WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- PR Pulau Pinang untuk Semua Guan Eng: Wifi juga untuk Semua
- Surendran: Siasatan polis terhadap Anwar bermotif politik
- Hasil Mahsul Bumi Sarawak Bukan Milik Elit Pemerintah, Kata Anwar
- Mahasiswa Khuatir Skim Rumah Pertamaku Tambah Beban Hutang Graduan
- Shuib Akui Dalang Sebenar Video Fitnah
- Pimpinan Umno Hanya Pertahan Agama Bila Ada Kepentingan
PR Pulau Pinang untuk Semua Guan Eng: Wifi juga untuk Semua Posted: 31 Mar 2011 03:01 AM PDT "Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang untuk semua, Wifi untuk semua" dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai negeri wifi pertama di Malaysia yang berani dan inovatif dalam inisiatif memperluaskan kepintaran digital untuk seluruh rakyat Pulau Pinang. Sebagai negeri yang pertama di Malaysia menyediakan wifi percuma di tempat tumpuan umum, beberapa keperluan dan penjelasan diperlukan dalam usaha untuk melaksanakan konsep baru ini. Kerajaan negeri Pulau Pinang ingin menekankan di sini bahawa kita bersedia untuk mempertimbangkan mana-mana syarikat yang tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia yang mempunyai lesen perkhidmatan ICT, sepertimana syarat yang telah ditawarkan kepada Redtone International Bhd. Dalam erti kata lain, syarikat-syarikat ini mesti bersedia untuk memasang dan menyenggarakan 1,500 kawasan hotspot wifi percuma untuk dibekalkan kepada seluruh rakyat Pulau Pinang selama lima tahun dengan kos RM8.5 juta yang ditanggung oleh Kerajaan Negeri. Sebagai bukit komitmen terhadap inisiatif wifi percuma, mana-mana syarikat itu hendaklah mengikut jejak langkah Redtone, iaitu dalam memasang dan menyenggarakan sebanyak 750 kawasan hotspot yang pertama atas kos pembiayaan sendiri. Ini bermakna Kerajaan Negeri tidak akan mengeluarkan walau satu sen perbelanjaan untuk fasa pertama ini. Sekiranya syarat diatas dipenuhi, barulah syarikat tersebut layak untuk ditawarkan fasa kedua iaitu pemasangan tambahan 750 lagi kawasan hotspot yang akan ditanggung sebahagiannya oleh Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang kesal dengan sikap tidak bertanggungjawab Barisan Nasional yang telah mengelirukan dasar yang diamalkan dengan menuduh kerajaan negeri PR Pulau Pinang mengenepikan dasar tender terbuka kerajaan negeri. Jelas, BN hipokrit dengan mengkritik Pakatan Rakyat tidak mengamalkan tender terbuka sedangkan BN sendiri gagal melaksanakannya. Saya ingin menegaskan di sini bahawa dasar tender terbuka merupakan keutamaan urustadbir CAT (Cekap, Akauntabiliti dan Telus) yang diamalkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang. Atas urustadbir CAT dan dasar tender terbuka yang senantiasa diamalkan ini, Pulau Pinang telah pun menjadi negeri pertama yang dipuji oleh Transparency International. Urustadbir CAT sememangnya berdasarkan sistem tender terbuka tetapi mustahil Pakatan Rakyat untuk melaksanakan sistem tender terbuka sekiranya hanya satu syarikat tersenarai yang sudi memenuhi syarat yang ditetapkan. Syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia akan ditawarkan dengan syarat yang sama sepertimana yang dikenakan kepada Redtone International Bhd untuk memasang dan menyenggarakan 1,500 hotspot wifi percuma untuk seluruh rakyat Pulau Pinang selama lima tahun dengan kos RM8.5 juta. Inisiatif wifi percuma di Pulau Pinang ini melibatkan dua fasa. Fasa pertama melibatkan pemasangan 750 hotspot wifi percuma di tempat tumpuan umum oleh syarikat tersenarai dengan kos ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat tanpa mengenakan satu sen pun kepada Kerajaan Negeri. Pelaburan syarikat tersebut akan ditebus balik melalui pulangan pengiklanan. Pada fasa pertama, kerajaan negeri hanya membantu menyediakan kemudahan dalam proses pemasangan. Hanya satu syarikat (Redtone) yang menyatakan kesudian dalam menyediakan 750 hotspot wifi percuma di tempat tumpuan umum dengan kos pembiayaan ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat. Tiada syarikat lain yang berminat untuk tampil menyediakan perkhidmatan 750 wifi percuma dengan kos pembiayaan sendiri. Oleh kerana tahap pertama adalah tawaran pemasangan secara percuma, Kerajaan Negeri tidak dapat memaksa Redtone untuk meliputi seluruh kawasan di Pulau Pinang. Inilah sebabnya beberapa kawasan terpaksa diketepikan termasuk kawasan Parlimen Bukit Gelugor, Pengerusi DAP Karpal Singh. Untuk memastikan liputan wifi percuma merangkumi semua kawasan, Kerajaan Negeri harus membiayai fasa kedua, iaitu pemasangan dan penyenggaraan 750 hotspot wifi tambahan untuk ditempatkan di tempat tumpuan umum dengan bayaran RM8.5 juta untuk tempoh lima tahun. Fasa kedua ini bukan sahaja meningkatkan jumlah hotspot wifi percuma kepada 1,500 malah akan memastikan bahawa semua kawasan di Pulau Pinang mempunyai liputan wifi percuma ini. Fasa kedua ini jugalah yang menyebabkan BN terus mengkritik kerajaan negeri kononnya kerajaan negeri tidak mengamalkan dasar tender terbuka. BN seperti hilang arah untuk terus mengkritik tanpa asas. Tanpa mengambil keseluruhan fasa 1 dan fasa 2, BN mengabaikan terus fasa 1 dan hanya mengambil kira fasa kedua. Ini salah. Untuk layak ke tahap 2, syarikat tersenarai harus memenuhi syarat menyediakan 750 hotspot wifi percuma di peringkat fasa pertama dengan kos ditanggung sepenuhnya tanpa bayaran walau satu sen pun oleh kerajaan negeri. Maka hanya itu dapat memenuhi syarat bagi membolehkan Kerajaan Negeri meluluskannya untuk ke fasa kedua. Pada permulaan, ketika mencari syarikat-syarikat yang tersenarai dalam Bursa Malaysia untuk menyediakan perkhidmatan ini, tidak ada syarikat yang berminat kecuali Redtone. Oleh itu, disebabkan hanya Redtone yang layak dan sudi memenuhi syarat yang dikenakan, mustahil kerajaan negeri melakukan tender terbuka dalam inisiatif ini. Kerajaan negeri Pulau Pinang masih bersedia untuk mempertimbangkan syarikat-syarikat tersenarai yang lain, selagi mereka sudi memenuhi syarat menyediakan 750 hotspot wifi percuma dengan kos ditanggung sendiri. Syarat untuk fasa kedua adalah seperti berikut: Nota Penting Perjanjian Kerjasama untuk Perkembangan Intenet Mudah Alih antara PDC Telecommunication Serviced Sdn Bhd (PDCT) dan Redtone International Berhad (Redtone) Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk semua, Wifi juga untuk Semua Syarat Umum Syarat Bayaran Lokasi Pembahagian Pendapatan Naik taraf Teknologi Baca: Ketua Pemuda Gerakan Kedah: PR gagal laksana tender terbuka bagi SEMUA projek *Kenyataan media oleh Lim Guan Eng (gambar kiri) selaku Ketua Menteri Pulau Pinang. |
Surendran: Siasatan polis terhadap Anwar bermotif politik Posted: 31 Mar 2011 03:00 AM PDT Pada 30 Mac 2011, pihak polis telah mengemukakan satu notis di bawah Seksyen 111 Kanun Acara Jenayah ke atas Ketua Pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Notis tersebut mengarahkan beliau untuk hadir ke Pejabat Polis Daerah Ampang untuk disoal siasat polis berkaitan ceramah yang beliau sampaikan pada hari Jumaat, 25 Mac 2011 di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak. Polis, secara salah telah mengacau-ganggu ceramah sebaik saja Anwar memulakan ceramah, melakukan tangkapan tidak sah dan mengasari Ahli Parlimen Gombak yang juga Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali (gambar kiri). Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 27(5) Akta Polis 1967. Kedua akta zalim dan bercanggah dengan perlembagaan ini, lazimnya digunapakai oleh kerajaan Barisan Nasional untuk menghalang kebebasan bersuara dan berhimpun. Kami memerhatikan BN secara terus menerus bertindak di luar batas moral dan undang-undang untuk merendahtarafkan keluhuran undang-undang dan menjadikan negara ini sebagai negara polis. Jelas terbukti, BN sedang bersedia untuk menggunakan apa jua kaedah-kaedah yang jelek dan berniat jahat untuk mengetatkan cengkaman mereka ke atas negara untuk kekal berkuasa. Di dalam sistem demokrasi berparlimen, adalah merupakan satu hak yang sah dalam konteks perlembagaan mengenai peranan Ketua Pembangkang untuk membuat kritikan dan menyediakan peranan "semak dan imbang" ke atas semua tindakan dan dasar kerajaan. Menyalahguna dan memanipulasi kuasa untuk mensasar, mencabul dan menakuti Ketua Pembangkang lebih bersifat satu bentuk serangan ke atas sistem demokrasi kita. Penyiasatan terbaru ke atas Anwar ini jelas bermotifkan politik, berniat jahat dan satu bentuk penyelewengan kuasa polis yang terang dan jelas. Kami mendesak agar siasatan tidak berasas ini dihentikan pada kadar segera dan semua yang bertanggungjawab menginstitusikan penyelewengan ini dihadapkan ke muka pengadilan, tanpa mengira setinggi mana kedudukan ataupun kuasa mereka. Kami juga mendesak agar sebuah Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bertujuan untuk menyiasat penyalahgunaan dan penyelewengan Barisan Nasional atas pihak polis dan kuasa pendakwaan dalam menyerang, memalukan, menjatuhkan hukuman dan memenjarakan politisi pembangkang, aktiviti masyarakat, dan pihak-pihak yang kritis ke atas pemerintah. *Kenyataan media oleh N Surendran (gambar kanan) selaku Naib Presiden PKR. |
Hasil Mahsul Bumi Sarawak Bukan Milik Elit Pemerintah, Kata Anwar Posted: 31 Mar 2011 12:55 AM PDT SAMARIANG 31 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata misi utama beliau berkempen sepanjang pilihanraya negeri Sarawak yang akan diadakan pada 16 April ini adalah untuk membuka minda masyarakat seterusnya membebaskan mereka dari cengkaman penindasan Barisan Nasional. |
Mahasiswa Khuatir Skim Rumah Pertamaku Tambah Beban Hutang Graduan Posted: 31 Mar 2011 12:50 AM PDT SHAH ALAM 31 MAC : Skim Rumah Pertamaku (SRP) dikhuatiri akan membebankan graduan yang ingin memulakan kehidupan baru selepas tamat pengajian. "Saya melihat skim ini, yang pertama dia meletak kebertanggungjawaban kepada pemerintah. " Walaupun skim ini dilihat baik tapi dalam masa yang sama sangat membebankan mahasisiwa kerana mahasiswa akan juga dibebankan dengan hutang-hutang tambahan yang lain seperti hutang pinjaman yang harus dibayar seperti Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sebagainya," katanya. |
Shuib Akui Dalang Sebenar Video Fitnah Posted: 31 Mar 2011 12:48 AM PDT KUALA LUMPUR 31 MAC : Anggota ketiga kumpulan yang menamakan diri mereka 'Datuk T' - Datuk Shuib Lazim mengaku bertanggungjawab di sebalik tayangan video seks baru-baru ini yang menujukkan aksi seorang pemimpin kanan pembangkang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur. "Saya bertanggungjawab sepenuhnya berhubung video ini," katanya kepada Malaysiakini, ketika dihubungi. Ditanya mengenai dakwaan Johari yang menafikan peranannya, Shuib berkata ahli parlimen itu mungkin membuat kenyataan tersebut kerana ingin "melindungi bossnya". Selang beberapa hari, Datuk T diperkenalkan sebagai kumpulan tiga anggota yang terdiri daripada ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Shuib. |
Pimpinan Umno Hanya Pertahan Agama Bila Ada Kepentingan Posted: 31 Mar 2011 12:46 AM PDT SHAH ALAM 31 MAC : Sikap membelakangkan peranan dan teguran dari mufti dan pemimpin agama jelas menunjukkan wajah sebenar Umno dalam meneruskan kelangsungan politik mereka yang kian dilupakan rakyat, kata Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat, Dr Muhammad Nur Manuty. Mereka terdiri daripada bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. "Dan kalau tidak cukup empat orang saksi, sepatutnya penuduh dikenakan hukuman Qazaf. Hukum orang fasik ini, dia tak layak lagi jadi saksi untuk sebarang kes kerana sudah hilang kredibeliti,"kata Dr Juanda yang dipetik dari portal Malaysiakini. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan