WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Anwar ulangi agenda menawan Putrajaya
- UFO KETIKA TSUNAMI DI JEPUN
- Anwar : Pilih Pemimpin Berkebolehan Untuk Manfaat Rakyat
- Anwar : Halang MP Masuk Sarawak Persis Regim Mubarak
- Masalah yang dicetuskan oleh First Lady
- MP Subang Dilarang Masuk Ke Sarawak
- THE SCENE OF TSUNAMI THAT HIT JAPAN
- Kemusnahan Akibat Gempa Dan Tsunami Lebih Ketara Hari Ini
Anwar ulangi agenda menawan Putrajaya Posted: 12 Mar 2011 05:57 PM PST
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim mengulangi hasrat untuk menawan Putrajaya dan menyeru kerajaan agar menjalankan pilihan raya yang adil dan bebas. "Kita mesti menang semua kerusi. Parlimen di Selangor mesti kita tawan semua untuk kita pergi ke Putrajaya". Selain itu, Anwar (gambar kanan) meletakkan harapan yang sama kepada kerusi parlimen di Pulau Pinang. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan yang ada sekarang ini tidak boleh zalim kepada rakyat dan menuntut agar rakyat membuat perubahan. Pakatan Rakyat dilihat komited dengan cita-cita "merampas Putrajaya" dari BN. Demikian inti utama yang terkandung dalam ucapan hampir 60 minit Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat tersebut. Anwar berucap di hadapan kira-kira lebih 2,000 orang audien yang hadir ke Majlis Sambutan Tiga Tahun Pentadbiran Negeri Selangor yang bertempat di Dewan Sukan MPK Sri Andalas Klang. Majlis yang dianjurkan oleh PKR Kota Raja itu juga dihadiri oleh wakil-wakil dari PAS dan DAP. Antara mereka yang hadir adalah Timbalan Presiden PKR merangkap ahli parlimen Gombak dan ADUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali, ahli parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, EXCO Selangor Ronnie Liew dan ramai lagi. Turut memberi ucapan adalah ADUN Sri Muda Suhaimi Shafie. Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh jentera Jakatan Rakyat agar memperkukuh kerjasama (work together) antara satu dengan yang lain dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang. Dalam ucapannya Anwar menyatakan perkara perlu diutamakan adalah memberi kefahaman dan informasi sebenar kepada rakyat Malaysia mengenai dasar-dasar Pakatan Rakyat dan perkara yang akan dilaksanakan sepertimana terkandung dalam Buku Jingga. "Kita perlu baca dan faham Buku Jingga - Kuatkan Pakatan Rakyat PAS, PKR dan DAP," katanya. Pada kali ini secara jelas beliau mengulangi hasrat Pakatan Rakyat untuk menurunkan harga minyak, mengurangi tarif elektrik dan pada masa yang sama berusaha meningkatkan pendapatan rakyat. Jentera Pakatan Rakyat juga diingatkan agar bekerja keras (work hard) dalam meraih sokongan rakyat. Dalam ucapannya, Anwar menaruh harapan yang tinggi kepada anak-anak muda untuk melakukan perubahan politik di Malaysia sambil menggungkapkan beberapa potong ayat al- Quran dari surah Al-Kahfi yang antara lain menyingkap mengenai golongan "pemuda yang beriman dan kental semangat". Tidak ketinggalan juga, beliau sempat menyorot kembali bagaimana bermulanya Revolusi di Tunisia dan kebangkitan golongan anak-anak muda di Mesir melawan pemerintah yang zalim, "Kita akan lawan agar rakyat menang..." Berucap sebelum itu, Anwar juga sempat mengulas mengenai tuduhan rasuah dan cercaan peribadi oleh UMNO kepada Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat, beliau menempelak mereka dengan isu skandal berbilion-bilion ringgit duit negara yang didiamkan. Pada masa yang sama menekankan bahawa rakyat perlu tahu mengenai isu penyelewengan yang berlaku. Menyifatkan golongan itu (UMNO) sebagai golongan kaya - golongan atasan selamat dan seolah-olah boleh buat apa sahaja termasuk bunuh dan rogol tetapi apabila ada rakyat bersalah "curi ayam" pun dikenakan tindakan. Ujarnya lagi "sebab itu, rakyat kena tahu. Dalam Negara merdeka, bebas dan berdaulat. Rakyat yakan menentukan. Sebab itu saya katakan, suara rakyat suara keramat...," disambut dengan tepukan dan sorakan audien. Pada masa yang sama, Anwar tidak mahu ketinggalan menyentuh isu salah urus pemberian kontrak Petronas sebanyak RM 23 billion kepada tiga syarikat yang berkait rapat dengan keluarga mantan PM Mahathir dan Abdullah juga sebuah syarikat yang berkait rapat dengan Najib-Rosmah. Mengakhiri ucapan beliau, Anwar menyeru seluruh pejuang Pakatan Rakyat dan golongan agar mempunyai kekuatan moral dan percaya serta yakin dalam membawa misi perubahan dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang. *Hafiz Zainuddin ialah penulis bebas. | ||||||
Posted: 12 Mar 2011 09:13 AM PST | ||||||
Anwar : Pilih Pemimpin Berkebolehan Untuk Manfaat Rakyat Posted: 12 Mar 2011 08:14 AM PST KUCHING 12 MAC : Pemilihan pemimpin tidak seharusnya dilihat dari sudut perkauman tetapi aspek yang penting perlu diambil kira adalah daripada segi kebolehan memimpin negara dan sekaligus memberi manfaat kepada rakyat jelata. Demikian kata, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Konvensyen PKR di Sarawak, hari ini. "Isunya bukan Cina, India, Melayu, Melanau, Iban atau Bidayuh, isu dia, melantik orang yang berwibawa yang tidak curi wang rakyat," katanya. Tambahnya lagi, tugas seorang pemimpin bukan hanya pandai mengumpul kekayaan untuk diri sendiri dan keluarga sahaja dengan cara membolot duit rakyat dengan rakus yang pentinag adalah melaksanakan agenda membela rakyat. "Jadi isunya bukan isu kaum, isunya adalah mempastikan wakil tersebut pegang prinsip yang sama iaitu pegang amanah, bukan untuk memperkayakan diri, isteri dan anak-anak tapi untuk bela nasib rakyat semua kaum di negeri ini," katanya. Anwar berkata Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang berjaya meletakkan negeri itu salah satu penyumbang pelaburan tertinggi di Malaysia membuktikan keupayaan pimpinan Pakatan Rakyat membela rakyat. "Sebab itu masih dia (Lim Guan Eng) ambil alih Pulau Pinang itu defisit, kerugian negeri tu dari segi pendapatan sejumlah RM1 billion , dua tahun dia urus Pulau Pinang, pendapatan hasil Pulau Pinang ada lebihan RM2 billion ringgit," katanya. Tambahnya lagi, sebuah lagi negeri di bawah pimpinan Pakatan Rakyat iaitu Selangor, kira-kira RM 700 juta telah diperuntukkan kepada rakyat negeri terbabit dalam program-program yang telah disediakan, tetapi masih lagi mempunyai lebihan pendapatan. "Di Selangor macam mana boleh buat? dan pendapatan bertambah, jumlah yang curah pada rakyat ni ratus juta ringgit, setakat sekarang ini kira-kira berjumlah RM 700 juta (dalam program TAWAS, SMUE, MES, dan lain-lain) tapi pendapatan bertambah, lebihan masih ada, pelaburan asing unggul di Malaysia masih Pulau Pinang dan Selangor," katanya. Konvensyen itu mensasarkan kurang 300 anggota, tetapi mengagumkan apabila dihadiri melebihi 500 orang. Turut serta dalam konvensyen itu, Ahli Parlimen Kuching, Chong Chien Jen dan puluhan pimpinan pakatan negeri dan pusat.
| ||||||
Anwar : Halang MP Masuk Sarawak Persis Regim Mubarak Posted: 12 Mar 2011 08:11 AM PST KUCHING 12 MAC : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengecam tindakan Ketua Menteri Sarawak,Tan Sri Taib Mahmud yang melarang Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa daripada memasuki Sarawak awal pagi tadi. Katanya lagi ini merupakan salah satu contoh pemerintahan kuku besi persis pemerintahan Mesir di bawah regim Mubarak. "Ini stail Mubarak bawah Mesir, kalau masyarakat Sarawak, Malaysia dan luar negara nak tahu apa erti sistem kuku besi, kerajaan autokratik, salah guna kuasa inilah contohnya," ujar Anwar. Beliau juga menyifatkan Malaysia terutamanya negeri Sarawak, masih berada dalam kongkongan pemerintah yang bersifat kuku besi, di mana prinsip kebebasan tidak didokong dalam negara ini. "Dan ini menunjukkan bahawa Malaysia khususnya di Sarawak masih ditahap dan dianggap negara yang belum maju dari segi kebebasan dan demokrasi dan masih tertakluk kepada sistem keras kuku besi seperti Ben Ali, Mubarak, dan At Taffi," katanya, Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Konvensyen PKR di Sarawak. Pagi tadi Sivarasa dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing. Beliau yang tidak dibenarkan masuk tanpa alasan yang kukuh diberikan dan hanya arahan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri Sarawak. Sebelum ini, pada tahun 2009 Sivarasa juga tidak dibenarkan masuk ke negeri tersebut .
| ||||||
Masalah yang dicetuskan oleh First Lady Posted: 12 Mar 2011 12:47 AM PST
| ||||||
MP Subang Dilarang Masuk Ke Sarawak Posted: 12 Mar 2011 12:39 AM PST DUDUK NEGARA MANA ..MALAYSIA NI ADA BERAPA NEGARA..KALAU MACAM ITU ELOK SARAWAK NI JADI NEGARA TAIB SAHAJA..BENDERA LAIN,LAGU NEGARAKU LAIN,SEMUANYA LAIN....WOIIITTTT.... Ditulis oleh shuaib ayob 12/03/2011 Share SHAH ALAM 12 MAC : Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa dilarang daripada memasuki Sarawak setibanya beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Kucing, pagi ini. Beliau yang ketika dihubungi TV Selangor pada waktu itu sedang diiring oleh pegawai khas kembali ke pesawat untuk di hantar kembali ke Kuala Lumpur. Ini merupakan kali kedua Ahli Parlimen itu daripada memasuki negeri Sarawak. "Saya dilarang masuk ke Sarawak, dan sekarang sedang di eskot balik ke pesawat untuk pulang ke Kuala Lumpur," katanya. Menurut beliau lagi, tiada alasan kukuh yang diberikan dan hanya arahan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri Sarawak. "Tiada alasan apa-apa, hanya mereka katakan arahan telah dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri untuk melarang saya dari memasuki," katanya. Sivarasa turut tidak menolak kemungkinan kerajaan Barisan Nasional khuatir dengan kehadiran beliau di Sarawak, serta menyifatkan tindakan kerajaan Sarawak sebagai satu yang tidak wajar dan telah melanggar hak asasi. "Saya pun tak tahu apa yang mereka takutkan terhadap saya dan saya anggap ini sebagai satu salah guna kuasa dan melanggar hak asasi saya sebagai seorang wakil rakyat dan ahli parlimen dan tindakan ini adalah tidak patut," katanya. Sivarasa memberitahu, beliau mendarat pada jam 10.10 pagi dengan penerbangan AirAsia bersama ahli exco kerajaan negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar. Kedua-dua mereka ke Sarawak bagi menghadiri konvensyen PKR yang dijadualkan hari ini.
| ||||||
THE SCENE OF TSUNAMI THAT HIT JAPAN Posted: 11 Mar 2011 10:56 PM PST | ||||||
Kemusnahan Akibat Gempa Dan Tsunami Lebih Ketara Hari Ini Posted: 11 Mar 2011 10:49 PM PST Kemusnahan Akibat Gempa Dan Tsunami Lebih Ketara Hari Ini Ditulis oleh Ezli TOKYO 12 MAC : Kemusnahan dahsyat akibat gempa bumi berukuran 8.9 pada skala Richter dan tsunami setinggi 10 meter yang melanda Jepun tengah hari semalam, menjadi lebih ketara apabila lebih 1,300 dikhuatiri maut sebaik sahaja fajar menyingsing di negara itu. Polis dan media tempatan mula melaporkan kemusnahan dahsyat yang berlaku di Tohoku atau timur laut Jepun, dengan Sendai paling teruk menerima kesannya kerana terletak paling hampir dengan pusat gempa yang berlaku pada pukul 2.46petang (1.46 tengah hari waktu Malaysia) itu. Siaran televisyen memaparkan visual tentang kawasan kediaman dan ladang yang ditenggelami air serta kenderaan yang dihanyutkan. Sementara itu, satu lagi gempa bumi berukuran 6.7 pada skala Richter berlaku pada pukul 3.59 pagi tadi (2.59 pagi waktu Malaysia), yang menggegarkan kawasan pantai Laut Jepun di barat laut Tokyo, melibatkan wilayah Nagano dan Niigata. Bagaimanapun, setakat ini, sejauh mana kemusnahan yang diakibatkan gempa terbaru yang berlaku di kawasan berkenaan, yang terletak jauh dari kawasan yang dilanda malapetaka dahsyat semalam, belum diketahui. Di samping berita tentang kemusnahan dan usaha menyelamat yang menja ditumpuan pelbagai pihak sekarang, satu lagi perkara yang mencetuskan kebimbangan ialah kemungkinan berlaku kebocoran radiasi pada reaktor nuklear yang terletak di wilayah Fukushima, lebih kurang 240km di utara bandar raya ini. Sementara itu, kedutaan Malaysia di sini menyatakan pihaknya telahmenghubungi warga Malaysia, termasuk pelajar yang tinggal di kawasan yang paling teruk dilanda gempa bumi itu. Sehingga pukul 6 pagi tadi (5 pagi waktu Malaysia), kedutaan itu telah menghubungi 289 warga Malaysia yang tinggal di wilayah yang dilanda gempa bumi dan tsunami semalam . Ia juga berhubung dengan rakyat Malaysia dari wilayah lain, yang kurang terjejas oleh bencana alam itu. "Setakat ini, kesemua mereka selamat dan tiada rakyat Malaysia dilaporkan mengalami kemalangan jiwa. Rakyat Malaysia yang berada di kawasan paling teruk terjejas juga telah berpindah ke kawasan selamat yang disediakan pihak berkuasa Jepun," kata Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur. Sebahagian lebuh raya ke Lapangan Terbang Narita yang ditutup sebelum ini atas faktor keselamatan, telah dibuka semula. Satu penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH89, yang pada asalnya dijadualkan berlepas dari lapangan terbang itu pada pukul 10.30 pagi (9.30 pagi waktu Malaysia) hari ini, ditunda ke pukul 1.30 tengah hari (12.30 tengah hariwaktu Malaysia), manakala penerbangan MH71, yang dijadualkan berlepas pada pukul 1.30 tengah hari, akan berlepas pada pukul 9 pagi (8 pagi di Malaysia), esok. Sehingga tengah hari ini, perkhidmatan bas biasa antara Lapangan Terbang Narita dan Tokyo belum disambung semula dan beberapa hotel menyewa bas untuk kegunaan tetamu mereka. Kebanyakan perkhidmatan tren bawah tanah mula kembali seperti biasa dan ini memudahkan pergerakan sebahagian besar daripada 12 juta penduduk Tokyo serta mereka dari bandar lain. Landasan tren bawah tanah ditutup selama hampir enam jam semalam dan menyebabkan berjuta-juta penumpang terkandas. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan