SharpShooter |
Guan Eng umum bantuan segera RM200k untuk mangsa ribut Posted: 31 Mar 2011 12:02 AM PDT Hari ini Guan Eng yang baru pulang dari luar negara semalam telah umumkan bantuan segera Kerajaan Negeri yang berjiwa rakyat sebanyak RM200k untuk baik pulih bumbung flat Taman Bukit Minyak. TKM 1 dan 2 turut hadir bersama mangsa ribut Flat Taman Bukit Minyak. Gambar-gambar serta berita tentang mangsa ribut di Taman Bukit Minyak, boleh membaca dalam artikal sebelum ini bertajuk bantuan segera kepada mangsa ribut di Flat Taman Bukit Minyak. Sekarang membawa mangsa ribut ke flat wawasan rumah sementara untuk mereka berteduh. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
Bantuan segera kepada mangsa ribut di Flat Taman Bukit Minyak Posted: 30 Mar 2011 10:41 AM PDT BUKIT MERTAJAM - Empat keluarga yang menghuni di tingkat empat Flat Tingkat Bukit Minyak, dekat sini, nyaris maut dihempap siling rumah dalam kejadian ribut, malam kelmarin. Lebih malang, kesemua bumbung yang terbang itu turut menghempap empat buah kereta yang diparkir di hadapan flat berkenaan mengakibatkan mereka kerugian puluhan ribu ringgit. Mangsa, Mohd Saad Che Long,40, berkata, kejadian berlaku sekitar jam 10.45 malam ketika dia sedang menonton televisyen, manakala anak dan isteri berada di koridor belakang rumah. Menurutnya, bunyi angin kencang seakan-akan puting beliung kedengaran dari luar rumah sebelum bumbung dan siling diterbangkan angin tersebut. "Keadaan menjadi kelam-kabut sejurus kejadian. Rumah mula dipenuhi air kerana hujan turun dengan lebat ketika itu. Saya kemudiannya bergegas membawa isteri dan anak keluar dari rumah kerana bimbang perkara sesuatu yang lebih buruk berlaku. "Pada mulanya saya sangkakan hanya rumah saya seorang sahaja yang kena, tetapi, apabila keluar, barulah tahu tiga lagi rumah turut mengalami nasib sama," katanya ketika ditemui, semalam. Dia berkata, kejadian bukan sahaja mengakibatkan kerosakan di kebanyakan struktur rumah, malah, perkasasan di dalamnya turut rosak. Sementara itu, seorang lagi mangsa, S Parameswary,38, berkata, kejadian ribut itu merupakan yang kedua selepas kejadian pertama lima tahun lalu. Namun, ketika itu hanya zink bumbung sahaja yang terbang, tetapi kejadian kali ini adalah terburuk pernah berlaku. Katanya, dia dan keluarga termasuk ibu bapa ketika itu sedang berbual di ruang tamu rumah sebelum merasakan gegaran kuat dari atas rumah. Mereka sekeluarga panik seketika apabila siling tiba-tiba runtuh dan menghempap kepalanya dan bapa, R Subramaniam,65. Begitupun, mujur tiada kecederaan serius berlaku, hanya mengalami kesakitan pada bahagian berkenaan dan dibawa ke klinik berhampiran untuk menerima rawatan. "Saya tidak dapat menggambarkan keadaan ketika itu kerana semuanya berlaku sekelip mata. Hanya dalam beberapa minit sahaja semuanya musnah. Tiada apa lagi yang tinggal kerana kebanyakannya rosak teruk dihempap siling rumah. Bumbung pula terbang dan rumah kami basah dimasuki air," katanya yang tidak dapat menahan kesedihan akibat dari kejadian. Bagi Hasrulnizam Ahmad,34, pula, tiada kata-kata yang boleh menggambaran perasaannya selain bersyukur kerana masih dipanjangkan usia. Katanya, walaupun ribut memusnahkan hampir keseluruhan rumah yang disewa sejak tiga bulan lalu itu, namun dia lega kerana dia sekeluarga terselamat dari kejadian yang hampir meragut nyawa mereka itu. Menceritakan kembali detik cemas itu, Hasrulnizam berkata, dia sedang menonton televisyen di ruang tamu dan terdengar bunyi angin kuat di luar, tetapi tidak menyangka bumbung rumahnya akan tertanggal. "Hujan lebat ketika itu bunyi angin pula kuat. Sejurus kemudian, bumbung tertanggal dan siling pula hampir runtuh. Dalam keadaan panik, saya menahan siling tersebut dari runtuh bagi membolehkan isteri dan anak keluar. Jika tidak, pasti kami sekeluarga terperangkap di dalam rumah. "Buat sementara waktu, kami mungkin akan menumpang di rumah mertua. Tetapi, kejadian ini benar-benar membuatkan kami trauma," katanya.
Tergamam nampak bumbung terbang hempap kereta Dalam pada itu, suri rumah, Che Sham Abdullah,48, yang menghuni di tingkat dua flat berkenaan tergamam melihat bumbung terbang lalu menghempap deretan kereta yang diletakkan di hadapan flat, termasuk kereta milik suami, Abu Osman Abdullah,51.Dia yang sedang mengangkat baju dari ampaian ketika itu berkata, dia hanya mampu memerhatikan kejadian yang dianggap luar biasa itu. "Saya dapat lihat dengan jelas bagaimana bumbung itu terbang dan terus menghempap kereta. Ketika itu, saya tergamam dan hanya mampu melihat dan beristigfar di dalam hati. "Sejurus kemudian, barulah saya menjerit memanggil suami untuk melihat apa yang sedang berlaku," katanya. Sementara itu, Abu Osman berkata, dia baru selesai menunaikan solat sebelum dikejutkan dengan panggilan isterinya. Dia yang masih belum mengetahui apa yang berlaku pada mulanya hairan mendengar jiran di tingkat atas menangis. Bagaimanapun, dia terkejut apabila dimaklumkan isteri kereta mereka dan beberapa jiran lain rosak dihempap bumbung. "Tidak dapat dibayangkan bagaimana bumbung tersebut boleh tercabut dan terbang jauh sehingga meranapkan kereta kami. Sebenarnya tujuh kereta yang terlibat, tetapi hanya empat yang teruk, manakala, tiga lagi terkena serpihan sahaja. "Kejadian ini sungguh dahsyat berbanding apa yang berlaku lima tahun lalu," katanya yang mengganggarkan nilai kerugian yang dialami keempat-empat kereta berjumlah RM40,000. Suri rumah, Yusnita Yusoff,34, mengemaskan pakaian yang masih boleh digunakan selepas rumah mereka rosak teruk dipukul ribut.. R Subramaniam (kanan) dan anaknya, S Arumugam memindahkan perabot selepas hampir keseluruhan rumah mereka rosak dalam kejadian ribut, malam kelmarin.. Syabas kepada Jabatan Kebajikan yang pantas bertindak setelah menerima laporan dari sharpshooter, bantuan segera RM500 kepada mangsa ribut. Tafsiran kerugian turut dicatat oleh Jabatan Kebajikan dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah. Penghulu Kawasan Encik Fuad juga pantas bertindak. Ustaz Tajudin, Pesuruhjaya PAS Kawasan Batu Kawan turut menziarahi mangsa ribut. TKM 2 YB Prof Ramasamy yang kini berada di Taiwan turut menghulurkan bantuan segera RM300 kepada mangsa ribut melalui wakilnya. YB Wong Exco Perumahan dan YB Michael Tan Adun Padang Lalang turut hadir meninjau mangsa ribut. Keprihatinan serta follow up dari YB Wong selaku Exco Perumahan terhadap mangsa ribut wajar diberi pujian.Kepantasan Skuad Khas MPSP bertindak juga wajar diberi pujian. Inilah contoh terbaik yang mereka lakukan setelah menerima aduan dari sharpshooter. Pada sebelah malamnya, mangsa ribut mengadakan perbincangan dengan sharpshooter mewakili YB Ong Chin Wen Adun Bukit Tengah yang kini berada di Taiwan atas lawatan rasmi Kerajaan P. Pinang. Sebanyak 16 buah rumah yang mengalami kerosakan akibat bencana ribut di Flat Taman Bukit Minyak. Dua buah rumah tiada penghuni. Empat buah rumah mengalami kerosakan teruk yang kini berbumbungkan angkasa. Hasil perbincangan hanya 9 keluarga sahaja yang bersetuju untuk pindah ke rumah Kerajaan Negeri sediakan di Flat Wawasan Sg Rambai. Hari ini pihak kejuteraan MPSP datang meninjau dan membuat anggaran kos bumbung yang akan dibina semula secepat mungkin yang akan dibiayai oleh Kerajaan Negeri. Pada sebelah petangnya pihak PBA dan pihak TNB datang membantu selesaikan masalah air dan elektrik. Air dapat diselesaikan namun elektrik tidak dapat diselesaikan kerana semua kabel elektrik telah dimasuki air dan menyebabkan berlaku letupan di semua meter. Namun begitu lampu di semua kaki lima bangunan bernyala cuma elektrik di dalam rumah akan diusahakan keesokan hari. Pada sebelah malamnya TKM 2 Prof Ramasamy yang baru pulang dari Taiwan terus meninjau dan menziarahi mangsa ribut. Beliau berjanji akan selesaikan segera permasalahan yang timbul. Bomba turut hadir malam tadi untuk membuang saki baki bumbung yang amat merbahaya dibimbangi akan jatuh menimpa penghuni atau harta benda di situ. Esok jam 9.00 pagi sharpshooter mewakili YB Ong untuk menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Tindakan Daerah Seberang Perai Tengah di Pejabat Daerah dan Tanah dan selepas mesyuarat akan membawa mangsa ribut ke Tingkat 28 KOMTAR untuk bersama Ketua Menteri Lim Guan Eng yang akan membuat sidang media pada pukul 12.30 tgh dan pengumuman tentang bantuan segera Kerajaan Negeri P.Pinang untuk memperbaiki segala kerosakan bumbung dan flat Taman Bukit Minyak. Jutaan terimakasih kepada Jabatan Kebajikan, Pejabat Daerah, JKKK Taman Bukit Minyak, MPSP, Bomba, Jabatan Perumahan, PBA dan TNB yang bertungkus lumus membantu mangsa ribut tersebut. Semoga mangsa ribut tabah menghadapi ujian ini dan semoga apa yang terjadi membuatkan kita lebih dekat dengan Allah. Terimakasih pada semua yang membantu. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan