Jumaat, 4 Mac 2011

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM


RASUAH PILIHANRAYA DI MERLIMAU, KERDAU TETAPI DI LENGGENG YANG KENA

Posted: 04 Mar 2011 09:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MENGIKUT laporan Malaysiakini, ADUN Lenggeng, Mustafa Salim hari ini didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah RM2,000 sebagai dorongan untuk mengeluarkan surat sokongan bagi mengeluarkan surat sokongan berkaitan dengan projek pasir, lebih dua tahun lalu.

NONEMahkamah Sesyen Seremban petang ini memutuskan supaya hukuman ke atas wakil rakyat itu ditetapkan pada 1 April. Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kelayakan Wakil Rakyat akan gugur sekiranya didapati bersalah serta dipenjarakan melebihi setahun atau dikenakan denda melebihi RM 2 Ribu.

Beliau didakwa di mengikut Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang membawa hukuman penjara antara 14 hari hingga 20 tahun dan didenda lima kali jumlah rasuah atau minimum RM10,000.


NONE

Sekiranya berlaku PRK di Dun tersebut, nampaknya kantung kerajaan akan terus berkurangan. Projek kilat yang `secara kebetulan' akan berlaku dan mulai sekarang bolehlah penduduk-penduduk di kawasan berkenaan berangan. Mungkin ada yang berdoa agar pilihanraya kecil dapat diadakan kerana ketika itu `Aladdin' datang dengan lampu ajaibnya.

Di dalam PRU 2008, Dun berkenaan dimenangi oleh Bn dengan hanya majoriti 1, 285 sahaja menewaskan calon PAS, Zulkefly Mohd Omar. Ini tentunya menyemakkan kepala Najib sekali lagi. Namun harus diingat, di dalam kes Adun tersebut hukuman akan ditetapkan pada 01 April. Bermacam-macam perkara boleh berlaku di dalam tempoh tersebut, justeru itu buat masyarakat di Dun Lenggeng jangan cepat berangan.

Kita tidak kisah ada pilihanraya atau tidak. Apa yang penting, terbukti sekali lagi Adun dari Bn melakukan rasuah. Maka, satu kerugian buat pengundi-pengundi di Dun Lenggeng yang dulunya mengundi Adun dari Umno/Bn ini. Bayangkan jika mengundi calon dari PAS ketika itu, masalah seperti ini tidak akan berlaku.

Justeru itu, pengundi-pengundi di Merlimau dan Kerdau boleh belajar dari apa yang mereka saksikan. Paling membanggakan semenjak Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu, tidak seorang pun Adun/MP dari PR yang disabitkan dengan rasuah walaupun memang ada aduan terhadap beberapa Adun/MP dari PR. Cuba buat perbezaan di antara PR dengan Bn dengan menggunakan akal yang bersih tanpa diganggu oleh habuan keduniaan./wfauzdin.blogspot.com

MURID TIDAK SUKA GURU, BALING KERETA GURU DENGAN BATU - AJARAN SIAPA INI?

Posted: 04 Mar 2011 06:00 PM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA kita sebagai guru sekolah yang ingin mengajar anak murid kita agar menjadi seorang yang bijak dan berdisiplin, maka sudah tentu kita juga kena tegas dan berdisplin. Apabila seseorang guru itu tegas, sudah tentu ada beberapa orang murid yang tidak suka dengan kita terutamanya murid-murid yang nakal di sekolah.

Kita sering terdengar cerita ada guru yang dipukul oleh murid dan ada murid yang bertindak ganas ke atas harta benda guru yang dibencinya. Ada guru yang keretanya dicalar atau dibaling batu dan dipancitkan tayarnya oleh anak murid yang tidak suka atau benci kepada guru tersebut. Adakah betul cara anak murid berkenaan?

Jika kita tanya Menteri Pelajaran yang juga TPM sekarang iaitu Muhyiddin, beliau ada jawapannya. Anda boleh baca tulisan saya sebelum ini tentang sikap Muhyiddin di sini. Apabila kenderaan DS Anwar dikepung dan dibaling batu oleh sekumpulan `monyet' di Kerdau baru-baru ini, wartawan meminta komen Muhyiddin. Beliau memberi komen paling `bijak' sebagai Menteri Pelajaran dan TPM iaitu perbuatan `monyet-monyet' berkenaan adalah kerana mereka tidak suka kepada DS Anwar. Lebih baik DS Anwar jangan datang situ lagi, katanya.

Itulah komen paling bijak yang beliau boleh beri. Beliau tidak minta Polis siasat atau sekurang-kurangnya menasihati sekumpulan `monyet' itu agar menjadi manusia yang bertamaddun. Jika inilah pemimpin yang kita ada, tidak pelik suatu hari nanti pelajar-pelajar kita naik tocang kerana mereka diberi nasihat yang songsang oleh Menteri seperti ini.

Mungkin kita telah dikelabukan dengan umpan kebendaan hingga kita sesat di dalam memilih pemimpin. Yang merasai kesannya adalah anak bangsa kita dan cucu cicit kita kelak. Oleh itu, marilah kita mengubahnya mulai sekarang. Jangan biarkan pemimpin seperti ini mengajar anak kita menjadi ego dan bongkak sepertinya./wfauzdin.blogspot.com

GELEK M.DAUD KILAU DAN DANGDUT MELALAIKAN ORANG FELDA DI KERDAU

Posted: 04 Mar 2011 09:47 AM PST

Gambar Hiasan

Oleh: WFAUZDIN NS

PUNYALAH haprak puak tu. Ajak berdebat secara ilmiah tentang ekonomi negara takut, kecut. Bila kita berceramah, puak tu cari jalan jangan kasi rakyat mendengar ceramah kita agar rakyat akan menjadi bangang macam mereka. Maka, di kawasan felda kat Kerdau, dibawanya artis M.Daud Kilau dan konsert dangdut. Ya Allah.

Maka bergolek punggung lah si Daud Kilau bersubahat dengan puak tu. Ada ke Daud kilau Justify Fullbercakap macam artis Bob Lokman yang baru masuk PAS itu? Jika Bob Lokman bercerita tentang keinsafannya dan keindahan Islam, apa pula M.Daud Kilau buat di Kerdau? Golek punggung je lah dan si tua lelaki perempuan yang masih tak sedar diri di kawasan tu pun tersengeh dan terangguk-angguk menonton. Kesihan Melayu....

Kalau tak ada Wakil Rakyat yang meninggal dunia kat situ, gamaknya sampai mati orang situ tak dapat tengok M.Daud Kilau atau menonton dangdut. Terasa rugi besar mereka, agaknya. Di sebelah kita bercerita pasal harga barang naik, pasal pemimpin rasuah, pasal tanah kita dan hak kita telah dirampas, pasal moral remaja semakin teruk, tetapi puak tu pasang speaker kuat untuk hanyutkan orang-orang Melayu dengan alunan gelek M.Daud kilau dan nyanyian dangdut. Berbaloi M.Daud kilau dapat Datuk kerana `berjihad' untuk orang-orang Melayu. Patut lah Bob lokman tak dapat Datuk. Kalau Bob Lokman buat macam M.Daud kilau tu, tak lama lagi dapatlah Datuk. Shah Rukh Khan yang nyanyi guna `miming' suara pun dapat Datuk kat Melaka. Itulah hebatnya ketuanan Melayu.

Kesihan Melayu...Melayu semakin `Me-Layu'./wfauzdin.blogspot.com

KERETA ANWAR DIKEPUNG DAN DIBALING BATU, APA KOMEN `SI LEMBAM'?

Posted: 04 Mar 2011 07:00 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

MUHYIDDIN secara terang-terangan merestui tindakan tidak bertamaddun beberapa kumpulan yang mengkasari DS Anwar yang berkunjung ke Felda Jengka 22 pada Khamis malam lepas. Kereta yang dinaiki oleh DS Anwar dikepung dan dibaling batu oleh sekumpulan `monyet' upahan.

Apa kata Muhyiddin selaku PM 1 Malaysia? Beliau memberi komen seperti orang bodoh iaitu katanya, "Insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim dikasari di kawasan Felda di Kerdau mungkin disebabkan penduduk kawasan itu menyampah dengannya.

NONE"Itu (terjadi) kalau orang Felda tak boleh menerima Anwar. Kerana itu kampung mereka sendiri, itu hak merekalah," kata Muhyddin yang juga timbalan presiden Umno.

"Mungkin kerana mereka dah menyampah, (dan) tidak hendak dengar lagi cerita karut-marut dan berdosa lagi. Jadi lebih baik (Anwar) jangan masuk."
(Malaysiakini)

Itukah komen dari seorang PM? Bayangkan jika Muhyiddin bertandang ke Kalantan, Selangor atau P.Pinang yang ramai orang tidak suka kepadanya maka beliau dilakukan sedemikian? Agak-agaknya apa komen beliau? Agak-agaknya pihak polis akan buat apa? Mesti kecoh Utusan Meloya dan TV 3 suku akan ulas macam lalat hurung tahi.

NONEDilaporkan sekitar tapak ceramah ditabur dengan paku dan beberapa kenderaan mengalami kerosakan. Ini kerja bangsat dan bacul oleh puak yang tidak beragama dan tidak bermoral. Pemimpin yang merestui puak ini pun setaraf dengan mereka juga.

Satu kelemahan di pihak kita ialah kita mungkin tidak mempunyai satu Unit yang mampu mengawal pimpinan kita. Jika ada pun, kita mungkin tidak merancang serapi mungkin apakah tindakan yang boleh kita lakukan jika berlaku situasi seperti itu. Sebab itu saya ada menulis di sini betapa kita perlu wujudkan Unit Gerak Jihad. Tidak mustahil suatu hari nanti kita hanya mampu melihat Tuan Guru Nik Aziz atau Tuan Guru Hj Hadi dibaling batu atau diludah oleh `monyet-monyet' upahan Apco itu.

Ini satu pengajaran buat kita yang sering lalai atau tidak peka dengan aspek keselamatan pimpinan dan para penyokong kita. Bagaimana mungkin puak mereka boleh datang ke tapak ceramah kita dengan melakukan kerja menabur paku-paku di serata tempat? Mana mungkin kenderaan yang membawa pimpinan kita tidak dikawal serapi mungkin? Kita mahu harapkan kawalan pihak Polis semata-mata?/wfauzdin.blogspot.com

UMI TIDAK TAKUT NERAKA KE ? - AZWAN ALI MULA BERSUARA

Posted: 04 Mar 2011 05:00 AM PST

Dulu, Azwan berganding dgn Umi Hafilda `memusuhi' Azmin, Kini Azwan kembali bertaut bersama keluarga...tetapi bagaimana dengan Umi? Kesihan dia....




KUALA LUMPUR : Ummi Hafilda Ali diingatkan supaya berhenti memfitnah orang lain sebaliknya berusaha membersihkan dosa yang dilakukan terutama terhadap keluarga sendiri. Peringatan tersebut dibuat oleh adiknya sendiri, Azwan Ali.

Dalam SMSya ... Azwan mengingatkan kakaknya bahawa seksaan dari Allah menanti kepada mereka yang melakukan fitnah. "Tak takut azab neraka ker?" kata Azwan.

Sehubungan itu, Azwan yang juga personaliti TV terkenal menasihati Ummi supaya membersihkan diri sendiri sebelum bercakap mengenai orang lain.

"Bersihkan dosa pada adik beradik sebelum nak menyalak berpolitik sambil busukkan darah daging (sendiri). (Ia juga termasuk) dosa kepada saya," tambah Azwan.

Sumber: Tranungkite

RM 13 RIBU TUNAI ISNIN INI, DUGAAN BUAT PENEROKA FELDA

Posted: 04 Mar 2011 01:56 AM PST

Oleh: WFAUZDIN NS

ISNIN nanti dapat atau tidak Peneroksa Felda seramai 260 wang tunai sejumlah RM 13 Ribu seorang bagi pembayaran CESS? Wang itu dijanjikan oleh Maslan di Kerdau iaitu kawasan pilihanraya kecil yang mana majoritinya adalah pengundi dari Peneroka Felda.

Jangan lupa, Ahad ini hari mengundi. Siapa pemenang belum tentu dan Kerdau dikatakan amat panas buat Umno sekarang. Pengundi mungkin tidak percaya cakap Najib, Muhyiddin jauh sekali mahu percaya anak terbuang Mak Cik Umi itu. Tetapi, bila sebut ada wang tunai seorang boleh dapat RM 13 Ribu, bagaimana agaknya?

Hanya iman dan takwa berlandaskan kebijaksanaan yang boleh membuat keputusan. Jika perut diletakkan ke depan berbanding nilai maruah, maka sudah pasti wang tunai satu pilihan terbaik. Masalahnya, jika Umno tewas adakah wang tunai itu diserahkan? Tahniah, buat ANAK satu pertubuhan yang sanggup dikeji dan dihina semata-mata untuk menjaga kebajikan para Peneroka. Hasilnya, Isnin ini ada wang buat para Peneroka berkenaan. Fikir-fikirkanlah./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan: