Selasa, 8 Mac 2011

Tun Saban Balek

Tun Saban Balek


RON 95 NAIK HARGA LAGI-malaysiakini

Posted: 08 Mar 2011 08:52 PM PST

RON 95 NAIK HARGA LAGI



Harga RON95 perlu dikaji semula



KUALA LUMPUR 7 Mac - Harga petrol RON95 perlu disemak semula sekiranya harga pasaran minyak mentah dunia kekal melebihi AS$100 (RM300) setong dalam tempoh lebih tiga bulan.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI), Datuk Michael Yeoh berkata, kerajaan perlu menilai semula harga tersebut bagi memastikan pemberian subsidi tidak akan meningkat.

''Pada masa ini harga pasaran minyak mentah dunia berlegar melepasi AS$100 (RM300) setong ekoran krisis politik yang melanda Timur Tengah yang merupakan antara pengeluar minyak terbesar di dunia.

''Sekiranya trend kenaikan harga minyak mentah itu berterusan melebihi tiga bulan, kerajaan perlu menimbang untuk menaikkan harga petrol RON95 bagi pasaran tempatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Greater KL Bandar Pintar Pada Masa Hadapan di sini hari ini. - Utusan

Note: Kah..kah..kah..kah.. Susu tepung baru naik harga.. Minyak nak naik harga... lepas tu barang-barang semua ikut naik harga.. Terima kasih umno..jangan takut umno.. naikkanlah harga minyak tinggi-tinggi.. apa ada hal.. kami yang bodoh ini pasti tetap setia pada anda.. Kah..kah..kah..kah.. Undilah Kerajaan Barisan Nasional...!!! Kah..kah..kah..kahaaaakkkkk tuuuihhh...

WASHINGTON PUJI NAJIB KERANA BERANI MENENTANG IKHWANUL MUSLIMIN

Posted: 08 Mar 2011 08:39 PM PST

WASHINGTON PUJI NAJIB KERANA BERANI MENENTANG IKHWANUL MUSLIMIN





Kenyataan Najib sebelum ini yang mengkritik Gerakan Islam Muslim Brotherhood (Ikhwanul Muslimin) sebagai pengganas [Ikhwanul Muslimin] mendapat pujian daripada Washington Post. Najib disifatkan sebagai menimbulkan keretakan kepada kesefakatan dunia Islam yang sejak dari awal kebangkitan di Mesir meminta agar negara-negara barat mengiktiraf dan sudi bekerja sama dengan Ikhwanul Muslimin.

Malah kenyataan Najib yang dilihat "melawan arus" dunia Islam yang lain itu disifatkan oleh Washington Post sebagai lebih berani berbanding Obama (2011) dan Condolezza Rice (2006) di dalam menentang gerakan Islam [Washington Post]
.

Dahsyat memang dahsyat, Najib lebih berani menentang gerakan Islam berbanding Obama dan Condolezza Rice. Najib dipuji oleh media barat kerana keberaniannya menentang gerakan Islam. Ada harapan jadi Mustafa Kemal Ataturk Malaysia. - milosuam


Ka'ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga).- Riwayat Tirmidzi, Nasae'i dan Hakim.

Tiada ulasan: