WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI |
- KERDAU : SATU TRAGEDI DEMOKRASI. PENUH LAWAK, ARTIS DAN PESTA ….
- Kg Baru: MAS masih optimistik tapi ambil masa ‘lama’
- Anwar : Ambil Iktibar PRK Ijok
- Kuburkan Revolusi Jasmin: BN kembali yakin berdepan PRU
KERDAU : SATU TRAGEDI DEMOKRASI. PENUH LAWAK, ARTIS DAN PESTA …. Posted: 07 Mar 2011 06:24 PM PST
| ||||
Kg Baru: MAS masih optimistik tapi ambil masa ‘lama’ Posted: 07 Mar 2011 06:21 PM PST March 08, 2011 KUALA LUMPUR, 8 Mac — Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) Kampung Baru masih optimistik usaha membangunkan semula kawasan penempatan berusia 111 tahun itu, yang terletak di ibu negara, akan menjadi kenyataan tetapi akan memakan masa yang panjang daripada dijangkakan. Pentadbiran itu melahirkan pendirian ini di sebalik langkah Putrajaya menangguhkan pembentangan Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 untuk bacaan kali kedua ekoran bantahan pemilik dan pewaris tanah. Undang-undang itu membuka laluan kepada pembentukan sebuah perbadanan, yang awalnya dikatakan akan menggantikan MAS dan kuasa mutlak menteri dan imuniti daripada pendakwaan, tetapi ditentang keras oleh banyak pihak. MAS melahirkan pandangan itu memandangkan soal membangunkan semula Kampung Baru sudah lama diperkatakan — lebih tiga dekad lalu - tetapi berhadapan dengan pelbagai halangan dan cabaran. Sehubungan itu, pihak MAS mahu kerajaan menyelesaikan isu-isu berkaitan sebelum meneruskan rancangan untuk membangunkan semula kawasan penempatan milik orang Melayu, yang termahal dan mempunyai "kuasa autonomi" itu. Setiausaha Kehormat MAS Shamsuri Suradi mengingatkan bahawa mengikut kiraan mereka, usaha itu kemungkinan mengambil masa 10 tahun sebelum kerajaan boleh menyelesaikan kesemua isu setempat. "Saya masih optimistic . . . tetapi ia memerlukan masa," kata beliau kepada The Malaysian Insider, yang membayangkan bahawa kerja-kerja pembangunan hanya boleh selesai kerja-kerja asas selesai. "Saya merasakan kerja-kerja asas (berkaitan dokumentasi pemilikan) sahaja akan mengambil masa 10 tahun, tetapi ia boleh dipercepatkan jika pihak-pihak terbabit sanggup tampil agar dapat diselesaikan dengan segera," kata beliau. Misalnya menurut beliau, isu yang paling penting ialah geran pemilikan tanah memandangkan 26 daripada 850 lot tanah masih belum ada geran sehingga kini. "Satu lagi isu besar ialah pemilikan tanah turun-temurun. Ada kes di mana 20 orang memiliki satu bidang tanah. Mereka perlu datang dan melantik wakil mereka untuk berbincang dengan kerajaan (bagi menyelesaikan isu pemilikan)," kata Shamsuri yang turut menunjukkan sistem dokumentasi mereka mengenai soal pemilikan tanah di kawasan tersebut. Katanya, jika pihak-pihak terbabit boleh tampil memberikan maklumat dan ia boleh dipercepatkan, kemungkinan kerja-kerja asas boleh selesai awal. Justeru kata beliau, MAS juga mengharapkan agar diadakan satu kaedah yang betul untuk mengetahui pendirian penduduk kawasan berkenaan. "Tanpa perundingan yang betul, kita tidak akan tahu siapa yang menyokong dan siapa yang menentang usaha pembangunan... satu hari seorang boleh membawa 500 orang mendakwa menyokong pembangunan, hari yang lain satu lagi kumpulan akan mendakwa menentang. "Ia sesuatu yang sangat mengelirukan," kata beliau yang dilihat merujuk kepada usaha penyelesaian yang agak rumit. Terdapat lebih 4,000 pemilik tanah Kampung Baru melibatkan tujuh kampung dengan kawasan seluas 90.2 hektar. Tujuh kampung berkenaan itu ialah Kampung Periuk, Kampung Masjid, Kampung Atas A, Kampung Atas B, Kampung Hujung Pasir, Kampung Paya dan Kampung Pindah. Kebanyakan tanah dimiliki lebih daripada seorang pemilik disebabkan undang-undang warisan Islam. Jelas Shamsuri, seramai 54 peratus pemilik tanah masih tinggal di Kampung Baru. Mengenai tanggapan bahawa MAS bimbang akan hilang kuasa jika sebuah perbadanan baru ditubuhkan, Shamsuri berkata, pihaknya sanggup untuk menyesuaikan dengan pendekatan baru yang diambil selagi peranan lembaga itu tidak diketepikan. "Jika anda melihat pada undang-undang yang ada (enakmen MAS), MAS boleh mengeluarkan seseorang yang tinggal (di Kampung Baru), tetapi kami tidak melakukan perkara itu sekarang, jadi MAS bersikap adaptif dalam hal ini," kata Shamsuri dengan merujuk kepada Enakmen MAS 1950. Sehubungan itu beliau juga menegaskan MAS bukannya bimbang akan "hilang kuasa" tetapi mahu mempertahankan tanah yang dikurniakan kepada orang Melayu lebih 100 tahun lalu. Minggu lalu, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mengumumkan bahawa pembentangan Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampung Baru pada sesi Dewan Rakyat yang bermula semalam, ditangguhkan sehingga sesi akan datang. Langkah itu bagi membolehkan beberapa klausa dalam rang undang-undang itu diperhalusi. Rang undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama pada Disember lepas. Raja Nong Chik berkata pihaknya juga menubuhkan satu jawatankuasa yang diketuai Ketua Setiausaha kementerian Datuk Ahmad Phesal Talib dan dianggotai beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bagi memperhalusi klausa-klausa terbabit. "Jika ada perkara yang belum selesai sebelum itu, jikalau perlu dilambatkan kita akan lambatkan (pembentangan). Apa yang penting suara pemilik dan pewaris didengar dan akhirnya kepentingan mereka dilindungi," kata beliau. Katanya sesi penerangan berkaitan klausa berkenaan akan dikendalikan beberapa NGO seperti MAS, Persatuan Pembangunan Kampung Baru (PPKB) dan Persatuan Kebajikan Anak-Anak Kampung Baru. Dalam komen sebelum ini, Shamsuri berkata, Putrajaya memutuskan untuk menggugurkan peruntukan kontroversi - imuniti "tidak boleh dicabar" yang terkandung dalam Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ekoran bantahan pemilik dan pewaris tanah Kampung Baru. Peruntukan itu, yang tidak membolehkan tindakan undang-undang diambil ke atas perbadanan baru yang akan ditubuhkan, anggota atau pekerjanya, merupakan antara beberapa perkara yang mencetuskan rasa tidak puas hati di kalangan pemilik dan pewaris penempatan Kampung Baru selepas ia dibacakan kali pertama di Parlimen Disember lalu. The Malaysian Insider difahamkan rang undang-undang itu juga mewajibkan sesuatu pendakwaan bagi mana-mana kesalahan tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan bertulis pendakwa raya. Rang undang-undang itu sepatutnya dibacakan kali kedua pada sidang Parlimen kali ini, yang bermula Isnin ini, tetapi ditangguhkan sehingga Jun. Selain MAS, Umno Titiwangsa mahu kuasa mutlak dalam akta yang digubal khusus untuk membangunkan Kampung Baru, penempatan orang Melayu paling mahal di ibu negara, dikaji balik dan "kena diubah sedikit" supaya tidak merugikan pemilik dan pewaris dalam jangka panjang. Pemangku ketuanya Datuk Johari Abdul Ghani berkata, langkah itu perlu memandangkan pemilik dan pewaris bimbang dengan kuasa menteri yang kelihatan mutlak dan tidak boleh dipertikaikan jika wujud masalah kelak. Ahli Parlimen Titiwangsa Dr Lo'Lo' Mohamad Ghazali juga mahu Rang Undang-undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 ditarik balik "sepenuhnya", bukannya ditangguhkan bacaan buat kali kedua di Parlimen sehingga Jun ini. Kampung Baru terletak dalam bahagian Parlimen Titiwangsa. | ||||
Anwar : Ambil Iktibar PRK Ijok Posted: 07 Mar 2011 01:08 AM PST PARIT BUNTAR 7 MAC : Kemenangan Umno-Barisan Nasional pada pilihanraya kecil Kerdau dan Merlimau bukanlah penanda aras bagi menentukan kedudukan kerusi tersebut pada Pilihanraya Umum ke-13. Buktinya Markas PAS di Titi Serong itu dipenuhi oleh hadirin untuk mendengar ucapan pimpinan Pakatan Rakyat.
| ||||
Kuburkan Revolusi Jasmin: BN kembali yakin berdepan PRU Posted: 07 Mar 2011 12:58 AM PST
Barisan Nasional berjaya membuktikan kepada pembangkang, bahawa benih Jasmin yang ditaburkan sepanjang dua pilihan raya kecil serentak ini, iaitu Merlimau dan Kerdau tidak berbunga. Meskipun keputusan PRK ini menyuntik keyakinan kepada BN untuk menghadapi PRU akan datang, namun pengkaji politik menjangkakan bahawa kebarangkalian PRU diadakan lebih awal tidaklah tinggi. Ketika dihubungi MerdekaReview, pengkaji politik, Phoon Wing Keong berkata, dari kaca mata BN, kemenangan kedua-dua PRK ini adalah penting, dalam konteks gelombang "Revolusi Jasmin" di Timur Tengah yang sedang mengombak. Perdana Menteri bersama Timbalannya telah cuba sedaya upaya untuk memastikan bahawa fenomena "Jasmin" tidak menular di Malaysia. Dengan kemenangan besar BN di kedua-dua kawasan pengundian yang majoritinya terdiri daripada Melayu-Islam, UMNO boleh menyampaikan satu mesej kepada dunia Islam - berbeza dengan negara Timur Tengah yang sedang mengalami "fenomena Jasmin", UMNO-BN adalah kerajaan yang mendapat mandat daripada rakyatnya untuk terus berkuasa. Bagaimanapun, Phoon Wing Keong (gambar kiri) menganggap kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau adalah sesuatu yang dijangkakan. Ini kerana kawasan Selatan adalah kubu tradisional UMNO pada asalnya, dan kemenangan dengan majoriti yang lebih besar sekadar membuktikan bahawa kuasa UMNO atau BN tidak tergoyah di kubu tradisionalnya. Seorang lagi pengkaji politik, Wong Chin Huat berkata, sesungguhnya kemenangan secara besar-besaran dalam PRK serentak ini menunjukkan bahawa BN telah mengembalikan kuasanya di kubu tradisionalnya, tetapi ia kekal satu tanda soal sama ada gelombang BN ini bakal membadai kawasan bukan kubu tradisionalnya. Soalan ini hanya terjawab seandainya berlakunya satu PRK di "kawasan berisiko tinggi" untuk BN. Selain itu, walaupun BN menang di tiga kawasan campuran, iaitu Kerdau, Ayer Merbau, dan Merlimau Pasir yang mana nisbah pengundi Cina-nya berada dalam lingkungan 23.8% hingga 48.9%, namun Wong Chin Huat menganggap keputusan ini tidak cukup untuk menunjukkan bahawa undi Cina telah kembali kepada BN. Ini kerana pengundi Cina bukan majoriti mutlak di kawasan pengundian tersebut, dan perlu dibandingkan dengan pengundi Melayu jikalau penilaian dibuat. PR gagal pertahankan satu pertiga dalam parlimen? Kedua-dua Wong Chin Huat dan Phoon Wing Keong menganggap kemungkinan bahawa Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan PRU ke-13 dengan lebih awal, iaitu diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, adalah rendah. Wong Chin Huat (gambar kiri) tidak menolak kemungkinan bahawa PRU ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarawak, berikutan kemenangan besar BN dalam kedua-dua PRK ini, namun beliau menganggap adalah lebih mungkin PRU diasingkan dengan pilihan raya negeri Sarawak, jika dilihat kepada sikap Najib yang lebih berhati-hati. Phoon Wing Keong pula percaya bahawa kerajaan BN tidak akan membubarkan parlimen secara tergesa-gesa, sebaliknya akan memerhatikan keputusan pilihan raya negeri Sarawak yang akan diadakan tidak lama lagi, sebelum memberi kata dua untuk PRU ke-13. Beliau menjangkakan bahawa PRU paling mungkin diadakan selepas pembentangan Belanjawan. Menurut Wong Chin Huat ketika dihubungi MerdekaReview, seandainya PR gagal menunjukkan prestasi yang terserlah dalam pilihan raya negeri Sarawak akan datang, maka ia mungkin melunturkan semangat PR, lantas memberi kesan langsung terhadap prestasinya dalam PRU. Jikalau PR hanya menang 11 atau 12 kerusi, atau gagal memperolehi 20 atau lebih kerusi yang cukup untuk menggerunkan BN, maka "PR gagal pertahankan kerusi satu pertiga parlimen" bakal menjadi realiti, ramal Wong Chin Huat. Sebaliknya, PR hanya mampu mengubah senario, sehingga BN tersudut pada kedudukan bertahan, seandainya menunjukkan pretasi yang cemerlang dalam pilihan raya negeri di Sarawak. Jurang melebar antara bandar dengan desa Di samping itu, menurut pengamatan Phoon Wing Keong, wujudnya jurang perbezaan politik antara kawasan desa dengan bandar yang ketara, dari apa yang diperlihatkan dalam keputusan PRK Merlimau dan Kerdau. Malah, jurang ini semakin melebar. "PRK Tenang, hinggalah dua PRK ini, memperlihatkan bahawa pembangkang hanya meraih sokongan di kawasan bandar, namun ia seolah-olah gagal melakukan apa-apa (sebagaimana di bandar) apabila tiba di kawasan desa. Sebaliknya, BN mendapat sokongan di kawasan kampung, tetapi gagal menembusi kawasan bandar," kata Phoon Wing Keong. Phoon menambah, minda pengundi di kawasan desa lebih konservatif dan berorientasikan kepentingan. Jadi, BN boleh memberi kesan dengan peruntukan, memainkan isu negara Islam atau isu perkauman; sebaliknya, isu yang lebih makro seperti keadilan, kesaksamaan, kebebasan bersuara dan sebagainya, sukar memberi kesan di tempatan. Walaupun BN berjaya membebaskan diri dari situasi yang merudum - zaman pasca 8 Mac 2008, dan kini menyerang kawasan bandar dengan sokongan yang ada di kawasan desa. Namun, senario sedemikian akan membataskan transformasi kerajaan BN, analisa Phoon. "UMNO boleh menjadikan kubu di kawasan desa sebagai pengkalannya untuk menyekat kawasan bandar. Namun senario ini pasti akan membataskan usaha transformasi kerajaan. Ini kerana UMNO perlu mengambil kira keperluan penduduk kampung, dan mungkin terpaksa menggugurkan sesetengah dasar transformasi kerajaan," katanya. *Tulisan ini diterjemah dan disunting daripada teks asal. |
You are subscribed to email updates from WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan