Jumaat, 25 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Anwar dipenjara sebelum kepenjara

Posted: 25 Mar 2011 11:16 AM PDT

Ni apa hal yang riuh rendah nih, apa yang lu orang takut sangat dengan si Anwar Ibrahim nih. Woiii... dia ceramah la berapa lama pun, takkan masuk TV3 punya. Dia ceramah la 2 hari 2 malam pun takkan masuk Utusan Meloya punya. Korang jangan bimbang la, rakyat yang bodoh takkan sokong Anwar punya... kahkahkah...

Ini yang buat gua panas ni, kes terbaru gua dengar Anwar telah dilarang berceramah lebih dari 15 minit tapi dalam 12 minit saja pentasnya dah diserbu polis atas arahan pihak atasan.

Siapa pihak atasan tu haaa?

Lebih panas lagi, Anwar saja yang korang nampak salah. Anwar tu ketua pembangkang negara bro... si Ummi Hafilda pulak hanya tukang cuci jamban rumah si Sayfool saja, tapi boleh berceramah dan diusung merata negara tanpa diganggu gugat oleh SB dan FRU....

Ceramah menangkis fitnah Umno / BN terhadap Anwar yang diadakan di pusat khidmat rakyat, parlimen Gombak, Taman Melawati mendapat beberapa ganguan sejak awal ceramah lagi. Pihak polis dan FRU dah siap berkampung kat lokasi ceramah. Mereka cuba nak menhalang ceramah dengan memberikan beberapa alasan.

Namun setelah berunding dan bertekak sikit sebanyak, akhirnya ceramah boleh diteruskan walaupun pihak polis dan FRU masih berjaga di kawasan ceramah. Polis dan FRU tetiba menghentikan ceramah Anwar atas alasan yang tidak diketahui. Penonton panas, gua yang dengar dari jauh ni pun panas.... apahal nya beb, demokrasi taik kucing luu...

Ada AMK yang ditahan atas sebab mengangu tugas polis. Woiiit... padahal polis yg gangu ceramah, Hishamuddin tak paham ka sapa ganggu sapa dalam hal nih... Ketika Anwar dipaksa secara kasar untuk turun pentas, jam belum 12 tengah malam kabarnya, masih ada setengah jam lagi. So tak pastilah sebab sebenar kenapa ceramah dihentikan tiba.... mungkin ada dari lu orang yang sakit hati kut... kahkahkah...

Sah, tugas Polis dan FRU dibawah Umno adalah menghalang ceramah Pakatan Rakyat daripada tangkap penjenayah. Insyallah, anak muda yang celik akan merubah lanskap politik tanah air kita.

Jerat makan tuan

Posted: 25 Mar 2011 09:00 AM PDT

Aku berpendapat bahawa tindakan keterlaluan Umno yang direalisasikan oleh Datuk T dengan pendedahan kononya video lucah Anwar tu dah makan diri Umno sendiri. Video lucah yang dihasilkan oleh Trio Umno itu nampaknya memberikan semangat baru kepada Anwar Ibrahim dan partinya, PKR untuk bangkit selepas tenggelam dengan pelbagai masalah dalaman sebelum ini dan bukannya meletakkan PKR dalam kehancuran seperti yang diharapkan Umno dengan fitnah terbaru ini.

Sejarah membuktikan, tekanan demi tekanan akan membuatkan seseorang itu akan menjadi alah bisa tegal biasa. Dan video ini juga telah berjaya menjadi faktro penyatu terbaru dengan mengumpulkan kembali sahabat-sahabat dan penyokong beliau walaupun sebelum ini dilihat ada yang cuba menjauhi beliau. Pendekata, projek Trio Umno ini telah 'backfire' kepada Umno dan memberikan sokongan moral yang kuat untuk Anwar dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat.

Ramai rakan lama Anwar telah mula mendekati Anwar yang kini telah difitnah dan dihina bertubi tubi tanpa ada pembelaan yang sewajarnya dari rakan rakan rapatnya sebelum ini. Mulai malam tadi, hampir 500 orang berkumpul dan berolat hajat di rumahnya dekat Segambut. Rakan lama beliau, Dr Siddiq Fadhil yang dilihat sudah lama menyepi memberikan tazkirah yang amat bermakna di majlis itu.

Cikgu Bard yang sebelum ini dilihat agak menjauhkan diri dari kelompok elit PKR telah membuat satu sidang media serta kenyataan khas mempertahankan Anwar selepas beliau cuba digunakan untuk menentang Anwar melalui video itu.

Mampuih la hangpa Umno oii lepas nih... haha...

Boleh la bro walaupun aku rasa terlambat sikit... LAWAN TETAP LAWAN...

Posted: 25 Mar 2011 08:00 AM PDT

Kahkahkah... iya ka... kahkahkah...

Posted: 25 Mar 2011 07:00 AM PDT

Bekas SB pun mengaku imej Polis merudum

Posted: 25 Mar 2011 06:00 AM PDT

Memang dinegara kita ni camni dah budaya dia, masa dok atas depa tak nampak apa yang dibawah tapi akan nampak banyak yang tak kena bila ada dibawah. Masa dalam kerajaan, tak nampak apa yang kerajaan buat tu salah, tapi akan jelas terpandang bila dah tak berjawatan.

Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch), Datuk Seri Yuen Yuet Leng menggesa pihak berkuasa supaya bertegas dengan semua ahli politik tanpa perlu bersikap diskriminasi. Bagi aku walaupun terlambat, aku terima gak la pasai memang ni budaya Malaysia, lambat nampak. Nafsu jadi lemah bila dok dalam perkhidmatan kerajaan... kahkahkah...

Menurut Yuen, polis tidak boleh dikawal oleh mana-mana parti politik kerana amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa itu meliputi segenap lapisan masyarakat, maka ia perlu dilaksanakan dengan adil dan telus.

Yuen berkata, secara teknikalnya, polis boleh menolak untuk bertindak atas kehendak parti politik yang memerintah.

"Kita boleh menangkap Perdana Menteri, tetapi ini memerlukan keberanian yang luar biasa untuk melakukannya," kata Yuen kepada akhbar The Sun selepas majlis pelancaran rancangan mini siri yang menceritakan kisah hidup beliau dalam "Suatu Ketika...Darah Di Bumi".

Yuen merupakan bekas Ketua Polis Perak dan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang menyertai pasukan polis walaupun tidak mempunyai lagi sijil kewarganegaraan ketika itu.

Dalam laporan itu juga, Yuen mengaku bahawa imej polis kini jatuh ke paras paling bawah sejak beberapa tahun lalu berikutan pelbagai persepsi negatif yang terpalit pada pihak berkuasa itu.

Mahathir sesak nafas, Najib tidur tak lena... kahkahkah...

Posted: 25 Mar 2011 05:00 AM PDT

Aku rasa pendedahan video seks yang dibuat oleh Umno melalui Datuk T ni tak menjadi la, kantoi habis. Malah sekaligus meletakkan Umno dalam keadaan tertekan sekarang ni. Mahathir pasti sesak nafas, buah fikirannya melalui buku nyanyuk memoirnya tak menjadi. Najib tidoq tak lena pasai Datuk T awai awai lagi dah kalah sebelum berjuang.

Kalah teruk la bila orang yang menyerupai Anwar sendiri berdiri disebalik video seks Anwar nih... kahkahkah... walaupun masih ada ustaz yang percaya 110% walaupun belum tengok... nampak sangat la kantoinya tuh...


Lagi satu terkantoi, gambar atas adalah nota tulisan tangan, didakwa ditulis oleh Shazryl Eskay, yang ditunjukkan oleh Mohamad Mahti kepada pemberita di Kuang, Rawang hari ini.

Mohammad Mahti adalah seorang bekas anggota polis berkata, Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada memberitahunya bahawa beliau akan menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada arena politik sebelum mempertontonkan satu rakaman video seks kepada media, Isnin lalu.

Baca sini selanjutnya.- TMI

Jijik dan jahat cuma kita jangan terpesong...

Posted: 25 Mar 2011 04:07 AM PDT

Iskk... kantoi lagi... II

Posted: 25 Mar 2011 03:56 AM PDT

Bekas' ahli konspirator video seks dedah tembelang Eskay

Mohamad - kenalan Eskay sejak 1996 dedah tembelang Eskay

SUNGAI BULOH: Seorang kenalan rapat Datuk Shazril Eskay Abdullah yang turut dipelawa sebagai sebahagian pasukan konspirator penayangan video seks di Hotel Carcosa Isnin lalu, hari ini mendedahkan bahawa Eskay memang berniat untuk menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui cara kotor.

Ia didedahkan Mohamad Mahti Abd Rahim, bekas pengawal peribadi kepada Tan Sri Megat Junid selama lebih 20 tahun, yang turut mengenali Esyak sejak 1996.

"Bagi saya, Datuk Eskay ini merupakan si Kitul. Dia ingin memporak-perandakan negara. Dia memberitahu saya yang dia memang mahu menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya ketika membuat pendedahan itu dibuat di sebuah premis di Sungai Buloh.

Beliau mengetahui penayangan video itu dan turut diajak bersama menyertai kumpulan berkenaan tetapi menolaknya.- Keadilandaily

Iskk... kantoi lagi...

Posted: 25 Mar 2011 03:00 AM PDT

Eskay minta saya dapatkan 'UTK', kata bekas pengawal peribadi Megat Junid
Oleh Shannon Teoh

RAWANG, 25 Mac — Seorang bekas anggota polis hari ini mendakwa Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah mendampinginya minggu lalu untuk mendapatkan beberapa bekas anggota unit tindakan khas (UTK) khusus untuk sesi tayangan rakaman video seks Isnin lalu, yang pendedahannya mendakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rakaman itu menunjukkan seorang lelaki mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing.

Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat sebagai pengawal peribadi Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub berkata, dia bertemu dengan ahli perniagaan itu minggu lalu.

"Beliau bertanya saya sama ada boleh membantu mendapatkan dua bekas anggota UTK. Apabila beliau berkata ia untuk menyerang Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya memberitahu beliau saya tidak mahu tahu apa-apa langsung," katanya.

Mohamad Mahti, yang pernah bekerja untuk bekas menteri itu selama 18 tahun menambah, dia tidak mahu terlibat dalam apa-apa masalah meskipun mengenali Shazryl (kiri) sejak 1980-an.

"Tetapi sekarang, dengan adanya semua dakwaan, saya merasakan saya perlu mendedahkan kebenaran. Datuk Eskay adalah Si Kitol," katanya.

Mohamad Mahti berkata Shazryl mengenali Anwar sejak Ketua Umum Pakatan Rakyat itu menjadi menteri kerajaan pusat pada 1990-an.

Katanya, Shazryl kemungkinan marah selepas Ketua Pembangkang itu tidak mahu memberikan keterangan dalam kes saman berkaitan komisen RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan bengkok menghubungkan Johor dan Singapura.

"Sama ada pita (rakaman) ini betul atau tidak, saya tidak tahu tetapi ia satu tindakan tidak bermoral," katanya lagi.

Mohamad Mahti berkata dia pertama kali bertemu dengan Shazryl ketika beliau berkhidmat sebagai pakar fisioterapi Persatuan Badminton Malaysia tahun 1990-an.

"Datuk Megat pernah mengalami masalah otot dan Shazryl disyorkan kepada saya, jadi saya perkenalkan kepada Datuk Megat," kata beliau.

"Tetapi apabila Datuk Megat berhadapan dengan barah dan malah ketika beliau meninggal dunia, Eskay tidak pernah melawat beliau langsung," katanya.

Kini katanya, Shazryl mengusahakan lima kilang baja di Thailand dan rapat dengan (Tan Sri) Abdul Rahim (Thamby Chik) sebab beliau merupakan Pengerusi RISDA manakala Shuib pula bapa mertua Menteri Luar Bandar dan Pembangunan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal.

Shafie juga merupakan naib presiden Umno.

"Beliau juga cuba rapat dengan Pengerusi Felcra Datuk Tajuddin Rahman agar dapat kontrak jual baja," katanya lagi.

"Eskay adalah pembohong. Apa saja dia kata adalah pembohongan," kata beliau kepada pemberita di ladang kambingnya di Kuang dekat sini hari ini.

"Saya akan membantu jika polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mahu menyoal siasat. Jika Eskay mahu menyaman saya, silakan. Saya tidak bimbang," katanya lagi.

Kena tangkap? Dak kot... kahkahkah...

Posted: 25 Mar 2011 02:58 AM PDT

Tetiba ja dengar kena tangkap, apa hal ni? Oooo... mesti orang kuat Umno yang kena tangkap ni kan. Kalau lain dari orang Umno, mesti ada gambar kena gari, bini meraung raung, keta peronda Polis eskot dari rumah... kahkahkah...

Ikut laporan Malaysiakini, dua lelaki telah ditahan polis berhubung siasatan video seks yang dikatakan membabitkan seorang lelaki yang mirip seorang ahli politik terkenal mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita.... yang kita baca belum tentu sama dengan apa yang sebenarnya terjadi, yang kita tahu belum tentu sama macam apa yang dilaporkan. Jangan pulak terkejut orang yang ditangkap itu sedang bersantai di bilik berhawa dingin, bukannya lokap busuk seperti yang dikenakan kat Anwar.... haha... double standard is norm in Malaysia standard.

Tak dengar pulak pun producer filem ni yang ditangkap sama, entah entah masih riang ria main jet ski di Langkawi... kahkahkah...

Aku cuma rasa pelik sikit pasai tak tahu bila ditangkap, bila kena tangkap... dakwaan apa, simpan ka, tengok atau dipertontonkan pada umum ka... apa tuduhan tak tau...

Berapa kena jamin, 2 juta ka sorang sorang... maklum la kan orang kaya, VVIP pulak tu... errrr... di mahkamah mana, langsung tak dak siapa yang tau... habis, kita kena percaya saja la apa yang polis kata sebab pakai mati berdiri la kita kalau nak tunggu gambar orang Umno kena tangkap. Orang orang Pakatan tu lain la sebab depa tu kena guna procedure tangkapan jenih lain... kahkahkah...

Korban bencana Jepun cecah 10,000

Posted: 25 Mar 2011 01:30 AM PDT

Angka terbaru korban bencana di Jepun cecah 10,000 orang

TOKYO: Polis Jepun hari ini mengeluarkan angka terbaru angka korban akibat gempa bumi dan tsunami dua minggu lalu kini mencecah 10,000 orang.

Jabatan Polis Jepun berkata, lebih 17,440 orang lagi mangsa masih dilaporkan hilang akibat bencana itu. - AP

Myanmar pulak...

Posted: 25 Mar 2011 12:00 AM PDT

25 maut gempa di Myanmar

YANGON: Sekurang-kurangnya 25 maut dan berpuluh lagi dilaporkan cedera akibat runtuhan bangunan selepas berlaku gempa bumi kuat berhampiran sempadan Myanmar-Thai, semalam.

Gegaran gempa berukuran 6.8 magnitud itu turut dirasai sejauh ke Bangkok yang terletak kira-kira 800 kilometer dari pusat gegaran, dan sehingga sebahagian Hanoi, di Vietnam dan China.

Pegawai Myanmar berkata, pihaknya yakin bencana itu mengakibatkan lebih ramai nyawa terkorban terutama di Bandar Tarlay, yang paling berdekatan dengan pusat gempa.

Mangsa yang disahkan mati setakat ini ialah 10 lelaki, seorang budak lelaki dan 13 wanita.

Selain itu, 20 orang dilaporkan cedera di Tarlay, di Daerah Tachileik dan pegawai berkata jalan utama ke bandar itu ditutup kerana rosak teruk akibat gempa. - AFP

Hebatnya Mahathir

Posted: 24 Mar 2011 10:50 PM PDT

Dia takkan berhenti menangis selagi Anwar dok senyum... kahkahkah...

Kita jangan terlepas pandang tentang kehebatan manusia yang mati mati mengaku Melayu yang bernama Mahathir ni. Mahathir memang hebat, kehebatannya dalam memutar kata kata dengan dibantu oleh jentera kempen dan media penjilat Umno telah mengangkat mantan mamak bendahara Umno ni ke tahap yang paling agung dalam sejarah Umno.

Mantan mamak yang hampir nyanyuk ni bertungkus lumus menulis sebuah buku yang bertajuk Doktor Dalam Rumah yang tak dak apa yang istimewa sangat pun tapi telah meletup letup dipasaran kerana diangkat oleh penjilat dan pak yet Umno. Dalam buku tersebut dia mencerita kisah Anwar yang telah dibekalkan perempuan untuk seks. Nampak macam dongeng lama yang dicerita semula untuk anak anak bangsa Umno saja, macam ngan tak dak kena mengena dengan suasana sekarang.

Tapi kita jangan mudah lupa, dendam Mahathir terhadap Anwar masih merah menyala. Apa yang ditulis kini cuba diterjemahkan sekarang kononnya susuk bernama Anwar ni benar benar seperti apa yang dicoretkan dalam memoir karut beliau. Disokong kuat pulak si pendedam dari Melaka... maka timbullah video seks Anwar yang dengan megahnya dipertontonkan pada pihak media dihotel mewah tanpa gangguan Polis.

Najib sudah ada Liwat II sebagai senjata utama. Liwat II sudah hampir ke penghujung dan semua tau episod terakhirnya, Anwar akan didiamkan dalam penjara. Isu seperti DNA pun sudah dapat diagak jalan ceritanya. Isu video seks ni dicipta hanyalah sampingan bagi mengiakan apa yang Mahathir kata. Malah pada kali ini lebih meriah pabila pelakun tambahan lain, seperti si alim Zul dari Kulim turut serta dengan stetmen 110% nya... haha... walaupun agak caca marba.

Kesudahannya Anwar akan kepenjara, demokrasi negara akan merana, keadilan hanya pada akhbar Utusan Malaysia, BN saja yang pandai berkuasa, dan banyak lagi kebobrokan yang meloyakan tekak dan menjadi bahan gelak dunia antarabangsa... melainkan rakyat Malaysia bangun menentang dengan menjatuhkan BN pada PRU yang akan datang...

LAWAN TETAP LAWAN...

Tahniah Datuk... haha...

Posted: 24 Mar 2011 08:35 PM PDT

Tahniah...Penyanyi terkenal Datuk Mohd Nasir Mohamed yang lebih dikenali M Nasir beramah mesra dengan komposer terkenal, Datuk Ramli Mohamed Salleh (kanan) selepas menerima Darjah Kebesaran Mahkota Pahang Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada Majlis Istiadat Pengurnian Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-80 Sultan Pahang di Istana Sultan Abu Bakar di Pekan, hari ini. - Foto Bernama

Tahniah sdr Anwar bin Ibrahim

Posted: 24 Mar 2011 08:30 PM PDT

Tahniah aku buat saudara Anwar bin Ibrahim.

Ini kerana, tanpa prejudis... Anwar sekali lagi membuktikan pada dunia bahawa beliau adalah politikus yang paling digeruni oleh lawan dan dihormati oleh kawan. Anwar telah berjaya menggerunkan musuh musuh politiknya sehinggakan segala kekuatan musuh digembelingkan semata mata untuk menjatuhkan Anwar dan karier politiknya di negara ini. Seluruh kekuatan musuh termasuklah kekuatan dalam memfitnah yang dikuatkan dengan wang ringgit untuk mengelabui ribuan orang semata mata untuk menghumban Anwar dari persada politik negara.

Tindakan tindakan paling hina yang sebelum ini begitu menghiris jiwa diri dan keluarganya telah dihumban semahunya oleh musuh musuh politiknya semata mata untuk membunuh karektor dirinya sebagai politikus yang bersih dan berwibawa. Tidak ada lagi dalam sejarah negara seorang ahli politik dihina dan dimalukan semahu mahunya oleh pihak berkuasa melainkan Anwar Ibrahim. Hairan ya, kenapa tidak orang lain... haha....

Jawapannya ialah, Anwar lah yang paling digeruni dan ditakuti oleh musuh musuh politiknya. Dia mesti dijatuhkan walaupun dengan apa cara sekalipun. Liwat I telah hanyut dibawa sejarah walaupun kini cuba dihangatkan kembali dengan kemunculan Ummi yang entah dari mana dan siapa yang membiayai kemunculannya. Kini muncul liwat II yang sudah nampak akan gagal walaupun masih sedang panas dalam perbicaraan mahkamah yang amat adil cara Malaysia... haha...

Dan terbaru, muncul pula fitnah dalam bentuk video seks yang didedahkan pada wartawan oleh Datuk "T" yang diketuai oleh si Rahim Thamby Chik. Insyaallah, rakyat akan terbuka mata kerana rakyat mengenali siapa Rahim Thamby Chik yang menuduh dan siapa Anwar sebagai tertuduh. Ini merupakan satu lagi siri "pembohongan" yang diselaras oleh mereka di peringkat kuasa tertinggi.

Aku amat yakin hanya masa yang akan menentukan bahawa video ini hanyalah satu lagi sampah yang tersangkut dalam longkang fitnah musuh musuh politik Anwar bin Ibrahim...

Tahniah Anwar... haha... LAWAN TETAP LAWAN...

Tiada ulasan: