Selasa, 22 Mac 2011

SharpShooter

SharpShooter


Video laporan polis - Anwar dakwa Najib terlibat

Posted: 22 Mar 2011 12:25 AM PDT



Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Perdana Menteri Najib Tun Razak terlibat dalam pembikinan dan penyebaran video lucah membabitkan perlakuan seks di antara seorang lelaki seimbas beliau dengan seorang perempuan yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara di sini semalam.

"Saya cabar Najib (supaya membuktikan beliau tidak terlibat) memandangkan semalam beliau menafikan dirinya terlibat. Mengapa perlu buat penafian dan buat-buat tak tahu?," soal beliau.

Berikutan tersebar video lucah itu, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), Dang Wangi, di sini. Beliau hadir pada kira-kira jam 10.35 pagi bersama isterinya yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar, yang ditemui sejurus membuat laporan polis itu mendakwa Najib, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak atasan polis mengetahui mengenai kontroversi video lucah tersebut.

"Perkara ini berlaku di Carcosa dan beberapa tempat lain. Ia satu jenayah berat dan dibiarkan dan ini tidak mungkin dibiarkan tanpa penglibatan pihak atasan polis, Najib dan Hishammuddin.

"Polis perlu jaga imej dan perlu buktikan mereka tidak memilih untuk buat siasatan," katanya yang ditemui di ruang legar balai tersebut.

Beliau mendakwa beliau memiliki bukti bahawa kontroversi ini merupakan satu lagi percubaan politik untuk menjatuhkannya.

Kes tuduhan liwat berdepan kegagalan

Katanya, kontroversi terbaru ini sengaja dicipta memandangkan kes tuduhan liwat yang dihadapinya kini bakal berdepan kegagalan.

"Mereka sudah tahu akan kalah kes itu dan sekarang cuba mengadakan kes lain terhadap saya. Namun ia tidak akan menggugat kerjaya politik saya," katanya.

Beliau dalam laporan polis turut menuntut agar siasatan yang menyeluruh dan tidak berat sebelah.

"Individu-individu ini telah melakukan tindakan-tindakan jenayah berikut termasuk fitnah berunsur jenayah, intimidasi, jenayah, penayangan video lucah dan konspirasi ini yang telah kelihatan di Carcosa.

"Mereka perlu dikesan, disiasat tanpa mengira kuasa atau pangkat mereka. Saya harap siasatan tidak berat sebelah dan anasir-anasir jahat dalam serangan jenayah terhadap saya dan keluarga, dibawa ke muka pengadilan," tambah beliau.

Turut hadir pemimpin PKR seperti Syed Husin Ali, Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ahli Parlimen Subang R Sivarasa, Naib Presiden N Surendran dan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Kira-kira 70 penyokong turut hadir memberikan sokongan malah kedengaran mereka melaungkan 'Hancur Fitnah' dan 'Hidup Anwar'.

Kontroversi ini beri kelebihan kepada Pakatan

Sementara itu, Nizar yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata kes ini tidak akan menggugat parti itu dalam Pakatan Rakyat tetapi sebaliknya, melalui kontroversi yang melanda kini memberi kelebihan kepada Pakatan.

"Dalam PAS, berita yang dibawa perlu disahkan. Kami ketawa bila dengar cerita ini kerana dari segi logiknya ia hanya percubaan politik ketika menjelang pilihan raya terutama di Sarawak. Kami dalam PAS kukuh bersama Pakatan.

"Saya percaya perkara ini memberi kelebihan kepada Pakatan kerana rakyat kini terarah kepada kami," katanya ketika mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama' PAS Datuk Harun Taib hari ini bahawa PAS akan mengkaji semula perikatan mereka dalam Pakatan.

Semalam timbul dakwaan wujudnya klip video hitam putih yang memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur (wanita) di sebuah hotel yang menawarkan perkhidmatan seks.

Kumpulan itu, yang diketuai seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya hanya sebagai Datuk T, berkata mereka akan menyerahkan pita video itu kepada pemimpin pembangkang tersebut dan isterinya dalam masa seminggu.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Cetak risalah ini dan edarkan

Posted: 22 Mar 2011 12:02 AM PDT


Tolong cetak dan edarkan risalah ini, anda boleh download di sini.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Politik 1 Malaysia ke arah politik lucah

Posted: 21 Mar 2011 11:06 PM PDT



Sidang video semalam, Anwar menegaskan betapa jijik dan kotor serta lucah politik di Malaysia. Beliau menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut.

Ke manakah kita mahu bawa sebenarnya politik Malaysia untuk generasi muda? politik sex dan lucah? Mengapa tergamak lakukan perkara jijik dan lucah semata-mata untuk selamatkan kuasa politik?

Jelas video ini bermotifkan politik kerana mendesak Anwar dan Kak Wan meletak jawatan. Kalau bukan politik kenapa mahu Anwar dan Kak Wan letak jawatan. Mengapa ia ditimbulkan sewaktu Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan?

Terdahulu ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh, ketika Anwar mahu bertanding, timbul isu fitnah liwat Sialfool. Mengapa perkara ini timbul ketika pilihanraya? sifirnya mudah sebab politik jijik dan kotor mahu menjatuhkan dan mengaibkan Anwar.

Najib ketika itu juga menafikan beliau kenal Sialfool tetapi selepas kita bongkar gambar Sialfool pernah hadir ke pajabatnya, tergagap Najib menjawab dan ternyata najib berbohong.

Sumber dari blog Milo Suam pula mendedahkan jika Anwar Ibrahim adalah lelaki di dalam video tersebut, maka jelas sekali Anwar seorang yang hebat, kerana melakukan seks dengan pelacur sambil mengemaskini (update) Facebooknya [FB Anwar]. Ini berikutan rekod masa yang tertera pada facebooknya adalah di dalam sela masa waktu video tersebut dirakamkan.


Malah pada malam kejadian rakaman video itu, Twitter Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau sedang aktif mengemaskini dan melayan soalan-soalan daripada pengikut-pengikut di Twitter [TwitterAnwar].


Di bawah ini screenshot saat Anwar sedang melayani soalan pengikutnya di Twitter beliau [TwitterAnwar].

Maka untuk membuktikan bahawa Anwar benar-benar melakukan seks dengan pelacur cina tersebut, video rakaman adengan seks itu seharusnya merakam juga aksi Anwar melakukan seks sambil tangannya menaip laptop atau blackberry atau apa-apa peranti elektronik lain yang membolehkannya mengemaskini akaun facebooknya.

Sebelum ini gerombolan songkok tinggi bersusah payah nak timbulkan persepsi bahawa Anwar Ibrahim seorang yang ketagih dubur lelaki, seorang yang pantang nampak lelaki jambu. Tapi kali ini mereka bersusah payah pula nak buktikan Anwar sebagai suka melanggan pelacur.

ReJaM© "Nampaknya pereka konspirasi video ini, tak cukup bijak mencipta waktu Anwar melakukan hubungan seks he he he..."


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya - Anwar

Posted: 21 Mar 2011 04:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah pemimpin utama pembangkang dalam video fitnah yang ditayangkan kepada media tempatan, tengah hari tadi.

Anwar  berada di rumahnya bersama ahli keluarga pada 21 Februari 2011 iaitu tarikh yang tertera dalam rakaman video berkenaan.

"Saya di rumah bersama (Wan Dr) Azizah (Ismail), anak-anak dan cucu selepas  bermesyuarat dengan staf KEADILAN," katanya.

Malah, Anwar ketika waktu dan tarikh yang kononnya video itu dirakam, beliau sedang membalas twitter dengan penyokong.

Video 20 minit itu menunjukkan ia masa jam 10 pagi dan bertarikh 21 Februari 2011.

"Pada jam 10.30 pagi pada 21 Februari lalu, saya berada bersama keluarga dan kawan-kawan dan sedang berbalas-balas twitter dengan penyokong," katanya.

Anwar sempat berjenaka dengan wartawan apabila berdiri dan menunjukkan perutnya yang kempis, sama sekali berbeza dengan lelaki yang didakwa menyerupai beliau dalam video itu.

"Gambar mirip saya, cuma perutnya jauh lebih buncit dari saya," katanya pada sidang media khas di ibu pejabat KEADILAN, Damansara 21 Mac lalu.

Anwar juga menyifatkan rakaman video itu sebagai fitnah jahat dan jijik serta satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat dan KEADILAN.

"Motif politiknya sangat jelas, meminta saya dan Wan Azizah meletak jawatan (sebagai Ahli Parlimen dan Presiden KEADILAN). Rekayasa jahat musuh politik untuk membantutkan kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat," katanya.

Beliau meminta rakyat dan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak terperangkap dengan suasana politik sedemikian, sebaliknya memberi tumpuan kepada pilihan raya negeri Sarawak.

Anwar mengingatkan, rakyat Malaysia sudah cuba ditipu hampir 13 tahun sejak kes Fitnah I pada 1998 dan plot terbaru video fitnah itu, tidak mampu menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail yang turut hadir sidang media itu bersama pimpinan parti pula secara sinis, berkata:

"Kalau Anwar didakwa (di mahkamah) dengan lelaki, kenapa yang keluarnya sekarang video dengan perempuan"


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tiada ulasan: