Addin |
- PRN Sarawak : (Kemaskini) Timbalan Ketua Menteri S'wak Tewas Di DUN Piasau
- Panas!! Din Merican Nafi Dakwaan Raja Petra
- PRN Sarawak : Panas!! Be End Beli Undi Tuai Rumah RM 6,000
- PRN Sarawak : Be End Guna Kanak-Kanak Edar Risalah Fitnah
- Lelaki Letup Diri Di Masjid Ketika Solat Jumaat
| PRN Sarawak : (Kemaskini) Timbalan Ketua Menteri S'wak Tewas Di DUN Piasau Posted: 16 Apr 2011 04:19 AM PDT (Kemaskini) Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr George Chan tewas kepada DAP di N63 Dun Piasau. DAP diwakili Alan Ling Sie Kiong (sumber: Twitter Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong). Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, pengiraan awal tidak rasmi menunjukkan DAP menang 11 kerusi daripada 15 kerusi yang ditandinginya, lapor MalaysiaKini. Azmin Ali di Twitternya, PKR Menang di DUN Batu Lintang dengan majoriti 2426. Melalui keputusan tidak rasmi PRN Sarawak ke 10, PR - 10, BN - 7 . Azmin Ali melalui Twitternya menyatakan Di DUN Batu Lintang, KEADILAN mendahului hampir 600 undi setelah 4 saluran dikira. KEADILAN mendahului dengan lebih 300 undi di DUN Tarat.KEADILAN menang satu lagi kerusi DUN Ba'Kelalan melalui Baru Bian. Keputusan terkini akan menyusul lagi.. |
| Panas!! Din Merican Nafi Dakwaan Raja Petra Posted: 15 Apr 2011 11:00 PM PDT KUALA LUMPUR - Penulis blog, Din Merican menafikan dakwaan Raja Petra Kamaruddin bahawa beliau merupakan individu yang terlibat dalam memberi maklumat mengenai pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibu. Dalam satu laporan portal berbahasa Inggeris hari ini, Din Merican melahirkan rasa terkejutnya dengan dakwaan Raja Petra, yang disiarkan melalui satu temubual dengan TV3 semalam. Melalui temubual dengan pengarang Kumpulan Tv3, Datuk Ashraf Abdullah, Raja Petra mendakwa beliau membuat akuan bersumpah yang mengaitkan Perdana Menteri, Najib Razak dengan kes pembunuhan Altantuya berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu. Ia katanya bertujuan menyekat Najib menjadi perdana menteri. Selain Din Merican, Raja Petra menamakan Nik Azmi Nik Daud dan dan John Pang sebagai individu terbabit. Raja Petra, yang juga dipanggil sebagai RPK atau Pet, merupakan pemilik laman web Malaysia Today dan sebelum ini dikenali sebagai penulis blog kontroversi yang gemar mensensasikan isu-isu politik. Din berkata, beliau tidak pernah menjadi sebahagian daripada pasukan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melakukan perancangan atau strategi mengaitkan Najib dalam kes pembunuhan itu. "Saya merupakan sebahagian pasukan Tan Sri Khalid Ibrahim, bukan Anwar. Dan pada masa itu, rakyat bosan Pak Lah (bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi). "Ia tiada apa-apa kaitan dengan cuba menghentikan Najib daripada menggantikan Pak Lah. Juga , saya tidak pernah melibatkan Najib. Dalam blog saya, saya fokus mengenai isu-isu, bukan tuduhan-tuduhan tak berasas," katanya. Sementara itu, Anwar pula dalam jawapannya di Twitter, apabila diajukan mengenai isu itu berkata, dakwaan Raja Petra itu dilakukan ketika menjelang hari pengundian bagi Pilihan Raya Sarawak. "Pilihan Raya Sarawak," respon Anwar, selepas seorang pengguna twitter bernama sivamsubang, mengaitkan dakwaan RPK itu sebagai satu lagi fitnah terhadap Pakatan Rakyat./KD |
| PRN Sarawak : Panas!! Be End Beli Undi Tuai Rumah RM 6,000 Posted: 15 Apr 2011 09:00 PM PDT KUCHING - Gelombang kebangkitan rakyat mendorong pihak tertentu membeli undi RM6,000 setiap tuai rumah dan lebih RM1,000 setiap pengundi, kata pimpinan KEADILAN Sarawak, Granda Aing. Pada sidang media di Hotel Grand Continental hari ini, beliau mendedahkan, laporan diterima secara langsung daripada tuai rumah."Ia berlaku di seluruh Sarawak sekarang ini. Kamu sendiri boleh agak, siapa yang memberikannya," kata Granda yang menyelia dan memantau kerusi majoriti Bidayuh bagi pilihan raya negeri Sarawak ke-10. Pengarah Pilihan raya KEADILAN, Mohamad Azmin Ali pula, berkata sambutan rakyat terhadap sangat positif. Beliau menasihatI jentera parti supaya tidak mudah selesa dengan keadaan itu dan meminta aktivis parti untuk mempergiat kerja parti dalam tempoh yang berbaki termasuk semasa proses pengundian dilaksanakan. "Kita wajib memastikan proses pengundian berjalan lancar dan pengundi dapat keluar mengundi. Insya-Allah, jika perkara ini dapat dilakukan. saya yakin kita dapat suatu kedudukan yang cukup selesa," katanya./KD |
| PRN Sarawak : Be End Guna Kanak-Kanak Edar Risalah Fitnah Posted: 15 Apr 2011 07:00 PM PDT SATOK - Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin kesal dengan tindakan Barisan Nasional (BN) mengedar risalah kempen yang mengandungi fitnah jahat di kawasan masjid. Menurut Shamsul, beliau yang menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid dekat sini tengah hari tadi mendapati, risalah fitnah itu diedarkan oleh petugas BN termasuk kanak-kanak. "Kita (KEADILAN) mengenal pasti seorang petugas BN memakai topi BN sedang mengedar risalah kepada jemaah selepas solat Jumaat tadi. "Oleh kerana tiada petugas, mereka turut menggunakan kanak-kanak untuk mengedarkan risalah yang jelas mengandungi fitnah. "…Dan mereka kata (risalah itu) KEADILAN yang buat. Sebaliknya, saya katakan kepada mereka, jangan buat tuduhan, kalau ada bukti buat laporan polis," kata Shamsul menafikan risalah itu kepunyaan KEADILAN pada sidang media, hari ini. Risalah tersebut mengandungi tulisan 'Kecoh Pemilihan Cabang PKR 2010′, 'Tolak PKR demi keamanan dan keharmonian rakyat Sarawak'. Turut tertera, wajah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Shamsul menegaskan, kempen seumpama itu adalah taktik biasa yang diguna BN untuk menjatuhkan KEADILAN dan Pakatan Rakyat. BN juga menurutnya begitu terdesak sehingga terpaksa menggunakan institusi keagamaan di hari terakhir kempen. "Kita tidak edarkan risalah ini dan ia merupakan taktik biasa yang kita ketahui yang mana mereka menunjukkan seolah-olah KEADILAN dan Pakatan Rakyat yang anjurkan pengedaran risalah berkenaan. "Bagaimanapun biarlah pengundi yang buat penilaian," kata Shamsul. Lantaran itu, Shamsul menegaskan pendirian KEADILAN menolak politik jahat kerana ia memberi kesan buruk kepada individu malah parti. "Kita tetap teguh dengan pendirian kita untuk menolak pendekatan politik fitnah jahat yang merosakkan peribadi dan seumpamanya. "Sebab itu, kita memberi tumpuan kepada dasar serta pelaksanaan parti. Risalah-risalah yang diedar hampir saban hari dan yang terbaru (tadi), tiada sebarang cap daripada BN ataupun KEADILAN," jelas Shamsul. Senada dengan Shamsul, calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok yang juga Ketua AMK Negeri, Ahmad Nazib Johari turut kesal perbuatan tersebut. Kata beliau, BN sekarang amat tergugat sehingga sanggup menggunakan masjid untuk berceramah. "Kita dapati bacaan khutbah tadi banyak menyentuh berkenaan kempen perpaduan dan ia diakhiri dengan memperingatkan jemaah bahawa hujung minggu ini (esok) adalah hari mengundi. "Justeru, saya kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku sekarang apabila mimbar terpaksa diguna untuk mempertahankan kuasa," kata Ahmad Nazib. Seusai sidang media berkenaan, Shamsul, Ahmad Nazib dan jentera KEADILAN DUN Satok bersama-sama membakar risalah berkenaan sebagai tanda penolakan politik jahat Barisan Nasional./KD |
| Lelaki Letup Diri Di Masjid Ketika Solat Jumaat Posted: 15 Apr 2011 05:00 PM PDT JAKARTA - Seorang lelaki meletupkan diri dengan bom di badannya dalam sebuah masjid di kompleks polis daerah di Cirebon, Jawa Barat, mengakibatkan lebih 20 cedera termasuk Ketua Polis Daerah Cirebon. Polis berkata keadaan tubuh lelaki itu hancur akibat ledakan bahan letupan itu.Media tempatan memetik saksi-saksi sebagai berkata bahawa solat Jumaat hendak dimulakan, seorang lelaki berpakaian hitam yang berada di barisan ketiga dilihat membuka jaketnya dan bom itu terus meletup. Laporan Bernama Online menyebut, kebanyakan yang cedera itu terkena serpihan paku daripada bom itu. Seorang saksi, Ahmad Fauzan berkata, keadaan dalam Masjid At-Taqwa itu amat memgerikan sekali dengan ramai orang yang cedera dan berlumuran darah selepas kejadian itu. Polis belum mengenal pasti siapa pengebom itu atau motif serta sama ada dia mempunyai jaringan dengan mana-mana kumpulan. Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengutuk perbuatan itu. |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan