Ahad, 13 Mac 2011

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


Kes saman bekas CEO dijangka dedah pelbagai kesalahan Sime dan kerajaan

Posted: 13 Mar 2011 08:30 PM PDT

14/03/2011

KUALA LUMPUR 14 MAC : Kes saman RM338 juta Sime Darby Bhd terhadap bekas ketua pegawai eksekutifnya Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid dan empat yang lain dijangka akan mendedahkan segala 'daki' memandangkan pegawai-pegawai kanan kerajaan juga akan dipanggil memberi keterangan mengenai operasi konglomerat itu.

Difahamkan defendan juga akan memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dua bekas penyandang jawatan tersebut iaitu Tun Abdullah Badawi dan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung kes yang difailkan Disember lalu.

Ketiga-tiga mereka juga sedang dan pernah mengetuai Kementerian Kewangan.

Saman berhubung kerugian RM2.1 bilion dialami Sime Darby telah menamakan Zubir dan empat yang lain.

Empat yang lain itu adalah Datuk Mohamad Shukri Baharom (bekas naib presiden eksekutif bahagian tenaga & utiliti kumpulan), Abdul Rahim Ismail (bekas ketua pegawai kewangan bahagian tenaga & utiliti kumpulan), Abdul Kadir Alias (bekas ketua unit perniagaan minyak & gas bahagian tenaga & utiliti) dan

Mohd Zaki Othman iaitu bekas pengurus besar kanan Sime Darby Engineering Sdn Bhd.

Tertuduh-tertuduh dijangka mempertahankan bahawa projek konglomerat itu di Bakun dan Qatar memang diketahui umum, malah disedari pemimpin-pemimpin kerajaan.

Sime Darby memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap mereka kerana didakwa melanggar peraturan pelaksanaan tugas.

Syarikat itu berkata saman itu bertujuan menebus kerugian yang dialami oleh Sime Darby Group dalam projek Qatar Petroleum, projek Maersk Oil Qatar (MOQ) dan projek yang berkaitan dengan pembinaan kapal-kapal bagi kegunaan dalam projek MOQ, dikenali sebagai 'Marine Project'.

Ia menuntut daripada defendan, antara lain, pengembalian wang yang dibayar secara salah, ganti rugi bagi kerugian yang dialami, kehilangan keuntungan, kerosakan teruk dan kos.

Zaid Ibrahim & Co dikekalkan sebagai peguam cara Sime Darby dan Tommy Thomas sebagai peguam.

Sumber-sumber memberitahu, antara perkara yang akan didedahkan dalam perbicaraan itu kelak ialah pembabitan pemimpin-pemimpin kerajaan, Kabinet dan ahli-ahli politik kanan dalam soal pengendalian syarikat senaraian awam itu.

Ini termasuklah dana politik ketika pilihan raya dan pilihan raya-pilihan raya kecil.

Negara telah menyaksikan 16 pilihan raya kecil sejak pilihan raya umum Mac 2008.

Lapan daripada dimenangi oleh Barisan Nasional (BN) manakala baki oleh parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

Wujud spekulasi Sime Darby juga bercadang untuk menyaman Zubir dan beberapa yang lain berhubung peningkatan kos dan pengendalian projek air bawah tanah besar-besaran di Perak serta pembelian tanah di Sarawak.

Sarawak dijangka mengadakan pilihan raya negeri bulan depan.

Sumber-sumber berkata seorang anggota kerabat diraja dan adik kepada pemimpin kanan kerajaan terlibat dalam projek air bawah tanah manakala seorang ahli perniagaan yang rapat dengan pemimpin berpengaruh di Sarawak dikaitkan dengan urusan pembelian tanah.

Difahamkan pegawai-pegawai penyiasat masih meneliti bukti sebelum menyerahkan fail kepada Peguam Negara.

NASHEED

Posted: 13 Mar 2011 08:22 PM PDT

Kes Anwar: Dokumen Pendakwaraya Dibocorkan Kepada Media

Posted: 13 Mar 2011 08:13 PM PDT

14/03/2011


KUALA LUMPUR 14 MAC : Ketua Pendakwaraya Datuk Yusuf Zainal Abidin mengaku pihak Peguam Negara bertanggungjawab atas kebocoran dokumen yang bakal di kemukakan oleh beliau di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini bersabit kes fitnah liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Akhbar New Straits Times hari ini menyiarkan dokumen hujah Datuk Yusuf bersabit permohonan supaya Hakim Zaibidin Mohamad diah mengarahkan Anwar untuk mengemukakan sampel DNA.

Yusuf begaimanapun meremehkan kebocoran dokumen itu dengan memberitahu mahkamah bahawa ia tidak memberi impak terhadap perbicaraan berkenaan.

Peguambela Sankara Nair memberitahu pemberita bahawa tindakan membocorkan dokumen kepada media arus perdana mirip kepada apa yang berlaku pada tahun 1998.

Dalam perbicaraan fitnah liwat pertma itu fakta-fakta mengenai pertuduhan terhadap Anwar dibekalkan kepada media sebelum ia di kemukakan kepada mahkamah,.

Tindakan itu adalah sebahagian daripada perancangan untuk memastikan Anwar diaibkan sepenuhnya sebelum dan semasa perbicaraan.

Yusuf hari ini mengaku beliau perlu bertanggungjawab terhadap kebocoroan dokumen terbaru namun tetap berpendirian isu itu tidak harus diperbesarkan.

Peguambela Karpal Singh turut menarik perhatian mahkamah kepada beberapa tunjuk perasaan anjuran penyokong Umno semalam.

Seperti dokumen yang dibocorkan, tunjuk perasaan itu juga dilihat sebagai bertujuan member I tekanan kepada hakim untuk mengarahkan Anwar supaya memberi sampel DNA itu.

Hakim Zaibidin sebelum ini megisthiarkan bahawa polis memperolehi sampel DNA daripada Anwar secara haram apabila menahan beliau dalam lokap pada 16 Julai 2008.

Selepas menahannya semalaman, polis merampas sehelai tuala. Berus gigi dan botol air mineral yang diguna oleh Anwar untuk menjalankan ujian DNA ke atas Ketua Pembangkang itu tanpa kebenaran beliau.

ANWAR: AMBIL ALIH SECARA UNDI

Posted: 13 Mar 2011 06:17 PM PDT

TAPI INGAT-INGAT JANGAN SAMPAI RAKYAT BANGKIT




Siasat kewangan Umno Selangor

Posted: 13 Mar 2011 05:56 PM PDT


Bagaimana Umno Selangor mampu menyumbang wang tunai RM500 seorang kepada para pelajar yang kembali belajar ke Mesir?

SHAH ALAM: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat kedudukan kewangan Umno Selangor kerana mampu menyumbang wang tunai RM500 seorang kepada para pelajar yang kembali belajar ke Mesir.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, "sumbangan RM500 itu disalurkan kepada para pelajar menerusi Yayasan Kelana Ehsan (YKE) bagi pihak Umno Selangor.

"Tindakan Umno Selangor ini menimbulkan keraguan bagaimana sebuah parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan seperti YKE mampu menyediakan dana lebih setengah juta ringgit untuk menyalurkan sumbangan ini," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Apatah lagi katanya, Umno Bahagian Shah Alam masih mempunyai hutang tertunggak melebihi RM236,000 dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Ujar beliau, "jika Umno Selangor beriya benar membelanjakan lebih setengah juta untuk sumbangan itu, mengapa tidak pula bersungguh-sungguh untuk melunaskan hutang dengan MBSA."

Hutang Umno dengan PBT

Oleh itu katanya, kerajaan Selangor akan meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk menyenaraikan semua hutang Umno kepada PBT dan akan membuat tuntutan dalam tempoh dua minggu.

Faekah berkata, selama ini pemimpin-pemimpin Umno ghairah mengkritik malah sanggup membuat laporan kepada SPRM dengan menuduh Kerajaan Negeri membelanjakan duit rakyat.

"Mutakhir, Umno menuduh Kerajaan Negeri menerusi Menteri Besar Pemerbadanan (MBI) membelanjakan duit rakyat untuk meraikan tetamu-tetamu Kerajaan Negeri dari Sabah dan Sarawak dalam usaha kerajaan melaksanakan tanggungjawab sosial.

"SPRM pula begitu akur dan bersemangat menjalankan tanggung jawab mereka," katanya.

Kita mahu bertanyakan isu yang sama kepada Umno Selangor, dari manakah Umno Selangor dan YKE memperoleh begitu banyak dana untuk membiayai sumbangan ini?

"Apakah aset dan perniagaan yang dijalankan oleh YKE sehingga mampu untuk bekerjasama dengan Umno Selangor menghulurkan sumbangan?," soal beliau.

Beliau berkata, "kita juga mahu SPRM menyiasat perkara ini jika benar SPRM bertindak mempertahankan amalan telus dan kebertanggungjawaban.

"Jangan bersikap 'double standard' sehingga akhirnya meletakkan institusi tersebut begitu rendah kredibilitinya," ujarnya.

ADUN Komtar minta polis segerakan siasatan berhubung hadiah keranda

Posted: 13 Mar 2011 04:03 PM PDT

Kat KOMTAR bukan macam zaman 80an, semua pejabat kerajaan di situ..ramai yang singgah makan.Bn la pindah ke pejabar baru...nak berniaga pun dah slow semacam.Awang yang hang nangoi sangat..Dah lama dah sepi..samdol tol mamat ni..



ADUN Komtar minta polis segerakan siasatan berhubung hadiah keranda

GEORGE TOWN, 14 Mac — Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini meminta pihak polis membuat siasatan segera terhadap cubaan Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abdul Jiman, menghantar sebuah keranda ke rumahnya semalam.

Beliau berkata tindakan itu dianggap sebagai satu ancaman berupa ugutan keselamatan kepada dirinya, keluarga termasuk seluruh penduduk di kawasan yang didiaminya di kawasan Paya Terubong.

"Tindakan itu perlu dikecam kerana ia menggangu dan mengancam keharmonian sosial di negeri ini dan polis perlu mengambil segera tindakan undang-undang terhadap perbuatan itu," katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Mohamed Ghani telah cuba untuk menghantar hadiah berupa sebuah keranda ke rumah Ng di Happy Valley berdekatan Paya Terubong tetapi gagal, apabila dihalang pihak polis.

Katanya berkata tindakan itu kemungkinan berkaitan dengan arahan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) supaya peniaga kecil di ruang konkos tingkat tiga Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) mengosongkan ruang perniagaan mereka bagi membolehkan kerja menaik taraf dijalankan di ruang itu.

Semua peniaga akur dengan arahan itu kecuali Mohamed Ghani yang bertegas untuk berniada di situ, kata Ng, yang juga setiausaha politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. — Bernama

PERDANA MENTERI BERI KOMEN

Posted: 13 Mar 2011 03:49 PM PDT

Rosmah Sifatkan Malapetaka Jepun Satu Pengajaran










SHAH ALAM 13 MAC : Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor hari ini membuat kejutan apabila membayangkan tragedi tsunami dan gempa bumi di Jepun adalah akibat kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam.

Ketika pemimpin kerajaan lain termasuk suaminya menyampaikan takziah kepada Tokyo, stesen televisyen AWANI memetik Rosmah sebagai berkata malapetaka itu memberi pengajaran penting kepada Jepun dan negara-negara lain.

Beliau mengaitkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia.

"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau, " kata Rosmah.

"Ini termasuk juga negara kita,'' tambah beliau.
.
Rosmah menyampaikan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat Jepun terhadap bencana berkenaan.

Angka rasmi kematian gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu kelmarin adalah 689 orang namun jumlah mangsa dijangka meningkat dengan mendadak kerana ribuan rakyat negara itu masih dilaporkan hilang.

Pimpinan Umno 'Menikus' Terhadap Mahathir?

Posted: 13 Mar 2011 03:51 AM PDT

Ditulis oleh shuaib ayob



13/03/2011


SHAH ALAM 13 MAC : Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menganggap sikap menikus pemimpin Umno khususnya Datuk Seri Najib Razak setiap kali Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bersuara, adalah disebabkan banyak rahsia pimpinan Umno pada hari ini berada dalam tangannya.

Menurut Johari, perkara itu terbukti apabila Mahathir dengan sewenangnya-wenangnya boleh mengeluarkan kenyataan dan arahan tanpa cabaran dari Perdana Menteri Menteri dan pimpinan tertinggi Umno yang lain.

"Semua Perdana Menteri lepas dia (Mahathir) ada masalah. Ada rahsia kecurangan, korupsi, nepotisme, sebab itu dia pegang dan apa dia cakap, tak ada siapa berani usik. Dan dia guna maklumat ini untuk kukuhkan kedudukan dia dan goncang orang lain,"katanya.

Johari bercakap kepada TV Selangor dalam memberi komen kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang mengatakan memoir 'A Doctor In The House' tulisan Mahathir yang dipasarkan sejak minggu lalu sebagai sebuah penipuan politik.

Ku Li mengecam kenyataan Mahathir dalam buku tersebut bahawa beliau yang mengheret parti (Umno) ke mahkamah dan terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987.

Johari bersetuju dengan kenyataan Ku Li tersebut, malah ia terbukti dalam pemilihan selepas itu apabila ramai pemimpin Umno seperti Timbalan Menteri Pertahan, Datuk Dr Latiff Ahmad, ahli Parlimen Bagan Serai dan Pengerusi FELDA Datuk Isa Samad didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang.

"Apa yang Ku Li kata itu bertepatan, kerana itulah puncanya politik wang bila pertembungan Ku Li dan Mahathir begitu sengit. Ku Li dah buktikan waktu itu. Mungkin Mahathir sendiri tak beri duit. Tapi guna ejen atau orang dia untuk pemilihan itu hingga Ku Li kalah,"tambahnya lagi.

Menurut Johari lagi, perkara paling merepek ialah kenyataan bahawa Mahathir mengetahui perangai buruk dan salah laku seks Ketua Umum Parti keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya kira memoir Mahathir itu satu pembohongan. Bukan saja isu politik wang tapi isu mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Dia (Mahathir) kata dia tahu Anwar tak bermaruah. Sebagai Presiden dan PM, kalau tahu, mengapa biarkan Anwar lama sebagai Timbalan Perdana Menteri? Sebagai PM, kalau betul nak banteras, sepatutnya tindakan diambil pada waktu itu," katanya.

Anwar: Mahasiswa Dokong Suara Rakyat

Posted: 12 Mar 2011 11:01 PM PST

13/03/2011 Share


BANGI 13 MAC : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuntik semangat baru dalam kebangkitan gerakan mahasiswa dengan menggesa mereka untuk mendokong perjuangan membela rakyat yang tertindas akibat dasar- dasar kerajaan yang zalim.

Berucap kepada 300 wakil persatuan mahasiswa dari seluruh negara, Anwar menegaskan keperluan menghidupkan semula obor perjuangan mahasiswa tahun 70an untuk mempertahankan hak penduduk miskin dan mereka yang teraniaya serta menolak politik perkauman.

"Tahun 70-an itu kita ungkapkan Gerakan Mahasiswa sebagai suara, denyut nadi majoriti rakyat. Kita ada merasakan tanggungjawab terhadap masyarakat majoriti, melihat kepincangan yang masyarakat ada. Maka Mahasiswa dan generasi muda dikaitkan dengan idealisme perjuangan murni dan bukan mahu diheret ke politik kepartian atau perkauman," kata Anwar.

Beliau berkata demikian dalam ucap tama pada Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional ke 2 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor malam tadi.

Kongres yang dianjurkan Kumpulan Pro-Mahasiswa dan Solidariti Mahasiswa Malaysia ini mengumpulkan wakil dari 14 Insitusi Pengajian Tinggi tempatan bagi membincangkan hala tuju gerakan mahasiswa.

Keputusan pemilihan pilihanraya kampus yang banyak memihak kepada calon Pro-Mahasiswa baru-baru ini menguatkan desakan supaya kerajaan UMNO BN memansuhkan Akta Universiti dan Kolej yang mengharamkan pembabitkan pelajar dalam politik nasional.

Anwar berkata dengan kelebihan intelektual yang ada pada mereka, mahasiswa tidak lagi boleh berdiam diri terhadap segala kepincangan di sekeliling mereka yang memberi kesan kepada rakyat.

"Saya yakin sebab kita tak ada pilihan sebab kita nak keluarga kita, yang kerani, guru, petani diberi layanan sebagai rakyat yang berhak dan merdeka. Orang melayu Cina India Kadazan. Adakah mungkin? Mungkin adakah saya yakin? ya, saya yakin. Di Mesir lebih susah, tapi kalau tercetus ledakan semangat rakyat ia boleh berlaku," kata Anwar.

Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat membidas Kerajaan Persekutuan kerana cuba menutup suara mahasiswa menerusi AUKU.

Beliau berkata mahasiswa dan rakyat tidak akan memilih tunjuk perasaan jalanan seperti di Mesir untuk menumbangkang kerajaan, namun kezaliman pemerintah di Malaysia, tegas Anwar akan memakan parti itu sendiri.

"Apakah kita pilih cara di Mesir, tidak. Kita pilih cara undang-undang cara aman, termasuk parti. Cara pilihan raya. Tapi nak beri amaran kepada Datuk Seri Najib, jangan perbodohkan rakyat. Jangan guna media (dan) SPR, Undi pos dicurah dari langit. Rakyat akan bangkit menentang kezaliman ini," tegas beliau disambut tepukan gemuruh mahasiswa.

Tiada ulasan: