Sabtu, 2 April 2011

Addin

Addin


Bongkar!! Tangkap Segera Ketua Pengarah Kastam

Posted: 02 Apr 2011 06:00 PM PDT

Serbuan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPRM) bersama beberapa lagi agensi pengkuatkuasa terhadap seorang Pengarah Kastam di Pahang dan beberapa pegawai kastam untuk membantu siasatan yg dipercayai mereka telah menjalankan kegiatan 'Penggubahan Wang haram, Rasuah dan Menyalahguna kuasa dan kurang kutipan cukai yang sepatutnya dibayar sehingga merugikan kerajaan berbillion ringgit.'


Sebenarnya Ketua Pengarah Kastam, Dato Khalid dan lagi seorang Pengarah bernama Hj.Salleh harus disiasat kerana dikenal pasti kedua Pengarah Kastam atasan tersebut melakukan rasuah sehingga kaya raya dan menunggu masa pencen kerana saya yakin aset kedua pegawai tersebut lebih hebat daripada pengarah yang dicekup SPRM.

Sebagai warga Malaysia dan juga pembayar cukai, saya ingin mengingatkan pihak berkuasa, terutama SPRM jangan menjalankan 'OPS Tayang' atau serbuan 'Double Standard' kerana banyak artikel mengenai Ketua Pengarah Kastam telah dibongkarkan dengan maklumat yang diberi oleh Pegawai Kastam pencen yang disiarkan oleh Sabahkini.net dipercayai benar.

Di sini saya ambil kesempatan untuk bertanya SPRM adakah kes Kapal kargo yang di ekup oleh Polis Marin di Bintulu, Sarawak berapa tahun lepas dengan muatan minuman keras, rokok dan barangan bercukai dirampas bersama kapal atau dilepas kapal tersebut bersama barang dan tauke penyeludup hanya bayar kompaun dengan alasan yang diberi oleh Kastam kapal yang dicekup itu semua kargo untuk transhipment bukan mahu masuk ke perairan Bintulu oleh kerana kapal tersebut rosak. Cuba SPRM rujuk kembali kenyataan Jabatan Kastam terhadap kes tersebut.

Untuk makluman SPRM, ketika itu, jika tak silap saya, Dato Khalid ialah Pengarah Kastam Sarawak dan nama kapal yang dicekup itu ialah KPK. Pengarah Kastam Negeri yang menjadi kesayangan Ketua Pengarah ialah Hj Salleh. Beberapa tahun lalu, Hj.Salleh ialah Pengarah Kastam Labuan dan berjuta ringgit kerajaan telah rugi kerana kayu balak yang dibawa masuk ke Labuan oleh sebuah syarikat 'Anika Rotan' untuk transhipment dan disimpan di Asian Supply Base Yard.

Untuk pengetahuan SPRM, semua kayu balak 'under declare size' yang dikirim keluar dan document semua diatur oleh sebuah syarikat bernama 'Sillion Shipping'. Kita juga minta SPRM siasat kes tersebut kerana jangan hanya gemar menangkap ikan bilis tetapi melepaskan jerung.

Kedua pengarah tersebut hanya tunggu pencen kerana mereka sudah menjadi jutawan. Kami menggesa 'Special Task Force' yang ditubuhkan baru-baru ini; yang berjaya mencekup Pengarah Kastam Pahang agar membuka semula fail Kes Bintulu dan siasat Dato' Khalid dan Hj.Salleh kerana mereka telah merugikan negara dan memenuhkan poket mereka sendiri.

Saya juga meminta jasa baik SPRM agar memantau;

1. Pelabuhan Kota Kinabalu dan Sandakan kerana kontena rokok dan minuman keras ditarik masuk tanpa mengisytiharkan kontena tersebut mengandungi rokok atau minuman keras.

2. Rokok dan minuman keras juga dibawa masuk ke Sabah melalui Sipitang Dan Lawas.

3. Syarikat Utusan Trading dimiliki seorang Wanita yang lebih dikenali 'Tauke Niu' dan dua rakan kongsinya Lim atau 'Tua Pui' yang pernah dibuang daerah ke Sandakan oleh Pihak Polis. Manakala sebuah syarikat lagi bernama MU Trading. Ketiga syarikat tersebut telah bergabung untuk membekal semua minuman keras ke seluruh Sabah. Berpuluh ribu ringgit telah dibayar kepada Kastam, MOF, APPM setiap bulan dan jika ada serbuan oleh Jabatan Kastam hanya sebut dibeli dari Tauke Niu atau Kelly Tan; maka Pegawai Kastam macam jalan kawad "pusing belakang, cepat jalan " dan tiada sebarang tindakan. Kalau bukan daripada Tauke Niu, angkut semua barang naik kereta.

4. Setiap hari 3 hingga 4 Lori masuk pelabuhan Labuan dengan muatan minuman keras dan rokok untuk dimasuk ke dalam Feri Express secara halal. Alasan oleh Kastam Labuan; minuman dan rokok ada 'declare' dan untuk ke 'Duty Free' Limbang border. Bolehkah beratus karton minuman dan rokok 'declare' dan masuk feri penumpang setiap hari? Feri Express bawa penumpang atau kargo? Saya difahamkan Kastam Labuan minta RM18,000 sebulan daripada setiap Sindiket penyeludup. Duit yang diterima oleh pegawai Kastam Labuan akan dibagi dengan pegawai dari Ibu Pejabat Kuala Lumpur. Seorang penyeludup berkata, dia sudah berhenti kerana permintaan Kastam Labuan terlalu mahal dan di Kota Kinabalu minuman 'direct' ditarik oleh Tauke Niu, lagi murah. Sindiket di Kota Kinabalu yang tarik kontainer ialah kroni Ketua Pengarah Kastam. Ketua Pengarah Kastam sengaja menjaga ketat Labuan supaya penyeludup boleh masuk secara halal ke Kota Kinabalu dan Sarawak

5. Pegawai lain yang dalangi dan bersubahat akan kami bongkarkan identitinya dalam surat akan datang.

Salam hormat,

GRUP ANTI PENYELUDUPAN

Sabahkini


Kerajaan PR Selangor Catat Lebihan Pendapatan

Posted: 02 Apr 2011 07:00 AM PDT

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan kerajaan Selangor memperolehi lebihan pendapatan sebannyak RM 124.24 juta pada kewangan berakhir Disember 2010 justeru menolak dakwaan pembangkang bahawa Selangor mengalami defisit sebanyak RM250 juta pada tahun kewangan lepas. Menurut Tan Sri Khalid, Selangor berjaya mencatat lebihan pendapatan kerana kecekapan dan ketelusan Pakatan Rakyat menguruskan pentadbiran negeri.


"Jabatan Kewangan Negeri telah buat kira-kira dan telahpun dihantar ke audit bagi tempoh tahun kewangan Disember 2010 kita dapat lebihan RM 124.24 juta berbanding kekurangan RM65 juta pada tahun kewangan berakhir Disember 2009," jelas Khalid pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Jelas Tan Sri Khalid lagi pelbagai program kerajaan negeri seperti Program Merakyatkan Ekonomi Selangor dan tata kelola baik sehingga menarik minat pelabur dalam dan luar negara menjadikan Selangor antara penyumbang hasil tertinggi di negara ini.

Malah Khalid dengan gembira mengumumkan perolehan hasil negeri tahun lalu meingkat lebih 20 peratus. "Ini menjadikan hasil kutipan gabungan negeri berjumlah RM 732.25 juta, berbanding RM608.1 juta pada Disember 2009 iaitu peningkatan sebanyak 20.43 peratus," kata beliau.

Masalah Hutang Talam Corporation yang diselesaikan dengan bijak turut membantu pendapatan kerajaan negeri. Prestasi cemerlang tahun lalu menunjukkan potensi sebenar negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat ini.

"Hasil negeri pada tahun 2009 meningkat dan kalau kita tak ambil skim susun semula Hutang Talam, tetap dapat 120.9 peratus lebih dari anggaran tahunan 101.33 peratus. Secara perbandingan tanpa mengira hutang Talam hasil negeri meningkat sebanyak 14 peratus," terang Khalid./klt


Video Seks Fitnah : Ketua Polis Negara Ikut Rentak Be End

Posted: 02 Apr 2011 05:00 AM PDT

Pengumuman Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar bahawa video 'Datuk T' adalah tulen tidak sama sekali membuktikan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video itu. Demikian dinyatakan Naib Presiden KEADILAN, N Surendran, sebagai reaksi kepada pengumuman KPN hari ini bahawa video itu adalah tulen.

Surendran turut mempersoalkan mengapa KPN terburu-buru membuat pengumuman itu walau pun siasatan belum lagi lengkap. Malah, ia merupakan satu lagi usaha mengalih tumpuan (red herring) dan bersifat politik untuk memburukkan reputasi Anwar, kata Surendran.

"Perkara yang ingin diketahui orang ramai adalah mengapa polis dan Peguam Negara belum memulakan tindakan terhadap ketiga-tiga orang itu yang sudah membuat pengakuan bersalah memiliki dan menayangkan video lucah yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002?" tanya Surendran.

Beliau seterusnya menggesa KPN agar tidak mengikut rentak BN dan menjalankan siasatan secara adil, saksama dan profesional. "Kami menggesa KPN dan Peguam Negara menghentikan taktik melengah-lengahkan siasatan dan mengambil tindakan segera terhadap penjenayah sebenar dalam tayangan video itu," kata Surendran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail dalam sidang media tergempar di Pusat Latihan Polis (Pulapol) hari ini membuat pengumuman bahawa video seks yang ditayangkan kepada umum oleh trio 'Datuk T' adalah tulen. Namun, Ismail tidak pula mendedahkan siapa pelakon di dalam video itu./KD


Gempar!! Raksasa Melintas Jambatan Sdyney

Posted: 02 Apr 2011 02:00 AM PDT

SYDNEY - Sejumlah penduduk di sini berada dalam ketakutan selepas seekor raksasa dirakamkan di dalam kawasan perairan dekat sebuah jambatan di sini, lapor sebuah akhbar semalam. Menurut seorang pegawai polis, Harvey Edison, talian telefon di kebanyakan balai polis tempatan sesak dengan panggilan orang ramai yang memberitahu kewujudan makhluk ganjil itu kelmarin.


Menurutnya, laporan awal mengenai raksasa itu datang daripada orang ramai yang menaiki kapal pesiaran, feri dan bot di Pelabuhan Sydney. Edison berkata, semua rakaman video dan gambar yang menyiarkan kelibat raksasa itu kini dikaji oleh sekumpulan pakar bagi menentukan sama ada ia benar atau palsu.

Menurut satu kenyataan rasmi, sekumpulan pasukan yang melibatkan ahli biologi terkenal dan penyelam akan tiba di Sydney untuk menyiasat raksasa itu. Polis di negeri New South Wales turut membatalkan semua perkhidmatan feri dan pelayaran kapal pesiaran buat sementara waktu.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak belayar atau menaiki bot mewah di pelabuhan ini. Raksasa itu mempunyai leher yang panjang seperti kelibat raksasa di Loch Ness di Scotland./Agensi

 

Apa Rasionalnya Video Seks Palsu?

Posted: 01 Apr 2011 10:00 PM PDT

Ada satu cara mudah untuk mengetahui sama ada video porno 'Datuk T' yang memapar wajah mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim hanyalah tipu helah iaitu dengan memasuki akaun facebook Anwar sendiri. Dan, cari data entrinya pada saat video berkenaan dirakam iaitu antara 10.23 hingga 10.45 malam 21 Februari lalu. Saya dapati entri yang dibuat Anwar pada hari berkenaan ialah pada jam 10.40 pagi, 10. 49 malam, 10.50 malam, malah beliau menerima sembilan komen, 17 komen, lapan komen setiap satu entri.


Selepas itu, Anwar membuat tujuh entri lagi sehingga jam 11.28 malam. Fakta menunjukkan beliau sebenarnya menulis mesej di facebook sekali gus membuktikan Ketua Pembangkang itu tidak mungkin melakukan 'aksi' dalam video itu. Secara berseloroh, seperti yang dinyatakan Anwar pada sidang akhbar 21 Mac lalu: "Bagaimana beliau boleh melakukan aksi seks dan menaip di komputernya pada masa sama?"

Jelas, 'Datuk T' lalai dan terlupa untuk meneliti facebook Anwar sebelum melancarkan bahan pornonya itu. Jangka masa yang dipersoal. Pada tahap teknikal semata-mata, satu pertanyaan lain yang membingungkan ialah bagaimana terdapat begitu banyak aksi dalam tempoh 22 minit rakaman video itu?

Wartawan yang menonton mengatakan aksi persetubuhan berlangsung selama 17 minit. Ini bermakna, lima minit selebihnya adalah aksi normal yang perlu berlaku:

Aksi pra-seks:

Wajah mirip Anwar (Mr X) masuk ke bilik dengan konduktor memberi arahan kepada pelacur yang sudah sedia menunggu di situ. Konduktor itu meninggalkan bilik. Pasangan membuka pakaian.

Perempuan masuk ke bilik mandi dan mandi serta mengelap kering badan dengan tuala (bahagian membuka baju dan bilik mandi dalam video itu dilangkau 'Datuk T', tapi dia mengatakan wanita itu mandi).

Aksi selepas seks:

Mr X mengelap bahagian bawahnya dengan tisu dan masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri termasuk mencuci dan mengelap kering dengan tuala. Mr X keluar dari bilik mandi, berpakaian dan berjalan keluar dari bilik.

Jika seseorang mengira waktu yang sepatutnya bagi semua keperluan aksi itu, jumlah masanya akan jauh melebihi lima minit. Konflik jangka masa ini menjejaskan lagi kredibiliti klip video berkenaan.

Plot yang tidak masuk akal

Kata 'Datuk T', pelakuan seks itu berlaku di sebuah spa yang menyediakan seks di Kuala Lumpur. Siapa akan percaya, pemimpin seperti Anwar – selepas dihentam pelbagai bentuk penganiayaan politik yang kejam dan tidak adil selama 13 tahun lalu, malah dicap sebagai musuh nombor satu – akan memasuki lokasi seumpama itu pada waktu puncak dan mengadakan seks dengan seorang pelacur di tempat beliau hampir dikenali semua orang?

Tidakkah 'Datuk T' dan dalang-dalangnya melampaui imaginasi mereka jika mereka berfikir bahawa rakyat akan menelan saja cerita seperti itu? 'Datuk T' juga mendakwa Anwar menghantarnya ke bilik untuk mencari jamnya yang hilang. Jika Anwar melanggan pelacur dalam bilik itu, bukankah terlalu bodoh untuk menghantar seseorang ke bilik itu untuk mencari jam tangannya?

Siapa yang akan percaya, Anwar akan lebih menghargai jamnya, lebih daripada keluarganya sendiri, kerjaya politiknya dan nasib negara dan rakyatnya? Pemerintah selama ini tanpa kenal erti penat mahu menganiaya Anwar tetapi gagal menghasilkan sedikitpun bukti terhadap salah laku politik atau moral Anwar seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Jika Anwar tidak menunjukkan mana-mana kelemahan sedemikian, mengapa rakyat Malaysia harus mempercayai 'Datuk T' berbanding Anwar. Lebih-lebih lagi 'Datuk T' tidak mempamerkan 'apa-apa' langsung melainkan tindakan bodoh melakukan pembunuhan karakter yang memperlihat rancangan jahat tuan politiknya?/Kim Quek



Panas!! UMNO Shah Alam Buat Komik Lucah

Posted: 01 Apr 2011 08:00 PM PDT

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad mendakwa pengedaran komik 'Kisah Juara Raja Lawak' yang memaparkan karikatur lucah mengaibkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim didalangi Umno Bahagian Shah Alam. Komik setebal 16 muka surat itu mengandungi karikatur dan gambar teknik 'super impose' lucah berwarna selain jalan cerita menggambarkan Anwar yang diselubungi skandal seks termasuk mengaitkan dengan bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan.


Khalid berkata, beliau menerima aduan daripada pihak pengurusan sebuah kilang percetakan di Seksyen 23 di sini apabila timbunan komik tersebut dijumpai minggu lalu dikilang tersebut yang diletakkan oleh individu tidak dikenali. Khalid mendakwa, beliau didatangi pihak pengurusan tersebut membuat aduan menyatakan kebimbangan kerana komik itu sudah mula diedarkan kepada pekerja kilangnya oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

"Penyebaran komik lucah ini merupakan satu corak politik yang kotor dan lebih menjijikkan lagi, saya dapat maklumat ia didalangi Pemuda Umno Bahagian Shah Alam," katanya kepada pemberita dipejabatnya di sini hari ini.Sehubungan itu, Khalid menggesa Ketua Bahagian Umno Shah Alam Datuk Ahmad Nawawi Md Zin tampil mengutuk sekaligus menafikan dakwaan yang dilemparkannya.

"Kalau Umno punya maruah dan prinsip, mereka kena buat kutukan dan tolak dakwaan ini," katanya. Sehubungan itu, beliau berkata pihaknya akan membuat laporan polis tentang perkara ini di Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Seksyen 11 esok. "Saya akan buat laporan polis dan serahkan komik itu yang dianggap sebagai bahan lucah," katanya.

Pada 29 Mac lalu, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar membuat laporan polis terhadap komik yang sama di Balai Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur. Dalam laporannya, Nurul Izzah mendakwa pengedaran komik itu berniat jahat bagi menjatuhkan reputasi dan kredibiliti Anwar serta beliau sendiri sebagai anak sulungnya.

Sementara itu, Khalid turut menggesa agar individu 'Datuk Trio', Datuk Shazryl Eskay Abdullah ditahan dan didakwa kerana mengaku memiliki dan mengedar bahan lucah. Walaupun Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata rakaman video itu telah disahkan ketulenannya oleh pakar tempatan, namun Khalid berkata aspek itu tidak boleh mensabitkan Anwar sebagai individu didalam video itu.

Katanya, polis banyak memberikan kelonggaran dan keistimewaan berbanding kes pengedaran video lucah yang membabitkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek tiga tahun lalu. "Polis memberi amaran sesiapa yang melihat dan mengedarkan video lucah Soi Lek akan dikenakan undang-undang, dan ini berbeza dengan kes yang dihadapi Anwar sekarang. "Walaupun video in tulen, Eskay kena buktikan bersama saksi yang beliau hadir membawa Anwar ke hotel tersebut," katanya.