Addin |
- PRN Sarawak : Anwar Di Sambut Meriah, Polis Di 'Boo'..
- Bongkar!! Dato' SUK Sarawak Bersubahat Dengan Taib Mahmud?
- ADUN Be End Lenggeng Didenda RM20,000, 3 Tahun Penjara
- Transparency International - Projek Dan Wang Pada Pilihanraya Adalah Rasuah
- Anwar - Perangai Pemimpin Be End Sarawak Macam Penjajah
- Jenayah Fitnah, 'Whistleblower' Dan Kegilaan Peradaban Di Malaysia
| PRN Sarawak : Anwar Di Sambut Meriah, Polis Di 'Boo'.. Posted: 01 Apr 2011 05:00 PM PDT KUCHING: Walaupun dihalang, diganggu dan amaran diberikan polis, kehadiran Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Kuching tetap disambut meriah penduduk setempat. Sekalipun tanpa publisiti besar-besaran, namun kehadiran Ketua Pembangkang berjaya dihidu, yang kemudiannya disebar secara lisan, melalui SMS dan emel. Pada program ceramah di Kampung Rampangi dalam Dun Asajaya malam tadi, seperti mana sebelumnya, polis meneruskan 'operasi menakutkan rakyat', namun keberanian rakyat Sarawak dibuktikan dengan kehadiran ratusan termasuk kaum wanita dan anak-anak muda. Pada satu ketika semasa Anwar sedang berceramah , seorang pegawai polis telah di'boo' oleh hadirin kerana secara tiba-tiba mencelah dan mengarahkan supaya pembesar suara diperlahankan. "Tak apa, nanti bila kita sampai ke Putrajaya, bukan sahaja gaji guru kita naikkan, elaun polis pun kita tambah," sinis Anwar disambut ketawa oleh hadirin. Beliau kemudiannya bergegas ke Demak Laut Commercial Centre untuk memenuhi undangan ceramah di sebuah restoran. Disini, ratusan penyokong Pakatan Rakyat setia menunggu walaupun kawasan tersebut dikepung puluhan anggota polis. "Walaupun agak penat dengan program berterusan sepanjang hari, tapi bila saya tengok orang Sarawak bersemangat, saya pun jadi kuat," kata Anwar disambut sorakan 'Reformasi'. "Ini petanda yang baik. Bukan orang Bidayuh sahaja yang mahu perubahan, orang Melayu pun," katanya.Anwar berkata Sarawak yang kaya amat jauh berbeza dengan keadaan negara Bangladesh yang dilanda kemiskinan. "Negeri ini akan mengalami nasib yang sama sekiranya pemimpin Barisan Nasional dibenarkan terus merompak hasil mahsulnya," kata Anwar. Terdahulu sebelum itu, di sebelah petang, ketika singgah di pekan Serian untuk minum petang, ramai pengunjung di bandar transit tersebut yang mengambil peluang untuk bersalaman dan bergambar bersama Anwar. Kehadiran rakyat Sarawak yang meningkat pada setiap program yang dihadiri Anwar menunjukkan 'mood' sokongan kini berpihak kepada Pakatan Rakyat. "Rakyat Sarawak harus mengambil iktibar daripada kebangkitan rakyat di negara Mesir dan Tunisia yang menumbangkan penguasa yang zalim dan rasuah. "Dunia menolak pemimpin ambil kekayaan dan banyak menyusahkan rakyat. Negeri kaya tetapi rakyat miskin. Semua dah tukar dah, Indonesia dah tukar dah, Mesir dan Tunisia pun dah tukar dah tinggal Sarawak sahaja yang belum," kata Anwar menutup ceramah di Demak Laut malam tadi./kd |
| Bongkar!! Dato' SUK Sarawak Bersubahat Dengan Taib Mahmud? Posted: 01 Apr 2011 05:00 AM PDT Para penulis blog Barisan Nasional telah secara sombong dan bongkaknya mengatakan bahawa Setiausaha Negeri Sarawak, Mohamid Morshidi bin Abdul Ghani, telah mengirimkan surat kepada akhbar Sunday Times di UK dengan mendakwa "hutan hujan [Sarawak] tidak musnah" dan "lesen-lesen pembalakan telah dikeluarkan setelah menjalani proses-proses yang terkawal dan bukannya hadiah peribadi daripada Ketua Menteri". Namun, kami boleh mendedahkan bahawa keluarga Morshidi itu juga merupakan sebahagian dari perampas utama tanah di Sarawak! Bukan hanya itu, malah mereka juga telah dikenakan bayaran premium yang amat rendah bagi kawasan tanah yang amat luas (pemberian daripada Ketua Menteri)! Kepentingan bagi penjawat awam tertinggi Morshidi adalah penjawat awam tertinggi di Sarawak dan seharusnya bebas dari politik. Namun, dia diketahui sebagai salah seorang rakan karib kepada Taib dan dia telah dengan pantas mempertahankan bosnya setelah pemberita terkemuka akhbar Sunday Times melaporkan mengenai kemusnahan alam sekitar pada minggu lepas. Dengan mengajuk dakwaan Taib yang melucukan, Morshidi mengumumkan bahawa "70% dari keseluruhan negeri Sarawak masih diliputi hutan" (suatu cubaan untuk mengesahkan bahawa keseluruhan hutannya adalah hutan dara), suatu pengakuan yang dianggap pembohongan oleh pakar-pakar alam sekitar terkemuka antarabangsa. Apa yang menakjubkan kita adalah saudara kepada Morshidi, Mohd. Taufik Abdul Ghani telah mendapat kawasan tanah seluas 14,000 hektar yang bergeran dengan harga sekecil RM110,000 sahaja! Tiada konflik kepentingan di situ? Menurut rekod-rekod tanah, Taufik telah diberikan geran berstatus 60 tahun! Ini adalah bukti kemurahan hati Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang bekerja di bawah Taib Mahmud! Kita akan terpegun bagaimanakah "proses-proses terkawal" menurut Morshidi itu dijalankan semasa penyerahan tanah itu, "dan bukannya hadiah peribadi daripada Ketua Menteri". Adakah mungkin Morshidi perlu menghantar surat susulan kepada The Sunday Times untuk menghuraikan dengan lebih lanjut mengenai aset-aset percuma daripada Ketua Menteri itu? Nilai sebenar geran-geran tanah ini telah dapat dibuktikan Kajian dan siasatan kami menunjukkan nilai sebenar tanah-tanah yang diserahkan kepada saudara kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak itu, kerana kedua-dua syarikat Derawan Sdn Bhd dan Sahua Enterprise Sdn Bhd (seperti mana terdapat dalam Rekod-rekod Tanah bagi tahun 2008 telah dikendalikan dari pejabat dan nombor telefon yang sama dengan yang digunakan oleh Morshidi) telah dijualkan ke Austral Enterprise, anak syarikat Sime Darby. Austral Enterprise Sdn Bhd telah membeli kedua-dua syarikat itu sekitar tahun 1990 dengan harga RM15.5 juta. Maka, keluarga Abdul Ghani telah berjaya meraih RM15 juta dari tanah-tanah itu, dan mereka juga berjaya menjelaskan RM110,000 kepada Kerajaan Negeri Sarawak! Sarawak Report ingin mencadangkan kepada rakyat dan pengundi-pengundi di Sarawak agar berasa marah terhadap kecurian yang dilakukan sedemikian, yang telah diatur secara gelap menerusi Jabatan Tanah dan Survei, yang diarahkan oleh Ketua Menteri, bagi pihak keluarga si penjawat awam yang terpenting itu. Sumbangan kepada pencemaran dan kemusnahan alam sekitar di Sarawak Dalam suratnya kepada akhbar The Sunday Times itu, Setiausaha Negeri itu mengatakan bahawa perkembangan industri kelapa sawit "tidak harus ditakuti". Kata-kata sebegini menunjukkan dia seolah-olah telah menafikan kemusnahan alam sekitar akibat industri tersebut. Namun, adalah relevan bagi kita mendedahkan bahawa syarikat Derawan Sdn Bhd yang dikaitkan dengan keluarganya itu telah didenda RM20,000 pada bulan Oktober yang lalu kerana telah mengaku bersalah menyalurkan sisa toksik ke dalam sungai dari kilangnya. Pencemaran dari perladangan adalah, sememangnya, salah satu masalah alam sekitar yang menimpa masyarakat di Sarawak. Air minuman dari sungainya tercemar teruk dan membunuh seluruh hidupan airnya dan juga masalah hakisan tebingan sungainya. Namun, Setiausaha Kerajaan Negeri itu tetap memberitahu The Sunday Times, bahawa: "pertumbuhan dan perkembangan industri ini tidak akan menjejaskan orang-orang tempatan, dan ianya akan memberikan kekayaan kepada negeri ini" Siapa pula yang untung? Maka, sekali lagi tukang sorak tertinggi BN itu telah dicemuh kerana mengeluarkan kenyataan yang tidak siuman. "Kekayaan yang signifikan" yang dikatakan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak itu mencerminkan rakyat biasa hanya dibayar gaji RM15 sehari bekerja di ladang-ladang kelapa sawit, berbanding dengan keluarganya yang telah meraih RM15 juta hasil jualan geran tanah, yang telah diterimanya daripada Taib Mahmud yang pemurah itu!/SR |
| ADUN Be End Lenggeng Didenda RM20,000, 3 Tahun Penjara Posted: 01 Apr 2011 01:26 AM PDT Terkini - ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda sebanyak RM20,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban. Mahkamah sebelum ini mendapati beliau bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu./mk |
| Transparency International - Projek Dan Wang Pada Pilihanraya Adalah Rasuah Posted: 31 Mar 2011 09:00 PM PDT Transparency International sayap Malaysia menolak arahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz supaya "diam" dan "tidak masuk campur" selepas badan pemantau itu mengkritik "pemberian" projek dan wang kepada pengundi ketika pilihan raya sebagai rasuah. "Sudah tentu ia rasuah. Apa lagi tafisiran yang boleh dibuat. Jika anda memberi seorang RM1,000 dan menyuruhnya untuk mengundi anda, kalau itu bukan rasuah, apa lagi,' kata Presiden TI-M Pau Low. Dalam sidang akhbarnya semalam, Low turut menegur Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan berkata badan itu kurang berwibawa untuk memastikan proses pilihan raya negara ini berjalan dengan bebas dan adil. SPR sebelum ini turut mengambil ketetapan bahawa pemberian wang dan janji projek-projek oleh Barisan Nasional untuk pengundi semasa pilihanraya khususnya pilihanraya kecil bukan rasuah. Amalan itu bagaimanapun dikritik hebat sebagai sogokan kepada pengundi oleh badan pemerhati pilihanraya dan parti pembangkang di negara. Pada pilihanraya kecil Batu Sapi baru-baru ini, penduduk diberikan bumbung zing baru sehari sebelum mengundi untuk menyakinkan mereka supaya mengundi Barisan Nasional. Pada pilihanraya kecil Hulu Selangor tahun lalu, masyarakat Cina dijanjikan peruntukan RM 3 juta untuk tabung sebuah sekolah jika calon BN menang. Sehari selepas calon MIC P.Kamalanathan menang, Perdana Menteri Najib Razak memberi kelulusan untuk wang itu diberi kepada sekolah berkenaan. Nazri berkata TI-M tidak mengambil kira kes mahkamah pada 1981 yang memutuskan Umno-BN tidak melakukan kesalahan jika mengumumkan sebarang peruntukan semasa kempen pilihanraya. Namun kes itu hanya membabitkan pengumuman peruntukan dan bukannya sogokan seperti pemberian bumbung zink dan imbuhan wang yang diberi kepada pengundi./Tvs |
| Anwar - Perangai Pemimpin Be End Sarawak Macam Penjajah Posted: 31 Mar 2011 07:00 PM PDT KUCHING - Penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia untuk mencapai kemerdekaan tidak ada maknanya jika pemerintah negeri berperangai seperti penjajah, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Apakah maknanya kemerdekaan jika kita membiarkan mereka yang tamak dan rakus berterusan menjarah harta di negeri ini? "Seolah-olah tidak cukup segala balak, tanah dan minyak yang diambil. Sudahlah, cukuplah," katanya pada program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Selampit dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Opa hari ini. "Inilah yang peliknya. Sedangkan, negeri ini ditadbir orang Sarawak sendiri," kata Anwar pada program ramah mesra bersama penduduk di Kampung Selampit dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Opa hari ini. Program itu dihadiri ratusan penduduk kebanyakannya terdiri daripada nelayan dan petani dari suku kaum Bidayuh yang mengakui kerap tertipu dengan janji manis pimpinan Barisan Nasional (BN). Sekalipun ditadbir anak negeri sendiri, Anwar berkata, perubahan perlu dilakukan selagi maruah dan harga diri rakyat negeri ini diinjak-injak kelompok atasan yang tamak haloba. "Negeri ini sudah rosak. Apakah kita akan terus diam dan sokong? Sekarang adalah waktunya kepada anak-anak muda untuk berani menyatakan pendirian demi mempertahan hak," katanya. Ketua Pembangkang itu berkata, program Sayang Sarawak yang heboh ditayang TV3, sebuah media kawalan BN hanya bersifat sementara dan tidak mengutamakan kebajikan rakyat tempatan. "Mereka sebenarnya bukannya sayang sangat kepada rakyat Sarawak tapi kepada Taib Mahmud, George Chan dan Alfred Jabu. "Habis pilihan raya ini, habislah program Sayang Sarawak. Habislah orang Sarawak, tak kiralah suku Iban, orang Ulu, Dayak, Melanau atau Melayu. "Semua tinggal janji," kata Anwar yang turut kesal kerana kerajaan Sarawak mengabai janji untuk membina jambatan di kampung berkenaan sejak berbelas-belas tahun lalu./kd |
| Jenayah Fitnah, 'Whistleblower' Dan Kegilaan Peradaban Di Malaysia Posted: 31 Mar 2011 05:00 PM PDT Fitnah adalah suatu rekayasa daripada peristiwa yang tidak benar, yang bertujuan untuk merosakkan reputasi atau menjatuhkan kredibiliti seseorang. Dalam isu fitnah melalui penayangan video seks, jelas sekali tindakan pihak yang merancang dan mempersembahkan video seks kepada sekumpulan wartawan senior di Hotel Carcosa Sri Negara terlibat dengan unsur-unsur jenayah. Kumpulan manusia tersebut (termasuk "Datuk Trio") patut ditahan polis, disiasat dan didakwa ke mahkamah. Tetapi anehnya, komen sesetengah ahli politik UMNO termasuk komen awal "Menteri loose cannon" bukan sahaja bercanggah dengan prinsip negara hukum, malahan mempamerkan suatu fenomena peradaban yang cukup ganjil sehingga mencadangkan pemakaian konsep whistleblower atau pemberi maklumat ke atas kumpulan manusia dengan tindakan berunsur jenayah. Logik pemikiran sedemikian yang penuh dengan ciri-ciri kegilaan peradaban (madness of civilization) sesuatu kelompok masyarakat cukup menakjubkan! Apabila jenayah dilindungi, penjenayah diibaratkan sebagai whistleblower sementara mangsa politik seks cuba dilambangkan sebagai penjenayah yang harus disiasat melalui penubuhan Suruhanjaya Diraja, peradaban bumi 2Malaysia kini dicorakkan oleh ciri-ciri kegilaan ekoran tindakan pemimpin politik yang sanggup melakukan sebarang politik kotor agar dipanjangkan usia rejim pemerintah.Dalam isu fitnah melalui penayangan video seks, umum sedia maklum bahawa watak dalam video tersebut bukanlah insan bergelar Anwar Ibrahim. Malahan seorang Datuk yang juga mempunyai gelaran "Tan Sri" iaitu Robert Phang (gambar kanan) menawarkan wang sejumlah RM100,000 kepada pemberi maklumat yang dapat membongkarkan identiti "Datuk T" kerana terlibat dengan kegiatan berunsur jenayah dan fitnah. Bayangkanlah dalam masyarakat yang dicirikan oleh kegilaan peradaban - apabila mangsa fitnah politik dijadikan sebagai terms of reference penubuhan Suruhanjaya Diraja kononnya untuk mencari kebenaran - sementara mereka yang terlibat dengan dakwaan berunsur jenayah diberikan perlindungan sebagai whistleblower, apakah sifat kebenaran yang dijadikan nilai masyarakat kita? Inikah nilai peradaban yang ingin dipamerkan oleh Kerajaan Najib dewasa ini? Justeru, wujud suatu keperluan untuk mengimbas kembali dan memahami Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 yang digubal oleh Kerajaan UMNO-BN. Untuk memahami logik dan pemikiran kerajaan berhubung penggubalan akta tersebut, izinkan saya menjelaskan secara panjang lebar hujah-hujah penting yang dibangkitkan semasa bacaan kali kedua Rang Undang-Undang (RUU) Perlindungan Pemberi Maklumat 2010.Menurut penyata rasmi Dewan Rakyat bertarikh 20 April 2010, bacaan kali kedua RUU tersebut oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Liew Vui Keong (gambar kiri) berbunyi sedemikian: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan iaitu rang undang-undang bernama "Suatu Akta untuk memerangi rasuah dan salah laku lain dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan tidak wajar dalam sektor awam dan swasta untuk melindungi orang yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan untuk mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan, disiasat dan diuruskan dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya" dibacakan kali yang kedua sekarang. Bermula dengan retorik Kerajaan Najib untuk memerangi rasuah melalui pengumuman bidang kebersihan utama nasional atau lebih dikenali sebagai NKRA, Timbalan Menteri telah menyentuh beberapa peruntukan penting di bawah RUU tersebut, antaranya termasuk: (i) perlindungan kerahsiaan maklumat; (ii) kekebalan pemberi maklumat daripada tindakan sivil jenayah atau tatatertib; dan (iii) perlindungan daripada tindakan yang memudaratkan.RUU tersebut mengandungi tujuh bahagian dan 27 fasal. Fasal 2 mengandungi tafsiran kepada perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam RUU tersebut. Antara ungkapan tersebut ialah ungkapan pemberi maklumat - ditafsirkan sebagai mana-mana orang yang membuat pendedahan kelakuan tidak wajar kepada agensi penguatkuasaan. Perhatikan bahawa tafsiran pemberi maklumat dalam konteks RUU tersebut dikaitkan secara langsung dengan pendedahan kepada agensi penguatkuasaan sementara Fasal 4 memberi kuasa kepada Menteri untuk mengeluarkan arahan tentang penjalanan, budi bicara dan kewajipan agensi penguatkuasaan. Dengan kata lain, maklumat rahsia haruslah dimaklumkan oleh pemberi maklumat kepada pihak penguatkuasa dan bukannya dibongkarkan kepada pihak media atau pihak yang bukan tergolong sebagai agensi penguatkuasaan menurut tafsiran RUU tersebut. Sesungguhnya, peranan media whistleblowing menjadi tajuk perbahasan yang hangat semasa bacaan kali kedua RUU tersebut. Tetapi jawapan Timbalan Menteri pada ketika itu dengan jelas menyatakan bahawa RUU tersebut tidak melibatkan peranan media. Berhubung persoalan sama ada perlindungan diberikan kepada orang yang menbuat pendedahan: (i) kepada media; (ii) melalui agensi penguatkuasaan dan selepas itu menyiarkan atau mengheboh-hebohkan kepada media, Jawapan Timbalan Menteri berbunyi sedemikian: "Jawapan saya ialah dalam situasi sedemikian pemberi maklumat tersebut tidak akan dilindungi di bawah rang undang-undang ini. Ini adalah kerana bagi situasi yang pertama iaitu melalui media, pemberi maklumat tersebut tidak mematuhi peruntukan subseksyen 71 yang memperuntukkan bahawa pemberi maklumat akan diberi perlindungan di bawah undang-undang ini apabila pendedahan tersebut diterima oleh mana-mana agensi penguatkuasa. Media tidak termasuk dalam tafsiran agensi penguatkuasa di bawah undang-undang ini. Bagi situasi yang kedua pula, pemberi maklumat tersebut akan dilindungi pada masa ia membuat pendedahan tersebut kepada agensi penguatkuasa tetapi akan kehilangan perlindungan tersebut apabila dia membuat penghebahan kepada media. Ini adalah kerana pemberi maklumat tersebut adalah tertakluk di bawah subseksyen 8(1) untuk tidak mendedahkan pendedahan kelakuan tidak wajar yang dibuat kepada mana-mana agensi penguatkuasaan kepada mana-mana pihak termasuklah media. Ini bertujuan untuk melindungi juga orang yang dikatakan melakukan kelakuan tidak wajar. Itu kerana dakwaan oleh pemberi maklumat tersebut mungkin tidak benar dan supaya tidak mengganggu penyiasatan." Justeru, apabila dibaca dan difahami fasal demi fasal seperti yang terkandung dalam Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010, hanya whistleblower yang mendedahkan maklumat rahsia kepada pihak penguatkuasa akan diberi perlindungan dan tindakan diambil di bawah peruntukan akta ini. Meskipun whistleblower melalui media adalah komponen penting yang patut dimasukkan bagi melengkapkan kekurangan yang terdapat dalam akta ini, tetapi selagi pindaan tidak dilakukan terhadap akta ini, tiada peruntukan undang-undang pada masa ini yang memberikan perlindungan lantas diambil tindakan. Apa yang lebih relevan dalam isu penayangan video seks adalah, terdapat elemen konspirasi jahat melibatkan unsur jenayah dan fitnah. Justeru, penggunaan konsep whistleblower terhadap mereka yang melakukan jenayah dan menjadikan mangsa fitnah penjenayah adalah sesuatu yang bercanggah dengan raison detre Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010. Jangan kita lupa bahawa Fasal 21 akta ini juga memperuntukkan bahawa membuat penyataan palsu dalam pendedahan kelakuan tidak wajar atau aduan tindakan yang memudaratkan ialah satu kesalahan sementara Fasal 23 memperuntukkan bahawa memusnahkan, memalsukan atau menyembunyikan apa-apa dokumen atau benda yang berkaitan dengan sesuatu penyiasatan adalah satu kesalahan.Memandangkan isu penayangan video seks berdepan dengan terlalu banyak pertikaian dan kemusykilan dari segi elemen jenayah dan fitnah, pihak polis wajar melakukan siasatan bukan sahaja terhadap "Datuk Trio" tetapi juga kumpulan pemimpin politik yang terlibat dengan konspirasi fitnah tersebut. Pihak tentera memaparkan profesionalismenya apabila Panglima Tentera Darat, Jeneral Zulkifeli Mohd Zin tegas dengan pendirian berkecuali melalui komen beliau, "Jangan heret pasukan tentera ke kancah politik!" Bagaimana pula dengan pihak polis? Apakah pihak polis tegas dengan prinsip profesionalisme yang menolak kuasa politik atau menyokong konsep negara polis yang bersekongkol dengan kuasa politik jahat untuk menjatuhkan pemimpin pembangkang meskipun fitnah sebegitu rupa membawa peradaban masyarakat ke arah kegilaan?/Merdeka Review |
| You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |






Tiada ulasan:
Catat Ulasan