WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- BODOHNYA PAS JIKA MEMUSUHI BLOGGERS YANG MENYOKONGNYA
- MENENTANG LARANGAN JUDI DI KELANTAN - BEZA MCA DAN DAP, PAS DAN UMNO
- USAHA NAJIB MAHU PECAH BELAHKAN PAS DAN PKR
BODOHNYA PAS JIKA MEMUSUHI BLOGGERS YANG MENYOKONGNYA Posted: 08 Mar 2011 08:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS ADAKAH benar bahawa PAS memusuhi atau menjauhi Bloggers Pro-PR sehinggakan PAS tewas di dalam PRK baru-baru ini? Sekali lagi saya rasa Tulang Besi menembak tidak tepat ke sasarannya. Jika tidak silap, Tuan Guru Nik Aziz bersama Kerajaan Negeri Kelantan ada membuat satu program berjumpa dengan Bloggers Pro PR di Selangor jika tidak salah dan dihebahkan kepada semua Blogger untuk hadir. Tidak tahu pula saya samada Tulang Besi hadir atau tidak. Saya sememangnya tidak hadir pada perjumpaan tersebut tetapi mengikutinya dari jauh. Bukankah ini salah satu program merapatkan hubungan Kerajaan Negeri di bawah PAS dengan Bloggers? Dan, sebelum kempen bermula di PRK Dun Merlimau terdapat juga satu pertemuan di antara PAS dengan Bloggers di sana. Pertemuan tersebut juga dihebahkan melalui beberapa blog pro PR. Justeru itu, di mana Tulang Besi mendapat ilham untuk mengatakan Bloggers PR dipinggirkan? Tulang Besi masih tidak jemu membicarakan soal Kerajaan Perpaduan yang pimpinan PR telah secara terbuka mahu isu tersebut dihentikan. Beliau juga seolah-olah tidak berputus asa dan masih bekerja kuat untuk menentukan kepimpinan PAS ditukar. Adakah Tulang Besi juga mahu DS Anwar ditukar setelah beberapa MP dari PKR melompat atau PKR tewas di dalam pilihanraya? Jika itu formula yang beliau fikir untuk menjayakan cita-cita PR, saya rasa bukan sahaja ianya akan berjaya malahan PR akan hancur lebih teruk. Memang benar, ada waktunya Bloggers juga dikritik oleh pimpinan PAS sepertimana Bloggers juga mengkritik pimpinan. Jika kita boleh kritik pemimpin, mustahil pemimpin tidak boleh kritik kita sebagai pengikut. Tegur menegur sesama kita akan memperbaiki perjuangan kita bersama. Jika kita ada hujah, kita tulis dan berhujah lah dengan baik. Jika pemimpin pula merasakan perlu menjawab hujah kita, maka pemimpin akan berhujah. Setahu saya belum ada Bloggers samada dari PKR atau PAS yang dipecat sebagai ahli semata-mata mengkritik pemimpin. Jika itu lah keadaannya, mustahil pemimpin pula perlu berundur semata-mata dikritik oleh Bloggers. Tulang Besi cuba membawa kisah seorang sahabat Aduka Taruna yang kununnya di belasah di perkarangan masjid Rusila. Saya ada mengulas isu tersebut sebelum ini di dalam blog saya. Pandangan saya tidak berubah iaitu Aduka Taruna bersalah dan lebih bersalah lagi adalah mereka yang didakwa memukulnya. Pendapat saya ini adalah berpandukan cerita dari Aduka Taruna sendiri. Maksud saya, Aduka yang bersalah tetapi tidak berhak untuk sesiapa memukulnya. Itu pandangan saya. Justeru itu, pendapat Tulang Besi bahawa PAS meminggirkan atau memusuhi Bloggers PR adalah satu tuduhan semata-mata. Tiada satu bukti pun menunjukkan Bloggers PR dipinggirkan bahkan bukti PAS semakin mendekati para Bloggers boleh kita buktikan. /wfauzdin.blogspot.com |
MENENTANG LARANGAN JUDI DI KELANTAN - BEZA MCA DAN DAP, PAS DAN UMNO Posted: 08 Mar 2011 08:55 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS APABILA Chua Soi Lek mengambil langkah untuk menyaman Kerajaan Negeri PAS Kelantan di dalam isu mengharamkan judi, terfikir pula oleh saya apa tindakan Umno selanjutnya? Kita tahu bahawa beberapa pemimpin DAP juga menentang tindakan Kerajaan Negeri PAS di bawah Tuan Guru Nik Aziz di dalam isu tersebut, tetapi tidak seorang pun pemimpin DAP yang menentang sehingga ke tahap mahu menyaman Kerajaan Negeri. Itu beza MCA dan DAP walaupun mereka kebanyakan dari bangsa dan agama yang sama. Tetapi oleh kerana MCA berkawan dengan Umno, dan DAP pula berkawan dengan PAS maka itulah bezanya pendekatan mereka. Bukan susah untuk difahami mengapa mereka menentang tindakan Kerajaan Negeri Kelantan tersebut. Pertamanya, mereka Non Muslim dan sudah tentu mereka tidak tahu apa yang Islam mahu capai dengan langkah pengharaman tersebut. Keduanya, mereka berhujah dari segi Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada iaitu kebebasan kepada Non Muslim. DAP walaupun menentang tetapi masih boleh Kerajaan Negeri runding dan beri kefahaman agar mereka faham aspek perlaksanaannya serta kesan dari larangan tersebut. Ertinya, DAP tidak menentang secara mutlak. Tuan Guru Nik Aziz juga telah membuat kenyataan untuk berjumpa dengan kepimpinan DAP agar mereka memahami tentang hukum ini kepada orang Islam. Berbeza dengan pemimpin MCA, mereka menentang secara mutlak iaitu bercadang untuk menyamannya tanpa meminta penjelasan atau keterangan terlebih dahulu daripada Kerajaan Negeri. Jika mahu ditafsirkan siapa `Kafir Harbi' di sini, saya tidak berani huraikan. Langkah MCA ingin menyaman Kerajaan Negeri di dalam isu ini tidak ubah dengan cara Mahathir yang pernah mengutus surat kepada Kerajaan Negeri Kelantan dahulu agar tidak melaksanakan Hukum Hudud di negeri tersebut. Kedua-duanya sama iaitu menentang hukum Islam secara mutlak. Bezanya, Mahathir itu mengaku Islam dan Chua Soi Lek adalah Non Muslim. Sekeras-keras teguran dari DAP adalah dari Karpal Singh suatu ketika dahulu di mana beliau pernah berkata, 'langkah mayat saya dahulu jika mahu Hudud dilaksanakan'. Di dalam konvensyen PR baru-baru ini, Karpal menyebut perkataannya itu adalah di luar konteks sebenar. Beliau mengambil pendirian terbaru bahawa DAP bersedia untuk berbincang dengan PAS berkaitan hukum Islam. Pendirian terbaru DAP ini tidak dihebahkan oleh media pencacai melainkan sering mengungkit kenyataan lama Pengerusi DAP tersebut. Oleh itu, tindakan Tuan Guru Nik Aziz yang sanggup berbincang dengan DAP di dalam isu ini adalah selaras dengan apa yang Karpal Singh suarakan. Chua Soi Lek berani berbuat demikian kerana beliau beranggapan bahawa haramnya judi itu adalah kehendak PAS semata-mata, sedangkan itu bukan kehendak PAS tetapi itu adalah perintah Allah. Mengapa Chua Soi Lek tidak faham? Jawapannya mudah, kerana beliau berkawan dengan Umno dan Umno tidak memaklumkan kepadanya tentang hukum berjudi di dalam Islam. Bahkan, Umno sebagai tunjang kerajaan pusat meluluskan lesen judi terbesar di genting dan pernah bercita-cita untuk melaksanakan judi bolasepak Piala dunia baru-baru ini. Oleh yang demikian, pemimpin di dalam MCA dan Gerakan atau MIC menganggap judi dibenarkan di dalam Islam kerana Umno sendiri redha dan pemimpin dan ahli Umno semuanya mengaku Islam. Pada fikiran Chua Soi Lek, jika Umno yang Islam kata boleh mengapa PAS yang Islam juga kata tidak boleh? Justeru itu, siapa yang menyesatkan siapa? Jangan nanti Chua Soi Lek mahu agar hubungan seks bebas atau oral seks dibenarkan kerana itu hak mereka yang Non Muslim. Kepada Kerajaan Negeri Kelantan, teruskan usaha tersebut di dalam masa yang sama terangkan kepada mereka bahawa hukum Islam ini menjamin keharmonian semua. Biarlah Umno pula menerangkan kepada sekutu mereka dari MCA, Gerakan dan MIC tentang hukum berjudi di dalam Islam pada pandangan Umno. Adakah berjudi itu `halal' bila berlesen dan `haram' bila tidak berlesen, biarlah pemimpin Umno terangkan. Persoalannya, mampukah pemimpin Umno terangkan tentang Islam kepada sekutu mereka itu sedangkan isteri sendiri pun tidak tahu hukum menutup aurat. /wfauzdin.blogspot.com |
USAHA NAJIB MAHU PECAH BELAHKAN PAS DAN PKR Posted: 08 Mar 2011 01:21 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS AKHBAR hari ini memetik kenyataan Najib bahawa semasa PRK Dun Merlimau dan Dun Kerdau, terdapat pimpinan PAS tidak menggalakkan DS Anwar datang berkempen ke kawasan tersebut. Satu lagi usaha Najib untuk melaga-lagakan kerjasama PKR dan PAS setelah usaha memperdayakan PAS dengan `Kerajaan Perpaduan' gagal. Najib selaku PM tentunya mempunyai ramai SB yang ditugaskan meninjau kempen PR di dua kawasan tersebut, malangnya beliau masih tidak tahu apa-apa maklumat atau sememangnya beliau tidak diberitahu. Najib tidak tahu betapa Anwar telah menjelajah dari satu tempat ke satu tempat di dalam satu hari sahaja di Merlimau. Begitu juga di Kerdau, di mana kehadiran Anwar disambut secara `samseng' berperangai `monyet' oleh sekumpulan pemuda yang mengepung dan melontar batu ke kereta Anwar. Kehadiran Anwar di dalam mana-mana kempen PRK amat dinantikan oleh semua penyokong PR termasuk PAS, ini dibuktikan semua ceramah Anwar mendapat sambutan yang hangat. Jika tidak, masakan ada `monyet upahan' yang menanti kehadiran Ketua Pembangkang itu. Tidak seperti Umno, jika Najib atau Muhyiddin tidak membawa `bekal' serta uncang-uncang yang mahu ditaburkan kepada pengundi, sudah pasti kehadiran beliau tidak dipedulikan rakyat. Bayangkan, Umno sampai ke tahap memanggil betina tua yang masih bujang itu untuk mengajar anak-anak muda dio Merlimau dan Kerdau bagaimana untuk mencarut, bercakap lucah dan melakukan fitnah. Betina itu mahu anak-anak muda Melayu khususnya menjadi sepertinya yang tiada moral sehingga dibuang oleh keluarganya sendiri. Umno juga sanggup menjemput raja golek punggung M.Daud Kilau dan berdangdut selepas ceramah Ezam sesumpah dan Berahim raja katak. Mengapa bergelek dan berdangdut selepas ceramah? Ini adalah kerana untuk mengelakkan penonton lari sebaik sahaja selesai bergelek dan ceramah pun tidak laku. Itu bezanya cara kita dengan cara mereka. Namun puak mereka menang bukan kerana Najib, Muhyiddin, betina tua atau ketiga-tiga raja itu iaitu raja gelek, raja sesumpah atau pun raja katak. Mereka menang kerana `habuan' yang diberi dan dijanjikan. Dijanjikan wang tunai RM13 Ribu dibayar Isnin selepas selesai pilihanraya bagi beberapa ratus Peneroka Felda. Terbukti ianya dibayar juga tetapi dengan cek. Tidak kisah cek atau tunai, tetapi mereka telah mendapat apa yang mereka mahu. Peduli apa mereka dengan perjuangan Islam yang ingin dibawa oleh PAS. Selepas ini mereka akan bayar balik wang itu, itu tiada masalah kerana setiap tahun mereka sudah pasti ada bonus kerana harga sawit tetap akan tinggi sehingga kiamat. Peneroka felda orang bertuah di Malaysia sekarang. Bagaimana dengan warga felda yang lain yang mencukupi syarat untuk mendapat imbuhan seperti yang diperolehi oleh wara felda di Kerdau? Kamu jangan bimbang, bersabarlah manalah tahu ada pula PRK di kawasan kamu selepas ini. Cuma, jangan berdoa Wakil Rakyat kamu mati pula. /wfauzdin.blogspot.com |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan