Isnin, 21 Mac 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


KOMENTAR TUKAR TIUB

Posted: 21 Mar 2011 01:01 PM PDT





SEMUA TELAH BERANI MELAWAN



nota:
mak cik kampong baru
telah mula bangun melawan
taktik gerombolan yang nak rembat
tanak mereka !




NAJIB KENA SABOTAJ?


Sekali pandang orang ramai akan tertanya tanya – video porno siapa pulak kali ini? Ini satu macam punya 'hot' punya cerita. Dulu pelakon lelaki utama dan pelakon pembantu wanita datang MCA. Kali ini pelakon pembantu wanita dikatakan datang dari Shandong Selatan China. Pelakon lelaki utama pada awalnya di rahsiakan.

Tetapi Zul Nordin dengan tak sabar–sabar dikaca Tv telah 'mengsah dan mengsahehkan' bahawa pelakon utama video ini adalah Anwar Ibrahim. Macam mana Zul Nordin tahu hal ini – walah hu alalam bissawab.

Apa yang menarik ialah menantu Abdulah Badawi dengan cepat telah menafikan bahawa ini video ini kerja tangan United Malays National Organistion.

Kerana itu saya mengajak pembaca untuk bertenang sejenak. Mari kita semua bertafakur. Jangan gopoh gapah. Jangan tolah menolak. Jangan tuduh menuduh. Apakah masuk akal bahawa video ini dilakonkan oleh Anwar Ibrahim?

Biar saya bawa kembali para pembaca ke tahun 1998 dahulu – zaman bertempur di jalan raya. Pada minggu ke dua sesudah Anwar dibuang dari kerajaan telah timbul cerita tentang kewujudan satu video yang di kenali dengan nama 'choo choo train'. Nama video ini memberi makna - membuat hubungan sex dengan beberapa orang sekali harung.

Heboh seluruh Malaysia. Mat Skodeng dan Minah Skodeng tercari cari. Saya sendiri pun mencari dari satu sumber sampai ke satu sumber. Paling akhir saya diberitahu ada seorang anak muda keluarga diraja Pahang yang memiliki video ini. Anak muda ini murid tua Malay College. Presto ! Dengan sekelip mata saya memerangkap jaringan untuk menemui anak muda ini.

Cisss! Bohong punya cerita. Tetiba saya diberitahu anak muda ini baru berlepas ke London. Cerita video choo choo train ini samalah seperti cerita adanya naga di Tasek Chini. Semua karut. Semua ini pembohongan yang dirancang. Semua ada perancangan rapi. Semua bertujuan untuk memburukkan Anwar.

Jadi kali ini kesah pita video terbaru ini juga di rancang. Tetapi ada sadikit perbezaan. Sekali pandangan pita ini dibuat untuk memburukan Anwar Ibrahim. Jangan silap baca. Bukan untuk memburukkan Anwar. Pada hemat saya pita ini adalah satu langkah untuk mensabotaj Najib Razak.

Harus diakui bahawa pertarungan hebat untuk merebut ghanimah – harta perang – sedang berlangsung dalam kelompok United Malays National Organisation. TigaM - Mahathir, Mukriz, Muhyiddin sedang bertempur dengan 3N – Najib, Nazir dan Nosmah.

Duit Petronas, dana terkumpul KWSP, tanah lapangan terbang TUDM Sungai Besi, tanah bekas tapak RRI di Sungai Buluh, tanah di Jalan Peel – semua ini sedang menjadi harta rebutan. Nilai ini berbilion bilion. Siapa berkuasa dialah yang kaya.

Jangan lupa dalam masa yang sama Mahthir Muhamad masih 'berbulu' kerana projek 'jambantan bengkok' ke Singapura tidak dipedulikan oleh Najib. Mahathir juga sedang merasa jelak dan karang yakin dengan Najib yang dilihat telah jatuh ke bawah ketiak Singapura. Ini bukan rahsia malah diketahui umum – hanya perang terbuka belum pecah.

Jangan kita lupa bagaimana si Saifol telah berjumpa Najib dan Rosmah dua hari lebih awal sebelum Saifol diliwat. Ini menjadikan berita lawak kepada orang ramai. Bagimana dia tahu lebih awal yang dia akan diliwat? Seluruh Malaysia ketawa terbahak-bahak bila fakta ini diberitahu ke mahkamah.

Kalau kes jubur Saifol tidak diyakini umum mana mungkin pita rakaman video ini akan di yakini? Justeru, amat jelas pita video ini dibuat untuk memperlihatkan Najib sebagai jantan bodoh tidak pandai merancang.

Apa tujuannya?

Tujuan membuat pita video ini untuk membuktikan bahawa Najib ini bodoh. Kerana bodoh, Najib menjadi biawak hidup kepada United Malays National Organisation. Sama bodoh dan sama senyap seperti Abdullah Badawi. Cuma Najib tidak tidor semasa mensyuarat. Kerana bodoh maka Najib perlu digantikan dengan Muhyiddin. Ini game Mahathir. Mahathir merancang untuk menaikkan anaknya.

Kalau tidak yakin dengan apa yang saya tulis ini. Cuba fikirkan dan lihat betapa rosaknya imej antarabangsa Najib bila berita pita video ini menjadi berita dunia.

Pita video ini telah mensabotaj segala kerja baik Jamaluddin Jarjis di Amerika. Rosak juga kerja Apco yang cuba membina imej Najib. Obama dan Hillary Clinton pasti menganggap kes pita ini sebagai tak masuk akal. Mereka menjadi lebih yakin untuk melihat bahawa memang ada konspirasi untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim.

Paling memalukan Najib ialah apabila berhadapan dengan Endorgan dari Turkey. Tak berapa lama dahulu Najib telah cuba memperbaiki hubungan dengan kawan baik Anwar Ibrahim ini. Berita pita video ini pasti akan memperlihatkan kebodohan Najib dihadapan Endorgan.

Datuk T – si Pembuat pita rakaman ini mungkin hanya saorang Tambi – budak suruhan - yang tidak sedar bahawa apa yang dilakukan ini telah mensabotaj imej Najib. Najib sedang dilihat bodoh kerana membuat sesuatu yang tidak masuk akal. (TT)



ADA AGENDA DI BELAKANG UDANG

Posted: 21 Mar 2011 12:48 PM PDT




INI DIA YANG TAK BINCANG



nota:
kapal terbang tak boleh terbang
kapal selam tak boleh menyelam
jet pejuang runtuh rantah
semua cari projek
semua cari masyuuk
kah kah kah



SOAL KEPERLUAN ATM TAK BOLEH DIBINCANG :ZAHID – berita hairan

Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa soal kesiapsiagaan dan keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh dibincangkan atau dipolimikkan, termasuk di Parlimen.

Beliau berkata walaupun Ahli Parlimen mempunyai imuniti dan kekebalan untuk bertanya apa sahaja di Dewan Rakyat, namun soal keupayaan ATM tidak boleh dikompromi dan dibincangkan secara terbuka.

Menggulung perbahasan titah ucapan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Dewan Rakyat, di sini, hari ini, Ahmad Zahid turut menegaskan semua anggota Parlimen tanpa mengira parti harus berpendirian bahawa soal rahsia ketenteraan tidak boleh dipolitikkan bagi keselamatan negara.

Membidas beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang sering membangkitkan isu-isu kesiapsiagaan ketenteraan di Dewan Rakyat, khususnya Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara), Ahmad Zahid berkata, soal kerahsiaan negara seharusnya dipertahankan oleh semua, sama ada penyokong kerajaan mahupun pembangkang.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… KALAU TAK BINCANG DALAM PARLIMEN NAK BINCANG DI MANA?... kah kah kah..

kah kah kah… BINCANG DALAM KEDAI MAMAK?.... kah kah kah

kah kah kah…ATAU BINCANG DALAM OPIS BIK MAMA?..... kah kah kah

kah kah kah…. KRONI ROSMAH REMBAT TANAH TUDM… TAK PERLU BINCANG…. kah kah kah..

kah kah kah… KERANA TAK BINCANG… KAPAL SELAM TAK BOLEH MENYELAM…. kah kah kah…

kah kah kah… KERANA TAK BINCANG …. JET PEJUANG BANYAK KANTOI… kah kah kah…

nota:
parlimen adalah badan tertinggi
parlimen membuat undang undang
kalau di parlimen tak boleh bincang
maka nampak sangat nak beli alatan tentera
dengan senyap senyap
kah kah kah


TIPU ANGKA - PERCAYA TIPU SENDIRI

Posted: 21 Mar 2011 12:37 PM PDT




IKUT ANGKA MATI - VIETNAM KALAH




nota:
macam macam cara dibuat
untuk tipu melayu
kah kah kah





JUALAN MEGA POLITIK SEDANG BERLANGSUNG - harakah daily

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengingatkan rakyat agar tidak cepat terpengaruh dengan grand mega sale politik yang sudah pun berlangsung.

"Grand mega sale" merujuk kepada usaha BN membeli wakil rakyat Pakatan Rakyat dan ahli-ahlinya.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar mendakwa BN sedang giat menjalankan usaha membeli ahli-ahli PAS, PKR dan DAP untuk survival politik mereka.

"Kami memberi ingatan awal kepada rakyat Malaysia kerana kita sedang berhadapan dengan grand mega sale politik 2011 yang sudah pun bermula.

"Kita akan lihat bermula pilihan raya sarawak akan ramailah orang PAS, PKR dan DAP yang akan keluar parti dan dipertontonkan kepada masyarakat.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


Woit…. MASA PERANG VIETNAM DULU… HARI HARI AMERIKA BUNUH GERILA VIETCONG… kah kah kah..

Kah kah kah…. KALAU DI KUMPULKAN JUMLAH YANG MATI….AMERIKA TELAH BUNUH HABIS RAKYAT VIETNAM…. kah kah kah…

Kah kah kah… SEKARANG PUN SAMA DI IRAQ DAN AFGHANISTAN….kah kah kah..

Kah kah kah….AMERIKA HABIS BUNUH RAKYAT IRAQ DAN AFGHANISTAN… kah kah kah…

Kah kah kah…NI SAMALAH MACAM AHLI PAS MASUK GEROMBOLAN… kah kah kah..

Kah kah kah… ATAU AHLI PKR MASUK GEROMBOLAN… kah kah kah..

Kah kah kah….. CAMPUR PUNYA CAMPUR… YANG TINGGAL DG PAS HANYA MAT SABU DAN NIZ AZIZ… kah kah kah..

Kah kah kah… KIRA PUNYA KIRA… YANG TINGGAL DALAM PKR… HANYA TIAN CHUA DAN NURUL IZZAH…. kah kah kah…

Kah kah kah… KESIAN GEROMBOLAN…. KENA TIPU…ADA ORANG BUAT DUIT JUAL ANGKA… kah kah kah..


JEMPUTAN FORUM MALAM RABU INI

Posted: 21 Mar 2011 12:46 AM PDT




SEMUA DI JEMPUT DATANG






KRISIS LIBYA: KUASA BARAT LANCAR SERANGAN KEDUA - reuters

TRIPOLI 21 Mac - Kuasa Barat melancarkan serangan udara kedua ke atas Libya awal pagi ini selepas menghentikan kemaraan tentera pimpinan Muammar Gaddafi di Benghazi dan mensasarkan pertahanan udara bagi membenarkan pesawat mereka mengawal ruang udara negara ini.
Campur tangan ke atas pemberontakan terhadap Gaddafi yang mendapat mandat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, menerima kritikan daripada Ketua Liga Arab, Amr Moussa yang mempersoalkan serangan bom besar-besaran yang dikatakan menyebabkan kematian ramai orang awam. - Reuters


RAJA BERI ARAHAN BUNUH RAKYAT BAHRAIN





NOTA:
libya gerakan anti gadaffi masih bertempur
di bahrian tentera saudi telah amsuk
di yemen demonstrasi berterusan
di serawak taib mahmud sedang di goddam

dunia kacau dan bilau
ini adalah baik untuk
gerakan rakyat!!!


JANGAN BUAT FITNAH - RAIS TAK ROGOL

Posted: 21 Mar 2011 12:31 AM PDT




MALAON INI TAK ROGOL




nota:
malaon ini tak rogol
sila jangan buat fitnah
malaon ini pancut cepat
macam mana nak rogol
kah kah kah




BLOGGER SETUJU TIDAK TERBIT SEMULA ARTIKLE FITNAH - meloya

Blogger Amizudin Ahmat hari ini bersetuju untuk tidak menerbitkan semula artikel bertajuk 'Hei Pak Menteri... mana mau lari...' di laman blognya yang didakwa memfitnah Rais Yatim.

Persetujuan itu direkodkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Zabariah Mohd. Yusof ketika permohonan injunksi inter-parte itu didengar di kamar beliau pagi ini.

Ia diperoleh berdasarkan persetujuan bersama yang diberikan oleh Amizudin melalui peguamnya, Gan Chee Wei dan peguam Badrul Munir Bukhari bagi pihak Rais sehingga pelupusan kes saman fitnah yang difailkan oleh Rais terhadapnya.

Pada 2 Februari lalu, Rais selaku plaintif memperoleh injunksi yang memerintahkan supaya Amizudin yang dinamakan sebagai defendan dalam tuntutan saman itu menarik balik artikel yang memfitnah beliau daripada laman blognya.

Selain itu, Hakim Zabariah membenarkan permohonan plaintif menghalang Amizudin, 42, atau ejennya daripada terus menyiarkan artikel berbaur fitnah itu sehingga permohonan injunksi inter-parte didengar.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… KENAPA BUAT FITNAH… kah kah kah..

kah kah kah… MALAON ITU TAK ROGOL AMAH…. kah kah kah..

kah kah kah… TAK KAN NAK ROGOL AMAH…. kah kah kah…

kah kah kah…MALAON INI TAKUT BINI… kah kah kah

woit… BETUL KE TAKUT BINI?.... kah kah kah..

kah kah kah…..KALAU TAKUT BINI SIAPA DIA BUDAK BETINA PAKAI KAMERA ITU?..... kah kah kah…

nota:
takut bini ini pun fitnah ke?
kah kah kah

nota:
minah itu dapat kamera
bini tahu ke?
kalau bini tahu jamin
kena tempeleng
kah kah kah







CARA NAK HUMBANKAN GEROMBOLAN

Posted: 20 Mar 2011 11:07 PM PDT



JELAS DAN TEPAT



nota:
ini dasar popular
yang tak memyusahkan
orang ramai

ini pop
dan pop
untuk anak muda
kah kah kah



PAKATAN RAKYAT HAPUSKAN SAMAN EKOR
– harakah daily

PAS sekali lagi mempertegaskan sikapnya membantah keras pelaksanaan saman ekor oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana ia menyusah dan membebankan rakyat.

Justeru, Presidennya, Abdul Hadi Awang berjanji pihaknya akan menghapuskan peraturan saman tersebut sekiranya diberi peluang memerintah negara menerusi pilihan raya umum akan datang.

"Kita isytihar malam ini, kalau Pakatan Rakyat perintah (negara), saman ekor kita hapus. Itu jaminan kita kalau kita perintah," katanya.

NOTA:
ini wajib dimasukakn dalam manifesto
menghapuskan saman ekor tidak akan bangkrap negara
ini dasar yang popular
ini memang disukai oleh orang ramai

satu lagi dasar yang poular
ialah melupuskan semua hutang pptn
ini amat popular dikalangan anak muda
ini juga tidak membangkrap kan negara

satu lagi dasar yang popular
bicarakan sekali lagi razak baginda
kenapa pendkwa raya tidak merayu
walhal kalau kes siswa tunjuk perasaan pendakwa merayu
sampai ke mahkamah pesekutuan
kenapa kes bunuh altantuya tak ada rayuan?

nota:
bila nak ada fatwa tentang kes bunuh altantuya ini?
kah kah kah


SATU LAGI CARA NAK TAKUTKAN MELAYU

Posted: 20 Mar 2011 08:40 PM PDT



BETUL KE ADA HANTU?












nota:
satu rumah di london
dan satu di malaysia
boleh ke ni ?
tak langgar hukum apa apa ke?
ni halal ke?
kah kah kah






AHMAD JUSOF: AKAD NIKAH DI MASJID MENYIMPANG DARI AMALAN NABI- mkini

Menjadikan masjid sebagai lokasi akad nikah adalah menyimpang dari amalan Rasulullah, kata seorang anggota Majlis Fatwa Perlis, Datuk Ahmad Jusoh.

Beliau berkata Rasulullah pernah mengingatkan umat Islam supaya tidak melakukan akad nikah dalam masjid kerana ia meniru penganut Kristian yang menikah dalam gereja dan Yahudi di rumah ibadat mereka.

nota:
hanya nak tanya
zaman nabi dulu ada nasi?
zaman nabi dulu ada jawi?
zaman nabi dulu ada jakim?
zaman nabi dulu ada kd pengenalan dan tulis agama?

zaman nabi dulu ada kursus bila nak kahwin?
zaman nabi dulu kalau tak pergi kursus boleh kahwin?

zaman nabi dulu ada pegawai agama masuk bilik hotel sampai siling?
zaman nabi dulu ada pegawai agama skodeng tepi tasik bawa kamera?
zaman nabi dulu ada pegawai agama skodeng tepi tasik minta tengok surat nikah?

zaman nabi dulu ada baca doa pada raja?

hanya nak tanya
jangan marah pulak
hanya nak bertanya
kah kah kah

nota:
pakai kasut dan stokin ni ok ke?
pakai pantalon dan kemeja ni ok ke?
kah kah kah

nota:
kes bunuh altantuya
tak buat pulak fatwa
kah kah kah

nota:
kes tipu pilihanraya
tak ada pulak fatwa
kah kah kah


nota:
api leterik kita pakai ni oke ke?
ni leterik kan kristian yang buat

nota:
ok ke pakai kereta ni?
kereta ni yahudi yang reka?

nota:
gi bank ok ke?
tak salah ke?
bank ni yahudi yang mulakan?
buka bank ni bukan ikut yahudi?
kah kah kah


SEJARAH

abjad a b c d ni asalnya dari orang kristian
ianya bermula di athens
pindah ke kota rom
itu pasal tulisan kita ini
dipanggil nama tulisan rumi
rom jadi rumi

boleh ke kita gunakan tulisan rumi ini
ianya berkembang dan dikembangkan oleh empire suci romawi
tulisan romawi ini menjelaj dunia kerana dikembangkan oleh padri
kah kah kah




SURAT DARI TOKYO

Posted: 20 Mar 2011 07:21 PM PDT






DENGAR DAN LIHAT






SURAT DARI TOKYO


Isham,

Aku di LT Antarabangsa Tokyo - kelihatan sekumpulan pelajar M'sia dan Indonesia akan berlepas pulang ke M'sia dgn pesawat Air Asia. Penerbangan dijadualkan pd jam 11.30 mlm.

Berdasarkan perbualan dgn beberapa org pelajar, banyak universiti di Jepun antaranya Waseda University dan Kyushu University ditutup sehingga sebulan berikutan perkembangan impak radiasi yg semakin menular di seluruh Jepun.

Majoriti pelajar dan keluarga masing-masing merungut ttg sikap sambil lewa dan tidak acuh pihak kedutaan M'sia di Jepun terhadap keselamatan rakyat M'sia di sini.

Ke semua rakyat M'sia yg pulang menyatakan bhw mereka membiayai sendiri tambang perjalanan; kedutaan M'sia beri alasan, kerajaan tiada peruntukan utk bawa pulang rakyat M'sia di Jepun kerana telah berbelanja besar ketika membawa pulang rakyat M'sia dari Mesir bulan lalu.

(Cuba semak laporan Parlimen, difahamkan Anifah Aman umum RM50juta diguna utk bawa pulang rakyat M'sia dari Mesir)

Beberapa sumber air mentah di Tokyo dilaporkan telah tercemar dgn sisa radioaktif kesan letupan reaktor nuklear di Fukushima baru-baru ini.

Lajmin
Tokyo, Jepun



Tiada ulasan: