila hadirin tampil membawa anak-anak mereka ke ceramah, malah berebut-rebut untuk membeli mascot "ubah" DAP. Ding Lee Leong pula berkata, SUPP sebenarnya dikalahkan oleh dirinya. Parti ini dibelenggu dengan pelbagai masalah, sudah diberi tamparan ketika PRN Sarawak 2006. Misalnya, pengganti Presiden SUPP yang dicadangkan George Chan, kesemuanya sudah tua-tua belaka - mustahil menggarap imaginasi pemuda. Bagaimanapun, beliau berkata kekalahan teruk SUPP kali ini bukan disebabkan pengundi muda (kerana pengundi muda tidak menyokong SUPP sebermulanya), sebaliknya pengundi tua yang berpaling tadah. Ding Lee Leong menambah, pandangan bahawa "pembangkang akan kalah bila berdepan dengan politik wang" hilang mujarab kali ini, jikalau diambil contoh kemenangan Baru Bian yang berjaya menangkis serangan wang. Namun, kemenangan ini memerlukan syarat, iaitu perkhidmatan di komuniti orang asal yang berjangka panjang. Wong Chin Huat pula menekankan kepentingan "kabinat bayangan", mendesak agar barisan pembangkang menggarap imaginasi rakyat dengan menampilkan pasukannya kepada rakyat. Beliau berkata pembangkang tidak boleh hanya "berperang", sekadar "menawan", tetapi tidak menunjukkan tekad mereka dalam "urus-tadbir" negara./MR |
Posted: 22 Apr 2011 12:57 AM PDT Sarawak Report telah menerima maklumat yang amat kritikal mengenai keselamatan Empangan Bakun! Menurut maklumat dari sumber dalaman, termasuk beberapa dokumen, gambar dan video, telah diserahkan kepada kami oleh seorang bekas Pengawal Mutu (Quality Controller), yang mengatakan kerisauannya mengenai kelemahan pada prosedur-prosedur binaan dan langkah-langkah keselamatan yang diabaikan oleh para pemimpin dalam syarikat pembinaan Sinohydro bagi menjimatkan kos binaan. Video bersensasi [seperti pada entri asal dalam bahasa Inggeris] jelas menunjukkan para pekerja binaan menambahkan air ke dalam pembancuh simen sebelum ianya dipam masuk ke dalam acuan empangan, yang dapat dilihat dengan jelas pada latarbelakang itu. Menurut penerangan yang kami terima, amalan sedemikian adalah dilarang dan kawalan mutu kerja yang rendah telah dibiarkan begitu sahaja. Sememangnya telah diketahui bahawa kontraktor dari China itu melaksanakan tugas-tugas mereka dalam keadaan tertekan dan terdesak oleh Kerajaan Malaysia dalam masa sehingga 2009 untuk menyegerakan penyiapan projek secepat dan semurah yang mungkin, setelah pembinaannya melalui beberapa siri kelewatan dan lebihan kos. Pemberi maklumat yang berbual dengan Sarawak Report telah memberitahu: Seterusnya.. |
Memalukan!! Pusat Pentadbiran 'Negeri Maju' Banjir Posted: 21 Apr 2011 11:15 PM PDT AYER KEROH - Beberapa pihak mempertikaikan status negeri maju yang diisytiharkan kepada Melaka pada 20 Oktober 2010 ekoran banjir kilat yang berlaku di kawasan pentadbiran kerajaan negeri dan komersial di Melaka International Trade Centre (MITC). Pengarah Nisa' Negeri Melaka, Mahani Osman, 41, berkata kejadian banjir kilat yang berlaku 2 hari lepas benar-benar memalukan negeri yang dikatakan berstatus negeri maju. "Sebelum ini kejadian banjir kilat seringkali berlaku di kawasan lain, tetapi kali ini ia berlaku di kawasan yang dikatakan sangat maju dan menjadi pusat pentadbiran dan komersil iaitu di MITC. "Terbukti mereka hanya pandai mendakwa sebagai negeri maju tetapi hakikatnya ianya tidaklah sebagaimana yang mereka dakwa, ianya cukup memalukan kita semua," ujar Mahani yang juga merupakan AJK Dewan Muslimat PAS Negeri Melaka. Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab pula berkata kejadian banjir kilat yang memalukan itu membuktikan kelekaan dan kelemahan kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan yang gagal menguruskan saliran dan longkang di kawasan tersebut sehingga menyebabkan air bertakung akibat longkang tersumbat. "Takkanlah sudah banjir baru hendak ambil tindakan membersihkan longkang tersumbat, baru terkial-kial mencari punca kepada banjir kilat tersebut. "Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya dan kerajaan negeri mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kejadian ini yang membuktikan mereka hanya pandai mendakwa negeri maju tetapi gagal menunjukkan imej sebuah negeri maju. "Benarlah apa yang didakwa oleh banyak pihak sebelum ini bahawa status negeri maju ini hanyalah syok sendiri, orang lain dan badan yang berautoriti pun tidak mengiktirafnya," jelas Yusof. Ahmad Alang, 43, berkata sebagai penduduk Ayer Keroh beliau berasa malu kerana kejadian banjir kilat ini berlaku di kawasan yang dikatakan paling maju dan menjadi kebanggaan kerajaan negeri. "MITC menjadi kebanggaan orang ramai kerana disitu ada pejabat-pejabat kerajaan, gedung perniagaan, hotel dan sebagainya, kejadian ini amat memalukan semua orang. "Saya yakin banjir kilat ini berlaku disebabkan kegagalan pihak berwajib menjalankan penyelenggaraan kepada longkang dan sistem perparitan," katanya. Menurut beliau selain itu ianya mungkin juga berlaku kerana projek pembangunan di sekitar kawasan itu yang tidak terkawal menyebabkan sistem perparitan menjadi tidak terurus yang akhirnya menyebabkan longkang tersumbat. Ahmad mencadangkan pihak berwajib memeriksa sistem perparitan dan mengambil tindakan serta merta selain dari menyediakan jadual penyelenggaran yang sistematik dan berkesan. Rakan beliau, Amar Fauzan, 21, dari Durian Tunggal pula berpendapat kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) mestilah memantau projek-projek disekitar MITC bagi memastikan ianya tidak menjejaskan sistem perparitan di kawasan tersebut. "Sekarang ini banyak projek mereka buat di sini yang menyebabkan tanah banyak masuk ke dalam longkang dan ini menjadikan longkang tersumbat. "Longkang pula tidak selalu dicuci dan diperiksa, jadi bila hujan lebat banjir kilat berlaku," kata Ammar. Dua hari lepas Melaka dikejutkan apabila beberapa kawasan khususnya jalan di kawasan MITC dekat Ayer keroh digenangi air selepas hujan turun dengan lebatnya selama 4 jam./Hrkh |
Posted: 21 Apr 2011 10:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua meminta perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak segera menamatkan konsep 1Malaysia, yang dicanang beliau selama ini kerana tidak selari dengan dasar yang diamalkan. Ia berikutan sentimen perkauman yang dimainkan akhbar milik Umno- Utusan Malaysia dan pertubuhan yang dinaunginya, Pertubuhan Pribumi Perkasa kerana membuat kenyataan berunsur perkauman sejak kebelakangan ini. "Kalau itu pendirian Umno, sepatutnya Najib secara rasminya perlu mengumumkan penamatan kempen 1Malaysia yang disebarkan merata tempat. "Jadi, sokongan sekarang menunjukkan sebenarnya BN tidak ikhlas dengan kempen 1Malaysia dan cogan kata ini sebenarnya sebagai satu penipuan," katanya seperti dilapor media hari ini. Semalam, Utusan Malaysia menerbitkan rencana yang cuba mencetuskan kegelisahan kaum apabila penulis pojok di akhbar itu, Awang Selamat menyeru kepada 'Gelombang 1 Melayu, 1 Bumi. Ia merupakan rentetan beberapa siri artikel mengapikan sentimen perkauman bagi melaga-lagakan orang Melayu-Cina yang ditulis Awang Selamat. Artikel itu mendakwa, sentimen anti-BN oleh pengundi Cina di seluruh negara membuktikan masyarakat itu bukan sahaja mahu mengekalkan penguasaan mereka dalam ekonomi, malah dalam arena politik. Timbalan Pengarang Ketua Pengarang Utusan, Datuk Zaini Hassan turut mencabar kerajaan melancarkan gagasan 1Melayu 1Bumi untuk menyelamatkan masyarakat Melayu daripada ditindas Cina. Pada masa yang sama juga, Perkasa Sarawak pula menyalahkan DAP sekiranya nasib masyarakat Cina di negeri itu tidak lagi terbela berikutan trend pengundi kaum itu yang menyokong Pakatan Rakyat. Menurut Tian Chua, gesaan tersebut hanyalah mainan politik Umno yang cuba mengeksploitasikan sentimen perkauman dalam meraih semula sokongan rakyat kepada parti itu. "Ini tipikal sebagai PERKASA yang sentiasa menghasut mewujudkan suasana tegang di antara kaum. PERKASA cuba mengapi-apikan sentimen ini demi membantu Umno," kata Tian Chua. Sementara itu, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, slogan 1Malaysia yang dicipta Najib yang tidak selari dengan pelaksanaanya, mula dipertikai rakyat. Beliau menyifatkan sentimen perkauman Utusan dan Perkasa itu, berikutan BN tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka ditolak masyarakat Cina pada pilihan raya Sarawak yang lalu. Katanya, senjata perkauman yang diguna BN dengan menggambarkan kemenangan DAP di 12 kerusi kawasan majoriti pengundi Cina sebagai faktor kaum Melayu ditindas hanya bertujuan memecahkanbelahkan masyarakat./KD |
Posted: 21 Apr 2011 08:00 PM PDT Bintang terkenal Korea Selatan, Rain, telah dinobatkan sebagai individu nombor satu paling berpengaruh di dunia oleh sebuah undian yang dibuat secara maya. Undian yang dibuat oleh majalah Time dengan menamakan carta itu sebagai 2011 Time 100, menyaksikan Rain menewaskan 204 orang peserta yang turut disenaraikan dalam carta undian tersebut. Rain menerima undian sebanyak 439, 251, sekali gus menumpaskan 'pencabar' terdekatnya, bintang popular dari Taiwan, Jay Chou yang menduduki tangga kedua dengan undian 229, 442, manakala penyanyi Britain, Susan Boyle, berada pada posisi ketiga dengan undian sebanyak 167,711. Selain menewaskan dua selebriti tersebut, penyanyi dan pelakon yang kini sedang bersiap sedia untuk memasuki unit tentera Korea sebagai satu kewajipan rakyat negara tersebut turut menumpaskan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg. Selain Zuckerberg, Rain yang sudah enam tahun berturut-turut tercalon dalam undian yang sama turut mengalahkan nama besar seperti Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama yang hanya menduduki posisi ke-46 serta Oprah Winfrey yang berada di tangga ke-84./Kosmo |
AG Terima Kertas Siasatan Jika Anwar Di Sabitkan? Posted: 21 Apr 2011 06:00 PM PDT Siasatan video seks yang ditayangkan kepada sekumpulan wartawan terpilih yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang kanan memerlukan lebih masa. Ini kerana Pejabat Peguam Negara telah mengembalikan kertas siasatan yang dikemukakan oleh polis semalam. Ketua pendakwa Pejabat Peguam Negara, Tun Abdul Majid Tun Hamzah,mengesahkan perkara berkenaan hari ini. Kertas siasatan dikemukakan semalam tetapi dikembalikan pada hari yang sama. "Saya telah berikan polis arahan supaya menyiasat lanjut. Kita tidak memberikan mereka sebarang tempoh masa untuk melengkapkan siasatan. "Ini kali kedua kertas siasatan dipulangkan kepada polis," kata Tun Majid. Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan bahagian-bahagian yang memerlukan siasatan lanjut. Apabila ini dilakukan, ia bermakna ini kali ketiga bagi polis mengemukakan kertas siasatan mereka ke Pejabat Peguam Negara buat kali ketiga.Semalam, pihak polis telah memberi media bahawa akan menyerahkan semula laporan kertas siasatan kes rakaman video seks yang pelakunya didakwa mirip seorang pemimpin parti pembangkang kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh terdekat, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar. Katanya ini kerana kertas siasatan kes berkenaan yang dihantar pada minggu lepas telah dipulangkan semula oleh Pejabat Peguam Negara untuk semakan semula. Pada 21 Mac lepas, video itu dipertontonkan kepada beberapa wartawan terpilih oleh satu kumpulan dikenali sebagai 'Datuk T' di Carcosa Seri Negara. Trio 'Datuk T' itu ialah bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Shuib Lazim. Pada Rabu lepas, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, Trio Datuk T itu mungkin dikenakan tindakan kerana kesalahan mengedar dan menayang video seks berkenaan. Katanya siasatan kes itu adalah menjurus kepada Sekyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah./KLT |
Posted: 21 Apr 2011 04:00 PM PDT Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Benjy dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Pakar Damansara, dekat sini, Rabu, kerana menghidap asma. Ibunya, seniwati Azean Irdawaty memberitahu, kesihatan Benjy sejak dimasukkan ke hospital itu pada Selasa lalu semakin serius dan tidak boleh bernafas. "Pada hari Selasa lalu dia masih boleh bernafas lagi dan hanya buatrawatan bantuan oksigen sahaja, tapi malam semalam (Rabu) dia semakin teruk sehingga tidak boleh bernafas. "Doktor mengambil keputusan untuk merehatkannya buat masa ini denganmenggunakan alat bantuan pernafasan," katanya ketika dihubungi. Tambah Azean, buat masa ini, doktor masih membuat rawatan dan melihat perkembangan kesihatannya. "Saya tidak tahu sampai bila dia akan ditempatkan di ICU kerana doktor beritahu untuk memantau perkembangan dia,"ujarnya. Menurut Azean, ini merupakan kali kedua Benjy diserang asma secara serius sejak menghidapnya selepas berkahwin. "Dia memang menghidap asma selepas dia berkahwin dan pada akhir 2009 dia diserang sehingga dimasukkan ke hospital juga tapi tidak seteruk kali ini. "Doktor ada beritahu yang serangan asma akan lebih teruk daripada kejadian sebelum ini. "Lebih-lebih lagi selepas dia ditahan pada Mac 2010 dan tiada siapa yang menjaga pemakanan dan rawatannya," ujar Azean. Jelas Azean, sepanjang di tahanan Benjy telah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakit yang sama. Benjy ditahan mengikut Seksyen 3 Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan dan Kawalan Khas) 1985 dan dibebaskan pada 17 Mac lalu. Keadaan Benjy menyebabkan Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, menangguhkan perbicaraan kes dadahnya kepada Khamis. Majistret Hafizza Sauni membenarkan penangguhan tersebut selepas peguam Amer Hamzah Arshad mengemukakan surat daripada hospital berkenaan yang mengatakan Benjy tidak sihat untuk menghadiri perbicaraan. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan