Selasa, 1 Mac 2011

SharpShooter

SharpShooter


Guan Eng sengaja bagi umno marah lagi...

Posted: 01 Mar 2011 02:56 AM PST

PULAU PINANG 1 MAC : Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyediakan khidmat bas percuma kepada semua kakitangan kilang berkuatkuasa hari ini.

Ia ditawarkan menerusi program letak dan naik bas di bawah sistem bas ekpress transit Jambatan Pulau Pinang atau BEST.

Perkhidmatan itu disediakan kepada sektor perkilangan yang memandu kereta sendiri.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata langkah itu diambil bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas ketika waktu puncak di atas Jambatan Pulau Pinang dalam masa sama ia mengurangkan beban kewangan dikalangan pekerja.

Perkhidmatan tersebut ditawarkan lima hari seminggu menerusi dua sesi iaitu pada 6 pagi hingga 9 pagi dan 4 petang hingga 7 petang.

Sebanyak 16 buah bas dan 600 petak tempat letak kereta dengan cas seringgit disediakan. Lim Guan Eng ditemui selepas majlis pelancaran BEST di Seberang Jaya.

Sharpshooter - Guan Eng sengaja bagi umno marah lagi....selepas ini mungkin umno dan perkasam akan berdemo pula jangan naik bas percuma di P.Pinang sebab Guan Eng tu cina...

Rakyat juga ternanti-nanti demo raksaksa umno dan perkasam tentang isu cina tipu melayu dalam skandal PKFZ...takkan umno dan perkasam atau perkosa nak biaq saja kot isu 2 orang cina, satu cina tipu satu kabinet kayu 1 Malaysia dan satu lagi cina tipu pak lah sedang tidur....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Chegubard puji isteri Che Det.

Posted: 01 Mar 2011 02:41 AM PST



Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, yakin bahawa terdapat persamaan yang jelas di atara Malaysia dengan negara Timur Tengah, Tunisia dan Mesir.

Menurut beliau, karektor isteri perdana menteri Malaysia, Rosmah Mansor yang mahu berperanan dalam tampuk pemerintahan, tidak ada bezanya dengan isteri Ben Ali dan Hosni Mubarak.

" Mereka ada Leila, kita ada Rosmah yang saling tak tumpah, sama dari segi pembaziran dan kesombongannya. Mereka juga menghina ulama di Tunisia, Ben Ali menyebut dengan jelas, dalam bulan puasa, siapa yang berpuasa akan mengganggu produktiviti negara.

" Sama juga di Malaysia, perdana menteri pernah menyebut untuk memotong peruntukan sekolah agama rakyat kerana kononnya tidak melahirkan anak Malaysia yang berdaya saing dari segi sains dan teknologi. Kononnya belajar agama ini ketinggalan zaman,"kata Chegurbard kepada Tv Selangor.

Malah menurut Chegubard, jika dibandingkan dengan Leila Trabelsi dengan Rosmah, isteri perdana menteri Malaysia itu katanya jauh lebih teruk.

"Kalau nak dibezakan Rosmah dan Leila, Rosmah jauh lebih teruk daripada Leila.

"Saya rasa (Rosmah) lebih daripada itu, sebab Leila tak ada pejabat di dalam pejabat presiden. Tetapi Rosmah Mansor ada pejabat di Jabatan Perdana Menteri dan ada bajet khusus kepada beliau untuk dibazirkan bagi memenuhi kehendak dia. Pergi ke luar negara, membazir dan duduk di sebuah hotel satu malam RM100 ribu, dia tak boleh jawab. Balik baik guna nama tuhan, biar Allah tentukan. Ini salah guna agama,"katanya.

Chegubard menambah, melalui Solidariti Anak Muda Malaysia atau SAMM, beliau akan terus menyuntik kesedaran rakyat Malaysia terhadap perkara ini.

"Rakyat wajib membuka mata tentang perkara ini. Ini kerana Rosmah sudah melampau sehingga boleh wakil negara bincang bagi pihak negara, Rosmah terlibat dalam pembelian senjata, Rosmah segala-galanya. Ini bukan setakat merisikokan ekonomi negara tetapi keselamatan dan keadaan hubungan dua hala Malaysia dan negara luar.

"Kita dari dulu pernah ada, Tun Rahah, Tun Siti Hasmah, mereka juga isteri PM, berada di sisi PM, tetapi rakyat, pembangkang tidak menyerang mereka kerana mereka menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Tetapi Rosmah sudah melampau sangat dengan membazirkan wang negara dan meletakkan negara dalam keadaan risiko,"tambahnya lagi.

Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia mempunyai persamaan dengan negara Tunisia mahupun Mesir sehingga menyumbang kepada kebangkitan rakyat di negara itu.

Persamaan yang dimaksudkan beliau ialah pentadbiran negara yang dikuasai oleh isteri-isteri pemerintah.

Keadaan yang sama kata Anwar turut berlaku di Mesir apabila isteri Hosni Mubarak, Suzanne juga turut mempunyai tabiat seperti Leila.

Suzanne katanya hanyalah seorang juru solek, namun apabila dia berkahwin dengan Hosni Mubarak, dia mengumpul harta dan kekayaan untuk anak-anak dan keluarganya.

Kekayaan yang dimiliki adalah hasil 'rompakan' wang rakyat.

Selepas kedua-dua pemerintah negara tersebut digulingkan, mereka kemudiannya bersama isteri dan anak-anak membawa keluar wang puluhan bilion US Dolar hasil
'rompakan' mereka.

Lantaran tidak tahan dengan pemerintahan diktator kedua-dua pemimpin yang sewenangnya memenuhkan kantung sendiri, akhirnya rakyat bangkit menentang pemimpin zalim itu.

Sharpshooter - TV Selangor...Chegubard bukan lagi Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Misteri Lelaki "Y" mungkin akan didedah esok..jen jen jeng...

Posted: 01 Mar 2011 01:54 AM PST

TMI - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menarik esok dengan pihak pendakwaan mahu membawa saksi baru, sekali gus mewujudkan kaitan antara koleksi bukti sampel kes kali ini.

Profil DNA setakat ini diperoleh daripada tuala, berus gigi dan botol air mineral.

Dalam keterangannya minggu lalu, ahli kimia Nor Aidora Saedon, yang merupakan saksi pasukan pendakwaan berkata, penemuan graf menunjukkan adanya dua profil DNA pada sampel bukti iaitu "Lelaki Y" dan profil DNA yang tidak diketahui.

Pada 23 Februari lalu, beliau memberitahu bahawa profil-profil DNA yang ditemui pada barangan itu secocok dengan "Lelaki Y" tidak dikenali, yang air maninya ditemui pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mengadu dia diliwat oleh bekas majikannya Anwar.

Pasukan pendakwaan diketuai Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden belum lagi mengaitkan Anwar dalam mana-mana profil DNA yang ditemui pada Saiful.

"Esok, kami akan memanggil set bukti yang baru, (berkaitan) dengan koleksi sampel yang dikemukakan.

"Ini tertakluk kepada bantahan (jika) dikemukakan oleh (pasukan) pembela," kata Yusof kepada Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah.

Pendakwa raya kanan ini juga menjangkakan akan ada "asas" bagi bantahan oleh pihak pembela dalam perbicaraan esok.

Peguam-peguam Anwar membayangkan mereka kemungkinan memohon untuk mengemukakan penghujahan atau mengemukakan bantahan, bergantung pada siapa yang pasukan pendakwaan hendak bawa bagi memberi keterangan dan bagaimana kaitan akan diwujudkan.

"Ya, akan ada kemungkinan tinggi diadakan perbicaraan dalam perbicaraan... tetapi di peringkat sekarang terlalu awal. Kita kena tunggu apa yang akan berlaku esok, dan kita bergerak dari sana," kata peguam pembela Sankara Nair kepada pemberita.

Perbicaraan akan disambung esok.

Sharpshooter - Dr Seah pernah berkata beliau berjaya mengesan dua tompokan mani di bahagian depan dan juga di bahagian bawah seluar dalam Saiful.

Doktor itu juga menjumpai dua kesan tompokan mani pada seluar hitam yang digunakan oleh Saiful. Tompokan itu dikesan berhampiran kawasan zip depan.

Dalam satu keterangannya, Dr Seah memberi makluman dalam borang tersebut Saiful hanya terlibat dalam 'cubaan liwat' dan 'cubaan seks oral'.

Sedangkan, Doktor Hospital Kuala Lumpur Dr Khairul Nizam Hassan sebelum ini memberitahu mahkamah bahawa Saiful mendakwa telah diliwat dan diminta melakukan seks oral.

Inilah Raja Lawak 2011.....

Siapa misteri lelaki Y? yang pasti bukan rosmah punya....

Mengapa air mani boleh ada di depan bukan di belakang Sialfool? Siapa liwat siapa? telah diliwat atau cubaan liwat? Yang mana satu betul ni....

Siapa misteri lelaki Y? yang pasti bukan sharizat jalil punya.....

Siapa misteri lelaki Y? adakah ia kepunyaan pak menteri anak yateem atau najib punya....

Siapa misteri lelaki Y? kita dah lama jangka...



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Siapa tipu dan siapa tertipu sebenarnya

Posted: 28 Feb 2011 05:51 PM PST


Mantan menteri pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya hari ini dengan pertuduhan menipu bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berhubung skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

NONEBeliau dituduh mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga lebih lima tahun dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman membenarkan Chan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 31 Mac untuk sebutan semula kes.

Chan yang berada di luar negara pulang beberapa hari lalu selepas diminta oleh pihak berkuasa.

Beliau yang juga bekas timbalan presiden MCA dibawa ke perkarangan mahkamah pada jam 2 petang tadi dengan kawalan polis. Beliau diiringi oleh isteri dan anak perempuannya.

Dengan memaki seluar kelabu dan baju putih, beliau kelihatan tenang.

"Saya terkejut kerana didakwa tetapi saya yakin dengan sistem perundangan negara dan ini beri peluang bagi saya membersihkan nama," kata Chan ketika ditemui wartawan selepas membayar wang ikat jaminnya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

NONEChan adalah VVIP kedua yang didakwa berhubung skandal PKFZ yang kosnya dikatakan naik mendadak dan menurut laporan audit mungkin akan menyebabkan negara kehilangan RM12.5 bilion.

Pada 29 Julai tahun lalu, bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa atas tuduhan menipu kabinet untuk mempersetujui pembelian tanah pada harga yang lebih tinggi.

Empat yang lain, termasuk bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, OC Phang, juga didakwa berhubung pelabagai kesalahan berhubung pembabitan mereka dalam projek berkenaan

Sharpshooter - Siapa tipu siapa sebenarnya? Siapa yang tertipu sebenarnya?

Ling Liong Sik didakwa menipu kabinet Malaysia manakala Chan Kong Choy didakwa kerana menipu Pak Lah. Benarkah sang penipu menipu sang penipu atau sang penipu cina menipu sang penipu Melayu?

Atau adakah sebenarnya yang tertipu adalah rakyat Malaysia yang sedang melihat lakonan sang penipu cina dan sang penipu melayu sedang berlakon bagaimana nak tipu dan tipu dan tipu dan tipu dan tipu dan tipu dan tipu dan tipu dan tipu rakyat Malaysia yang mudah tertipu....."Tipah tertipu lagi.."



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

dulu, kini dan selamanya.....

Posted: 28 Feb 2011 05:40 PM PST

Exco kanan kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa mengemukakan tiga dalil bagi membuktikan dakwaannya bahawa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad "pengkhianat Melayu".

Menurutnya, beliau sudah lama berpandangan sedemikian. Antara buktinya itu, termasuk pendaratan minyak dan gas ke Songkla dilakukan "secara sengaja dan terancang" bagi menafikan hak Kelantan yang majoriti penduduk Melayu mendapat apa sahaja peluang faedah berkenaan.

"Bila hak Kelantan ternafi sampai kini, hak rakyat Kelantan juga ternafi dan dikhianati. 95 peratus penduduk Kelantan adalah Melayu. Maknanya Tun M mengkhianati Melayu, Melayu Kelantan secara khusus," tulis Husam di blognya.

"Kawasan JDA (perdaratan minyak dan gas) hanyalah 150 km dari pantai Kelantan berbanding 270 km ke Songkla.

"Dari Songkla, terpaksa dibina saluran paip gas daratan sejauh 180 km lagi untuk gas tersebut dibawa semula ke Malaysia melalui Kedah untuk mengelakkan Kelantan tersentuh!" kata Husam.

pas muktamar 55 husam musa 050609Husam yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan berkata susulan itu, hak royalti Kelantan dan faedah industri hiliran turut dinafikan walaupun telaga itu paling hampir dengan Kelantan berbanding semua tempat lain sama ada di Malaysia atau Thailand.

"Namun sedikit pun faedahnya tidak dapat dikecapi oleh rakyat Kelantan, baik Melayu, Cina, India dan Orang Asli. Ia adalah program politik untuk memencilkan Kelantan.

"Secara automatik Melayu Kelantan juga terpencil. Sebagai anak Kelantan, saya merasai bagaimana hak kami dinafikan. Dan saya adalah Melayu," coretnya lagi.

Ahli jawatankuasa PAS pusat itu juga mendakwa "lebih jelas lagi pengkhianatan" Dr Mahathir apabila beliau membatalkan pemberian royalti kepada kerajaan Terengganu yang diberikan selama 22 tahun selepas negeri itu terlepas daripada BN.

"95 peratus rakyat Terengganu adalah Melayu. Sekali lagi Tun M lupa kepentingan Melayu demi kepentingan kepartian Umno semata-mata. Melayu Terengganu juga dikhianati.

mahathir and malay people"Tun M sanggup membatalkan apa yang telah menjadi amalan selama ini demi kerana politik.

"Orang seperti ini meletakkan politik parti mengatasi segala-galanya dan soal Melayu dengan sendirinya adalah lebih kecil dari kepentingan politik," katanya.

Dalam tulisan itu juga, Husam berkata pilihan raya 1999 menyaksikan perubahan sokongan pengundi Melayu terhadap Umno berikutan isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri sehingga menyebabkan kuasa Umno tergugat.

"Pengundi bukan Melayu memilih untuk bersama BN pada waktu itu. Apa yang dilakukan oleh Tun M?

"(Beliau) mengubah sempadan pilihanraya dengan memasukkan kawasan pengundi bukan Melayu ke dalam DUN atau Parlimen majoriti pengundi Melayu di seluruh negara supaya peratusan pengundi Melayu mengecil untuk menjamin kemenangan Umno/BN," katanya.

azlanDengan nada sinis, Husam yang juga ADUN Salor mempersoal angkara siapa yang menyebabkan hari ini pemimpin Umno melaungkan 'ketuanan Melayu' terancam.

Sehubungan itu, beliau menyatakan kesediaannya untuk berdebat dalam diskusi ilmiah dengan bekas presiden Umno itu mengenai isu pengkhianatan Melayu oleh Umno

"Sementara itu, siapa sahaja yang mempunyai pandangan terhadap bagaimana Umno mengkhianati Melayu selama ini boleh berkongsi mengenainya dalam FB '54 tahun Umno Khianati Melayu'" katanya.

Sharpshooter - sejak bila? dulu kini dan selamanya....

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Tiada ulasan: