Addin |
- PRN Sarawak : Be End Terdesak, Ceramah Anwar Di Ganggu Lagi
- PRN Sarawak : (Video) Rakyat Sarawak Di Zalimi Be End
- TVSelangor Kena Godam Lagi..
- PRN Sarawak : Penduduk Miri Bersedia 'Ubah Sarawak'
PRN Sarawak : Be End Terdesak, Ceramah Anwar Di Ganggu Lagi Posted: 09 Apr 2011 10:57 AM PDT BATU NIAH: Buat pertama kalinya selepas Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, program ramah mesra bersama pengundi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim diganggu pihak polis. Kejadian berlaku di Medan Selera Ngu dekat pekan Batu Niah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N60 Kemena. Gangguan polis yang masuk kali keempat setakat ini terhadap Anwar di negeri itu akhirnya dileraikan selepas campur tangan pimpinan KEADILAN termasuk Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam. Polis kemudiannya membenarkan ucapan Ketua Umum KEADILAN itu diteruskan. Sebelum ini, polis melakukan perkara yang sama pada tiga program yang dihadiri Anwar di Betong, di DUN Semariang dan Satok minggu lalu. Dalam ucapannya, Anwar mengingatkan penduduk Sarawak untuk melakukan perubahan secara aman. "Saya datang ke mari bukannya nak cari gaduh. Tak mengapa, kita dah biasa dengan perkara begini," kata Anwar merujuk kepada gangguan polis yang menimbulkan ketegangan. "Nanti kalau kita perintah, gaji dan elaun polis pun kita naikkan," kata Anwar disambut tepukan gemuruh kira-kira 1000 hadirin. Terdahulu, Anwar singgah ke beberapa pekan kecil termasuk Batu Niah dan pekan Sepupok di sepanjang perjalanan menuju ke Bintulu untuk bertemu pengundi. Beliau memperkenalkan calon-calon KEADILAN mewakili DUN Kemena, Bernard Bina Bayang dan Ishak Mahwi bagi DUN N61 Bekenu. Turut hadir dalam program ramah mesra bersama pengundi ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai,Chan Ming Kai dan Adun Kuala Kurau, Yunus Jamhari./KD |
PRN Sarawak : (Video) Rakyat Sarawak Di Zalimi Be End Posted: 09 Apr 2011 04:00 AM PDT |
Posted: 09 Apr 2011 02:00 AM PDT SHAH ALAM: Laman sesawang Kerajaan Negeri Selangor, TV Selangor sekali lagi digodam hari ini. Penolong Pengurus, Penerbitan Kreatif TV Selangor, Nik Ahmad Nik Mohamad Daud berkata, laman mereka disedari digodam kira-kira jam 9 pagi ini dan pihaknya telah menutupnya sementara waktu sehingga dibaik pulih. Laman TV Selangor dipercayai digodam pagi tadi. Laman kami telah ditampal dengan kata-kata lucah dan berita-berita palsu. "Ini kali kedua laman kami diserang. Kali terakhir adalah pada 31 Mac lalu," katanya lapor Malaysiakini. Menurut Nik Ahmad, kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan tetapi tidak dapat memberi kepastian bila keadaan akan kembali sedia kala. TV Selangor adalah saluran televisyen milik Kerajaan Negeri Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat. Ia mula beroperasi pada tahun 2008 selepas Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar.TV Selangor diwujudkan kerana mendakwa kerajaan persekutuan yang ditadbir oleh Barisan Nasional (BN) tidak memberi peluang kepada kerajaan Selangor yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat untuk menggunakan media miliknya seperti RTM bagi menyebarkan maklumat kepada rakyat Selangor. Ia adalah stesen milik penuh kerajaan Selangor. Namun, siarannaya hanya boleh ditonton menerusi internet kerana kerajaan Persekutuan tidak memberi lesen penyiaran kepada TV Selangor untuk memancarkan siaran menerusi gelombang UHF/VHF ataupun menerusi satelit di Selangor./KD |
PRN Sarawak : Penduduk Miri Bersedia 'Ubah Sarawak' Posted: 08 Apr 2011 09:10 PM PDT MIRI: Kira-kira 10,000 penduduk setempat menunjukkan semangat untuk berubah apabila mereka beramai-ramai hadir ceramah perdana yang dihadiri pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuching Waterfront, Miri, malam tadi. Program ceramah itu adalah yang terbesar diadakan Pakatan Rakyat bagi zon Sarawak Tengah. "Kita mahu memberi isyarat kepada Barisan Nasional bahawa rakyat Sarawak di Miri mahukan perubahan. Sarawak ini negeri kita. Kita yang akan tentukan apa yang perlu dibuat, bukan Najib atau Rosmah, kata Ketua Umum KEADILAN itu, malam tadi. Selain Anwar, pemimpin lain yang hadir ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution dan Ketua Pemuda DAPSY, Anthony Loke.Terdahulu, Anwar berucap dalam ceramah kelompok di Taman Morsjaya, Taman Tunku Abdul Rahman dan Kampung Tunku Abd Rahman di sekitar daerah ini. Pada program itu, Anwar turut memperkenal calon-calon KEADILAN bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bekenu, Ishak Mahwi dan DUN Lambir, Zolhaidah Suboh. Beliau turut melancarkan manifesto Pakatan Rakyat di Taman Morsjaya yang dihadiri kira-kira 3,000 penduduk setempat. Dalam ucapannya, beliau meminta rakyat memilih Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Negeri Sarawak jika mahu menikmati 10 tawaran perubahan yang terkandung dalam manifesto Pakatan Rakyat Sarawak./KD |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan