SharpShooter |
- Wajib minta maaf samakan TG Nik Aziz dengan Ayah Pin - Mufti
- Umi Hafilda perlu tampilkan 4 orang saksi.
- Zahrain jangan dok auta.
- zahrain sepatutnya letak jawatan bukan akan pecat pemain.
Wajib minta maaf samakan TG Nik Aziz dengan Ayah Pin - Mufti Posted: 06 Mar 2011 11:30 PM PST SHAH ALAM – Tindakan seorang pemimpin kanan sebuah pertubuhan menyamakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan ketua ajaran sesat Ayah Pin, Ariffin Muhammad boleh membawa kepada dosa jika individu berkenaan tidak bertaubat dan memohon maaf kepada mereka yang terbabit. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, ini kerana, perbuatan menyamakan keperibadian seseorang dengan perwatakan individu lain yang bertentangan dengan personalitinya adalah berdosa dan hukumnya fasik. "Dalam ayat 11, surah Al Hujarat, Allah SWT telah mengingatkan kita bahawa seseorang ditegah memanggil orang lain dengan gelaran buruk. Orang yang menggelar itu harus segera bertaubat kerana itu adalah perbuatan yang zalim," tegasnya. Dalam isu yang membabitkan dua individu itu, Harussani berkata, perbezaan antara Nik Aziz de-ngan Ayah Pin adalah sa-ngat ketara kerana Nik Aziz adalah seorang ulama yang juga ahli politik berjawatan Menteri Besar sebuah negeri, manakala Ayah Pin ketua ajaran sesat yang mengaku dirinya tuhan serta diburu pihak berkuasa. "Tidak boleh sama sekali mengata seseorang sampai begitu, mana boleh samakan Nik Aziz dengan Ayah Pin," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin. Dalam kenyataannya disiarkan semalam, Farahana menyifatkan imej Nik Aziz boleh disamakan dengan Ayah Pin kerana menjadikan agama sebagai alat untuk menguasai pemikiran pengikutnya. Beliau mendakwa, kedua-duanya mempunyai persamaan kerana mengaburi pemikiran pengikut untuk memuaskan nafsu masing-masing. "Mereka boleh lakukan apa saja tanpa boleh ditegur kerana 'kesucian' mereka," katanya. -SH Sumber - Greenboc * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Umi Hafilda perlu tampilkan 4 orang saksi. Posted: 06 Mar 2011 06:18 PM PST Jika kita lihat dan dengar ceramah Umi Hafilda, sudah sampai masanya Azmin perlu bersihkan namanya dan isterinya serta nama Anwar Ibrahim dari segala tuduhan oleh adik kandungnya sendiri. Pendedahan adik kandungnya sendiri tentang skandal isteri Azmin Ali, Shamsidar dengan Anwar Ibrahim ternyata berjaya mempengaruhi sebahagian besar orang Melayu. Ini bukan soal politik tetapi ini soal maruah sebagai seorang suami, alangkah dayusnya seorang suami jika membiarkan isterinya dituduh sebegitu rupa oleh adik kandungnya sendiri di depan rakyat tanpa kita mengambil apa-apa tindakan. Sebab itu, sudah sampai masanya Azmin perlu bersihkan namanya, isterinya Shamsidar dan Anwar Ibrahim dengan menyaman adik kandungnya sendiri, Umi Hafilda. Tetapi dalam masa yang sama, kita tidak boleh pinggirkan hukum Islam, jika menurut hukum Islam, Umi Hafilda juga wajib sediakan empat orang saksi lelaki yang adil. Jika beliau gagal menyediakan 4 orang lelaki saksi yang adil, maka Umi Hafilda akan dikenakan hukuman Qazaf. Apa itu Hukum Qazaf? Menuduh seseorang yang baik lagi suci berzina tanpa mengemukakan 4 orang saksi lelaki yang adil, hukumnya adalah haram dan termasuk dalam dosa besar dan wajib dikenakan hukuman had qazaf (sebat) sebanyak 80 kali sebat, dan tidak boleh diterima penyaksiannya selama-lamanya, kerana dia adalah orang yang fasiq. Firman Allah swt yang bermaksud, "Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan zina kepada perempuan-perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawa 4 orang saksi, maka sebatlah mereka 80 kali sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka itu adalah orang-orang yang fasiq." Surah an-Nur:4 Siapa yang tuduh orang berzina atau siapa yang tuduh orang meliwat tanpa 4 orang saksi lelaki yang adil ; Allah swt telah tetapkan 3 jenis hukuman kepada mereka ini. i) Sebatlah mereka dengan 80 kali sebatan. ii) Jangan kamu terima kesaksian mereka selama-lamanya. iii) Allah melevelkan mereka ini sebagai orang yang fasik. Nanti ada yang bertanya, mengapa sharpshooter tuduh pak menteri rogol amah tanpa 4 orang lelaki saksi yang adil? Sharpshooter hanya copy & paste laporan harakah daily di sini. Tetapi yang disaman sharpshooter yang sekadar tukang lapor, tetapi tak pa lah...kita lawan di mahkamah. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
Posted: 06 Mar 2011 05:05 PM PST PULAU PINANG 6 Mac - Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim menyifatkan tempoh tiga tahun pemerintahan DAP di Pulau Pinang penuh dengan masalah sejak diberi mandat menerajui negeri itu mulai 8 Mac 2008. Menurut Zahrain, sehingga kini, rakyat masih belum nampak sebarang bukti hasil perjuangan DAP itu, selain hanya mewujudkan lebih banyak masalah akibat tindakan mereka terhadap golongan tertentu terutamanya peniaga Melayu. Jelasnya, dasar pemerintahan Ketua Menteri, Lim Guan Eng itu bukan sahaja telah menggugat perpaduan kaum yang sedia terjalin antara rakyat malahan menyebabkan pelaburan asing semakin berkurangan. ''Dua hari lagi genap tiga tahun dia (Guan Eng) memerintah, tetapi saya tidak nampak apa-apa. Yang saya nampak hanya penuh masalah. Masalah itu termasuklah tindakannya terhadap peniaga Melayu dan agama Islam yang menyebabkan keharmonian antara kaum di negeri ini semakin tergugat. ''Perkara ini tidak pernah terjadi dalam pemerintahan terdahulu kerana wujudnya budaya tolak ansur. Undang-undang boleh dipraktikkan tetapi biarlah berpatutan dan adil pada semua pihak, namun, yang terjadi sekarang adalah sebaliknya," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan khemah, kerusi dan meja kepada perumahan Kuarters Polis Bayan Indah, Bayan Baru, di sini, hari ini. Hadir sama Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Supritendan Lai Fah Hin. Beliau mengulas pencapaian pemerintahan DAP di negeri ini yang genap tiga tahun, Selasa depan sejak menerajui negeri itu pada pilihan raya umum 2008. Zahrain berkata, tiada sebarang kemajuan, kesejahteraan kaum dan pembangunan dilihat sepanjang pemerintahan Guan Eng, justeru rakyat perlu membuat sesuatu untuk memakmurkan kembali negeri ini. ''Beliau (Guan Eng) sering mendakwa, beliau yang buat segalanya termasuk pelaburan dari luar negara dan peningkatan pembangunan ekonomi negeri ini. ''Sedangkan ia adalah hasil usaha kerajaan terdahulu termasuk Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri melalui Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade)," katanya. Namun, kata Zahrain, tindakan yang dilakukan Guan Eng itu telah disedari rakyat dan beliau yakin populariti Setiausaha Agung DAP itu semakin merosot berbanding semasa dia mula menerajui negeri ini. ''Guan Eng tidak sesuai menerajui kepimpinan negeri ini kerana beliau adalah orang Melaka malah, cara kepimpinannya langsung tidak ada sikap bertolak ansur. ''Saya yakin, pilihan raya umum akan datang akan mendedahkan segalanya dan berlaku perubahan dalam pentadbiran negeri ini kerana popularitinya (Guan Eng) sudah tidak seperti dahulu lagi," katanya. - utusan meloya Sharpshooter - Bab sikap Guan Eng tidak ada tolak ansur, sharpshooter setuju dengan zahrain sebab itu syarikat dua ringgit nak ambil tender 40 juta Guan Eng tolak sampai zahrain terlentang dan terlompat menjadi katak sumpahan...hahahaha... Alahai Zahrain bacalah fakta jangan dok auta..P.Pinang adalah negeri yang paling banyak terima pelabur asing dan juga negeri pertama menerima pujian Transparency International kerana tidak ada rasuah serta negeri pertama tolak judi sukan. Guan Eng naikkan elaun guru Kafa bukan elaun wakil rakyat parlimen. Zahrain sekarang bolehlah bagi khemah, kerusi dan sebagainya kepada polis, kepada malaun, kepada penyamun kerana sudah dapat peruntukan dari 1 malaysia 1 israel sebagai wakil rakyat parlimen bebas. Beranikah Zahrain bertanding semula di Parlimen Bayan Baru? Kalau anak jantan, bertandinglah di Bayan Baru pada PRU 13. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
zahrain sepatutnya letak jawatan bukan akan pecat pemain. Posted: 06 Mar 2011 03:45 PM PST BAYAN BARU-Kekalahan teruk pasukan Pulau Pinang menentang Johor sabtu lalu mengundang persoalan Presiden Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang, (FAP) Datuk Seri Zahrain Mohd Hashim adakah perlawanan Pulau Pinang selama ini dijual sehingga menyebabkan pasukan itu tersingkir daripada kempen Piala FA. Zahrain berkata, beliau hairan dengan prestasi yang ditunjukkan pemain Harimau Kumbang yang gagal menyerlah walaupun kesemua pemain telah berjanji kepadanya untuk bermain dengan penuh komitmen pada musim ini. "Saya pun tak faham kenapa mereka tidak boleh bermain dengan baik sehingga tewas ke tangan Johor 5-1.Kalau terlepas satu atau dua gol itu saya boleh terima lagi tetapi kali ini lima gol berjaya lolos ke gawang Pulau Pinang. "Mesti ada sesuatu yang tak kena tapi saya tak mahu menganggap bukan-bukan tetapi saya takut permainan itu dijual sebab Pulau Pinang terkenal dari dulu dengan penyakit jual 'game' .Sebelum permainan itu mula kita dah tahu akan ada jaringan,"katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan bantuan kepada penduduk di Bukit Gedung disini kelmarin. Sehubungan itu, Zahrain berkata, FAP akan memanggil jurulatih dan kesemua pemain bagi menyiasat masalah sebenar yang dihadapi sehingga mereka gagal memberikan permainan yang menyerlah dalam setiap perlawanan piala FA musim ini . "Saya berharap anggapan saya mengenai jual perlawanan ini tidak terjadi lagi dalam pasukan Pulau Pinang dan meminta jurulatih dapat memberikan penjelasan bagi mengkaji apa kelamahan kita,"katanya. Beliau juga akan memecat mana-mana pemain yang didapati "menjual game" Sementara itu dalam perkara lain, Zahrain berkata, FAP akan menubuhkan pasukan Pulau Pinang 1 Malaysia yang akan dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 April nanti. Menurutnya,Pulau Pinang seharusnya berasa bertuah kerana Perdana Menteri sudi meluangkan masa untuk melancarkan kelab baru itu dan berharap dengan sokongan Perdana Menteri akan dapat membangkitkan lagi semangat pasukan seterusnya menaikan nama Pulau Pinang sebagai antara pasukan yang digeruni lawan. Zahrain yang ditanya, adakah kerjasama yang dilakukan dengan Kerajaan ini adalah untuk menampung perbelanjaan FAP yang selalu bermasalah, beliau berkata, sehingga kini pasukan Pulau Pinang tidak pernah mendapat satu sen bantuan daripada Kerajaan Negeri sejak Kerajaan DAP memerintah negeri ini. Sharpshooter - Alahai katak zahrain....pemain P.Pinang juga hairan bagaimana syarikat RM2 boleh dapat projek 40 juta? Pemain P.Pinang juga hairan bagaimana zahrain masih boleh terus buat muka tebal setelah bertukar menjadi katak onn sedangkan perlantikkannya sebagai presiden FAP dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat. Jika zahrain ada maruah, sepatutnya beliau yang meletak jawatan bukannya membuat kenyataan akan pecat pemain. Zahrain bab pecat memang pandai, dulu sharpshooter pun mahu dipecat kerana muncul di TV3 bongkar kes kuari menyebabkan orang kanannya didenda 2 juta lebih. Apabila kerajaan negeri P.Pinang buat siasatan tentang penipuan royalti kuari, mereka didenda dan kerajaan negeri P. Pinang mendapat 12 juta lebih, zahrain amat marah kerana orang kanannya didenda 2 juta lebih. Lebih menghairankan mengapa orang kanan zahrain masih bersama Keadilan P. Pinang. Apa jaminan maklumat tidak bocor kepada zahrain? Pemilihan di Bayan Baru tahun lalu jelas menunjukkan campur tangan zahrain hingga pembantu khas zahrain juga turut hadir dalam pemilihan di Bayan Baru. UBAH SEBELUM PARAH UBAH DEMI MARUAH. * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan