Khamis, 24 Mac 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


TULISAN ZUL KULIM `COVER LINE' APABILA KANTOI

Posted: 24 Mar 2011 09:00 PM PDT


Oleh: WFAUZDIN NS

ZUL Kulim nampaknya sudah mula berputar lidah apabila terang lagi bersuluh terkantoi kenyataannya di TV yang percaya 110 % pelaku itu adalah pemimpin pembangkang yang kontroversi yang semua orang faham maksudnya adalah Anwar. Apabila kes video seks ini kantoi juga dengan pengakuan `Three Strooges' Datuk T, maka kelam kabut Zul Kulim minta kita percaya apa yang dia tulis di dalam blog, bukan apa yang dia cakap di dalam TV.

Ertinya, yang bercakap di dalam TV itu bukan Zul Kulim, mungkin hantu syaitan berkopiah agaknya. Zul Kulim yang betul adalah di dalam blog beliau. Bijak tidak boleh diikut loyar ini. Jika benar TV tersebut yang menyiarkan gambar dan kenyataannya itu diputar belitkan, masakan Zul Kulim seorang peguam tidak mahu mengambil tindakan menyaman TV berkenaan? Mudah dibaca langkah pencak silat sumbang MP Kulim yang tidak berparti ini.

Beliau menulis berkaitan video seks yang kantoi itu dipetik begini, "

"Bolehkah mike percaya isu Jantan-X menyudu dalam videoseks tu dikatakan perbuatan kerajaan. Masuk akai ke yop? Berapa lama nak kena bohong dan kelentong yop? Orang yang menamakan diri dia Datuk T tu kata dia kawan Anwar. Dia yang diminta Anwar ambil jam yang tertinggal dalam bilik hotel tempat menyudu" tersebut. Kawan Anwar ni yang jumpa video tu. Kawan Anwar ni yang buat kenyataan akhbar tu. Kawan Anwar ni yang tunjuk videoseks itu kepada wartawan. Kawan Anwar ni yang ugut Anwar supaya letak jawatan. Kawan Anwar ni juga yang kata setelah melihat video itu dia yakin Anwar tidak layak menjadi pemimpin. Kawan Anwar ni yang desak dia dan bini dia supaya berundur. Itu semua dibuat oleh Datuk T iaitu kawan Anwar sendiri. Takde kena mengena dengan sesiapa pun, apatah lagi Kerajaan."
Hujah saya, mana Zul Kulim tahu Datuk T itu kawan rapat Anwar? Siapa dia di antara `three strooges' itu kawan rapat Anwar? Mungkin Anwar ada berurusan dengan salah seorang daripada mereka sewaktu dahulu tetapi adakah itu bermakna kawan rapat? Berapa banyak kawan rapat Anwar? DS Anwar sendiri beritahu tiada seorang pun di antara mereka itu kawan rapatnya. Tiba-tiba Zul Kulim yang lebih tahu sepertimana dia tahu dan percaya 110 % pelaku Seks di dalam video berkenaan. Cukuplah berbohong wahai lebai malang !!

Apabila terkantoi di dalam isu video seks, Zul Kulim beralih kepada isu DNA. Bersungguh benar Zul Kulim mahu DS Anwar serahkan DNAnya untuk membuktikan air mani siapa yang bertakung di dalam dubur `haji' Saiful. Petikan tulisan Zul Kulim seterusnya begini;

"Yang penting sekarang ialah; Anwar wajib berikan sampel darah dia untuk ujian DNA bagi menentukan siapa Jantan-Y yang mengunyitkan Saiful dan meninggalkan airmani bertakung dalam karung Saiful!!! Period!!! Full stop!!! "
Hujah saya, mengapa Zul Kulim bertanya tentang jantan Y sahaja? Mengapa tidak bertanya jantan J, K, L, M, N, O, P, Q yang dikatakan terlalu banyak DNA nya di lubang belakang `haji' Saiful? Hipokrit sungguh lebai malang ini. Jelas, sasaran Zul Kulim hanya Anwar sahaja. Beliau tidak mahu ambil tahu betapa `haji' Saiful mungkin telah `dianiayai' oleh beberapa orang lagi. Sebagai seorang lebai jika tidak ustaz sekali pun, sepatutnya Zul Kulim patut mencadangkan agar kes liwat seperti ini hendaklah kembali kepada kaedah Islam. Itu pun jika Zul Kulim masih yakin dengan perundangan Islam atau mahkamah Syariah. Jika tidak, apa bezanya Zul Kulim dengan beberapa pemimpin DAP yang menentang hukum Islam itu?

Tulisan Zul Kulim tersebut ternyata hanya sebagai `cover line' setelah banyak orang mula mencacinya kerana terlibat dengan tuduhan jahat terhadap Anwar tanpa usul periksa. Apa-apa pun, kita ucapkan tahniah kepada beliau kerana dikhabarkan baru sahaja mendapat anugerah Datuk dari Pahang. Mudah-mudahan anugerah itu akan menyelamatkan lebai ini di depan Rabbul Jalil nanti. FULL STOP./wfauzdin.blogspot.com

APABILA RAJA SESUMPAH TIDAK LAGI PERCAYA KEPADA SUMPAH

Posted: 24 Mar 2011 08:51 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

TERKEJUT seketika saya dibuatnya apabila menonton Buletin Utama TV 3 Suku sebentar tadi. Media pencacai tersebut telah memetik kenyataan Senatak Ezam raja sesumpah yang mengaku betapa beliau tidak akan percaya kepada DS Anwar seandainya Ketua Pembangkang tersebut bersumpah sekali pun. Pelik, sebab raja sesumpah sudah tidak percaya kepada sumpah yang Justify Fullselama ini itu lah wiridnya.

Raja sesumpah tersebut menyebut beliau percaya DS Anwar akan sanggup bersumpah demi untuk kepentingan peribadinya. sekarang jelas pada kita bahawa selama ini cabaran Ezam raja sesumpah terhadap DS Anwar untuk bersumpah hanyalah mainan belaka. Sebab itu lah, sudah lama kita katakan bahawa sumpah ini tidak boleh dipermainkan, ianya mestilah dilaksanakan dengan beberapa syarat dan kaedah tertentu yang dibenarkan oleh Syarak. Jika tidak, ini lah akibatnya yang mana sumpah tidak akan membawa erti apa-apa.

Suka kita peringatkan Ezam raja sesumpah, DS Anwar enggan bersumpah bukan kerana beliau dicabar atau tidak. DS Anwar hanya menurut kaedah yang dibenarkan sebab itu beliau memilih untuk ke mahkamah syariah agar kesnya itu dapat diadili mengikut hukum Islam yang sebenar. Malangnya, Menteri yang menjaga agama, Jamil Khir berusaha menggagalkan perbicaraan di mahkamah syariah. Atas alasan apa Jamil Khir berbuat demikian? Adakah beliau tidak yakin hukum di dalam Islam berkaitan Qazaf itu?

Bayangkan jika DS Anwar telah bersumpah, maka Ezam raja sesumpah yang selama ini mencabarnya bersumpah tidak akan mempercayainya juga. DS Anwar akan terus diminta menyerahkan tengkuknya di dalam mahkamah sivil walaupun beribu kali beliau bersumpah. Oleh kerana itu, tindakan DS Anwar untuk tidak bersumpah selama ini amat tepat dan benar sekali. Seperti yang diperkatakan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi bahawa hanya mahkamah syariah sahaja yang boleh mengarahkan sesiapa untuk bersumpah setelah tiada jalan penyelesaian dan kesaksian diperolehi.

Seperti juga di dalam kes video seks terbaru ini, kita tidak juga mahu menuntut samada DS Anwar bersumpah atau pun geng `Three Strooges' diketuai oleh Rahim Thamby Chik untuk bersumpah. Kita menuntut agar diadakan siasatan yang adil dan telus. Pelik apanya orang seperti Rahim Thamby Chik yang menjadi `Master Mind' rakaman video lucah ini untuk bersumpah? Berjuta kali pun beliau berani bersumpah, sama juga seperti mak cik Umi kita yang siang malam makan sumpah. Orang yang dibuang oleh ayahnya sendiri, tidak hairan jika disuruh bersumpah. Redha mak dan ayah kepada kita, maka kita diredhai Allah. Tidak redha mak dan ayah kepada kita, tidak diredhai oleh Allah. Pelik apanya orang yang tidak diredhai oleh ayah sampai ke mati ini untuk bersumpah?

Paling pelik dan tidak masuk akal, Ezam raja sesumpah menggesa agar kerajaan menarik balik passport DS Anwar kununnya DS Anwar akan merosakkan negara di luar negara. Nampaknya Ezam raja sesumpah sudah kehabisan modal untuk menyerang bekas mentornya itu, lantaran itu gunakan kuasa kerajaan pula. Serangan Ezam raja sesumpah tentang peribadi, dasar dan prinsip DS Anwar ternyata tidak laku di pasaran. Berganding pula dengan anak buangan mak cik Umi juga tidak mendatangkan hasil. Justeru itu, Ezam raja sesumpah terpaksa gunakan kuasa kerajaan pula.

Kes fitnah liwat terhadap `haji' Saiful yang tertinggal seluar dalam di rumah teman wanitanya itu pun nampaknya semakin lintang pukang jalan ceritanya. Kes video seks yang kununnya ingin dikaitkan dengan DS Anwar juga terkantoi. Akhirnya, dituduh DS Anwar ingin rosakkan negara ini dari luar negara maka Passport beliau harus dirampas. Ini lah politik paling bacul yang ingin dimainkan oleh Ezam raja sesumpah. Apakah itu sebagai tanda kasih dan sayang beliau kepada Najib sehingga mendapat Senator?

Saya simpati dengan Ezam raja sesumpah yang semakin menampakkan sifat betinanya tidak seperti semasa berada di dalam saf perjuangan rakyat. Beliau tidak lagi sehebat dulu yang berani dan bijak berbicara. Mungkin beliau merasakan apabila berada di dalam Umno, tiada jalan singkat untuk naik cepat melainkan dengan cara politik bacul sedemikian. Malang sungguh, begitu kuat Ezam raja sesumpah bekerja untuk Umno, tapi Zul Kulim yang bukan ahli Umno pula mendapat Datuk./wfauzdin.blogspot.com

KES VIDEO SEKS - ANDA MASIH KELABU LAGI ? BACA FAKTA DI SINI KEMUDIAN GUNAKAN OTAK BERFIKIR

Posted: 24 Mar 2011 03:04 AM PDT

Saya petik:

SKANDAL SEKS VIDEO: PERTEMBUNGAN FAKTA DAN PEMBABITAN PIMPINAN UMNO

Saya merujuk kepada kenyataan yang dibuat semalam oleh Dato' Shazryl Eskay Abdullah, salah seorang dari tiga dalang yang menamakan diri mereka "Dato T" berhubung pembabitan mereka di dalam skandal seks video yang memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Dato' Eskay menyatakan bahawa dia juga turut dirakam di dalam video tersebut. Ini mengesahkan teori bahawa lelaki yang pada awalnya dilihat sedang mengaturkan sesuatu di dalam bilik dan disyaki bertanggungjawab memasang alat perakam adalah Dato' Eskay sendiri. Ia juga selari dengan persoalan yang ditimbulkan oleh Dato' Johari Abdul semalam bahawa si pelaku tahu perbuatan seks akan dirakamkan kerana pada awalnya dia dirakam bersama-sama seorang lelaki lain yang disyaki sedang menyiapkan peralatan rakaman.

Pengakuan Dato' Eskay menimbulkan keraguan besar kepada jalan ceritanya iaitu kononnya dia disuruh oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil jamnya yang tertinggal, lalu terjumpa peralatan rakaman semasa mencari jam tersebut.

Jelas bahawa itu pembohongan kerana dia sendiri mengaku bahawa dia adalah lelaki terbabit yang disyaki bertanggungjawab memasang alat rakaman di permulaan rakaman video tersebut. Dakwaannya kononnya dia terjumpa video itu adalah penipuan semata-mata dan tidak masuk akal.

Saya juga mendesak Perdana Menteri sendiri memberi maklumbalas kepada satu laporan bahawa ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

Perkara ini menimbulkan tanda tanya yang serius mengenai setakat manakah pembabitan pimpinan kerajaan dalam pembikinan dan penayangan video seks ini, yang melanggar beberapa peruntukan undang-undang secara jelas.

Keengganan kerajaan mengambil tindakan tegas dan segera ke atas semua dalang yang terbabit menguatkan lagi persepsi rakyat bahawa ada penglibatan pimpinan kerajaan yang serius di dalam konspirasi ini, tidak ubah seperti mana konspirasi tahun 1998 dahulu.

Demi membersihkan namanya dan UMNO, Perdana Menteri perlu membuat kenyataan segera mengenai hasil perbincangannya dengan ketiga-tiga dalang video seks yang memalukan Malaysia ini.

NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI
24 MAC 2011

KENYATAAN MEDIA SEORANG PENONTON

24 Mac 2010


Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.

Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.

Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.

Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sumber: Duniacacamarba

DALANG VIDEO LUCAH - SEORANG TAN SRI, SEORANG DATUK, UMNO DAN PERKASA.....HEBAT !!

Posted: 24 Mar 2011 12:00 AM PDT

Oleh: WFAUZDIN NS

KETUA Polis Negara telah membuat pengakuan bahawa kes penyebaran video lucah yang hangat diperkatakan sekarang yang kununnya melibatkan aksi seks pemimpin pembangkang akan disiasat secara telus.

Semalam seorang MP dari PKR YB Johari Abdul telah mendedahkan bahawa dalang di sebalik penyebaran dan tayangan video lucah tersebut yang mengaku sebagai 'Datuk T' adalah melibatkan bekas KM Melaka Rahim Thamby Chik. Memandangkan pendedahan telah dibuat, maka tampil lah Rahim Thamby Chik pula mengaku bahawa `Datuk T' itu adalah terdiri dari 3 sahabat iaitu beliau, Eskay Abdullah dan Shuib Lazim.

Adakah pengakuan Rahim ini akan dibuat sekiranya Johari Abdul tidak mendedahkannya? Amat melucukan apabila sebelum ini `Datuk T' memberi tempuh 7 hari kepada pemimpin pembangkang dan isterinya meletakkan jawatan di dalam politik, jika tidak rakaman video tersebut akan disebarkan. Tetapi, Allah merancang dan menentukan yang terdedah adalah ketiga-tiga orang kuat filem lucah berkenaan tidak sampai berapa hari sahaja selepas mereka `mengugut' pemimpin pembangkang berkenaan.

Pengakuan ketiga-tiga mereka sebagai dalang video lucah berkenaan adalah satu tamparan hebat kepada puak-puak yang sentiasa mahu melihat Anwar mati di dalam karier politiknya. Paling termalu adalah `firaun besar' dari Kulim yang dua tiga hari lalu menyalak mengaku beliau yakin 110 % bahawa pemimpin pembangkang yang penuh kontroversi itu memang terlibat. Kemudiannya si lidah bercabang ini berkata pula bahawa mungkin isu video lucah ini adalah cara untuk mengalihkan perhatian dari isu DNA. Ertinya, isu video lucah ini memang dirancang oleh Anwar. Lihat, betapa mahirnya lidah firaun besar berputar dan berbelit. Mula-mula berkata pemimpin pembangkang itu yang beraksi di dalam video berkenaan, kemudiannya pula mendakwa itu cara untuk mengalih perhatian dari isu DNA. Lojik atau tidak, untuk mengalih perhatian dari isu DNA, Anwar mesti melakukan perbuatan jijik tersebut kemudiannya dirakam dan diedarkan? Hanya si tolol jika pun tidak si gila sahaja yang mungkin percaya.

Apa pun, pengakuan telah dibuat dan laporan Polis juga telah dibuat. Orang pertama yang telah dipanggil untuk siasatan pihak Polis setakat ini katanya adalah beberapa wartawan dan editor akhbar. Tidak mengapa, kita pasti pihak Polis akan menahan dan menyiasat ketiga-tiga dalang utama penyebaran video lucah tersebut. Pihak Polis juga harus menahan dan mengambil tindakan ke atas pengurusan hotel di mana tayangan video lucah itu dilakukan. Masakan pengurusan hotel terkenal itu tidak mengetahui adanya aktiviti jijik yang telah berlaku apabila melihat kehadiran ramai `jemputan' ke hotel berkenaan? Mengapa hotel berkenaan membenarkan tayangan video lucah diadakan di situ?

Berkenaan siapakah si perut buncit yang beraksi di atas ranjang itu, kita serahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat. Langkah awal, tentukan mereka yang sudah mengaku membuat kerja tidak senonoh itu ke muka pengadilan. Tidak mengapa jika Umno menafikan parti itu tidak terlibat, tetapi apakah Umno berani mengambil tindakan disiplin ke atas Rahim Thamby Chik dan Shuib kerana mereka berdua adalah ahli Umno, bahkan suatu ketika tokoh Umno iaitu sebagai Ketua Menteri Melaka dan seorang lagi Senator.

Seorang bergelar Tan Sri, seorang lagi bergelar Datuk telah mengaku melakukan perbuatan terkutuk berkenaan. Apakah mereka layak memegang gelaran itu lagi? Umno mungkin dilihat serius untuk menafikan penglibatan parti berkenaan di dalam perbuatan jijik ini sekiranya berani memecat keahlian mereka yang terlibat. Shuib pula adalah Bendahari Perkasa, dan kita mahu lihat apakah Perkasa masih sudi menerima orang tidak bermaruah seperti ini? Jika Umno dan Perkasa tidak mampu berbuat apa-apa maka usahlah hairan jika ada yang beranggapan ada benarnya dakwaan DS Anwar bahawa rakaman video seks itu adalah konspirasi pihak mereka.

Apa yang bakal berlaku di dalam sandiwara ini, kita tunggu dan lihat sejauh mana kerajaan benar-benar serius menangani perkara ini. Apakah benar bahawa di dalam negara ini halal menonton video lucah asalkan tidak dikenakan bayaran sepertimana yang disebut oleh seorang menteri yang nampaknya seperti terlampau cerdik itu?/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: