SharpShooter |
- Blogger 'Hentam sajalah labu' kini terlantar di Hospital
- Jom pi dengaq pendedahan YB Dato' Johari Abdul malam ini
- Anwar mahu ditangkap di P.Pinang malam ini?
- video ceramah dan gambar2 Anwar mahu ditangkap
- Aku dah bosan
| Blogger 'Hentam sajalah labu' kini terlantar di Hospital Posted: 26 Mar 2011 01:10 AM PDT Noor Izzar bin Jamaludin atau lebih mesra dengan panggilan Hijat kini terlantar di Hospital Pantai, Bayan Baru. Beliau dimasukkan ke wad 233 Tingkat 2 Hospital Pantai kerana sakit thyroid sejak hari Rabu 23 March 2011. Hijat 32 tahun masih belum berumah tangga berkata "sakit ni dah lama dah..tapi saya dok tahan sakit..tapi kali ini dah teruk sangat..tu yang masuk wad.." Suaranya agak perlahan dan berat badannya susut. Semoga Allah pulihkan seperti sediakala. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
| Jom pi dengaq pendedahan YB Dato' Johari Abdul malam ini Posted: 25 Mar 2011 09:15 PM PDT ![]() ![]() Mai..malam ni jangan tak mai...isu panas...yang pasti malam ini tidak ada tayangan fitnah video lucah yang dilindungi polis apco. Tayang fitnah video lucah polis apco tak ganggu..tetapi ceramah semalam polis apco ganggu di Taman Melawati Gombak Pendedahan panas oleh sahabat lama Dato T memanaskan lagi politik tanah air. ![]() Mahti dedah Eskay mahu jatuhkan Anwar dengan 'apa cara sekalipun'. SUNGAI BULOH: Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang dipelawa sebagai sebahagian konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu mendedahkan, ahli perniagaan itu mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'apa cara sekalipun'. Hal itu didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas anggota polis yang juga bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Eskay. Beliau mengakui turut mengetahui mengenai penayangan video seks itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi beliau menolaknya. "Dua hari sebelum tayangan video, Eskay bertanya sama ada saya boleh membantunya dengan menyediakan beberapa orang anggota Unit Tindakan Khas (UTK). "Ini kerana saya bekas pengawal peribadi menteri, jadi Eskay tahu saya ramai kenalan di kalangan UTK. Tetapi saya tidak membantu," katanya ketika membuat pendedahan itu di sebuah premis di Sungai Buloh, petang ini. The Number One Mahti mengetahui Eskay memang bertekad mahu menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN itu dengan apa cara sekalipun dan kerap mengulangi ungkapan betapa kononnya Anwar menipu beliau dan mengambil 'hak'nya. "Sejak marahkan Anwar, Eskay mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar) dan pernah berkata: 'saya akan menjatuhkan Anwar dengan apa jua cara pun'," katanya. Si Kitul Mahti berkata, Eskay selepas juga pernah mahu mendedahkan suatu cerita buruk mengenai pelakuan Anwar tetapi beliau enggan mendengarnya tetapi Eskay ada menyatakan tindakan itu untuk 'the number one'. "Saya tidak mahu terlibat. Saya ingin beritahu semua ahli politik mengenai manusia bernama Eskay. Dia memang tidak boleh dipercayai dan seorang pembohong. "Saya tidak mahu ada ahli politik lain yang 'terkena' dengannya. Saya tak mahu bersekongkol. Jadi, sebab itu saya memanggil media untuk buat pendedahan ini. "Bagi saya, Eskay adalah si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara," katanya. Apa cara sekalipun Mengulas lanjut, Mahti berkata, Eskay mendendami Anwar berikutan keengganan Ketua Pembangkang itu memberi keterangan bagi pihaknya berhubung kes saman syarikatnya terhadap kontraktor utama projek jambatan bengkok, Gerbang Perdana Sdn Bhd. Beliau yang turut menjadi saksi, ada bersama Eskay di mahkamah bagi kes berkenaan pada 8 Mac lalu dan mendapati ahli perniagaan berkenaan mula bercakap buruk mengenai ketika mahkamah berhenti rehat. "Sejak marahkan Anwar, Eskay mula bercakap buruk mengenai beliau (Anwar) dan pernah berkata: 'saya akan menjatuhkan Anwar dengan apa jua cara pun'," katanya. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Anwar mahu ditangkap di P.Pinang malam ini? Posted: 25 Mar 2011 06:33 PM PDT Setelah pihak polis gagal menangkap Anwar semalam di Taman Melawati Gombak kerana dihalang oleh rakyat, mungkinkah Anwar mahu ditangkap malam ini di Permatang Pauh? Polis apco hanya akur dengan arahan rosmah najib, tetapi ingat kemaraan rakyat tidak dapat disekat. Sabar atas batasnya, semangat rakyat Mesir telah menular ke Malaysia. AMK P.Pauh dan rakyat penyokong Pakatan Rakyat P.Pinang telah bersiap sedia dengan segala kemungkinan malam ini. Lawan Tetap Lawan *Program Dato' Seri Anwar Ibrahim di Pulau Pinang* *Membongkar Konspirasi Politik Terkini* 26 Mac 2011 (Sabtu) Program 1 4.30 ptg – Hi-Tea dan Sumbangan Kepada Mangsa Ribut Kampong Besar Lokasi: Pusat Khidmat DUN Permatang Pasir Program 2 7.00 mlm –Solat Maghrib/Hajat dan Tazkirah Lokasi: Masjid Daerah Bandar Perda, Seberang Jaya Program 3 9.00-12.00 mlm – Membongkar Konspirasi Politik Terkini Lokasi : Taman Pauh Indah, Bandar Perda* Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YAB Lim Guan Eng 3. YB Dato' Mansor Othman 4. YB Dato' Johari Abdul (MP Sg Petani yg telah menonton video lucah) Mai...jangan tak mai.. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
| video ceramah dan gambar2 Anwar mahu ditangkap Posted: 25 Mar 2011 04:36 PM PDT ![]() ![]() ![]() KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 rakyat pelbagai lapisan kaum hadir program pelancaran Kempen Tolak kes Fitnah II anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati di sini, malam ini. Seperti kelaziman, program anjuran KEADILAN itu dihalang polis hingga menyebabkan majlis yang dijadual bermula jam 9 malam ditangguh kira-kira sejam. Polis dikatakan hanya membenarkan sesi ucapan selama 30 minit sahaja, menyebabkan pegawai kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali terpaksa berunding dengan polis Ampang. Kemunculan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada program itu tambah menggamatkan hadirin. Bagaimanapun, polis hanya membenarkan Anwar memberi ucapan selama 15 minit sahaja, malah mematikan pembesar suara dan mengheret Ketua Umum KEADILAN itu turun dari pentas, hingga menimbulkan kemarahan orang ramai. Ketika itu, orang ramai termasuk anggota AMK cuba menghalang polis dari menghampiri Anwar dengan menutup laluan ke pentas hingga memaksa polis menggunakan perisai dan merempuh mereka. Pada jam 11.30 malam, polis menyerbu ke arah orang ramai hingga menimbulkan kekecohan sedangkan program itu, asalnya berlangsung aman. Suasana terus kecoh dan dua orang ditahan polis iaitu Mazlan Mohamad Raos yang disumbat ke lokap balai polis Hulu Klang manakala seorang lagi, Helmy Eizal – seorang ahli AMK Gombak bermalam di lokap balai polis Ampang. Dalam pada itu, seorang wartawan Free Malaysia Today, Fazy Sahir cedera ringan terkena lontaran kerusi dalam suasana kecoh itu. Kempen itu dinamakan sebagai 'DNA' atau 'Datuk Najib-Altantuya' bertujuan mengupas perkembangan terkini kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan fitnah terbaru mengenai rakaman video seks yang didalangi Umno melalui 'Datuk T'. Turut hadir dalam ceramah ialah Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Klang, Saari Sungib. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| Posted: 25 Mar 2011 08:05 AM PDT Beri aku tanda bilakan berakhir Kau sedang tertawa
Aku dah bosan (3x) Sedang maharani menangis * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
| You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |







Tiada ulasan:
Catat Ulasan