Rabu, 30 Mac 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


VIDEO CERAMAH YB JOHARI ABDUL TENTANG VIDEO SEKS YANG KANTOI...

Posted: 30 Mar 2011 10:00 PM PDT

AWAS !! `HANTU DAN JEMBALANG' DARI PUTRAJAYA TERBANG KE SARAWAK

Posted: 30 Mar 2011 07:00 PM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

PILIHANRAYA Negeri Sarawak pada 16 April ini nanti amat menggusarkan pimpinan Bn di Pusat. Mereka sedar bahawa rakyat Sarawak sudah banyak yang mengetahui tentang rahsia KM Sarawak Taib Mahmud yang menghisap darah rakyat Sarawak. Sebab itu Sarawak tidak pernah menjadi negeri terkaya walaupun di perut buminya terdapat harta yang bernilai iaitu minyak.

Siapakah yang menjadi kaya raya di Sarawak sekarang? Siapa yang sedut hasil minyak dan balak di Sarawak? Mereka ini adalah `hantu' dan `jembalang' yang mungkin dimaksudkan oleh Muhyiddin Yassin sewaktu berucap di dalam Majlis Bersama Rakyat di pinggir Sungai Sarawak di kampung Boyan-Gersik, Kuching semalam. Katanya, " Rakyat Sarawak perlu menolak "hantu" dan "jembalang" yang akan datang dengan mulut yang manis membuat pelbagai janji dan tawaran tetapi sebenarnya hanya pembohongan dan kepalsuan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (petikan Malaysiakini).

Rakyat Sarawak juga harus ingat, selain dari `hantu' dan `Jembalang' yang telah berpenunggu selama lebih kurang 30 tahun memerintah, terdapat `hantu dan jembalang' yang lebih `power' akan datang untuk menghisap darah mereka di bumi kenyalang ini. `Hantu' dan `Jembalang' ini datang dengan `sayap terbang' dari Putrajaya melintasi lautan luas dan akan memomokkan rakyat Sarawak. Makhluk ini lebih merbahaya kerana di Semenanjung sudah banyak menjadi mangsanya. Di Semenanjung, makhluk dari Putrajaya ini sanggup melakukan apa saja atau bersekongkol dengan sesiapa sahaja hatta pengedar video lucah asalkan hasrat mereka tercapai.

Adakah rakyat Sarawak akan menerima kata-kata mereka yang bersekongkol dengan kegiatan lucah ini? `Hantu' dan `Jembalang' dari Putrajaya ini amat khuatir jika `sarang' mereka di Putrajaya dimusnah dan dirampas, justeru itu mereka mahu rakyat Sarawak bersama mereka. `Hantu berkepala botak' dan `Jembalang bermuka lebam' ini sudah banyak menipu manusia. Kedua makhluk ini sanggup menyamar menjadi orang susah ketika cuba mempengaruhi rakyat yang susah di Sarawak, hatta diminta mengecat rumah atau masjid pun mereka sanggup. Di suruh menaiki perahu menyeberang Sungai Sarawak pun mereka akan lakukan. Tetapi, setelah mendapat apa yang diingini mereka akan kembali terbang bersayap ke sarang mereka di Putrajaya.

Rakyat Sarawak mesti renung seketika, sampai bila mahu hidup susah di negeri yang kaya dengan balak dan minyak? Jangan dilihat kerja amal mereka pada waktu ini menjelang pilihanraya, tetapi renungkan berpuluh tahun kebelakangan ini apa yang mereka buat untuk rakyat Sarawak. Rakyat Sarawak tidak boleh makan kenyang dan harga barang menjadi murah dengan hanya melihat isteri baru yang muda dari KM mereka sahaja.

Justeru itu, jadilah rakyat yang bijak menilai dan tidak terus diperbodohkan. Inilah peluang untuk rakyat Sarawak mengubah nasib mereka. Jika PR memerintah Sarawak dan rakyat Sarawak masih juga susah, maka rakyat Sarawak perlu juga cerdik untuk mengubah kerajaan yang lain pula. Berani untuk mencuba sesuatu adalah satu tindakan bijak, tetapi tidak berani untuk berubah merupakan satu kejahilan yang akan terus berpanjangan.

Buat rakyat Sarawak terutamanya jenerasi muda di perantauan, kembalilah sekarang ke kampung halaman masing-masing untuk membantu negeri tumpah darah mereka agar dapat diselamatkan dari `hantu' dan `jembalang' yang rakus ini./wfauzdin.blogspot.com

SOALAN BODOH NUJUM PAK BELALANG, SELEPAS DI THAILAND, ANWAR BUAT APA DI MEKAH PULA

Posted: 30 Mar 2011 07:37 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

PTUIHHH...izinkan aku meludah dulu. Eskay yang mengaku promosi video lucah yang terkantoi tu buat `teka-teki' baru pula. Sudah jadi macam cerita Nujum Pak Belalang pula, tapi Eskay kemukakan 5 soalan suruh Anwar jawab. Jika tidak, kununnya pengedar video lucah ini akan dedahkan kisah di Thailand pula. Ptuihhhhh...izinkan aku nak meludah lagi.

Aku malas nak taip semula `teka-teki' 5 soalan bodoh yang dikemukakan oleh Eskay. Sesiapa yang sudah baca tulisan aku di sini, sudah tahu apa soalannya. Aku nak bagitahu Eskay, tak payah lah rajin sangat buat teka-teki bangang tu. Dah tau video seks yang kau taja tu kantoi, kau dedahkan je yang lain. Mengapa nak buat `teka-teki' macam budak-budak sekolah tadika?

Aku cabar eskay, dedahkan apa jua rahsia Anwar jika kau ada dengan buktinya sekali. Jika setakat kata ada rahsia, aku pun boleh cakap aku ada rahsia siapa yang suruh bunuh Altantuya. Ini zaman orang sudah tidak mahu dengar cerita karut, orang mahu dengar cerita benar dan berfakta. Bukan cerita lucah yang sumbang ceritanya.

Ugut mengugut, cabar mencabar ni bukan perkara baru buat Anwar. Lebih 10 tahun beliau mendengar ugut-mengugut dan cabar mencabar serta sumpah menyumpah ni. Naik jemu Anwar mendengarnya dan rakyat pun dah jemu. Jadi, Eskay kena jadi lah anak jantan sikit biar berani. Sampai bila Eskay mahu harapkan `tangan ghaib' yang menjaganya? Dia mengaku tayangkan video lucah pun selamat setakat ni. Jika ada budak muda yang menyimpan klip video lucah dalam telefon bimbit mereka, jika ditahan oleh Polis, agaknya ke mana budak tu lepas duduk? Paling tidak merasa duduk dalam lokap walaupun sekejap. Eskay? Orait jer...

Nasihat aku kat Eskay, selesaikan dulu satu persatu yang telah beliau dedahkan. Kes video seks ini pun belum selesai lagi biar pun telah menjadi bahan lawak jenaka seluruh dunia. Jangan tamak sangat nak dedahkan kesemuanya kerana jika terkantoi lagi, teramat besar malunya. Biar rakyat lupa dulu kisah lucu video seks yang tengah hangat sekarang ni, barulah dedahkan yang baru atau tunggu musim pilihanraya umum nanti. Baru gempak.

Umi Hafilda pun cabar nak dedah semenjak dari PRK Tenang hinggalah selesai PRK di Merlimau dan Kerdau. Sampai sekarang sepi je. Dedahkan lah. Jangan mengaku je ada banyak rahsia tapi tak mahu dedahkan. Mahu tunggu mahkamah? Kalau mahu tunggu mahkamah, mengapa sibuk dok taja cerita sekarang? Ertinya, Umi dengan Eskay tu 2 x 5, 5 x 2.

Sekali lagi aku nak bagitahu Eskay, Anwar tidak perlu jawab soalan bodoh dari beliau kerana aku serta seluruh rakyat nak tahu apa yang Eskay mahu dedahkan selepas ini. Kalau Anwar jawab soalan tentang beliau kat Thailand itu pun, lepas ni akan ada pula soalan bodoh apa Anwar buat kat Mesir, Mekah, Amerika, Iran, Singapore dan banyak pelusuk dunia yang Anwar dah pergi. Mahu layan orang macam tu?/wfauzdin.blogspot.com

ESKAY @ DATUK T GELABAH KINI TUKAR TOPIK PULA

Posted: 30 Mar 2011 03:00 AM PDT

Eskay, ada mirip Anwar tak?
Oleh: WFAUZDIN NS

ESKAY @ Datuk T sudah mula gelabah dengan pendedahannya yang `kantoi' berkaitan video seks kununnya melibatkan DS Anwar. Apabila rakyat mula menganggapnya sebagai `penerbit filem lucah' dan pendendam terhadap Anwar walaupun sudah mengerjakan `haji', Eskay kini beralih cerita kepada topik lain.

Eskay tetap mahu rakyat percaya bahawa Anwar bukan seorang tokoh yang baik walaupun Anwar tidak seperti beliau yang menayangkan video lucah. Eskay tahu namanya kini amat jijik di mata masyarakat setelah isu video seks ini menjadi perdebatan hangat dan paling parah lagi Umno mendakwa Umno `lepas tangan dan tidak terlibat' langsung di dalam isu ini. Maka, Eskay terpaksa mempertahankan dirinya secara bersendirian. Kini, Eskay beralih pula kepada persoalan lain iaitu berapa kerap Anwar ke Thailand dan apa yang Anwar lakukan di sana. Beliau mahu Anwar menjawab 5 persoalan seperti yang dipetik melalui beberapa blog.

Soalan-soalan tersebut ialah "pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?" "Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya" kata Shazryl Eskay. "Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog," kata Eskay kepada sekumpulan blogger dan penulis media alternatif. (http://suwaritimur.blogspot.com/2011/03/video-seks-anugerah-tuhan.html#ixzz1I4UKXvgC)


Apa kena mengena dengan isu video seks yang kantoi itu? Adakah Eskay ingin menunjukkan bahawa aksi di dalam video seks itu dirakamkan di Thailand? Tidak perlu Eskay cabar atau ugut untuk mendedahkan lagi beberapa perkara buruk tentang Anwar kerana sememangnya kita menanti pendedahan demi pendedahan dari beliau. Setakat cabaran dan ugutan sedemikian sudah tidak menjadi hairan kepada Anwar kerana Anwar sudah berpuluh tahun dicabar dan diugut begitu. Mak cik Umi Hafilda pun pernah ugut untuk sebarkan rahsia Anwar dan Azmin, siap dengan pengakuannya beliau ada memiliki 17 lagi pita video seperti yang didedahkan kantoi baru-baru ini. Tunggu apa lagi, dedah kan lah, cuma jangan sampai terkantoi lagi.

Puak itu berani buat ugutan itu ini kerana mereka mungkin selamat. Bayangkan, Eskay dan Rahim Thamby Chik terang-terang mengaku terlibat tayang video lucah dan memiliki video berkenaan, namun hingga kini mereka tidak didakwa. Mak cik Umi juga mengaku ada memiliki video seperti itu, sehingga kini kita tidak tahu samada mak cik Umi sudah dipanggil untuk siasatan atau tidak.

Jadi, usahlah Eskay membuang masa ugut mahu dedahkan apa jua yang beliau ketahui. Dedahkan sahaja seperti yang dilakukan oleh seorang bekas pengawal peribadi Megat Junid yang menyebut Eskay seorang yang berniat jahat dan pendendam terhadap Anwar. Itu baru berani, bukan sekadar ugut itu ini untuk lindungi perkara yang sudah terkantoi./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: