SharpShooter |
- OTAK anda masih waras? sila baca dan teliti dengan waras...
- Bosan dengan fitnah, 59 ahli Umno sertai KEADILAN di Tenom
- Video lucah dan dosa politik
OTAK anda masih waras? sila baca dan teliti dengan waras... Posted: 27 Mar 2011 11:02 PM PDT Anwar digambarkan sebagai pelaku seks songsang yang ganas. Didedah kononnya berlaku seks oral, penetrasi liwat melalui punggung dan sebagainya. Anwar dan keluarga dimalukan dalam episod jahat yang memualkan, gara-gara kerakusan kuasa pemimpin Umno-BN. Kejahatan mereka untuk menyembunyikan fakta akhirnya gagal ditutup dengan keterangan di mahkamah. Beberapa fakta besar yang dibongkar di mahkamah mendedahkan semua kedangkalan Umno-BN. Pertama, menerusi keterangan pegawai penyiasat polis, Superitendan Judy Blacious Pereira jelas membuktikan pembabitan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor. Najib dan Rosmah seringkali menafikan pembabitan mereka, kononnya pertuduhan liwat hanyalah antarta masalah bekas kakitangan dan majikan. Kerajaan dan Umno-BN tidak ada kena mengena kata Najib. Okay, itu dakwaan Najib, jika mereka berdua tidak ada kena mengena, mengapa pihak polis mengambil keterangan dari keduanya? Supt Judy cuba mengelak untuk menyebut nama Najib dan Rosmah, tetapi selepas ditekan peguam Karpal Singh, beliau memperakui menyoal siasat Rosmah dan Najib dalam kes liwat. Hari ini rakyat mahu tahu mengapa Najib dan Rosmah menemui Saiful pada 24 Jun 2008, manakala kejadian liwat didakwa berlaku pada 26 Jun 2008? Kemudian Saiful membuat laporan polis dan pemeriksaan doktor pada 28 Jun 2008. Apa kaitan kedua mereka dalam kes ini dan apakah keduanya menjadi perancang utama untuk memerangkap Anwar? Najib dan Rosmah harus disapina ke mahkamah untuk digrill peguam Karpal. Fakta kedua lebih mengejutkan. Dibongkar di mahkamah, terdapat sepuluh sampel profail DNA (Deoxyribo Nucleic Acid) yang berbeza pada rektum Saiful. Wujud persoalan, jika Saiful seorang pendakwa yang genuine, apakah penjelasan yang harus beliau berikan dengan penemuan banyak spesimen DNA yang berbeza dalam usus beliau? Yang media talibarut Umno-BN hebohkan adalah mengenai penemuan DNA yang ditanda lelaki Y (male Y) yang hendak dipadankan dengan Anwar. Apa pula jawapan Umno-BN terhadap wujudnya spesimen male (lelaki) lain yang ditanda X, Z dan sebagainya? Ia milik siapa? Persoalan yang ditanya hari ini adalah, apakah Saiful seorang yang bersih atau dia memang kaki bontot? Masalah besar yang dihadapi Umno-BN dalam kes ini antaranya adalah, apabila Saiful mendakwa membuat pemeriksaan doktor pada 28 Jun, bermakna pada waktu itulah duburnya diperiksa dan spesimen DNA yang didakwa milik Anwar diambil iaitu pada 28 Jun. Tetapi mengapa sampel DNA yang dikatakan milik Anwar, disimpan dalam almari (tidak di dalam peti sejuk), oleh Superitendan Polis, Judy Blacious Prereira, ditanda pada 26 Jun 2008? Bagaimana spesimen itu boleh wujud dua hari lebih awal? Isu yang ketiga adalah isu proforma atau laporan doktor setebal 18 muka surat, yang didakwa di dalamnya terdapat laporan mengenai dakwaan liwat. Sebelum proforma doktor ini dikemukakan di mahkamah, Saiful mendakwa beliau telah diliwat oleh Anwar, tetapi dalam proforma yang ditulis oleh doktor tercatat di dalamnya perkataan attempt sodomy (percubaan meliwat). Jelas di sini, dakwaan Saiful bercanggah dengan laporan perubatan doktor. Perkara lain yang menimbulkan keraguan kepada proforma tersebut adalah tiga tulisan tangan yang berbeza. Bermakna ada kemungkinan ada tiga doktor yang menulis laporan perubatan tersebut. Namun peguam Karpal berjaya membongkar salahlaku pihak terbabit di mahkamah, apabila dua orang doktor mengakui tulisan tangan mereka (dalam laporan proforma) hanya meliputi dua atau tiga muka surat sahaja. Maka sekali lagi dipersoalkan, siapakah yang mengisi berbelas-belas laporan proforma doktor yang ditulis secara tulisan tangan? Apabila dipadankan tulisan tangan dan laporan di mahkamah, maka sekali lagi dikejutkan bahawa orang yang mengisi laporan proforma terbabit adalah Supt Judy. Apa punya gila sistem negara kita? Mengapa polis boleh mengambil alih tugas doktor untuk menulis laporan perubatan? Semua keterangan ini hanya menunjukkan bahawa usaha Umno-BN untuk memerangkap Anwar, diadakan secara tergesa-gesa dan kelam kabut. Sebab itu mereka menekan hakim supaya menafikan access peguam Anwar kepada segala dokumen pertuduhan terhadap beliau. Butiran dan segala keterangan yang mendakwa Anwar disembunyikan. Sekali lagi dipersoalkan, jika pertuduhan terhadap Anwar sahih pada Umno-BN, kenapa hendak takut berikan dokumen pertuduhan terhadap beliau? Anwar kena tuduh, beliau berhak mengetahui butiran pertuduhan. Hanya 'pondan Siam' sahaja yang 'baling batu sembunyi tangan'. Banyak lagi aspek-aspek teknikal yang boleh dipertikaikan. Semuanya merumuskan bahawa hujah pihak Umno-BN untuk mendakwa Anwar sebagai seorang peliwat sudah tumpul dan dimatikan. Sebaliknya, yang terbongkar hanyalah konspirasi jahat Umno-BN untuk menganiaya Anwar. Sekali lagi rakyat akan menyaksikan Anwar dizalimi oleh Umno-BN dan PM Najib nampaknya seolah-olah mahu mengikuti jejak Dr Mahathir Mohamad. Hakikatnya tuduhan terhadap Anwar hanyalah palsu. Tidak ada kes. Ia harus ditarik balik dan dibakul sampahkan. Anda pergilah tanya kepada mana-mana peguam, bolehkah hakim yang telah membuat keputusan menolak bahan bukti tetapi minggu berikutnya menukar keputusannya untuk menerima semula bahan bukti tersebut. Hakim yang sama tidak boleh buat keputusan seperti itu kecuali oleh hakim yang lain bukan hakim yang sama. Tetapi apakan daya Malaysia Boleh dan dunia sedang tertawakan Mahkamah Malaysia. Dan kini Video salahlaku seks yang diterbitkan oleh 3 stooges yang mulanya dikenali sebagai Dato' T. Semua tertanya tanya siapa Dato' T hinggalah mucul 3 stooges ini di media. Sehari sebelum tu 'Dato T' ini mengatakan dia diarahkan oleh 'Anwar Ibrahim' untuk mengambil jam tangan yang tertinggal lepas buat 'projek' ngan wanita cina. Selepas diketahui identiti 'Dato T' ini, satu soalan yang budak tadika pun boleh terfikir nak soal pun terbit dari minda. "Bila masa 3 stooges ni bekerja dengan Anwar Ibrahim?" Apa yang dilakukan Umno-BN terhadap Anwar hanyalah menambah kebencian rakyat dan keinginan rakyat meluap-luap untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Najib seberapa segera. Kalaulah benar-benar Dato T yang bawa Anwar dan beliau tahu ketika itu Anwar sedang berzina dengan amoi, mengapa tidak dilaporkan sahaja kepada pegawai Agama untuk terus menangkap Anwar yang sedang berzina dengan amoi ketika itu....baru gempar dan gegak gempita dunia...barulah ketika itu Anwar tidak boleh bagi apa alasan sekali pun....barulah Anwar boleh dihukum kerana berzina dan sudah pasti PAS tidak sanggup berimamkan dengan seorang penzina. Mengapa harus nak buat perangkap video? hitam putih pula tu...kalaulah P.Ramlee masih hidup dia pun terkejut...filem Hang Tuan lakonan P.Ramlee pun sudah ada warna...manalah punya pengarah malaun bahlol yang buat cerita fitnah ini...hanya semata-mata mahu malukan Anwar dan menjatuhkan Anwar kerana mereka cukup yakin Anwar akan jadi Perdana Menteri berdasarkan semua laporan risikan yang mereka terima. Pendedahan video Mohamad Mahti bekas pengawal peribadi Megat Junid membongkar rahsia sebenar Dato T. Jika benar Dato T sudah buat rancangan awal dan Anwar memang kaki liwat dan perempuan, sudah pasti Anwar masuk perangkap dato T.... siap bawa pegawai agama, polis siap dengan wartawan sekali... Adakah amat malang sekali rakyat di Malaysia, jika semua masalah kenaikan harga barang, harga petrol, isu rasuah dan sebagainya semuanya boleh selesai dengan tayangan video lucah..adakah begini cara 1 Malaysia sebagai negara Islam contoh terbaik di dunia seperti yang najib rosmah war-warkan? * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Bosan dengan fitnah, 59 ahli Umno sertai KEADILAN di Tenom Posted: 27 Mar 2011 09:32 PM PDT SABAH: Bosan dengan kepimpinan Umno yang sarat dengan perbuatan fitnah dan sibuk mengkayakan diri, sekumpulan 59 ahli Umno di Sabah nekad menyertai KEADILAN. Kesemua mereka adalah bekas ahli Umno di Kampung Jawa Melalap, Tenom dan menyertai KEADILAN Cabang Tenom di bawah kepimpinan Ketua Cabangnya, Datuk Halik Zaman. Menurut wakil kumpulan tersebut, Tahir B Dingau, antara sebab mereka menyertai KEADILAN adalah kerana bosan dengan kebatilan fitnah yang dilemparkan Umno kepada pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat. "Kami bertekad meninggalkan Umno kerana sejak sekian lama memerhatikan cara songsang kepimpinan Umno yang tiada lain selain memperkasakan diri dan kroni. "Umno juga semakin parah dengan pelbagai fitnah yang wujud dan diciptakan khas untuk melemahkan perjuangan KEADILAN," kata Tahir. Katanya lagi, mereka juga sudah jelak dengan Umno BN yang gemar mempraktikkan agenda kotor demi memastikan rakyat Malaysia terus menyokong parti itu. Menurut Tahir lagi, jika Umno berterusan dengan sikap begitu, tidak mustahil tsunami politik Semenanjung akan sampai ke Sabah dan Sarawak. "Mungkin UMNO dan BN fobia dan trauma dengan tsunami politik pilihan raya umum yang lalu. Namun, mereka mesti ingat jika begini sikap kepimpinan UMNO, maka tidak mustahil akan berlaku lagi fenomena gelombang tsunami yang lebih dahsyat pada PRU ke-13 kelak" tegas Tahir. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 27 Mar 2011 08:24 PM PDT Dalam budaya manusia tiada nilai agama dan tamadun berakhlak, isu keaiban peribadi dijadikan mainan golongan yang selekeh. Maka muncullah kisah seks dan skandal peribadi tokoh politik itu dan ini sebagai senjata beracun membunuh musuh politik. Dalam Islam, perbuatan dedahkan keaiban peribadi sebagai senjata politik adalah perbuatan dilarang Allah dan rasul-Nya. Ia haram. Hanya mereka yang jahil nas-nas agama yang menyangka itu suruhan syarak. Malangnya praktik ini diamalkan ramai tokoh dan penceramah politik sejak dahulu lagi di negara kita. Sama ada Pas, UMNO dan PKR; ramai individu dalam parti-parti itu terbabit dalam perkara yang diharamkan oleh syarak ini. Tuduhan seks, arak, kaki judi dan seumpamanya menjadi ringan di lidah mereka. Bahkan kadang-kala mereka hina rupa ciptaan Allah yang ada musuh politik mereka seperti mengatakan si botak, gagap, hidung besar dan mamak. Mereka melanggar pantang larang agama dalam berpolitik. Wabak inilah sedang memakan diri mereka sendiri. Mereka yang tiada etika dan akhlak telah dan akan terus terbabit dalam hal ini. Sedangkan Nabi SAW bersabda: "Sesiapa menutup (keburukan) seorang Muslim, Allah tutup (keburukannya) di dunia dan akhirat" (Riwayat Muslim). Aib peribadi Islam larang didedahkan aib peribadi yang tidak babitkan kezaliman terhadap orang lain. Aib peribadi seperti zina, minum arak, berjudi dan seumpamanya hendaklah ditutup semampu mungkin. Jika hendak didakwa, hendaklah di mahkamah dan bukan untuk tontonan orang ramai. Pun begitu, Islam mengetatkan syarat saksi dan proses penyaksian. Bagi kes zina, jika gagal dipenuhi syarat, penuduh boleh dijatuhkan hukuman qazaf. Tujuannya, untuk mengelakkan perangai suka menuduh dan dedahkan aib peribadi orang lain. Sebab itu penzina dihukum 100 sebatan dan yang tuduh tanpa empat saksi 80 sebatan. Angka yang hampir bagi menunjukkan kesalahan menuduh tanpa empat orang saksi – sekalipun mungkin benar- adalah berat di sisi agama. Firman Allah (maksudnya): "Dan orang-orang yang lemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak bawa empat saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu terima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4). Nabi SAW sendiri mengelakkan agar aib itu didedahkan, bahkan disuruh bertaubat secara sendirian; dengan solat dan istighfar. Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata: "Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah lakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu 'Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: "Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu". Nabi SAW tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi SAW menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) "Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu hapuskan kejahatan. Perintah Allah yang demikian adalah peringatan bagi orang yang mahu beringat" (Surah Hud ayat 114). Maka ada seorang bertanya: "Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah? Jawab Nabi SAW: "Bahkan untuk manusia keseluruhannya". Bukan Bukti Asas Rakaman video bagi kes maksiat peribadi tidak boleh dijadikan asas bukti. Bagi kes zina hendaklah dengan empat saksi. Tiada keperluan untuk pencarian bukti sampingan. Itu soal dosa insan dengan Allah, bukan dengan orang lain. Jika ia terlepas, mahkamah Allah di mahsyar tetap ada, atau mungkin dia bertaubat. Tiada pihak yang rugi atau untung melainkan dirinya sendiri. Kata Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai usaha mencegah kemungkaran: "Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyi dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh intipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk pastikan kemungkarannya. Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis; "Barang siapa melihat kemungkaran, hendaklah dia mengubahnya�." Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemungkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemungkaran daripada orang lain. Ini kerana Islam tidak jatuhkan hukuman kepada orang yang buat kemungkaran secara bersembunyi. Diserahkan hanya kepada Allah untuk hisab pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia lakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya. Bahkan hukuman Ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadis sahih: (bermaksud): "Setiap umatku diberikan keampunan kecuali yang menampakkan (dosanya)" (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk jatuhkan hukuman terhadap kemungkaran dilakukan secara sembunyi. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq). Berbeza dengan kes kezaliman Ia berbeza dengan kes jenayah terhadap lain seperti bunuh, curi, rompak, rogol, diliwat secara paksa dan rasuah. Kes-kes ini perlu dibongkar dan diambil tindakan demi keadilan terhadap mangsa. Rakaman dalam kes-kes ini perlu diusahakan. Islam izinkan, bahkan menyuruh didedahkan bahaya atau kezaliman yang boleh mudaratkan orang ramai dan rakyat. Jika ada perasuah, atau perompak, atau perogol maka hendaklah diberi amaran kepada orang yang mungkin menjadi mangsa. Itupun hendaklah atas asas bukti yang kukuh, bukan sekadar andaian. Juga boleh dedahkan kepada pihak berkaitan seperti hakim, pengundi dan orang awam tentang kezaliman yang boleh menimpa diri atau orang lain. Tidak perlu suruhanjaya Tiada keperluan menubuhkan suruhanjaya khas bagi kes-kes maksiat peribadi. Ini hanya akan membazirkan harta rakyat. Al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) dalam kitabnya Ihya 'Ulum al-Din telah menyebut mengenai rukun-rukun perlaksanaan Hisbah. Hisbah bermaksud perlaksanaan al-Amr bi al-Ma'ruf (menyuruh kepada makruf) apabila ia nyata ditinggalkan, dan al-Nahy 'An al-Munkar (pencegahan kemungkaran) apabila ia nyata dilakukan. Rukun ketiga yang disebut oleh al-Imam al-Ghazali ialah: "Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah tanpa perlu lakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus kita intip. Allah Ta'ala telah melarang hal ini. Kisah 'Umar dan 'Abd al-Rahman bin 'Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa 'Umar r.a. telah panjat rumah seorang lelaki dan dapatinya dalam keadaan tidak wajar. Lelaki tersebut membantah 'Umar dan berkata: "Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, engkau telah menderhakai-Nya pada tiga perkara. 'Umar bertanya: "Apa dia?". Dia berkata: Allah Taala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu intip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah lakukannya. Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung. Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu minta izin serta beri salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak beri salam. Maka 'Umar pun meninggalkannya� Maka ketahuilah sesiapa yang kunci pintu rumahnya dan sembunyi di sebalik dindingnya, tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut... "(Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990). Ingatan Muslim hendaklah elak diri dari terlibat dalam kes-kes seperti ini. Ia menjadi pengajaran kepada semua parti politik. Manusia-manusia yang rendah nilai dan maruah sanggup terbabit dalam hal seperti ini sejak lama dahulu. Mereka ini ada dalam UMNO, PKR dan PAS. Sedangkan Allah berfirman (maksudnya) "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu dosa; dan janganlah kamu intip mencari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah al-Hujurat: 12). Bangkit generasi baru! Marilah kita bermufaraqah atau tinggal pelakon atau watak selekeh dan rela halalkan apa sahaja untuk kepentingan politik mereka. Tanpa kira parti! Mereka mesti diusir dari permainan bodoh ini. Kita tentang semua pelakon politik yang suka selak kain orang. Tak kira kerajaan atau pembangkang. Kita dijadikan 'penonton bodoh' yang seakan relakan apa saja watak mereka lakonkan. Politik kita perlu nafas baru dan dibersihkan dari golongan jijik dan kotok ini! Kita perlu politik idea, bagaimana dan cara bangunkan umat dan rakyat agar hidup berdisiplin, bermaruah dan bertamadun. Bukan cerita-cerita bodoh seperti ini! Sehubungan dengan itu, bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengajak semua pihak menganjurkan satu perhimpunan besar bagi menyatakan kebencian rakyat terhadap politik lucah dan kotor. "Semua pihak tanpa mengira agama, parti dan kaum hendaklah menyatakan bantahan mereka terhadap budaya kotor dan jelek di kalangan politikus dan media di negara ini," tulis Dr Mohd Asri dalam blognya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan