SharpShooter |
Posted: 03 Mar 2011 11:31 PM PST 5 Mac 2011 (Sabtu) Program 1 3.00 ptg – Penyampaian Cek Kepada Warga Emas dan Guru KAFA SPT Lokasi : Dewan Serbaguna Chai Leng Park, Prai Turut Bersama: 1. YB DS Anwar Ibrahim 2. YAB Lim Guan Eng 3. YB Dato' Mansor Othman 4. YB Prof. Dr. Ramasamy Program 2 5.00 ptg – Kenduri Rakyat dan Ceramah Lokasi: Masjid Titi Teras, Balik Pulau, Pulau Pinang Program 3 7.30 – 8.30 malam – Solat dan Tazkirah Maghrib Lokasi: Masjid Batu Maung Program 4 8.00 – 11.00 malam – Jamuan Makan Malam Lokasi: Chinese Town Hall, Pulau Pinang Penceramah: 1. YB DS Anwar Ibrahim 2. YB Dato' Mansor othman 3. YB DS Chua Jui Meng 4. YB Tian Chua 5. YBhg Dr Tan Kee Kwong Program 5 9.00 – 12.00 mlm – Ceramah dan Konsert Otai Bersama Ust Haslin Bollywood Lokasi: Dewan Mellinium, Kepala Batas Program 6 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah – Ubah Sekarang / Selamatkan Malaysia Lokasi: Galeri Perdana Tok Kun, Bukit Mertajam Penceramah: 1. YB DS Anwar Ibrahim 2. YB Dato' Mansor Othman 3. YB Tian Chua 4. YBhg DS Chua Jui Meng 5. Ketua Srikandi - Siti Aisyah Shaik Ismail Mai..jangan tak mai... Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone |
PM Melayu kena tipu...oh ye ke...tak pe...melayu sabanr.. Posted: 03 Mar 2011 04:19 PM PST Sebahagian besar daripada anggota jemaah menteri, termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang 'ditipu' oleh dua rakan mereka berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang masih berkuasa, kata presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail. Sehubungan itu, beliau meminta rakyat di negara ini supaya bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan tersebut. "Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan. Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini. Merujuk keputusan kerajaan mengheret bekas menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy ke Mahkamah Sesyen Putrajaya pada 28 Februari lalu, atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung PKFZ, Wan Azizah berkata perkembagan itu menimbulkan pelbagai persoalan. "Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini. "Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada perdana menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir. Kebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan timbalannya hari ini. Menurutnya, pemimpin kerajaan berkenaan telah dengan cuai meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ pada harga yang jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran. Selain Chan, pada 29 Julai tahun lalu, bekas presiden MCA yang juga bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik pula didakwa memperdayakan jemaah menteri bagi meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ. "Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera. "Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal," katanya Justeru, Wan Azizah berkata janji Pakatan Rakyat kepada rakyat negara ini adalah bagi menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik. "Pilihan raya umum ke-13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir," katanya. Sharpshooter - Tanah rezab melayu dijual oleh pemimpin melayu umno....oh ye ke....tak pe melayu sabar... Pemimpin melayu umno serah Singapura pada Cina..oh ye ke...tak pe melayu sabar... Pemimpin melayu umno serah dua telaga minyak blok L dan M pada Brunei..oh ye ke..tak pe melayu sabar.. Pemimpin melayu serah pula tanah dan stesen keretapi kepada singapura...oh ye ke....tak pe melayu sabar... Tahun 2004, kerusi melayu umno lebih banyak dari kerusi cina Gerakan di P.Pinang tetapi pemimpin melayu umno bagi cina gerakan jadi Ketua Menteri...oh ye ke....tak pe..melayu sabar... Pemimpin melayu umno serah gunung kepada taukeh judi cina....oh ye ke...tak pe...melayu sabar... Pemimpin umno tarik biasiswa ganti pinjaman PTPTN yang membebankan pelajar...oh ye ke..tak pe....melayu sabar.... Pemimpin umno naikkan harga petrol....opps salah...bukan naik harga tapi penyelarasan harga..oh ye ke...tak pe..melayu sabar... Akibatnya harga barang naik....BN Barang Naik...oh ye ke...Bila Naik?...Baru Naik..Berapa Naik?..Banyak Naik...oh ye ke..tak pe...melayu sabar.... Perdana Menteri melayu umno kena tipu dengan menteri cina...oh ye ke...tak pe..melayu sabar... Depa kata DAP dok tipu melayu...oh ye ke....tak pe...melayu sabar.... Itulah kelebihan melayu....memang saaaaaaaaabaaaarrrr......Hidup Melayu....hehehehe.. Sebenarnya tidak ada bangsa Melayu yang mulia kerana keturunannya Melayu disisi Allah.... Sebenarnya tidak ada bangsa Cina yang mulia kerana keturunannya Cina disisi Allah.... Sebenarnya tidak ada bangsa India yang mulia kerana keturunannya India disisi Allah.... Sebenarnya tidak ada bangsa Arab yang mulia kerana keturunannya Arab disisi Allah... Sebenarnya yang mulia disisi Allah bukan kerana bangsa atau keturunan tetapi kerana ketaqwaannya kepada Allah... Berubahlah...janganlah dari dulu kini dan selamanya masih berjuang kerana bangga dengan bangsa dan keturunan Melayu....apalah ertinya kita bangga dengan bangsa dan keturunan kita Melayu yang mengaku Islam tetapi dalam masa yang sama kita ingkar dengan hukum Allah.... * KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT * Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai... Amizudin Ahmat (Din Binjai) http://sharpshooterblogger.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from SharpShooter To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan