Addin |
- Selepas Tipu, 'Ustaz' UMNO Ugut Bunuh Pula..
- PRN Sarawak : Be End Bawa 'Sampah'..
- PRN Sarawak : Suasana Seperti P.Pinang Sebelum BN Tumbang
- UMNO BN Lepas Tangan Kes Kematian Sarbani
- Ahmad Sarbani Tidak Membunuh Diri
- Bakar Lembu Hidup-Hidup
Selepas Tipu, 'Ustaz' UMNO Ugut Bunuh Pula.. Posted: 13 Apr 2011 11:00 AM PDT KUALA LUMPUR - Pasangan suami isteri bergelar ustaz dan ustazah dan dari kalangan aktivis Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Kelantan, kini bertindak lebih melampau dengan melakukan ugutan bunuh kepada orang yang meminjamkan wang kepadanya. Ugutan tersebut dibuat untuk menakutkan orang yang meminjamkan wang kepadanya agar tidak terus menuntut hutangnya, sekali gus untuk menutup mulut individu terbabit supaya tidak menceritakan kejahatan mereka kepada orang lain termasuk kepada ibu bapa mereka. Seorang mangsanya, Ikwan Ariffin, 25, yang tinggal di Dungun, Terengganu ketika mendedahkan perkara itu berkata, ugutan tersebut sememangnya serius dan ia turut dialami oleh beliau sendiri ketika beliau menuntut hutangnya buat kesekian kalinya daripada mereka, 6 April lalu. Menurut beliau, kejadian tersebut berlaku di hadapan ibu kepada ustaz itu sendiri, setelah beliau sampai di rumah ibunya untuk bertanyakan sama ada ustaz tersebut datang ke rumah ibunya atau tidak.Katanya, ugutan tersebut dibuat menerusi telefon mudah alih, sebaik beliau menghubungi ustaz tersebut di hadapan ibunya untuk menuntut hutangnya sebanyak RM7,000 yang dipinjamkan sejak bulan Oktober tahun lalu. "Sejurus selepas ugutan itu dibuat dengan kata, "awak jangan mintak hutang awak lagi, aku tak ada wang nak bayar. Kalau kau terus mintak hutang kau tu, aku akan bunuh kau" datang pula sebuah kereta yang dinaiki dua orang lelaki berusia antara 40 ke 50 tahun. "Tak lama kemudian, datang pula seorang lelaki lain dengan menaiki motorsikal. Kedatangan mereka bertiga adalah untuk memukul saya," katanya ketika dihubungi, hari ini. Ikhwan yang datang ke rumah ibu kepada ustaz tersebut di Kota Baharu, Kelantan bersama adik dan seorang temannya bagaimanapun berjaya melepaskan diri dari ancaman ketiga-tiga lelaki itu dengan melarikan diri dengan keretanya. "Ketika itu waktu Maghrib. Kami bertiga terus melarikan diri dengan kereta menuju ke bandar Kota Bharu untuk mendirikan solat Maghrib tanpa dapat dikesan lagi oleh mereka," katanya.Ketika dalam perjalanan ke bandar Kota Bharu, beliau menerima panggilan telefon menerusi telefon mudah alihnya berkali-kali daripada ustaz tersebut dan tiga orang lelaki itu dengan ancaman keras untuk membunuhnya. Ancaman berkali-kali yang dibuat dengan nada suara keras dan marah itu juga turut menegaskan yang beliau pasti akan dicari oleh mereka walau di mana pun mereka berada secara berterusan, selagi beliau tidak dibunuh oleh mereka. "Saya benar-benar terancam dengan ugutan dan ancaman mereka itu. Ternyata, ia bukanlah sekadar ugutan dan ancaman, tetapi pasti akan benar-benar terjadi jika mereka dapat mengesani kami pada ketika itu," tegasnya. Menyedari hakikat itu, Ikhwan mengambil keputusan untuk membuat laporan polis bagi melindungi dirinya. Sebelum itu, selepas mendirikan solat Maghrib di sebuah masjid di bandar Kota Bharu, beliau terlebih dahulu mengunjungi ayah angkatnya di Lata Rek, Kubang Kerian untuk bermalam di rumahnya. Beliau membuat laporan polis di Balai Polis Laloh, Kuala Krai, jam 11.00 pagi keesokan harinya, 7 April, sebelum bertolak pulang ke kampungnya di Dungun.Disebabkan kejadian itu, Ikhwan kini mula tidak keruan dan hidup dalam ketakutan. Ustaz tersebut yang sebelum ini cukup dihormatinya kini telah bertukar menjadi orang yang memusuhinya, setelah beliau menolongnya begitu banyak termasuk meminjamkan wang kepadanya sebanyak itu. Menurut Ikhwan, sebelum kejadian itu berlaku, beliau terlebih dahulu telah menelefon ustaz tersebut jam 8.00 pagi, 6 April lalu dan dijawab oleh isteri kepada ustaz tersebut. Menerusi panggilan itu, beliau berpura-pura hendak membeli minyak Habbatus Sauda' yang dijual oleh mereka dengan jumlah yang agak banyak untuk mengetahui sama ada beliau mempunyai wang atau tidak. Beliau berpura-pura hendak membeli 100 botol minyak tersebut yang setiap sebotol berharga RM130.00 menjadikan jumlah keseluruhannya RM130,000. "Menerusi panggilan itu, isteri kepada ustaz itu sendiri mengaku mereka memang ada menyimpan stok sebanyak itu. Ini menunjukkan mereka sememangnya mempunyai wang, tetapi sengaja tidak mahu membayar hutangnya kepada saya. "Tetapi apabila beliau dapat mengesani suara saya, beliau terus memutarbelitkan kenyataan dengan mengatakan mereka sememangnya tidak mempunyai stok minyak itu sebanyak itu, tetapi hanya sekadar 10 botol sahaja," katanya. Disebabkan putarbelit itu, beliau terpanggil untuk menemui mereka bagi mendapatkan hutangnya kerana ustaz tersebut sebenarnya sememangnya mempunyai banyak wang. Tetapi sebelum ke rumah pasangan tersebut, Ikhwan terlebih dahulu ke rumah ibunya untuk mengetahui perkembangan mengenainya. "Ketika saya menelefonnya di hadapan ibunya, dia begitu marah kepada saya kerana menceritakan kejahatannya itu kepada ibunya. Beliau dan isterinya amat malu setelah kejahatan mereka diketahui ibunya memandangkan beliau orang yang faham dalam agama yang merupakan lulusan universiti Al-Azhar," katanya. Lanjutan itulah, jelas Ikhwan, yang membawa kepada ancaman bunuh daripada ustaz tersebut dengan dibantu tiga orang rakannya itu terhadap beliau. 11 April lalu, Harakahdaily atas tajuk "Awas Ustaz dan Ustazah Umno Kaki Tipu" telah melaporkan, sepasang suami isteri yang bergelar ustaz dan ustazah dan dari kalangan aktivis Pergerakan Pemuda dan Puteri Umno Kelantan, telah dikenal pasti sebagai kaki tipu, dengan menjalankan kegiatannya menerusi internet bagi memperdayakan orang ramai. Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan mereka agar tidak turut menjadi mangsanya, memandangkan mereka mempunyai pelbagai cara untuk memperdayakan orang ramai dengan memperalatkan ilmu yang dimilikinya dalam agama. Dalam laporan itu antara lain dinyatakan, Ikhwan sendiri telah menjadi mangsa mereka sehingga menyebabkan beliau kehilangan wang RM7,000 yang dipinjamkan secara berperingkat-peringkat pada 27, 29 dan 31 Oktober tahun lalu menerusi transaksi Maybank2u. Menurut beliau, ustaz dan ustazah tersebut yang dikenalinya menerusi online sejak tahun 2005 lalu mempunyai laman web tersendiri yang menyediakan ceramah agama dan perkhidmatan kaunseling kepada pelayar-pelayar internet. Menerusi laman web itu, pasangan yang berusia 35 tahun itu kini bukan sekadar menyampaikan ceramah agama dan memberikan perkhidmatan kaunseling menerusi internet, tetapi turut mempergunakan websitenya untuk menjalankan perniagaan lain iaitu berniaga minyak wangi, pelbagai ubat kecantikan dan baju dari Mesir. "Hasil dari penyelidikan saya, ternyata, pasangan itu adalah orang kuat Umno. Saya juga mendapat tahu, rumah yang diduduki oleh pasangan itu (kini) juga adalah kepunyaan Umno," jelas Ikhwan. Selain menipu dengan cara meminjam wang, pasangan tersebut turut menjual e-book Penghapus Saka kepada orang ramai dengan mengaku e-book itu adalah kepunyaan mereka, pada hal e-book itu sebenarnya adalah kepunyaan kawan Ikhwan sendiri. "Penipuan lain pula yang dilakukannya, mereka juga turut membuat satu website lain yang menjalankan usaha tarik duit. Website tarik duit itu dibuka oleh ustaz itu pada tahun 2007 lalu dan cukup aktif sekitar tahun 2008," jelas beliau yang mengakui berada "atas pagar" dalam politik ketika menghubungi Harakahdaily. "Menerusi website itu, ustaz tersebut melakukan penipuan dengan menjual ibu duit kepada orang ramai untuk digunakan dalam usaha menarik duit oleh mereka yang melakukan pekerjaan itu," ujar beliau./Hrkh |
PRN Sarawak : Be End Bawa 'Sampah'.. Posted: 13 Apr 2011 05:32 AM PDT KUALA LUMPUR - Tindakan Barisan Nasional membawa Ummi Hafilda Ali dan Ezam Mohd Nor berkempen ke Sarawak disifatkan sekadar membawa 'sampah' yang akan mengotorkan lagi suasana kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) itu. Demikian kata Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail, mengulas kehadiran dua 'boneka' tersebut bagi membantu jentera BN di Sarawak, menjelang hari pengundian 16 April ini. "Umno terpaksa upah 'sampah' Ezam dan Ummi yang akan membawa cerita lucah dan kotor untuk serang ketua pembangkang. Mereka (Umno) sepatutnya sedar rakyat Sarawak ingin mendengar hujahan berdasarkan fakta. "Saya berharap mereka berdua berhenti jadi alat dan boneka kepada Umno kerana ceramah dan cerita mereka tidak releven," kata Siti Aishah ketika dihubungi Keadilandaily.com. Aisyah berkata, BN semakin terdesak sehingga sanggup menggunakan taktik murahan bagi menarik simpati pengundi di Sarawak yang semakin muak dengan pentadbiran Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri. "BN sudah goyah dengan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR), itu yang menyebabkan mereka terpaksa bawa 'sampah-sampah' tersebut. "Contohnya semasa ceramah di Kampung Boyan baru-baru ini, rakyat sudah mual dengan ceramah Ezam, manakala ceramah Ummi pula pastinya menjurus kepada pendedahan yang tidak berkesudahan tetapi tidak pula mahu mendedahkannya," ujarnya. Sementara itu, Siti Aishah turut menyatakan kekesalannya dengan tindakan BN yang disifatkan beliau seperti mahu memperbodohkan rakyat Sarawak dengan fitnah mereka. "Rakyat Sarawak tidak bodoh, mereka semuanya celik politik yang mahukan perubahan seperti yang dibawa oleh Pakatan Rakyat," katanya./KD |
PRN Sarawak : Suasana Seperti P.Pinang Sebelum BN Tumbang Posted: 12 Apr 2011 11:00 PM PDT Suasana Sarawak kini umpama Pulau Pinang sebelum kerajaan Barisan Nasional tumbang pada 8 Mac 2008, kata Liew Chin Tong, ahli parlimen Bukit Bendera merangkap Setiausaha Jawatankuasa Pilihan Raya DAP. Bagaimanapun, beliau berkata DAP memerlukan sokongan Iban yang melebihi paras 30% untuk memenangi kesemua 15 kerusi DUN yang dipertandingkan.Hanya peralihan sokongan Iban kepada DAP akan meningkatkan peluangnya untuk memenangi 15 kerusi yang dipertandingkan, kata Liew Chin Tong ketika mengulas kenyataan SUPP bahawa seandainya DAP memenangi 15 kerusi yang dipertandingkan, maka kesemuanya dalah kawasan majoriti Cina. "Kami memerlukan sekurang-kurangnya 25% atau 30% undi Iban, barulah kami menaruh harapan untuk mengambil 15 kerusi. Malah di Sibu, seandainya kami tidak mempunyai lebih daripada 30% undi Iban, kami gagal menang keempat-empat DUN di bawah Sibu," ulas Liew Chin Tong. Menurut Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang juga calon DUN Bukit Assek, DAP memperolehi sokongan kira-kira 22% daripada pengundi Iban dalam PRK Sibu 2010, maka mereka masih memerlukan 8% untuk memenangi kesemua 15 kerusi. Ahli parlimen Sibu ini berkata, mereka mendapat sambutan yang agak baik dari kawasan orang asli, jadi tidak menolak kemungkinan bahawa sokongan terhadap DAP akan meningkat. Sokongan Iban untuk PKR juga meningkat Seandainya DAP mampu meningkatkan sokongan Iban kepada 30% atau lebih, maka undi kepada PKR berkemungkinan lebih daripada DAP. "Jikalau DAP mampu mendapat 30% undi Iban, maka DAP bukan hanya menang di kawasan Cina. Dan kerusi lain BN juga akan tumbang. Dengan kata lain, penafian dua pertiga atau membentuk kerajaan baru di Sarawak menjadi sesuatu yang mungkin," kata Liew Chin Tong.Liew (gambar kanan) menambah, tempoh kempen PRN kini memasuki hari keenam, dan suasananya seolah-olah Pulau Pinang sebelum tsunami politik melanda pada 8 Mac 2008. Pada ketika itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Koh Tsu Koon tidak tahu untuk melantik siapa sebagai penggantinya, dan keadaan inilah yang sedang dihadapi Taib Mahmud sekarang. Beliau berkata, Taib tidak tahu bagaimana untuk berundur, gagal menentukan penggantinya, malah tidak menentukan masanya walaupun digesa Perdana Menteri. Jadi, PR perlu menafikan majoriti dua pertiga atau menumbangkan BN, barulah Taib Mahmud boleh berundur dari jawatannya. Selain itu, ketika ditanya isu Baru Bian sebagai Ketua Menteri seandainya PR menang dalam PRN Sarawak, Wong Ho Leng berkata, rancangan mereka kekal, iaitu Baru Bian tetap calon utama seandainya PR berjaya membentuk kerajaan negeri. Namun demikian, Baru Bian perlu juga menang di kawasan DUN Ba'kelalan. "Jikapun kami (DAP) menang 15 kerusi, kita masih memerlukan 21 kerusi lagi. Jika DAP mendapat 15 kerusi, PKR 15, kami masih memerlukan enam kerusi dari PAS. Namun kemungkinan ini rendah." Wong berkata PKR perlu memenangi kerusi yang lebih daripada DAP untuk Baru Bian menjadi Ketua Menteri. Bagaimanapun, beliau enggan menyebut "mustahil", sekadar berkata, "Kami telah bersedia." SUPP cuba raih undi simpati Wong Ho Leng seterusnya berkata, SUPP sendiri mengakui bahawa keadaan mereka semakin meruncing, melalui iklan yang dimainkan. Wong berkata SUPP kini cuba meraih undi simpati daripada khalayak umum, termasuk menangis ketika berucap.Wong (gambar kiri) cuba menenangkan orang Cina bahawa hak mereka tidak tergugat, walaupun calon SUPP kecundang. Beliau mengambil contoh bagaimana negeri Perak yang sebelum ini dimenangi DAP di 18 kawasan Cina. Akhirnya, tujuh EXCO keturunan Cina dilantik dalam kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Selepas rampasan kuasa berlaku, MCA-BN yang hanya memenangi satu kerusi dijadikan EXCO keturunan Cina yang tunggal dalam kerajaan negeri BN di Perak. Dasar yang mesra kepada komuniti Cina sebelum ini tidak terjejas, kerana BN sedar bahawa komuniti Cina adalah kingmaker./MR |
UMNO BN Lepas Tangan Kes Kematian Sarbani Posted: 12 Apr 2011 09:00 PM PDT Parti Keadilan Rakyat Selangor memandang serius sifat lembab dan lepas tangan Kerajaan Pusat pimpinan UMNO didalam menguruskan kes kematian Timbalan Pengarah Kastam Selangor Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed yang didakwa dibunuh oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Berbeza dengan sikap proaktif Kerajaan UMNO / BN dalam menyiasat isu video lucah sehingga ke tahap sanggup mencadangkan Suruhanjaya Penyiasatan Diraja (RCI), kelembapan kerajaan UMNO / BN ini terhadap Allahyarham Ahmad Sarbani telah menyedarkan rakyat Melayu dan di Selangor khususnya bahawa UMNO dan BN lebih berminat kepada menyiasat adegan lucah daripada isu yang melibatkan kepentingan awam. Dalam nada yang sama, rakyat sedar bahawa Pakatan Rakyat (PR) bukan sahaja memperjuangkan kes pembunuhan Teoh Beng Hock yang berketurunan Cina, namun PR turut memperjuangkan pembunuhan Sdr. Ahmad Sarbani yang berketurunan Melayu. Tindakan awal Angkatan Muda Keadilan contohnya dengan melawat hospital dan turut mengusung jenazah membuktikan tekad dan komitmen kami terhadap keadilan. PR tegas menyatakan pendirian bahawa badan-badan berkanun yang mempunyai kuasa soal-selidik, kuasa penyiasatan dan pendakwaan seperti SPRM dan juga Polis hendaklah dikawal kuasa mereka dengan batasan undang-undang, logika dan kemanusiaan. Perlaksanaan undang-undang gila tanpa kawalan dan tanpa nilai kemanusiaan bukan sahaja tidak akan mendapat sokongan rakyat malah akan disalahguna sepertimana yang dilakukan skuad polis rahsia Gestapo Nazi yang akhirnya menyaksikan rakyat dibelasah, diculik dan akhirnya dibunuh. Sikap Menteri seperti Nazri Aziz yang diam seribu bahasa apabila diajukan persoalan mengapa pula tiada RCI didalam kes ini dan juga kes-kes seperti Altaantuyaa Shaaribuu dan kes khalwat di Port Dickson (yang melibatkan pimpinan tertinggi Negara) akan memperkukuhkan lagi tanggapan rakyat bahawa UMNO / BN hanya berminat terhadap isu yang melanjutkan jangka hayatnya; dan bukannya kes-kes yang sememangnya berkepentingan rakyat. Sekiranya kerajaan UMNO / BN bersetuju menubuhkan RCI yang berkuasa penuh menyiasat SPRM dan kaedah interogasi berbekalkan kes Sdr Ahmad Sarbani dan Teoh Beng Hock maka sekurang-kurangnya akan wujud prosedur-prosedur yang diubah supaya lebih selamat dan bertindak menjadikan badan-badan seperti PDRM dan SPRM menjadi badan yang lebih senang didampingi rakyat. PKR Selangor kini masih menunggu tindakbalas Peguam Negara (yang selama ini mendakwa dirinya bebas daripada pengaruh UMNO / BN) untuk mengeluarkan perintah tahanan dan dakwaan terhadap Datuk T, yang sememangnya bersalah menyiarkan adegan lucah kepada awam menurut undang-undang negara. UMNO / BN hanya penipu berskala global apabila kononya memperjuangkan nasib Islam dan Melayu dan tindakan menyisihkan kematian Sdr. Ahmad Sarbani memperkukuhkan dakwaan itu. PKR Selangor mengajak rakyat agar bersatu hati dengan pimpinan PR yang konsisten memperjuangkan keadilan untuk rakyat daripada mereka yang rakus dan gila kuasa. Rakyat sedang melihat permainan pimpinan kerajaan UMNO / BN dalam isu kematian terbaru ini. Harapan kita semoga ia membuka mata rakyat akan kezaliman sepanjang masa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dulu, kini selamanya penipu dan penipuan ini mesti dihentikan segera./KD |
Ahmad Sarbani Tidak Membunuh Diri Posted: 12 Apr 2011 07:00 PM PDT Polis telah diberikan beberapa maklumat yang dipercayai dapat membantu siasatan terhadap punca kematian penolong pengarah Kastam Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan di Jalan Cochrane, Kuala Lumpur 6 April lepas. "…terdapat beberapa perkembangan baru yang berkaitan dengan kematian Allahyarham khususnya terdapatnya klu dan keterangan bahawa kemungkinan besar Allahyarham tidak membunuh diri," kata Ghazali Mohd Ramli, peguam yang mewakili keluarga Ahmad Sarbaini Mohamed. Ahmad Sarbaini, 55, yang dijumpai mati di kawasan bangunan pejabat SPRM adalah seorang daripada 62 pegawai kastam yang menjadi tumpuan Operasi 3B kendalian SPRM dan beberapa agensi kerajaan yang lain berhubung kegiatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram. Bercakap pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, Ghazali berkata beberapa klu dan keterangan daripada orang perseorangan itu telah diserah kepada polis Ahad lepas. Beliau berkata berdasarkan daripada maklumat dan klu yang diserahkan kepada polis itu terdapat percanggahan dengan apa yang telah dinyatakan oleh SPRM. "Polis sedang menyiasat dengan mendalam dan pihak keluarga memberi penuh kepercayaan kepada polis…keluarga Allahyarham kini tenang selepas menerima petunjuk-petunjuk baru itu dan mendoakan kebenaran akan terserlah," katanya. Ghazali berharap semua pihak akan berhenti membuat pelbagai spekulasi berhubung punca kematian Ahmad Sarbaini sehingga selesai siasatan polis. "Pihak kami memberi sepenuh kepercayaan kepada PDRM untuk menyiasat punca kematian Allahyarham dengan menentukan fakta yang sebenar dan seterusnya membawa individu yang bertanggungjawab ke atas kematian Allahyarham ke muka pengadilan sekiranya ada pihak lain yang terbabit," katanya. Ghazali yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Allahyarham berkata selain itu, semua pihak terutama media juga diharap tidak meneruskan laporan yang memberi gambaran seolah-olah Allahyarham terlibat dengan rasuah dan hidup dalam kemewahan serta mempunyai banyak aset. "Harta yang dimiliki Allahyarham adalah harta yang biasa dimiliki oleh kakitangan awam…isteri Allahyarham bekerja sebagai penyelia di sebuah syarikat multinasional," katanya. Beliau berkata laporan bahawa Allahyarham mempunyai tiga buah kereta memberi gambaran tidak berasas kerana kereta yang dimilikinya hanyalah sebuah kereta Kancil yang dibeli pada 2001, sebuah Honda CRV terpakai yang dibeli pada 2004 dan Proton Pesona yang dibeli beberapa bulan lepas. Ghazali turut menyenaraikan tiga rumah milik keluarga Allahyarham iaitu dua apartment berharga kira-kira RM65,000 dan RM68,000 serta sebuah rumah berkembar berharga RM230,000, kesemuanya di Selangor. Beliau berkata selepas ditahan oleh SPRM pada 1 April lepas atas alasan membantu siasatan rasuah dan aktiviti pengubahan wang haram dan dibebaskan keesokannya, Ahmad Sarbaini dipanggil semula ke pejabat SPRM pada Isnin dan Selasa. Ditanya sama ada Ahmad Sarbaini turut dipanggil semula pada hari Rabu kerana laporan akhbar menyatakan beliau pergi secara sukarela, Ghazali berkata perkara itu masih disiasat polis. Sementara itu, lewat petang tadi, pegawai-pegawai kastam mengambil pendirian kelihatan mengalah dalam kontroversi berkaitan kematian Ahmad Sarbaini Mohamed – hari ini mereka bersetuju dengan SPRM agar membiarkan siasatan dijalankan tanpa sebarang gangguan. Pada satu sidang media bersama selepas pertemuan selama dua jam di sini hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abu Kassim Mohamed berkata, biar polis dan siasatan dalamannya "meneruskan siasatan secara profesional." "Kami semua bersetuju agar pihak berkuasa melakukan kerja mereka dan mencari kebenaran," kata beliau pada sidang media bersama Presiden Kesatuan Pegawai-pegawai Kastam Semenanjung, Ibrahim Ahmad./KD |
Posted: 12 Apr 2011 05:00 PM PDT Kejam!.anda saksikan sendiri bagaimana manusia-manusia jahat ini menyeksa binatang. Tanduk lembu tersebut diikat dengan bebola api atau batang dan dibakar. Kemudian ia diikat pada sebatang tiang supaya tidak boleh lari. Selepas dibakar haiwan itu akan dilepaskan. Bayangkan azab yang ditanggung oleh haiwan itu. Perhatikan juga mata haiwan itu yang hampir buta dan hidung berdarah akibat kepanasan di dalam kepala. Malah ada yang mati/MSN |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan