WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- Pemimpin UMNO Masih Cemas Memikirkan Anwar
- TVSelangor09 09032011 Kemenangan BN Adalah Pembakar Semangat PR, Kata Azizah
- TVSelangor: Kemenangan BN Adalah Pembakar Semangat PR, Kata Azizah
- Saifuddin :Muhyiddin Dangkal Dan Angkuh..........DOT...DOT SEMBAB
- Ahli Parlimen PKR Lompat Parti terus Mampu beli Tanah RM1.5 Juta?
- Tuala, botol dan berus gigi ke Tong Sampah-BERITA KECIK JA KAT UTUSAN MELOYA
- Anwar : Mahathir Pembohong Terdesak
- Kes Anwar : Makin Jelas Ada Agenda Politik
- Kes Anwar : Mahkamah Tolak Bahan Bukti Polis
Pemimpin UMNO Masih Cemas Memikirkan Anwar Posted: 08 Mar 2011 07:06 PM PST Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim masih mencemaskan Barisan Nasional kerana kepimpinan beliau di dalam Pakatan Rakyat semakin mantap dan sokongan orang ramai terhadapnya tetap utuh. Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution berkata dakwaan pemimpin UMNO BN kononnya Ketua Pembangkang itu ditolak oleh Pakatan Rakyat hanyalah cubaan terdesak pemerintah untuk mengaburi mata rakyat mengenai realiti politik semasa. "Tahun 1999 selepas insiden Anwar Ibrahim, pembangkang memenangi hampir 27 kerusi parlimen Anwar dalam penjara. Tahun 2004 Anwar masih dalam penjara dan prestasi pembangkang menjunam. Tahun 2008 Anwar telah keluar dari penjara dan menjelajah ke seluruh negara dan itu menumbang kepada peningkatan 81 kerusi parlimen secara keseluruhan," katanya. Justeru untuk memastikan UMNO BN tidak menerima nasib sama pada pilihanraya umum akan datang, parti pemerintah itu menfitnah Anwar dengan harapan untuk menghakis pengaruh Pakatan Rakyat. "UMNO Barisan Nasional mengkaji segala kelebihan dan kelemahan Pakatan Rakyat dan telah mensasarkan serangan watak dengan harapan menjadi lemah," katanya. Perdana Menteri Najib Razak dan timbalannya Muhyiddin Yassin sebelum ini mendakwa sokongan untuk Anwar kononnya meluntur walaupun hakikat adalah UMNO BN terus menggunakan polis dan mengupah samseng untuk menghalang Ketua Pembangkang itu daripada berceramah di Johor dan terbaru di Kerdau. Di Parlimen, cemas dengan pendedahan Anwar mengenai pelbagai penyelewengan UMNO BN, parti itu menggunakan kelebihan majoriti untuk menggantung Anwar selama enam bulan. Turut digantung Ahli Parlimen Pembangkang iaitu, Azmin Ali dan R.Sivarasa dari PKR serta Pengerusi DAP Karpal Singh. Penggantungan itu tidak sedikit pun menimbulkan sebarang perselisihan mengenai kepimpinan Pakatan Rakyat. "Kita bukan memilih ketua pembangkang. Majlis presiden membuat keputusan tidak ada sebarang pemilihan ketua pembangkang memandangkan ini hanyalah agenda membahas titah diraja," kata Saifuddin.
|
TVSelangor09 09032011 Kemenangan BN Adalah Pembakar Semangat PR, Kata Azizah Posted: 08 Mar 2011 07:04 PM PST |
TVSelangor: Kemenangan BN Adalah Pembakar Semangat PR, Kata Azizah Posted: 08 Mar 2011 07:04 PM PST |
Saifuddin :Muhyiddin Dangkal Dan Angkuh..........DOT...DOT SEMBAB Posted: 08 Mar 2011 06:58 PM PST Saifuddin :Muhyiddin Dangkal Dan Angkuh..........DOT...DOT SEMBAB KUALA LUMPUR 8 MAC :Ahli parlimen Machang, Saifuddin Nasution membidas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyddin Yassin kerana bersikap angkuh dalam menangani insiden kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dibaling batu pada kempen pilihanraya kecil di Kerdau baru-baru ini. Menurut Saifuddin, kenyataan Muhyiddin bahawa pihak di sebalik jenayah itu berhak berbuat demikian mencerminkan kedangkalan pemimpin nombor dua negara itu.
|
Ahli Parlimen PKR Lompat Parti terus Mampu beli Tanah RM1.5 Juta? Posted: 08 Mar 2011 06:57 PM PST RASA-RASANYA MACAM KENAL LA MAMAT NI...KAT PADANG SERAI KOT???? KUALA LUMPUR 8 MAC: Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan di Parlimen hari ini beberapa keping cek ditandatangan oleh seorang ahli parlimen bagi membeli tanah bernilai RM1.5 juta. Beliau mendedahkan perkara tersebut semasa membahaskan ucapan menjunjung kasih Duli Yang Maha Mulia Yang Di Pertuan Agung petang tadi menjelaskan, cek tersebut ditandatangani oleh seorang ahli parlimen PKR yang baru-baru ini keluar parti tetapi yang menghairankan beliau ialah ahli parlimen tersebut berkemampuan membeli tanah tersebut dalam masa dua bulan sahaja selepas keluar parti. Beliau menegaskan parti PKR bukanlah tempat untuk menjadi kaya ataupun membuat duit seperti tanggapan segelintir yang keluar parti, maka ahli yang tidak berpuas hati bertindak keluar parti dan mula melontarkan tohmahan yang tidak benar terhadap parti. |
Tuala, botol dan berus gigi ke Tong Sampah-BERITA KECIK JA KAT UTUSAN MELOYA Posted: 08 Mar 2011 02:54 AM PST Bukti tuala, botol minuman dan berus gigi ditolak08/03/2011 1:15pm KUALA LUMPUR 8 Mac – Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, memutuskan untuk mengetepikan tuala "Good Morning", botol minuman dan berus gigi atas alasan barang-barang tersebut diperoleh dengan cara yang salah. Hakim, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah turut memutuskan agar semua keterangan berkaitan dengan barang-barang berkenaan diketepikan. Beliau berkata demikian di akhir bicara dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini. - Utusan |
Anwar : Mahathir Pembohong Terdesak Posted: 08 Mar 2011 01:22 AM PST Anwar : Mahathir Pembohong Terdesak. Mamak ni cakap berbelit-belit 08/03/2011 Sejak dari dulu 1998 memang aku tak percaya si Mamak ni.Cakap dia memang berbelit-belit.Kalau jumpa ulaq..baik ketuk dia dulu dari ulaq...nak tau sebab tu Tuhan bagi umoq panjang...supaya dia dapat lihat kejatuhan Umno , sebagaimana Allahyarham Ustaz Fadzil Noor doakan... Ya lah dah tua-tua ni makan pencen tak habis 7 keturunan..jual buku la pulak..macam-macam cara orang cari makan......kiaqqq tuihhhh... Anwar : Mahathir Pembohong Terdesak sila baca di SINI KUALA LUMPUR 8 MAC: Tuduhan-tuduhan yang dilontar oleh Mahathir Mohamad terhadap Anwar Ibrahim dalam buku Doktor Dalam Rumah adalah untuk menutup penyelewengan semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri itu dan demi menjamin masa depan politik anaknya, Mukriz, kata Ketua Pembangkang itu. |
Kes Anwar : Makin Jelas Ada Agenda Politik Posted: 08 Mar 2011 01:21 AM PST Kes Anwar : Makin Jelas Ada Agenda Politik Ditulis oleh Edi Suleiman 08/03/2011 Share KUALA LUMPUR 8 MAC : Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak bahan bukti yang diambil oleh polis untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan pertuduhan itu mempunyai agenda politik dan berniat jahat, kata Anwar. "Keterangan hakim bahawa penangkapan itu tidak sah di sisi undang-undang mengukuh hujah kita bahawa tangkapan itu adalah melanggar prinsip perlembagaan dan dilakukan dengan niat tidak baik. Ini disahkan oleh hakim. Kalau ini berlaku maknanya tangkapan itu sendiri telah melanggar perlembagaan," tegas beliau . Ketua Pembangkang itu membayangkan pihak pendakwaraya akan terus berkeras menggunakan bukti DNA terhadap beliau sekali pun hakim menolak tiga bahan kes yang diperolehi secara haram itu. "Kalau pun ini berlaku, kita masih akan pertikaikan kerana pakar DNA pendakwa memberi tarikh yang salah. Kononnya yang disebut itu 26 haribulan (tetapi) pemeriksaan 28hb dan penyerahan kepada Jabatan Kimia dua hari kemudiannya yang telah disimpan oleh DSP Jude,' tambah Anwar . DSP Jude Pereira adalah pengawai penyiasat kes itu. Hakim Mohamad Zabidin Md Diah berkata sehelai tuala, berus gigi dan botol air mineral yang dirampas dari lokap Anwar pada Julai 17 2008 diperolehi secara tidak sah dan justeru itu, tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti. Barang-barang itu dirampas setelah Anwar ditangkap tanpa diberitahu asas tuduhan dan dipaksa bermalam di lokap itu pada 16 Julai 2008. Polis kemudian merampas tiga barangan itu untuk diguna dalam ujian DNA bagi mensabitkan Anwar atas tuduhan liwat. . Anwar sebelum itu menolak cubaan polis mendapatkan sampel DNAnya kerana khuatir sekali lagi menjadi mangsa bukti reka cipta sebagaimana yang berlaku pada tahun 1998. Dalam perbicaraan itu, Anwar disabit kesalahan dan dihukum penjara enam tahun. Anwar menegaskan bahawa tindak tanduk polis, sebagaimana yang didedahkan di mahkamah, menunjukkan wujud campurtangan politik untuk mensabitkan beliau menggunakan bukti rekacipta " di setiap peringkat." Peguam Sankara Nair pula menegaskan keputusan mahkamah hari ini seharusnya mengecualikan Anwar daripada dikaitkan ujian DNA yang mengenal pasti "lelaki Y" antara orang yang meliwat pengadu Saiful Bukhari Azlan . "Jadi mereka tidak dapat berbuat demikian sekarang. Kesimpulannya 'lelaki Y' itu tidak ada kena mengena dengan Datuk Seri Anwar," katanya. Perbicaraan bersambung esok dengan pendakwaraya dijangka memanggil DSP Jude Periera untuk memberi keterangan.
|
Kes Anwar : Mahkamah Tolak Bahan Bukti Polis Posted: 07 Mar 2011 11:48 PM PST Kes Anwar : Mahkamah Tolak Bahan Bukti Polis 08/03/2011 KUALA LUMPUR 8 MAC: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak bahan bukti yang diperolehi secara tipu helah oleh polis untuk mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan fitnah liwat untuk kali kedua. "Mahkamah mendapati 3 barang yang diperoleh secara tidak adil. Justeru barang-barang ini tidak boleh diguna sebagai bahan bukti dalam perbicaraan ini," kata Hakim Zabidin Mohd Diah, merujuk kepada sehelai tuala, berus gigi dan botol air mineral yang diperolehi dari lokap IbuPejabat Polis Kuala Lumpur pada Julai 2008. Barang-barang itu dirampas setelah Anwar ditangkap tanpa diberitahu asas tuduhan dan dipaksa bermalam dalam lokap itu pada 16 Julai 2008. Polis kemudian merampas barangan itu untuk diguna dalam ujian DNA dengan tujuan mensabitkan Anwar atas tuduhan liwat aygn didakwa berlaku pada Jun tahun itu. Anwar sebelum itu menolak cubaan polis mendapatkan sampel DNAnya kerana khuatir sekali lagi menjadi mangsa bukti reka cipta sebagaimana yang berlaku pada tahun 1998. Dalam perbicaraan itu, Anwar disabit kesalahan dan dihukum penjara enam tahun. Peguam Anwar, Karpal Singh hari ini menggesa mahkamah merujuk kepada keputusan Mahkamah Persekutuan sebelum ini yang menolak bukti-bukti yang diambil secara tipu helah dan tidak mengikut undang-undang yang ditetapkan. Menurut Karpal, tangkapan ke atas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu dijalankan secara tidak sah dan barang berkenaan diperolehi secara tidak adil, justeru ia harus ditolak. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan