shalehudin |
- Sahih Umno ketaq lutut nih... hihi...
- Memang terkejut berita nih... kahkahkah...
- Jerat makan tuan
- Video: Ini bukan negara bapak dia...
| Sahih Umno ketaq lutut nih... hihi... Posted: 29 Mar 2011 08:10 AM PDT Anwar: Hidup mati saya di tangan Allah, bukan Umno-BN Oleh Syed Mu'az Syed Putra ![]() Anwar Ibrahim berucap pada program Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati, Shah Alam, 28 Mac, 2011. — Foto oleh Choo Choy May SHAH ALAM, 29 Mac — Di sebalik serangan moral yang ketiga sejak 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pendedahan dibuat "Datuk T" minggu lalu tidak akan sesekali "membunuh" karier politik beliau. Sebaliknya, tegas Ketua Umum Pakatan Rakyat itu, hidup dan mati beliau bukan terletak di tangan Umno-Barisan Nasional (BN) tetapi Allah s.w.t. "Kalau nak mati, saya mati... bukan mati karier politik. "Hidup mati saya di tangan Allah bukan Umno-BN . . . belum tentu Umno-BN mampu bertahan tanpa rakyat Malaysia," katanya pada program solat hajat dan Pidato Khas Menangkis Fitnah Jahat di Stadium Melawati di sini malam tadi. Anwar telah menafikan dakwaan terbaru ini dan membuat laporan polis Selasa lalu. Menurut Ketua Pembangkang ini, tuduhan fitnah terbaru terhadap diri beliau tidak melemahkan semangatnya untuk terus berjuang sehingga berjaya merampas Putrajaya daripada BN. "Ujian ini tidak melemahkan semangat saya," kata Ahli Parlimen Permatang Pauh ini yang dikenakan tuduhan liwat dan salah guna kuasa akhir 1990-an dan kes liwat kedua pada 2008. Pada September 1998, Anwar dipecat sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno. Beliau dibebaskan dari penjara akhir 2004 dan menjadi pengikat PKR-PAS-DAP sehingga Pakatan Rakyat dibentuk tiga tahun lalu. Anwar berkata, "isunya sekarang adalah kerana Pakatan Rakyat nak ambil pemerintahan negara." "Jadi apa yang berlaku ini adalah Umno-BN sanggup lakukan apa sahaja, cara yang mungkin mereka jangka akan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat, tetapi rakyat yang mahu menuntut Putrajaya," katanya lagi. "Kita yakin kita akan berbicara soal Buku Jingga (Pakatan Rakyat)bukan soal fitnah... bukan lubang . . . bukan najis dan bukan air mani," kata beliau di hadapan lebih 5,000 orang. Turut hadir Presiden PAS Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Awal minggu lalu negara dikejutkan dengan tindakan "Datuk T" mendedahkan rakaman video seks melibatkan seorang didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat dengan pelacur dari China. Tiga "Datuk T" yang dimaksudkan ialah bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Lazim. Berikutan pendedahan itu, ketiga-tiga individu terbabit telah disoal siasat polis Bukit Aman dan menyerahkan pita video dan seutas jam tangan jenama Omega sebagai bahan bukti. Anwar yang juga Ketua Umum PKR juga menyifatkan Abdul Rahim sebagai "jaguh baru" yang dipilih Umno-BN untuk menjatuhkan maruah dan imejnya. "Dia (Abdul Rahim) jaguh baru . . . tokoh akhlak baru yang ditonjolkan Najib dan (Datin Seri) Rosmah (Mansor)... tokoh moral baru iaitu Rahim Thamby Chik. "Orang Umno kalau membunuh, tiada tindakan, rogol tutup kes, rasuah tutup kes... jadi saya minta kezaliman ini dihentikan," katanya. Beliau juga berkata pendedahan rakaman video seks itu dibuat dengan tujuan untuk memecahbelahkan keluarganya. Dalam ucapannya itu, Anwar meminta agar barisan kepimpinan dan jentera Pakatan Rakyat tidak memberikan tumpuan terhadap rakaman video seks itu, sebaliknya fokus kepada pilihan raya negeri Sarawak bulan depan. Sementara itu, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata peristiwa pendedahan itu yang dibuat Datuk T adalah satu perkara yang "menjijikkan". "Sejak satu minggu (lalu) di televisyen, radio dan surat khabar, adalah satu peristwa yang jijik, bagaimana kalau fokus sasaran peristiwa jijik di Carcosa Seri Negara ini adalah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, mungkinkah peristiwa itu boleh berlaku? Sudah tentu tidak. "Skuad khas akan sampai dan tidak akan benarkan rakaman tersebut ditonton, ini menunjukkan 'double standard' seolah-olah ia adalah satu komplot politik," katanya. Ahli Parlimen Ipoh Timur juga mempersoalkan hasil siasatan polis yang sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan dibuat walaupun "Datuk T" telah mengakui terlibat dengan pendedahan tersebut. "Ada kesalahan dan jenayah tapi adakah tangkapan dibuat? Adakah mereka diheret ke mahkamah? Adakah kita akan percaya satu siasatan yang adil akan dibuat," katanya. Lim turut mencadangkan agar satu persidangan meja bulat diadakan bagi mencari jalan penyelesaian menghentikan politik "kotor dan jijik". "Kita perlu adakan mesyuarat meja bulat, panggil pemimpin BN, pemimpin Pakatan Rakyat, NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dan persatuan agama untuk kita menamatkan politik kotor dan jijik ini dan langkah pertama yang perlu kita lakukan adalah menangkap Datuk T ini," tegasnya.-TMI |
| Memang terkejut berita nih... kahkahkah... Posted: 29 Mar 2011 05:00 AM PDT Kejutan Petang Eskay Rupanya Tukang Urut Mahathir! SEMASA saya berada di Kuching Sarawak lagi kawan ini mencari saya. Katanya ada perkara penting. Saya kata bagi tahulah, tak boleh katanya, sebab melalui telefon. Nanti orang tape susah nanti. Dari gambaran percakapan kawan ini saya sudah mengagak apa yang hendak diceritakan ada kena mengena dengan kes video lucah yang panas waktu itu. Jam 6.00 petang semalam kami berjumpa untuk sama-sama ke stadium Melawati Shah Alam Selangor, untuk solat hajat. Saya lebih kepada untukcover majlis berkenaan, nak lihat perkembangan terbaru dan reaksi orang ramai ekoran pendedahan video lucah itu. Apa lagi katanya pada malam Sabtu lalu ketika Anwar Ibrahim mengadakan ceramah di Melawati polis sudah mula tunjuk taring. Orang ramai juga sudah mula tunjuk kuku. Nampak polis dengan orang ramai nak bertempur sekali lagi. Pertempuran polis dengan orang ramai ini nampaknya akan berlaku di setiap era perdana menteri, Tahun 1998 dulu di era Mahathir, membawa ke era Abdullah Badawi pada tahun 2004 kemudian membawa pula kepada era Najib Razak. Apapun era Mahathir jadi PM polis nampak lancang dan kejam. Kejam tidak kejam, sampai ketua polis bertukar menjadi serigala memukul muka Anwar hingga lebam teberam. Sampai kena tubuh suruhanjaya di raja la. Di zaman Abdullah polis tidaklah sekejam itu. Rupanya perangai polis ini ikut perangai siapa jadi PM. Bagaimana di zaman Najib? Itulah yang mengajak saya ke stadium Melawati semalam. Saya ingat episod yang terlepas dipandang mata saya di Melawati yang jaraknya tidak sampai 3 km dari rumah saya tak sempat tonton kerana saya di Kuching, akan bersambung di Shah Alam. Benar seperti saya kata, kawan ini nak bercerita mengenai video lucah. Mengenai identiti dan latar belakang salah seorang yang menjadi penunjangnya, yang bernama Shazryl Eskay atau Datuk T. Menurut kawan ini dia kenal benar dengan Shazryl seorang ini. Dia bukan sembarangan orang. Dia bukan Melayu jati dan bukan juga mamak jati. Bukan juga Siam jati. Katanya, ayah Shazryl ini adalah seorang India yang berasal dari Sarawak. Manakala emaknya pula berbangsa Siam berasal dari Kedah. Ertinya di dalam tubuhnya tidak ada setitik pun darah Melayu, macam Mahathirlah. Wah betullah apa yang dicerita oleh Johari Abdul di stadium Shah Alam malam tadi. Ketika Johari Abdul bercerita saya tersenyum sahaja. Tetapi cerita Johari itu tidak panjang dan sampai kepada 'potet' (mauduk) sebenarnya. Apa diceritakan Johari si anak keling + siam ini hanya ada syarikat di Langkawi Kedah, setakat itu saja. Adapun menurut kawan ini dia kenal anak keling + siam ini semasa dia berada di Okhlahama, Amerika Syarikat. Ketika itu dia menjadi fisiotrapi atau dalam bahasa orang kampung tukang urut kepada atlit Malaysia. Sama sajalah dengan tukang urut barang di Chow Kit atau pun Puduraya. Itu saja tugasnya. Tugasnya ialah mengurus atlit Malaysia. Kata kawan itu dia juga pernah mengurut dengan anak keling + siam ini dan memang berbaloi. "dia memang sesuai untuk mengurut orang besar," begitulah cerita kawan ini. Kehebatan dia ini pandai mengurut barang diketahui oleh menteri sukan yang ketika itu Abdul Ghani Othman, MB Johor kini. Ghani merekmen kepada Mahathir untuk merasai penangan anak keling + siam ini. Entah macam mana Mahathir jadi minat dan menyuruh Ghani mengambil orang ini untuk menjadi tukang urut negara - urut atlit. Hasrat Mahathir itu dipersoalkan oleh beberapa pegawai di Majlis Sukan Negara. Timbul perbalahan kerana untuk mengambil orang ini menjadi tukang urut negara tidak boleh sebab dia tidak ada kelulusan setaraf dengannya untuk menjalankan tugasnya. Apa lagi tugasnya bukan saja menjadi tukang urut tetapi dia juga akan jadi tukang bancuh ubat kepada atlet. Tetapi kerana ia diatas kehendak Mahathir syarat itu dilanggar maka jadilah orang ini sebagai tukang urut negara. Ertinya Mahathir sedia melanggar syarat kerana mahukan orang yang separuh berketurunan dengannya ini. Kisah ini juga ada dalam pengetahuan Ismail Said, bekas setiausaha parlimen menteri belia sukan. Dia boleh menceritakan bagaimana pertikaian untuk melantik orang ini sebagai pegawai perubatan alias tukang urut negara. Mahathir ada tujuan lain di sebalik itu, dia mahu jadikan Eskay ini sebagai tukang urutnya. Cerita kawan itu di sinilah Mahathir berhubung dengan SK. Mahathir juga bermurah hati telah melantik Eskay menjadi setiausaha perdagangan Malaysia di Thailand. Apakah anologi dan moral di sebalik cerita berkenaan? Dua daripada orang yang terlibat dengan pembikinan video lucah itu adalah kenalan rapat dan kepercayaan Mahathir. Rahim Tamby Chik adalah rapat dengan Mahathir orang yang mendapat blessing daripada didakwa atas tuduhan rasuah. Rujuk kepada pendedahan Lim Kit Siang dan Anwar malam tadi. Eskay pula sebagai tukang urut orang yang mungkin dapat jamah senjata politik paling sulit Mahathir. Mungkin Eskay tahu saiz dan kepanjangannya sekali. Cuma kalau tidak rapat dengan Mahathir ialah si Shuib Lazim. Ini pun tidak kisah kerana Shuib adalah proxy dalam kepentingan tertentu Mahathir dan juga Daim. Kalau begitu maka makin jelaslah apa yang sudah mulai menjadi clear. Walahualam. [wm.kl.7:10 pm 29/03/11] |
| Posted: 29 Mar 2011 04:40 AM PDT Ramai yang terkejut dengan isu seks membabitkan pemimpin pembangkang negara ini yang telah didedahkan oleh trio Datuk T tu. Tapi sebenarnya lebih ramai lagi yang tak terkejut langsung... haha... Dalam teka meneka siapa pemimpin yang dimaksudkan dalam video tersebut, tiba-tiba secara berani tak bertempat si Rahim Thamby Chik dan si Eskay memberi kenyataan kepada polis Bukit Aman dan juga menyerahkan rakaman video seks dan jam tangan yang didakwa milik lelaki yang beraksi dengan seorang pelacur dalam video berkenaan. Ramai yang anggap pendedahan ini hanya satu kebiasaan dalam politik ala Malaysia ni, kerana itulah lazim yang akan terjadi menjelang pilihan raya. Apatah lagi pendedahan ini kebetulannya pulak terjadi pada hari pembubaran DUN negeri Sarawak dan pilihanraya di Sarawak ini pulak agak menggugat BN. Jadi, imej pembangkang perlu dirosakkan demi mencapai kemenangan BN. Tetapi apabila pendedahan ini melibatkan orang yang ada kepentingan tertentu dengan pemimpin pembangkang itu, isu ini boleh menjadi sebaliknya dan merosakkan nama BN pula. Malah hingga kini, sudah ada blogger blogger totok BN yang terkenal dengan karat biru mereka pun sudah mula goyah dan amat malu untuk turut menyokong satu lagi konspirasi dari golongan bebal yang majoriti menguasai persada Umno dewasa ini... |
| Video: Ini bukan negara bapak dia... Posted: 28 Mar 2011 05:00 PM PDT |
| You are subscribed to email updates from shalehudin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan