Rabu, 23 Mac 2011

SharpShooter

SharpShooter


Terbongkar - Rahim Tamby Chik salah seorang dalangnya

Posted: 22 Mar 2011 10:45 PM PDT

Saya dihubungi oleh seorang kenalan yang sangat rapat bermula sejak 15 Mac 2011 untuk berjumpa dengannya mengenai sesuatu yang penting. Pada hari Isnin 21 Mac 2011 lebih kurang jam 12.20 tengahari, saya mengesahkan bahawa saya ada ruang untuk bertemu beliau.

Saya berjumpa dengannya di Hotel De Palma Ampang jam 4 petang hari itu, sebelum dibawa di dalam sebuah kereta yang lain. Kereta itu dipandu oleh dua orang yang saya tidak kenali.

Saya dibawa ke Hotel Flamingo Ampang, seterusnya dibawa ke sebuah bilik junior suite. Saya bertemu Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Dato' Eskay Shazril Abdullah yang telah menunggu di dalam bilik tersebut. Saya turut disertai oleh kenalan saya tadi.


Datuk Rahim Tamby Chik (kiri), Datuk Eskay Shazril (kanan)


Saya duduk di depan Tan Sri Rahim Thamby Chik sementara Dato' Eskay Shazril Abdullah duduk di sebelah saya. Kenalan saya tadi duduk di atas katil di belakang di dalam bilik tersebut.

Dato' Eskay Shazril Abdullah mula bercakap dan mengatakan bahawa saya ("Johari Abdul") adalah ahli Parlimen yang pertama akan menyaksikan tayangan video yang sedang mula dimainkan itu. Dia juga meminta pandangan saya mengenai Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Sepanjang tayangan video tersebut, Dato' Eskay Shazril Abdullah menjadi suara latar menerangkan beberapa perkara. Contohnya, dia menyentuh bagaimana cara individu terbabit menanggalkan kondom selepas perlakuan berakhir mempunyai risiko air mani akan terpercik ke kawasan yang besar. Menurutnya, tabiat itulah yang menyebabkan Dato' Seri Anwar Ibrahim sering meninggalkan bahan bukti seperti yang berlaku dalam kes liwat pertama tahun 1998 dulu.

Dia juga mendakwa bahawa dia selalu membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke club house di mana berlakunya kejadian itu dan tempat-tempat lain di Thailand seolah-olah ini perkara yang kerapkali dibuat oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, setiap kali dia membawa Dato' Seri Anwar Ibrahim ke tempat itu, bilik itulah (yang dirakamkan) yang digunakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sementara dia (Dato' Eskay) menggunakan bilik bersebelahan. Dalam percakapan seterusnya, dia menyatakan kebimbangan kononnya rakaman-rakaman video seperti itu telah dipunyai oleh pihak perisikan Thai.

Sepanjang penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik kerap mencelah dan membuat komen pendek yang memburukkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Saya percaya beliau cuba meyakinkan saya bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah seorang yang tidak bermoral dan tidak layak menjadi seorang pemimpin.

Selepas penayangan video tersebut, Tan Sri Rahim Thamby Chik mula bercakap. Dia memujuk supaya saya meninggalkan KEADILAN dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dia berjanji untuk bawa saya berjumpa dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak. Tan Sri Rahim Thamby Chik juga menyebut bahawa dia akan uruskan segala keperluan kewangan dan keselamatan saya.

Tan Sri Rahim Thamby Chik juga cuba meyakinkan saya untuk membawa dan memujuk lebih ramai Ahli Parlimen KEADILAN berjumpanya, supaya dapat dipujuk keluar parti. Dia meminta saya mengepalai kumpulan Ahli-ahli Parlimen KEADILAN ini. Saya tidak memberikan komitmen, selain mendengar komen-komen yang dibuat.

Selepas itu, saya keluar dan diiringi oleh kenalan rapat saya itu. Di dalam lif, saya memeluknya dan memberitahu beliau, bahawa setelah menonton keseluruhan video tersebut, saya yakin bahawa orang di dalam video itu bukanlah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Saya berkeyakinan bahawa pelakon itu bukan Dato' Seri Anwar Ibrahim berlandaskan faktor berikut:

1. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato' Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

2. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

3. Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato' Seri Anwar Ibrahim.

4. Bahagian belakang si pelaku (punggong) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

5. Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato' Seri Anwar Ibrahim.

6. Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

Selepas itu, saya menyatakan kesediaan untuk membawa beberapa orang ahli Parlimen KEADILAN agar mereka juga dapat menonton video dan berjumpa dengan Tan Sri Rahim Thamby Chik. Saya dimaklumkan sessi tayangan seterusnya akan dibuat kepada ahli-ahli Parlimen KEADILAN pada jam 330 petang 22 Mac 2011. Kami hadir semalam di Hotel Flamingo Ampang dan menunggu hingga jam 530 petang, oleh kerana mereka telah sahkan bahawa perjumpaan akan berlaku. Walau bagaimana pun, perjumpaan itu dibatalkan oleh pihak mereka.

Saya mengambil risiko membuat kenyataan ini diluar Dewan Rakyat kerana saya yakin bahawa episod terbaru ini adalah satu lagi rencana jahat untuk memfitnah Dato' Seri Anwar Ibrahim.

DATO' JOHARI ABDUL
AHLI PARLIMEN SG PETANI
AHLI MAJLIS PIMPINAN PUSAT KEADILAN
23 MAC 2011



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Siapa dalang, jalang dan jembalang video lucah

Posted: 22 Mar 2011 10:30 PM PDT

TMI -Video seks: Ummi dakwa tahu dalang, ada 18 klip lagi

March 23, 2011
Ummi Hafilda sewaktu berkempen untuk calon Barisan Nasional di Kerdau. — Gambar oleh Choo Choy May
KUALA LUMPUR, 23 Mac — Ummi Hafilda Ali, saksi utama kes liwat pertama dan salah guna Datuk Seri Anwar Ibrahim 13 tahun lalu sambil mendakwa ada 18 klip video seks berkata, dia tahu siapa dalang di sebalik pembikinan rakaman berkenaan.

"Bukan itu (satu) saja, sebenarnya ada lagi," kata Ummi Hafilda, ahli perniagaan, ketika mengulas pendedahan rakaman video seks melibatkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat.

Dipetik beberapa akhbar tempatan, Ummi Hafilda berkata, "Saya dah dengar 13 tahun lalu mengenai hal sebegini dan memang kita tahu siapa di belakang tabir, siapa pelaku, siapa yang melakukan kerja terkutuk ini," katanya dipetik Berita Harian.

Bagaimanapun dia tidak pasti sama ada rakaman yang didedahkan di ibu negara kelmarin adalah salah satu daripadanya.

"Saya tidak pasti sama ada video yang didedahkan adalah salah satu daripadanya, tetapi dalam pengetahuan saya terdapat sekurang-kurangnya 18 lagi rakaman video seperti itu disimpan oleh seseorang," katanya pada sidang media di Alor Setar semalam.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti individu yang dimaksudkannya tetapi berharap akan didedahkan selepas ini untuk dinilai oleh rakyat.

"Sekarang adalah masa yang sesuai untuk didedahkan supaya rakyat sedar mengenai tembelang pemimpin berkenaan," kata beliau dipetik Sinar Harian selepas ceramahnya di Alor Setar dibatalkan ekoran bantahan kerajaan negeri.

Pertengahan Januari lalu, Ummi Hafilda yang juga adik kandung Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata, dia bertekad mahu berkempen secara aktif untuk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 mengelakkan tsunami politik 2008 berulang.

Ummi Hafilda mendakwa kehadirannya dalam kempen BN akan dapat menghalang keputusan Mac 2008, yang menyaksikan Pakatan Rakyat menafikan perikatan itu kedudukan selesa tradisi - majoriti dua pertiga di Parlimen.

Kini BN bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya negeri Sarawak manakala pilihan raya umum dijangkakan tahun ini.

Menurut laporan semalam, polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh Anwar, Ketua Pembangkang, berkenaan klip video aksi seks di bawah Seksyen 292 Akta Kanun Keseksaan kerana kesalahan mengedar bahan lucah.

Mengikut peruntukan Seksyen 292 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan berkaitan tindakan itu, mereka yang didapati bersalah boleh membawa kepada hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.

Anwar membuat laporan pagi semalam berhubung video yang telah dipertontonkan kepada beberapa wakil media di Carcosa Seri Negara, kelmarin.

Dalam laporan itu, di mana salinan diedarkan kepada media, Anwar menafikan penglibatannya dalam video lucah itu.

Satu kumpulan yang enggan dikenali mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur wanita di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu, yang bertarikh 21 Februari, kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu ini.

Sharpshooter - Siapa dalang? siapa jalang? siapa jembalang? siapa temberang? Maklumat yang sharpshooter terima semalam adalah musuh lama Anwar yang berdendam hingga kini.

Dua pimpinan Keadilan telah diberi peluang melihat video tersebut dan ternyata bukan Anwar, wajahnya mirip Anwar tetapi perutnya buncit macam Zahrain hahaha..

Biarlah petang ini pimpinan tersebut, buat kenyataan media di Pejabat Keadilan Pusat dan beliau akan terangkan segalanya tentang siapa dalangnya, siapa jalangnya, siapa jembalangnya...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

16 April pilihanraya Sarawak

Posted: 22 Mar 2011 10:24 PM PDT




Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak pada 6 April manakala hari pengundiannya pula jatuh pada 16 April.

Ini bermakna tempoh berkempen selama 11 hari. Pengumuman itu sebentar tadi dibuat pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Kuching.

DUN Sarawak dibubarkan kelmarin yang mana secara perlembagaan, pilihan raya hendaklah diadakan sebelum Julai tahun ini.

BN Sarawak yang lama dipimpin Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud menguasai 63 daripada 71 kerusi dalam dewan manakala pembangkang pula dengan tujuh kerusi, termasuk satu masing-masing milik bebas dan Parti Cinta Malaysia.

Pilihan raya sebelum ini diadakan pada 20 Mei 2006.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Gambar-gambar terkini serangan Amerika ke atas Libya

Posted: 22 Mar 2011 05:07 PM PDT

Amat sedih dengan apa yang menimpa rakyat Libya. Pemimpin Gaddafi terlalu angkuh dan sombong. Sepatutnya pemimpin menjaga rakyat bukannya membiarkan negara dan rakyat terus musnah diserang Amerika dan sekutunya.

Akhirnya rakyat juga yang menderita. Rakyat juga yang sengsara. Rakyat hidup dalam ketakutan. Rakyat hilang tempat tinggal, pekerjaan dan perniagaan.







Ini kenyataan sombong - Pemimpin Libya Muammar Gaddafi menegaskan akan terus berjuang dan memberitahu penyokong-penyokongnya bahawa mereka akan muncul dengan kejayaan dalam peperangan terhadap pemberontak dan perikatan antarabangsa.

"Kita akan capai kejayaan di akhir nanti," kata Muammar dalam ucapan ringkas yang disiarkan menerusi televisyen Libya semalam.

Dalam pada itu, Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Clinton berkata, Muammar dan sekutunya kemungkinan menerokai opsyen untuk menerima keputusan dibuang negara walaupun tidak jelas sama ada pemimpin tersebut dengan serius akan berbuat demikian.

"Sebahagiannya adalah drama," kata beliau kepada ABC News dalam temu bual sambil menambah, Amerika Syarikat sedar ada pihak sedang berusaha bagi "pihak Muammar" untuk menilai opsyen-opsyen yang ada.

"Kebanyakannya adalah cara beliau bertindak. Ada yang tidak boleh diramal. Tetapi sebahagiannya, kami merasakan, sedang diterokai. Anda tahu, apakah opsyen-opsyen yang saya ada, ke mana saya boleh pergi, apa yang boleh saya lakukan. Dan, kami akan menggalakkan yang itu," kata beliau lagi. — Reuters

Lagi gambar serangan tentera Amerika Syarikat ke atas Libya












* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: