Jumaat, 8 April 2011

Addin

Addin


PRN Sarawak : Sentimen 'Undur Taib' Kini Memuncak

Posted: 08 Apr 2011 06:30 AM PDT

Ketua Menteri Taib Mahmud didakwa telah menelan tanah yang luasnya bersamaan 20 kali ganda keluasan Singapura, dan beliau dicabar agar memuntahkan separuhnya untuk menunjukkan keikhlasannya kepada rakyat! Demikianlah cabaran Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dalam satu ceramah di Kota Sentosa, Kuching yang menarik kehadiran kira-kira 5,000 orang, semalam.

Lim Kit Siang disambut dengan tepukan gemuruh setibanya di Kota Sentosa, dan beliau memulakan ceramahnya dengan melontarkan soalan, "Sudahkah rakyat bersedia untuk perubahan?", disambut dengan teriakan, "Ya!" Taib Mahmud, atau lebih dikenali sebagai "Pak Uban" dijadikan sasaran sepanjang kempen PRN Sarawak, dan isu ini mendapat sambutan yang hangat terutamanya di kalangan komuniti Cina. 
Lim Kit Siang memetik Sarawak Report bahawa Taib Mahmud dan kerabatnya telah menelan tanah yang luasnya kira-kira 20 kali ganda keluasan Singapura, dan Taib dicabar agar memuntahkan separuh daripadanya, untuk membuktikan keikhlasannya terhadap rakyat.Antara isu yang dibangkitkan termasuklah kematian Penolong Pengarah Kastam Ahmad Sarbani, klip video seks yang diedarkan "Datuk T", keselamatan dan sebagainya - untuk membidas bagaimana kerajaan mengamalkan double standard dalam pentadbiran.

Beliau berkata, tsunami politik pada 8 Mac 2008 bermula dari "angin kencang" di PRN Sarawak 2006; seandainya rakyat Sarawak berjaya mencetuskan tsunami kali kedua, maka PRU yang akan datang bakal menyaksikan bagaimana Najib menyandang jawatan Ketua Pembangkang Parlimen, dan Ketua Pembangkang Parlimen sekarang, Anwar Ibrahim akan mengambil alih jawatan Perdana Menteri.

Kata-katanya ini disambut dengan tepukan gemuruh di bawah pentas. Selain itu, Voon Lee Shan yang tersingkir dari senarai calon DAP turut hadir untuk memberi sokongan, dan disambut dengan tepukan gemuruh oleh pengundi./MR

PAS Akan Perjuangkan Keadilan Buat Allahyarham Sarbani

Posted: 08 Apr 2011 04:15 AM PDT

PAS akan memperjuangkan keadilan terhadap kematian pegawai Kastam Selangor, Allahyarham Ahmad Sarbani Mohamed, 56, hingga punca kematian tersebut didedahkan.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian ketika ditemui di Muara Tuang, mengulas isu kematian pegawai Kastam tersebut semasa berada di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam.


Katanya, satu siasatan komprehensif yang telus perlu dilakukan mengenalpasti punca kematian, dan yang paling penting adalah bagaimana kenyataan polis mengklasifikasikan kematian itu sebagai 'kematian mengejut'.
Ujarnya, polis perlu memberi penjelasan apakah yang dimaksudkan dengan kematian mengejut, sedangkan terdapat kecedaraan parah dikepala mangsa.

Malah, siasatan juga perlu tertumpu kepada bagaimana adanya dakwaan beberapa akhbar dan pihak tertentu Sarbini mati dan ditemui di tingkat satu bangunan SPRM Kuala Lumpur dekat Jalan Cochrane, katanya.Selain itu, terdapat laporan yang menyatakan Sarbini juga murung selepas siasatan SPRM, justeru bagi Mahfuz siasatan juga perlu meneliti aspek bagaimana kemurungan itu berlaku ke atas mangsa.
"Apakah punca kemurungan itu, dan bagaimana dia boleh murung," katanya.

KPI Najib lemah

Dalam pada itu, Mahfuz juga menyelar ketidakcekapan dan KPI menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbirannya hingga menyebabkan kehilangan wang yang begitu banyak di petringkat kastam.
Malah lebih malang, bukan setakat kehilangan wang, ianya juga menyebabkan kehilangan nyawa seorang penjawat awam yang sedang menghadapi siasatan oleh SPRM, katanya.

Dalam isu ini, Menteri Kewangan sebenarnya menunjukkan KPI yang sangat lemah dan tidak menepati apa yang telah digariskan sebelum ini terhadap kementerian-kementerian lain, katanya. Mahfuz akan mencadangkan satu Jawatankuasa Bebas dengan memanggil pihak-pihak yang berwibawa, bebas dan memiliki kepakaran dalam kes-kes sebegini untuk menjalankan penyiasatan awam.

PAS juga bersedia membawa pasukan guaman kepada keluarga mangsa bagi memperjuangkan kes kematian ini agar keluarga mangsa mendapat keadilan yang sebenar, katanya./Hrkh


Majalah Lucah Di Sebar Di Sekolah

Posted: 08 Apr 2011 01:00 AM PDT

Tidak puas menyebar komik lucah bertajuk 'Kisah Juara Raja Lawak' 'Kisah Seorang Sifu Teragung Di Abad Ini. Mentor 5 Bersama Berganding Bahu Mengejar Impian Yang Satu, Tunjuk Ajarku Sifu' daripada seorang guru Sekolah Kebangsaan Meru di Persiaran Hamzah, Kapar pagi tadi. bagi mengaibkan pimpinan Pakatan Rakyat, pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) terus memainkan sentimen politik lucah, kali ini dengan menyebarkan majalah porno di sekolah. Hal itu disedari Ketua Biro Pendidikan PKR, Abbas Awang yang menerima majalah porno berjudul

Abbas turut berkata, majalah 16 halaman itu penuh dengan gambar bogel yang melibatkan pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diubah suai. "Majalah itu penuh gambar bogel yang menjijikkan. Gambar lelaki tersebut diubah suai dengan gambar kepala Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menggunakan badan orang lain," katanya ketika dalam perjalanan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, jam 6.30 petang ini.

Mengulas lanjut, beliau kesal dengan tindakan individu yang tidak bertanggungjawab itu dan menyuarakan kebimbangannya berikutan majalah porno itu turut diedar ke sekolah dan dikhuatiri jatuh ke tangan murid. "Kita bimbang sekiranya majalah itu diterima pelajar sekolah dan tidak mustahil akan banyak lagi masalah sosial remaja. Perkara ini perlu dibanteras secepat mungkin memandangkan sudah menular ke sekolah," katanya.Akhir Mac lalu, komik Kisah Raja Lawak itu dikesan tersebar di sekitar Lembah Pantai dan laporan polis sudah dibuat Ahli Parlimennya, Nurul Izzah Anwar tetapi sehingga kini tiada tangkapan dibuat.

Komik lucah itu menjadi rentetan peristiwa politik tanah air selepas rakyat digemparkan dengan tayangan video fitnah yang didalangi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN). Sebelum ini, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa pengedaran komik 'Kisah Juara Raja Lawak' itu memaparkan karikatur lucah mengaibkan Ketua Pembangkang tersebut adalah didalangi Umno Bahagian Shah Alam.

Komik setebal 16 muka surat itu mengandungi karikatur dan gambar teknik 'super impose' lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks termasuk mengaitkan dengan bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Jantung Bayi Di Luar Badan

Posted: 07 Apr 2011 10:00 PM PDT

Sukar dipercayai apabila seorang bayi lelaki comel dilahirkan dalam keadaan organ jantungnya terletak di luar tubuhnya sendiri. Itulah takdir Koh Jun Hao yang kini berusia 14 hari apabila organ jantungnya terletak di dada, bukan di dalam tubuh sebagaimana kebiasaan. Lebih menyayatkan hati, bayi berkenaan memerlukan 20 kali pembedahan bagi membolehkan jantungnya itu ditutup dengan kulit tiruan. Bapanya, Koh Guan Siang, 33,berkata, anak keempatnya itu dijadualkan menjalani pembedahan pertama bulan ini di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Meskipun segala perbelanjaan untuk pembedahan menggunakan tabung bantuan perubatan HKL namun menurut Guan Siang, banyak kos lain yang perlu ditanggungnya. Menurutnya, rawatan susulan Jun Hao terutama bagi kos susu khas dan ubat-ubatan yang perlu dimakan setiap hari amat tinggi. Beliau menganggarkan kos itu kira-kira RM3,000 sebulan yang terpaksa ditanggung olehnya semasa bayinya itu dirawat di HKL./MSN

Video Seks Fitnah Tetap Tidak Boleh Jadi Bukti

Posted: 07 Apr 2011 08:00 PM PDT

KUALA LUMPUR, 8 April — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berpendirian tegas rakaman video aksi seks, didedahkan bulan lalu oleh "Datuk T" yang didakwa melibatkan pemimpin politik kanan, tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah. Sehubungan itu kata beliau, pandangan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Zainol Rijal Abu Bakar kelmarin tidak tepat dan boleh mengelirukan orang ramai khususnya umat Islam. "Apa yang dikatakan oleh Presiden PPMM tidak selari dengan Islam dan tidak betul langsung," kata beliau dalam satu kenyataan.


Mufti Perlis berkata, pembuktian dalam rakaman video seks itu tidak boleh digunakan di mahkamah syariah melainkan tertuduh sendiri mengaku ataupun tuduhan dibuat dengan menghadirkan empat saksi "hidup, lelaki Islam yang bersifat adil dan mereka melihat jenayah itu berlaku." "Ia umpama cincin masuk jari," kata Juanda merujuk kepada keperluan dan syarat membawa kes berkenaan ke mahkamah syariah.

Kata beliau, surah 24 al-Nur; ayat 4-5 adalah nas qat'ie atau muktamad yang tidak boleh dilanggar berkaitan dengan hukuman penuduh pelakuan zina yang mesti cukup empat saksi dan hukuman qazaf dikenakan ke atas penuduh yang tidak cukup "syarat empat saksi." "Ada pun gambar, klip yang samar-samar, tetapi tidak boleh dijadikan bukti di mahkamah syariah," katanya lagi sambil berkata, sebagaimana beratnya satu tuduhan, begitu juga soal pembuktian juga amat berat."

Katanya, sebagaimana adanya elemen peruntukan "keraguan" yang boleh menentukan keputusan sesuatu kes, Islam juga menekankan soal kredibiliti saksi. "Dalam undang-undang konvensional jika ada sedikit keraguan, ia akan ditolak. Jadi, dalam Islam juga soal pembuktikan dititikberatkan," kata beliau lagi.

Katanya, kemungkinan rakaman video seks dan klip boleh digunakan di mahkamah konvensional tetapi bukan di mahkamah syariah. Juanda berkata, kenyataan yang bercanggah berkenaan soal pembuktian di bawah undang-undang syariah boleh menyebabkan rakyat yang mula memahami kepentingan perundangan Islam terkeliru.

"Saya tidak sangka buruk dengan PPMM, tetapi sama ada laporan (media) tidak tepat atau disalah petik, saya tidak pasti tetapi jangan kita mengelirukan rakyat dengan memberi pandangan tidak tepat," katanya lagi. Dalam satu laporan akhbar tempatan, Zainol dipetik berkata, rakaman video aksi seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat boleh digunakan sebagai bahan bukti untuk mendakwa pelaku terbabit di mahkamah syariah.

Zainol berkata, ia dikategorikan sebagai bukti bayynah iaitu keterangan yang boleh diperoleh dalam pelbagai bentuk antaranya dokumen, percakapan dan video. Justeru kata beliau, klip video boleh dijadikan sebagai bahan bukti untuk mendakwa seseorang melakukan zina sekiranya pihak pendakwa tidak boleh membawa empat orang saksi lelaki.

Penolong Profesor Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Zulfakar Ramlee juga dipetik berkata rakaman video aksi seks itu boleh digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah syariah kerana sistem perundangan Islam di negara ini menggunakan hukum ta'zir.

Katanya, hukum itu meletakkan kuasa kepada pemerintah dalam menentukan hukuman kepada pesalah zina. Menurut Zulfakar, hukum ta'zir hanya memerlukan tahap pembuktian yang rendah iaitu melampaui syubhah munasabah, berbeza dengan hukum hudud.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohamad Isa Abd. Ralip berkata, rakaman video aksi seks itu boleh digunakan sebagai bahan bukti, tetapi ia harus mengikut prosedur iaitu hanya hakim, peguam serta pendakwa dibenarkan menontonnya./TMI


Khutbah Jumaat JAWI : Umat Islam Wajib Banteras Tayangan Lucah

Posted: 07 Apr 2011 07:00 PM PDT

KUALA LUMPUR: Umat Islam mesti menangani gejala 'filem' haram dengan mengelakkan diri dari terlibat memiliki dan menonton rakaman berunsur lucah serta memerangi pengedarannya. Demikian antara kandungan teks khutbah Jumaat esok berjudul 'Membanteras Filem Haram' yang diterbitkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi dalam laman rasminya di sini. "Usaha-usaha perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan bencana yang bakal menimpa umat Islam yang hidup bergelumang dengan dosa," tulis khutbah berkenaan.


Pada perenggan ke 22, khutbah itu membawa mesej 'menggalakkan tangkapan awam' apabila menyatakan umat Islam harus bekerjasama dengan memberi tindak balas kepada agensi yang menguat kuasa Akta Penapisan Filem 2002. Khutbah itu menyatakan akta itu berperanan menguat kuasa undang-undang bagi melindungi negara dan rakyat dari pengaruh buruk dan unsur negatif yang dipapar dalam filem berunsur lucah.

Mereka yang melanggar akta berkenaan, boleh dihukum penjara maksiumum lima tahun dan denda sehingga RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Khutbah itu mengingatkan, ia cuma hukuman dunia sedangkan hukuman di akhirat lebih dahsyat dan menggerunkan bagi mereka yang mengundang kemurkaan Allah SWT.

Ia juga mengingatkan umat Islam supaya tidak melepaskan tanggungjawab itu kepada kerajaan sahaja kerana ia adalah amanah Allah kepada rakyat sebagai khalifah di muka bumi. Berikutan penyebaran filem lucah yang berleluasa, khutbah itu turut menyatakan umat Islam hanyut dengan peredaran masa hingga lupa kepada Allah SWT dalam mengejar memewahan hidup dan keseronokan hiburan.

Ia menyatakan masalah itu mendatangkan krisis sosial, menyebabkan remaja terdedah kerana mereka kurang matang dan mahu mencuba sesuatu yang baru serta mudah terpedaya dan terpengaruh. Masalah sosial itu, mengikut khutbah itu, menggalakkan pergaulan bebas melalui paparan adegan lelaki dan perempuan tanpa batasan yang merangsang pelakuan zina, sekali gus memberi impilikasi buruk terhadap pembentukan generasi akan datang./KD

Tiada ulasan: