WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM |
- KERDAU - KISAH TETAMU YANG DITIPU DAN DIKHIANATI
- TEWAS PILIHANRAYA, PRESIDEN PAS MESTI DITUKAR ?
- INI BUKAN KEKALAHAN TERAKHIR BUAT PR, KECUALI PIMPINAN KITA BERANI LAKUKAN SESUATU
- PILIHANRAYA PALING MELAMPAU - TUAN IBRAHIM
- KEJUTAN DI KERDAU, MUNGKINKAH MENCAPAI 90 % MENGUNDI ?
KERDAU - KISAH TETAMU YANG DITIPU DAN DIKHIANATI Posted: 06 Mar 2011 11:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS DI DALAM kehangatan kempen PRK Dun Kerdau baru-baru ini, kita digemparkan dengan berita kemasukan bekas Ketua cawangan Umno Jengka 25, Muzammil Mualip yang menyerahkan borang menyertai PAS bersama 11 lagi rakannya pada 01 Mac yang lalu. Kemasukan beliau ke dalam PAS kita raikan dan disyukuri walaupun kita tahu kemasukannya bukan menjadi satu laluan mudah untuk PAS memenangi PRK tersebut kerana penghalang yang lebih besar menanti di situ iaitu umpan dan sogokan kepada pengundi-pengundi. Namun, sebagai sebuah parti yang sentiasa menjalankan usaha dakwahnya maka kemasukan beliau kita syukuri dan kita raikan sebagai penambah semangat kita di PRK tersebut. PAS tidak memaksa atau mengugut beliau, jauh sekali untuk memberikan apa-apa habuan kepada Muzammil dan rakan-rakannya. Sebagai meraikannya, PAS memberi penghormatan terhadapnya dengan Presiden PAS sendiri Tuan Guru Hj Hadi bersama Pesuruhjaya PAS Pahang, Tuan Ibrahim Tuan Man datang ke rumahnya untuk menerima borang penyertaan ke dalam PAS. Terlalu istimewa kita raikan beliau, dan saya percaya mungkin tidak ramai ahli-ahli PAS yang mendapat layanan istimewa seperti itu. Siapa di antara kita yang memasuki PAS yang Presiden PAS sendiri terima borang kita di rumah kita sendiri? Oleh kerana ketika itu PAS sedang berdepan dengan situasi getir berdepan dengan seluruh jentera kerajaan, maka Presiden PAS bersedia hadir ke rumah beliau menandakan keikhlasan PAS menerimanya sebagai jemaah. Amat menyedihkan, selang tiga hari lebih kurang Muzammil kembali `rujuk' kepada Umno. Mengapa Muzammil tergamak bermain politik semurah itu? Mengapa tergamaknya beliau mengkhianati Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang pernah menjejakkan kaki ke rumahnya sebagai tetamu? Kita tidak sedih jika beliau tidak mahu bersama PAS tetapi mengapa cara itu beliau lakukan? Bukankah jelas itu merupakan satu cara terancang untuk memalukan PAS terutamanya Tuan Guru Hj Hadi? Mustahil Muzammil keluar PAS kerana tidak setuju dengan dasar PAS kerana di dalam masa tiga hari mana mungkin Muzammil boleh mengenali PAS secara mendalam. Sebenarnya beliau telah merancang itu semua dan beliau sanggup menjadikan rumahnya sebagai saksi pengkhianatannya terhadap PAS. Sedikit pun beliau tidak menghargai kedatangan Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man ke rumahnya, sebaliknya beliau sanggup menipu demi untuk memalukan PAS sekaligus kemenangan moral buat Umno. Perbuatan Muzammil pada saya adalah satu perbuatan yang jahat dan tidak bermoral. Adakah PAS merasa marah terhadap beliau? Tidak, malahan dengan sabar dan tenang Tuan Ibrahim Tuan Man menasihatkan ahli-ahli PAS agar tidak memusuhi Muzammil. Sepatutnya Muzammil tidak perlu berbuat demikian jika inginkan kemenangan buat Umno kerana Umno sudah cukup kuat dengan segala jentera kerajaan dan wang rakyat yang mereka curahkan di Kerdau. Tidak perlu melakukan perbuatan tidak bermoral seperti itu. Menipu di siang hari nescaya kehidupan orang seperti ini tidak aklan mendapat keberkatan. Sekiranya beliau terasa rugi menyertai PAS setelah mendengar pengumuman wang tunai RM13 ribu itu akan dibayar selepas PRK, kita berharap Muzammil akan berbahagia dan senang dengan apa yang dihajati olehnya. PAS bukan parti senang lenang dan mungkin Muzammil tidak layak berada di dalam jemaah PAS. Buat kita yang menyokong perjuangan PAS teruskan perjuangan ini. Meski pun kita tewas, kita mesti bersyukur kerana kita tidak tergolong di dalam golongan orang yang memikirkan kebendaan duniawi yang sementara ini. Teruskan berjuang./wfauzdin.blogspot.com |
TEWAS PILIHANRAYA, PRESIDEN PAS MESTI DITUKAR ? Posted: 06 Mar 2011 08:00 PM PST Oleh: WFAUZDIN NS MENGAPA perlu disalahkan kepada Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi, Timbalan Presiden dan juga Ketua Pemuda PAS apabila PAS tewas di dua kerusi Dun Merlimau dan Dun Kerdau baru-baru ini? Pada saya tulisan Tulang Besi di sini agak keterlaluan di dalam mencari punca sebenar kekalahan PAS termasuk di PRK Dun Tenang. Beliau mempersoalkan peranan pemimpin PAS tersebut di dalam menarik sokongan terutamanya pengundi-pengundi muda. Tulisan beliau seolah-olah menunjukkan Najib, Muhyiddin dan KJ adalah lebih diyakini oleh golongan muda daripada ketiga-tiga pemimpin PAS tersebut. Justeru itu, beliau menyarankan agar dilakukan perubahan pimpinan di dalam PAS membabitkan ketiga-tiga pemimpin yang disebutkan tadi. Pada saya, hujah Tulang Besi langsung tidak releven. Adakah jika berlaku perubahan pada pimpinan PAS maka PAS tidak boleh tewas lagi? Faktor terbesar yang paling lojik mengapa PR tewas adalah kerana kita memasuki pertandingan yang amat tidak adil dan dipenuhi dengan amalan korupsi di pihak mereka. Di dalam keadaan begitu pun kita masih mengekalkan momentum sokongan rakyat kepada kita. Bayangkan jika kita berdepan dengan Umno/Bn sahaja tanpa adanya sokongan dari belakang oleh semua jentera kerajaan, tanpa rasuah dan SPR yang telus, tentu sudah lama Umno/Bn `ghuyub'. Pemimpin kita telah lakukan yang terbaik, dan peranan pemimpin PAS yang paling berjaya adalah `menjinakkan' DAP dengan Islam yang dibawa oleh PAS. Cuma satu sahaja yang pernah saya tulis sebelum ini bahawa pemimpin PR masih gagal menekan kerajaan agar melaksanakan sistem demokrasi yang adil. Itu sahaja yang kita perlu utamakan, bukannya menukar kepimpinan yang ada. Sekiranya ditukar sebulan sekali, atau diletakkan pemimpin mana sekali pun dari langit, jika demokrasi yang ada seperti sekarang diteruskan maka kita tidak hairan jika kita akan tewas lagi di masa akan datang. Bukan kita nafikan kita ada kelemahan di sana sini, tetapi kita harus realistik bahawa jika kita perbaiki kelemahan kita setiap masa, tetapi di hadapan kita masih dihalang dengan berbagai kepincangan, penipuan dan ketidakadilan, adakah kita yakin kita boleh mencapai kemenangan? Umpama pasukan bolasepak yang mempunyai pemain-pemain yang hebat, tetapi mereka masuk padang tanpa kasut, berdepan dengan pihak lawan yang lengkap dan diadili pula oleh Pengadil yang dilantik oleh Tim mereka. Jika Pengadil sudah berniat untuk memberikan kemenangan kepada Tim nya, bukan suatu kerja yang susah. Paling mudah berikan sahaja tendangan penalti kepada Timnya, dan kita tewas. Justeru itu, saya berpandangan bahawa PAS tidak memerlukan perubahan pimpinan sehinggalah ahli-ahli PAS sendiri ingin melakukan perubahan itu, bukan kerana menang atau tewas di dalam pilihanraya. Pokok utamanya, pimpinan PR mesti lakukan sesuatu untuk mengubah sistem yang sedia ada. Jika tidak, kita harus bersedia untuk menerima kekalahan lagi di masa-masa akan datang. Kesimpulannya, kelemahan yang ada mesti diperbaiki serentak itu juga perbaiki sistem demokrasi yang korup ini./wfauzdin.blogspot.com |
INI BUKAN KEKALAHAN TERAKHIR BUAT PR, KECUALI PIMPINAN KITA BERANI LAKUKAN SESUATU Posted: 06 Mar 2011 09:58 AM PST Oleh: WFAUZDIN NS PAS menyertai pilihanraya adalah kerana menganggap bahawa itu adalah salah satu kewajipannya di dalam melaksanakan perintah Allah. Sekiranya PAS tidak bertanding, rakyat tidak mempunyai peluang untuk mengangkat pemimpin mereka yang mahu melaksanakan hukum Islam kerana PAS adalah satu-satunya parti di dalam negara ini yang dasarnya adalah Islam. Begitu juga dengan sekutu PAS di dalam PR yang masuk bertanding kerana ingin melakukan perubahan. Walaupun sudah lama kita mengetahui bahawa kita menyertai pilihanraya di dalam keadaan demokrasi yang pincang serta penuh ketidakadilan, namun kita tetap menawarkan diri kepada rakyat untuk menjadi pilihan mereka. Ramai yang mempersoalkan sampai bila PR harus bertanding di dalam suasana yang kita sendiri tahu akan risikonya. Samada PR bangkit menentang ketidakadilan di dalam sistem demokrasi yang ada sekarang atau tidak, kita mesti menyertai pilihanraya kerana itu satu kewajipan. Jika kita tidak berupaya bangkit, kita harus bersedia untuk menerima kekalahan demi kekalahan lagi. Saya bukan ingin menafikan beberapa kelemahan di pihak kita yang mungkin menjadi faktor kita tewas sejak kebelakangan ini. Kita harus akui kita masih punyai kelemahan yang perlu kita perbaiki. Namun pada pendapat saya, sehebat mana pun kita jika kita bertanding di dalam keadaan padang yang tidak rata dengan pengadil yang bersikap berat sebelah, kita lebih banyak berpeluang untuk kalah dari mencapai kemenangan. Jika kita menang sekali pun, bukan bererti kita menang kerana pilihanraya itu bersih dan adil. Mungkin kita menang oleh kerana terlalu kuat sokongan pada kita sehingga tidak mampu untuk mereka menghalangnya lagi. Adakah kita selama-lamanya mahu mengharapkan situasi begitu? Sehubungan itu, suka saya cadangkan kepada pimpinan PR agar lakukan sesuatu yang lebih serius dan bersungguh-sungguh agar kita tidak lagi dipermainkan setiap kali kita menyertai pilihanraya. Siapa boleh nafikan jentera kerajaan, media, rasuah politik, undian pos dan segalanya digunakan oleh pihak mereka setiap kali adanya pilihanraya? Kita sedar sudah lama semua ini, namun kita seperti tidak bersungguh bangkit menentangnya. Ini lah punca sebenar atau faktor utama mengapa kita selalu tewas. Memadaikah kita hanya bercakap menentang ketidakadilan ini, selepas itu kita masuk juga gelanggang dalam situasi yang tidak pernah berubah? Percayalah, selagi semua itu tidak kita halang, selagi itu kita akan terus ditertawakan dengan kekalahan demi kekalahan. Contoh terbaru, PRK di Dun Tenang, Merlimau dan Dun Kerdau terlalu menonjol kecurangan demokrasi yang mereka lakukan. Bila kita tewas, kita buat komen yang nadanya tetap sama bertahun-tahun iaitu kita tewas akibat amalan rasuah mereka, undi pos, pengundi hantu, media, jentera kerajaan yang mereka gunakan. Kita tahu, tapi apa yang kita rancang untuk menghalangnya? Menjadi harapan kita agar pimpinan PR lebih serius di dalam hal ini. Jika keadaan ini tidak dapat diperbaiki, tiada gunanya kita siang malam berkempen meminta rakyat menyokong kita. Sekiranya semuanya dapat kita perbetulkan, barulah kita boleh mengkaji sebenar-benarnya kelemahan kita jika kita masih tewas lagi./wfauzdin.blogspot.com |
PILIHANRAYA PALING MELAMPAU - TUAN IBRAHIM Posted: 06 Mar 2011 08:00 AM PST Kerdau p'raya 'paling melampau', kata Tuan Ibrahim Mac 6, 11Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, parti itu tewas dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau disebabkan peningkatan jumlah para pemilih. "Bagaimanapun daripada sudut jumlah undi di tiga kawasan Felda, ada peningkatan," katanya dalam sidang media di markaz PAS di Kerdau malam ini selepas keputusan rasmi diumumkan. Ditanya sama ada keputusan hari ini menunjukkan PAS kehilangan undi Melayu, Tuan Ibrahim menafikannya kerana Kerdau merupakan kubu kuat BN.
"Dengan segala jenteranya, agak sukar bagi kita. Bagi saya ini cuma kemerosotan kecil," katanya lagi. Tuan Ibrahim juga terus menyatakan perasaan tidak puas hati kepada perjalanan proses pilihan raya kali ini sebagai "pilihan raya paling melampau". Justeru, tambahnya, PAS akan menyarankan supaya dilakukan reformasi melalui program pemutihan pilihan raya Bersih 2.0. Dalam pada itu, Tuan Ibrahim turut menafikan dakwaan Pakatan gagal menterjemahkan kandungan Buku Jingga dalam pilihan raya kali ini. Beliau memberi alasan, pilihan raya Kerdau lebih tertumpu kepada isu tempatan. Sementara itu, exco kerajaan tempatan Selangor Ronnie Liu pula berkata Pakatan tidak perlu susah hati kerana ujian sebenar adalah dalam pilihan raya umum. Ditanya tentang sokongan undi Cina di Kerdau kali ini, Ronnie berkata perkara itu tidak dapat diukur kerana bercampur dengan kaum lain dalam satu daerah mengundi. Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi kemenangan besar dengan majoriti 2,724 undi, menewaskan Hassanuddin yang mendapat 2,336 undi. Keputusan pilihan raya kecil itu diumumkan oleh pegawai pengurus pilihan raya, Datuk Tarif Abdul Rahman kira-kira 8.20 malam ini. Majoriti kemenangan BN itu menunjukkan parti itu berjaya mengembalikan tahap sokongan yang dinikmatinya pada pilihan raya umum 2004 di mana parti itu mendapat majoriti sebanyak 2,565 undi. Ia juga menunjukkan pertambahan hampir 70 peratus berbanding majoriti yang diperolehi BN sebanyak 1,615 undi pada 2008. Pilihan raya kecil itu turut mencatatkan jumlah keluar mengundi sebanyak 83 peratus atau 7,480 orang pemilih keluar mengundi selepas semua 13 pusat mengundi ditutup 5 petang tadi./Malaysiakini |
KEJUTAN DI KERDAU, MUNGKINKAH MENCAPAI 90 % MENGUNDI ? Posted: 06 Mar 2011 12:15 AM PST LAPORAN LANGSUNG DI KERDAU
3.27pm: Jumlah keluar mengundi meningkat kepada 7,149 (79.44%) sehingga jam 3 petang. 2.25pm: Seramai 6,805 pengundi (75.62%) telah keluar mengundi sehingga jam 2 petang. 2pm: Kesesakan teruk berlaku di sebatang jalan yang menghubungkan pusat mengundi di Rumpun Makmur dan Kerdau. Keadaan itu hampir menyebabkan kenderaan yang melalui jalan berkenaan tidak bergerak langsung. 1.25pm Jumlah keluar mengundi hingga hingga jam 1 petang telahpun mencatat angka 6,467 pengundi – 71.86%./Malaysiakini |
You are subscribed to email updates from WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan