WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Selangor dapat pelaburan industri tertinggi . Pulau Pinang di tempat kedua
- Azmin Cabar Polis Saman Muhyiddin
- Kerajaan Selangor Fail Tangguh Prosiding Pekeliling Terhadap SPRM
Selangor dapat pelaburan industri tertinggi . Pulau Pinang di tempat kedua Posted: 30 Mar 2011 06:23 PM PDT
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Azmin Cabar Polis Saman Muhyiddin Posted: 30 Mar 2011 06:13 PM PDT
AMPANG 30 MAC : Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mempersoal tindakan berat sebelah polis yang membenarkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin untuk berceramah di Kampung Pandan, semalam . Walhal katanya, ceramah anjuran Pakatan Rakyat sebelum ini yang diadakan di Taman Melawati, Gombak Jumaat lalu, mendapat tentangan hebat pihak polis, malah turut mendapat ancaman keras dari Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). " Mengapa tidak ada sebarang laporan polis dibuat ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dimana melakukan perhimpunan politik secara terbuka di Kampung Pandan malam tadi? "Program yang saya anjurkan itu adalah satu program yang aman di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Gombak, iaitu di pejabat saya sendiri dan bukan di tempat yang terbuka seperti mana yang dianjurkan Muhyiddin," "Tetapi soalan ini tidak dapat dijawab oleh polis," katanya. Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak itu hadir di IPD Ampang pagi tadi bagi memberi keterangan berhubung ceramah yang diadakan di Gombak, Jumaat lalu. Hadir sama memberi kenyataan kepada polis ialah Adun Hulu Kelang, Saari Sungib dan Adun Batu Caves, Amiruddin Saari. Jumaat lalu, polis bertindak ganas apabila menyerbu dan menghalang ceramah kempen 'Tolak Fitnah' anjuran Pakatan Rakyat di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar berucap 15 minit sahaja, sebelum mematikan pembesar suara dan memaksa Ketua Umum itu turun dari pentas, sehingga menimbulkan kemarahan hampir 5,000 yang hadir. Selasa lalu, sepasukan polis 'mengepung' rumah Azmin di Ampang bagi menyerahkan notis mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah supaya beliau memberi keterangan kepada polis berhubung ceramah tersebut. | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kerajaan Selangor Fail Tangguh Prosiding Pekeliling Terhadap SPRM Posted: 30 Mar 2011 06:11 PM PDT
SHAH ALAM 30 MAC : Kerajaan Selangor memfailkan permohonan untuk menangguh sementara perbicaraan melibatkan surat pekeliling yang menghalang kakitangan kerajaan negeri Selangor disoalsiasat oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di luar waktu pejabat, sehingga selesai siasatan Suruhanjaya Diraja Siasatan (RCI) kematian bekas setiausaha politik EXCO Selangor, mendiang Teoh Beng Hock. Permohonan ini disertakan dengan afidavit yang disokong oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Permohonan menangguh prosiding tersebut difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi tadi. Menerusi afidavit ini, Khalid menjelaskan terma rujukan dan inkuiri yang dijalankan RCI mempunyai kaitan langsung sama ada SPRM bertindak secara sah dalam menjalankan penyiasatan khususnya dalam soal siasat individu sewaktu menjalankan tugas- tugas statutorinya. Afidavit ini juga menyatakan berdasarkan laporan media massa, keterangan telah diberikan kepada RCI berkenaan kekurangan dan pelanggaran yang berlaku sewaktu SPRM menjalankan tugas- tugas penyiasatan khususnya ketika menyiasat mendiang Teoh. "Saya percaya bahawa laporan RCI adalah sangat material dan relevan kepada isu- isu yang dipertikaikan," kata Khalid. Khalid turut berkata mahkamah akan mempunyai rekod bahawa, setakat ini siasatan yang dilakukan SPRM tidak mengikut lunas undang- undang. "Mahkamah akan mempunyai fakta bahawa prosedur siasatan SPRM yang setakat ini tidak ikut lunas undang- undang," ujarnya lagi. Khalid juga menyatakan maklumat ini perlu untuk memutuskan sama ada pengeluaran Pekeliling oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, yang mengehadkan pemeriksaan pegawai pada waktu pejabat sahaja, adalah sah. Peguam Negara memfailkan permohonan itu bagi memohon mahkamah mengisytiharkan Pekeliling No 4, 2009 bertarikh 28 Julai itu adalah batal dan tidak sah kerana melanggar Akta Pencegahan Rasuah Malaysia yang baru dikuatkuasakan. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan