Rabu, 2 Mac 2011

Tukar Tiub

Tukar Tiub


SEDUT SAMPAI KERING

Posted: 02 Mar 2011 07:28 PM PST




BAYAR SAMAN DISKAUN DILANJUT
- meloya

PUTRAJAYA 2 Mac - Kerajaan bersetuju melanjutkan tempoh bayaran saman trafik yang berakhir Isnin lepas selama 10 hari lagi, bermula semalam sehingga 10 Mac ini.
Hishammuddin Hussein berkata, lanjutan tempoh diskaun 50 peratus bayaran saman tersebut bagi membolehkan orang ramai melunaskan tunggakan saman mereka.


SEDUT SAMPAI KERING


nota:
ini satu industri baru
ini cara gerombolan keringkan
saku orang ramai

tak sedar sedar lagi ke?
sampai bila nak sedar?

nak tunggu oxygen kena cukai?
nak tunggu bernafas kena lesen
kah kah kah




KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


CUKONG TIPU KETUANAN MELAYU - KAH KAH KAH

Posted: 02 Mar 2011 07:25 PM PST




PERLABUHAN KLANG DAN PM KENA TIPU


Menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang
baik adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. PRU13 adalah peluang
terbaik dan nampaknya semakin hampir. Ini digambarkan dengan jelas
apabila kerajaan mengambil keputusan mendakwa bekas menteri
pengangkutan Chan Kong Choy atas tuduhan menipu mantan Perdana
Menteri.

Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya
mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal
PKFZ ini. Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri
tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir. Kebanyakan dari
mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan
Timbalannya hari ini.

Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi
kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera. Apa jaminan
yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini
masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan
lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal.

Justeru, rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan
ini. Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan
tatakelola yang baik harus ditamatkan. Tanggungjawab kita semua untuk
menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa
kebankrapan.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat




KULIFAH KENA TIPU

Posted: 02 Mar 2011 12:26 PM PST




SEMUA KENA TIPU



nota:
ling liong sik tipu madey
chan kong choy tipu dolah

siapa agaknya tipu najib?
kah kah kah
mat janda tipu najib mengaku anak dara
kah kah kah



TIPU BUKTI UMNO JADI KUDA TUNGGANGAN MCA – harakah daily

Terbongkarnya kisah Perdana Menteri dan jemaah menteri ditipu mengukuhkan lagi bukti bahawa Umno hakikatnya adalah boneka dan kuda tunggangan MCA, kata Naib Presiden PAS Mahfuz Omar.

"Para pemimpin MCA yang menipu, cerdik. Para pemimpin Umno yang kena tipu, bodoh.
"Dakwaan ke atas Chan Kong Choy atas tuduhan menipu Perdana Menteri dan dakwaan ke atas Ling Liong Sik menipu kabinet hanyalah dua kes yang kita tahu. Bagaimana pula kes-kes yang kita tidak tahu?

"Adakah hanya dua kali sahaja para pemimpin MCA menjadikan para pemimpin Umno termasuk Najib dan Muhyiddin sebagai boneka dan kuda tunggangan mereka?" kata beliau.

Najib dan Muhyiddin adalah antara anggota kabinet yang didakwa telah ditipu oleh Liong Sik.

"Dalam kes Kong Choy, nampak lebih jelas lagi trend terkini Umno yang menyalahkan (T Abdullah Badawi atas semua kelemahan parti itu.

"Asal ada kelemahan dan kesalahan Umno, Abdullah dipersalahkan.

"Memang benar Abdullah Perdana Menteri ketika Kong Choy didakwa menipu. Tetapi Najib sebagai timbalannya ketika itu dan para menteri Umno lain buat apa?" Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… MEMANG PEMIMPIN GEROMBOLAN TAK ADA KELAS… kah kah kah..

kah kah kah… DUA DUA PM MELAYU KENA TIPU OLEH CUKONG…. kah kah kah..

kah kah kah…. CAKAP KETUANAN MELAYU… TAPI KENA TIPU…. kah kah kah..

woit…APALAAA NASIB PUNYA MELAYU… kah kah kah…

woit…MANA PUKIDA?.... MANA PUKISA … MANA PERWARIS?... kah kah kah..

kah kah kah… BILA NGO MELAYU NAK BUKA SILAT…. kah kah kah…

kah kah kah… DUA DUA KULIFAH …SUDAH KENA TIPU…. kah kah kah…


MEMAHAMI TIMUR TENGAH

Posted: 01 Mar 2011 10:59 PM PST




ARAB DAN ZIONISMA


Apa yang sebenarnya sedang berlaku di Timur Tengah hari ini? Kenapa anak anak muda di negara negara Arab bangun melawan dan menjatuhkan ketua dan kepala negara mereka?

Para pembaca yang budiman – kita jangan tersalah baca dan tersalah tafsir. Semua ini berlaku kerana wujudnya hukum-hukum sosial dan syarat-starat politik yang telah dan sedang memangkin berjuta juta rakyat Arab untuk bangun menunjuk perasaan dan menghumbankan kepala-kepala negara mereka.

Jangan risau dan jangan sangsi gerakan jalan raya ini juga akan sampai ke Tanah Semenajung. Sama seperti Revolusi Iran pada tahun 1979 dahulu – Revolusi Sungai Nil ini juga akan mengubah politik dunia. Revolusi ini pasti akan mempengaruhi anak anak muda di seluruh dunia.

Bukti kenyataan diatas telah mula muncul. Apa yang sedang berlaku di Mesir dan di negara-negara Arab kini boleh ditonton dan dihayatai oleh rakyat dunia. Ledakan turun ke jalan raya ini telah sampai juga ke Wisconsin di Amerika. Kini kaum buruh di Wisconsin telah menaikkan sepanduk – Kita Bersama Tunisia dan Mesir.

Spanduk ini sedang membakar semangat ribuan buruh yang sedang berdemo minggu lalu di Wisconsin. Inilah demo yang paling besar yang pernah diadakan di Amerika. Kali terakhir demo besar seperti ini hanya berlalu di zaman Perang Vietnam pada tahun tahun 60an. Inilah kali pertamanya kaum buruh di Amerika cuba mengadakan mogok nasional semenjak tahun 1950'an.

Mogok dan tunjuk perasaan besar ini adalah jawapan keatas rancangan kaum pemodal yang merancang untuk melupuskan terus gerakan dan kesatuan buruh di Amerika. Dalam keadaan ekonomi gawat kaum pemodal Amerika melalui parti Republikan dan Demnokrat telah cuba untuk memecah-mecahkan kesatuan buruh. Tetapi suasana di Timur Tengah telah membakar semangat kaum buruh Amerika dan kini mogok besar sedang dirancang.

Apa sebenarnya hukum sosial dan syarat politik yang menjadikan rakyat Arab bangun serentak hingga mempengaruhi rakyat dunia?

Untuk memahaminya kita wajib kembali kepada zaman sesudah Perang Dunia Pertama. Perang ini telah melunturkan pengaruh Empire Ottoman dan memunculkan British sebagai kuasa imperial utama. Empire Ottoman telah mati pucuk dan tidak ada kekuatan untuk menjaga tanah-tanah jajahan dari Istanbul hingga ke Rabat. Banyak tanah jajahan terlepas dari kawalan Khalifah Ottoman.

Moroko jatuh ke bawah pengaruh Sepanyol, Libya ke bawah pengaruh Itali, Tunisia dan Aljeria menjadi tanah jajahan Peranchis dan Mesir jatuh ke tangan British. Syria dan Lebanon dipengaruhi oleh Peranchis. Bristih mewujudkan keluarga Saud pada tahun 1932 di Semenajung Arab. Iraq dan negara Telok dipecah pecah untuk tujuan – pecah dan perintah. British, sebagai kuasa kolonial telah mengadu domba satu negara Arab dengan yang lain.

Kolonialisma wujud hasil dari perkembangan kapitalisma. Latar belakang kolonialisma ialah pasaran dan pemasaran. Kuasa imperialis dan kaum pemodal memerlukan bahan mentah dari negara tanah jajahan. Negara kolonial juga mahu mereka yang di jajah menjadi pembeli dan pengguna produk yang telah dibuat. Hukum dan syarat ini tidak pernah berubah.

Pada tahun 1938 - dunia Arab berubah – minyak telah di temui di Saudi Arabia. Penemuan minyak di Saudi ini telah menjemput banyak syarikat-syarikat minyak dari luar negara untuk mencari gali. Akhirnya minyak bukan hanya terdapat di Saudi malah telah ditemui di Negara Telok, Iran, Iraq, Libya, Mesir dan Aljeria. Emas hitam telah membawa kekayaan tetapi dibelakang kekayaan ini ialah bencana dan malapetaka.

Sesudah penemuan minyak, sistem ekonomi kapitalis telah menjadikan bahan bakar petrolium ini sebagai bahan asas untuk mengembangkan sistem ekonomi kapitalis. Petrolium menjadi bahan yang amat stratejik. Pengkaji sejarah akan mengetahui bagaimana Perang Dunia Ke Dua meletup berpunca dari perebutan bahan bakar petrolium ini.

German telah dipinggir kerana kalah dalam Perang Dunia Pertama. German tidak memiliki sebuah pun telaga minyak dan telah ketingalan dalam perlumbaan untuk menaklok tanah Arab. Ekonomi German tidak mungkin berkembang tanpa minyak. Hitler mengambil keputusan untuk melancarkan perang.

Justeru apabila perang pecah Hitler telah mengarahkan agar dibuat satu kereta – Volkswagen - yang tidak menggunakan air agar dapat menyeberang padang pasir untuk merampas telaga-telaga minyak di negara-negara Arab yang dimiliki oleh British.

Justeru bahan bakar petrolium inilah yang menjadi hukum dan syarat yang menjadikan suasana di Tumur Tengah terus hangat dan menggelodak semenjak 60 tahun ini hinngga ke hari ini.

Sesudah Perang Dunia Kedua tamat, kuasa imperial British telah mengalami kemerosotan ekonomi. Kuasa British kini sama seperti kuasa Ottoman dahulu, telah mati pucuk. Negara-negara tanah jajahan telah menuntut kemerdekaan. India – tanah jajahan terkaya British telah merdeka tahun 1947. Di Tanah Melayu Parti Komunis Malaya telah mengangkat senjata memburu kuasa imperialis Britsih bermula pada 20 Jun 1948. Di Kenya gerakan Mau Mau pada tahun 1952 telah juga mengangkat senjata melawan British. Kuasa imperialis Bristish dipukul hebat. Keadaan British ketika itu sama seperti kuasa imperialis Amerika yang sedang di pukul oleh rakyat Iraq dan Afghanistan sekarang.

Kuasa imperial British amat licik dan berpengalaman dalam menjajah. British memiliki strateji berjangka panjang. Justeru pada tahun 1948 British telah bersekongkol dengan kuasa imperialis baru – Amerika Syarikat – untuk mendirikan apa yang dipanggil Israel - di bumi Palestine.

Israel sebenarnya telah ditanamkan ke dalam dunia Arab. Tujuan penubuhan negara Israel ini adakah untuk memastikan satu pengkalan tentera yang tesusun rapi akan terus menerus wujud di Timur Tengah. Pengkalan tentera ini bertujuan untuk menjaga dan mengawal telaga minyak. Israel akan menjadi mata-mata dan soldadu kepada kuasa imperil Anglo-Amerika.

Isreal telah dipersenjatai oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Hari ini Isreal bukan sahaja memiliki bala tentera terbesar dan tercanggih malah memiliki bom nuklear. Semua ini untuk memastikan negara negara Arab pengeluar minyak tidak akan berani melakukan seperti apa yang telah dilakukan oleh Presiden Nasser - memilik negarakan Terusan Suez pada tahun 1956 dan Raja Feisal - menutup aliran minyak dari di ekspot pada tahun 1974.

Dari strateji berjangka panjang kuasa imperial Anglo-Amerika telah menjadikan semua negara Arab ini sebagai tanah jajahan baru. Negara-negara Arab ini menjadi pelanggan untuk kuasa imperial Anglo-Amerika. Pemimpin mereka wajib dipersenjatai dan diwar warkan sebagai pemimpin yang berkaliber. Dalam masa yang sama Israel sebagai ' hantu' akan terus menakut nakutkan negara negara Arab ini. Apabila negara Arab takut maka tidak dapat tidak negara Arab akan membeli senjata dari Britain atau Amerika atau Peranchis.

Selama 40 tahun inilah strateji yang telah dilakukan oleh kuasa imperialis. Mereka memunggah minyak dan gas dari negara Arab. Hasil duit minyak dan gas ini akan digunakan oleh negara Arab untuk membeli senjata. Senjata ini dikatakan untuk mempertahankan diri dari Israel.

Kuasa Anglo-Amerika mendukung terus negara-negara Arab ini. Amerika atau Britain tidak pernah sekali pun berani mengkritik Saudi Arabia walau pun saban minggu ada kepala yang dipancung di hadapan masjid sesudah sembahyang Jumaat. Segala bentuk pencabulan hak asasi berlaku di Sausi Arabia. Tetapi Amerika , Britain dan negara Eropah tidak amabil pot. Pencabulan hak asasi hanya dilihat berlaku di Iran kerana Iran tidak mahu menjadi barua Amerika.

Manakala rejim Mubarak adalah contoh budak suruhan Amerika yang amat setia. Amerika telah bersekongkol dengan rejim Mubarak untuk menahan dan menyeksa pejuang dan para mujahid Mesir. Senjata-senjata yang dibeli ini terbukti bukan untuk melawan Israel tetapi untuk menindas rakyat sendiri. Rejim-rejim Arab ini menjadi lembik dan tunduk kepada semua kehendak kuasa Anglo-Amerika. Justeru bila Amerika menyerang Iraq semuanya menganggukkan kepala tanda bersetuju. Hari ini tidak ada lagi negara Arab yang berani bersuara tentang Palestine.

Kenapa rejim Arab ini tunduk dan takut ? Jawapannya cukup senang. Ini kerana kesemua rejim Arab ini tidak memiliki mandat dari rakyat. Dari Moroko hingga ke Negara Telok – pemimpin , sheikh dan malikul negara negara Arab dinaikan keatas tahta bukan kerana sokongan orang ramai tetapi kerana didukung oleh kuasa imprialis Anglo-Amerika. Malah keluarga diraja Saudi dan Jordan sendiri diwujudkan oleh British.

Memang betul ada setengah negara, seperti Mesir, Jordan, Irag atau Syria telah mengadakan pilihanraya – tetapi semuanya sandiwara untuk menipu orang ramai. Bayangkan 97.6% menyokong Mubarak atau Basheer Al-Assad apabila pilihanraya di jalankan. Pembuangan undi kadang kala sampai ke 85%. Angka-angka ini menakjubkan untuk menjadi lawak seram.Manakala warga Arab di Telok dan di Saudi Arabia langsung tidak tahu apa itu memilih perwakilan.

Apa yang jelas disini kontradiksi utama ialah diantara warga Arab dengan rejim rejim Arab yang telah menjadi pekakas Amerika dan Israel. Penentangan warga Arab ini juga bermakna mereka menentang Amerika dan rejim zionis Israel. Amerika dan zionis Isreal selama ini selesa apabila warga Arab ini tidak bersuara dan tidak berani menyuarakan tuntutan adil rakyat Palestine. Semua ini akan berubah.

Walau pun tidak dilihat satu tanda apa pun untuk menyatakan bahawa tunjuk-tunjuk perasaan ini ialah untuk Palestine. Tetapi dalam ruang lingkup yang luas tunjuk perasaan ini bersifat anti-imperialis dan anti-zionis. Ini kerana rejim yang di lawan itu semuanya barua kepada imperialisma Anglo-Amerika dan zionis Israel. Melawan Mubarak , Ben Ali, Bani Saud, Al-Makhtoum sama seperti melawan kuasa Amerika dan zionis Isreal.

Hukum dan syarat yang memangkin pejuangan ini semakin jelas apabila dunia luar dapat membaca tuntutan dan langkah langkah yang akan diambil setelah Mubarak, atau Ben Ali berundur. Kita akan lihat satu kontradisi baru akan muncul. Kuasa imperial Anglo-Amerika akan memastikan rejim zionis Isreal selamat. Kuasa imperial juga akan memastikan aliran minyak tidak terputus.(TT)

nota:
tulisan ini telah disiarkan
dalam suara keadilan minngu ini
sila dapatkan di pasaran

bahagian akhir minggu depan

PERLU BERSYUKUR

Posted: 01 Mar 2011 09:17 PM PST




SATU GERAKAN TERSUSUN



nota:
ini rupa bulu bulu
yang telah bersatu
untuk menjadi satu gerakan

budraf adalah
satu gerakan
yang akan mengancam negara
jika tidak di lawan!!!







BULU ANTARA BANRANG DIRAMPAS DARI LOKAP D9
– mkini

Seorang bekas pegawai polis memberitahu dia dan pasukannya telah merampas beberapa barang kes di lokap Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.

Supritendan Amidon Anan, 60, saksi ke-15 pendakwaan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini antara yang dirampasnya adalah sehelai rambut, sehelai tuala 'good morning' dan sebatang berus gigi.

Amidon adalah bekas ketua bahagian siasatan tempat kejadian (CSI) Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur daripada tahun 2005. Beliau bersara pada Ogos 2008.

Katanya, pemeriksaan di lokap berkenaan dilakukan berikutan arahan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner II, Ku Chin Wah.

Katanya, di D9, terdapat satu lokap dan satu sel.

"Ia dikunci dan dikawal oleh dua polis. Apabila saya tiba konstabel Adnan Safril membuka lokap itu dan saya masuk ke dalam sel itu yang juga dikunci."

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…NASIB BAIK KAWALAN KETAT…. kah kah kah

kah kah kah…KALAU TIDAK BULU AKAN MENGATUR STRATEJI BERSAMA TUALA GOOD MORNING…. kah kah kah..

kah kah kah…BULU AKAN MERANCANG UNTUK LARI… kah kah kah..

kah kah kah… BAYANGKAN DUA PENJENAYAH INI KALAU TIDAK DIKAWAL….SATU BALAI AKAN DISERANG…. kah kah kah

kak kah kah… SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA KITA WAJIB BERSYUKUR… kah kah kah..

kah kah kah… KITA PATUT BERTERIMA KASEH… kah kah kah..

kah kah kah... HIDUP KITA TANPA DIGANGGU BULU.... kah kah kah..

kah kah kah... KALAU TIDAK SIANG BULU.. MALAM BULU... HIDUP BERBULU BULU...kah kah kah.

kah kah kah… BERBANDING DENGAN NEGARA LAIN YANG BANYAK BULU BERTERBANGAN…. kah kah kah..

kah kah kah…KALAU TIDAK AKAN WUJUD BUDRAF DALAM NERGARA KITA…. kah kah kah..

kah kah kah… BADRAF LEBIH BAHAYA DARI HINDRAF… kah kah kah

nota:
sesudah membaca ini
sila raba dalam seluar
sama ada bulu masih ada lagi atau tidak
kah kah kah


budraf: bulu badak action force
kah kah kah


BEREBUT NAK JADI MELAYU

Posted: 01 Mar 2011 08:47 PM PST



INI DIA PARA PANGLIMA




nota:
perjungan siapa lebih melayu dari melayu?

atau siapa lebih melayu dari eeee
kah kah kah




PAKIDA NAFI PASANG KAIN RENTANG HENTAM PERKASA- mkini

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Jasin hari ini membuat satu laporan polis menafikan pihaknya terbabit dalam pemasangan kain rentang yang menghentam Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA).

Kain rentang itu tertera lambang Pekida dengan tulisan 'PERKASA baru setahun jagung, jangan nak jadi hero Melayu, sini Melaka bukan Kelantan'.

Laporan itu dibuat oleh Pengerusi Pekida Daerah Jasin, Abdul Rahim Abu di balai polis Merlimau kira-kira jam 12.30 tengahari tadi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit… INI SUDAH HEBAT…. kah kah kah..

kah kah kah …PUKIDA LAWAN PUKISAM…. kah kah kah…

kah kah kah…. APA AKAN JADI PADA KETUANAN MELAYU…. kah kah kah

kah kah kah…. APA AKAN JADI DENGAN GUP GAO GIP…. kah kah kah..

kah kah kah… APA AKAN JADI DENGAN PEWARIS KENTUT ALAM… kah kah kah..

kah kah kah…. APA AKAN JADI PADA PEWARIS KERETA TERPAKAI…. kah kah kah…

Tiada ulasan: