Khamis, 24 Mac 2011

shalehudin

shalehudin


Now showing... circus... kahkahkah...

Posted: 24 Mar 2011 07:37 AM PDT

Video: Makin celaru la politik Umno

Posted: 24 Mar 2011 06:54 AM PDT

Teruk mabuk Zaid nih... kahkahkah...

Posted: 24 Mar 2011 06:35 AM PDT

Dalam Malaysia the bolehland ni, segala mak nenek boleh jadi. Edar video lucah jadi salah tapi nonton video lucah yang boleh lingkup reputasi Anwar tak pa. Jual video lucah polis marah tapi simpan video lucah yang ada iras iras Anwar tak siapa peduli pulak.

Sayangkan, sebagai Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang berlatarbelakangkan undang undang negara ni malah selaku umat Islam pulak tu, Zaid Ibrahim dah bercakap macam orang yang mabuk teruk. Orang lain pun ada tonton jugak video lucah tu tapi tak la sampai berminggu minggu mabuknya... kahkahkah...

Dalam tulisan terbaru di blognya, Zaid berkata berdasarkan apa yang ditontonnya beberpa persoalan mesti dijawab dan sebaik-baiknya ia dilakukan oleh sebuah badan bebas. Tapi lawak la kan, takat masa hang yang tak bernilai tu terbuang mampuih pi la tapi habis ngan masa pakar pakar lain termasuk Scotland Yard, FBI, dan juga Pasukan Polis Berkuda Kanada pun nak diajak bersama-sama dengan polis di negara ini bagi mengesahkan sama ada pita itu tulen atau palsu.

Woiiittt...
Takat nak tau tulen ke tidak video tu, tanya Harussani dulu tengok dia batuk ke tidak... kahkahkah... Kalau batuk batuk, sah tu bukannya Anwar... kahkahkah...

Takat nak tau tulen ke tidak video tu, tanya Jamil Khir dulu tengok dia stim ka tidak... kahkahkah... Kalau konfom dia stim, sah... tu bukannya manusia yang bernama Anwar... kahkahkah...

Kesian kat rakyat

Posted: 24 Mar 2011 05:53 AM PDT

Fitnah Video Seks : Selepas MP Sungai Petani,Chegubard Pula Tampil Membuat Pendedahan

Sebagaimana yang dijanjikan Chegubard (gambar) tampil membuat pendedahan.Berikut kenyataan penuh CheguBard :

Kenyataan media ini dibuat susulan kenyataan media yang telah dibuat oleh Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Eskay Abdullah.

Pada 21 Mac 2011, saya telah menerima panggilan dari seseorang yang menawarkan saya menonton video tersebut dan bertemu Datuk T. Saya telah mendapat maklum pada pagi itu, bahawa Datuk T juga adalah penganjur tayangan video lucah di Carcosa Seri Negara pada awal pagi pada hari yang sama.

Saya bersetuju untuk pergi bersama beberapa rakan tetapi yang dibenarkan menemui beliau adalah 2 orang sahaja. Saya telah membawa rakan baik saya yang juga seseorang dari UMNO. Saya diarah menunggu depan Institut Jatung Negara (IJN) pada jam 7.45 petang. Saya tiba tepat waktunya. Seseorang yang perkenal diri Datuk T menelefon saya dan mengarahkan saya meletakkan kenderaan di situ dan kami telah di jemput di perkarangan parkir Institut Jantung Negara pada lebih kurang hampir 8.00pm. Sebelum itu ketika kami menanti ada beberapa kenderaan berpusing beberapa kali dan memerhati kami.

Kami telah dibawa ke Hotel Shangrila dan telah bertemu dengan 3 orang di sana selain dari beberapa orang yang dipercayai pengawal peribadi yang bertugas untuk Datuk T. Sebelum memasuki bilik kami diperiksa badan dan diminta meninggalkan telefon tangan kepada pengawal. Datuk T telah memperkenalkan dirinya dan bersama beliau adalah Tan Sri Rahim Thamby Chik dan seorang tua yang tidak dikenali, (tetapi selepas itu dikenal pasti sebagai Tengku Sulaiman)

Kami telah dibenarkan untuk menonton video lucah secara menyeluruh dua kali dan semasa itu Datuk T memberi penerangan mengenai video itu. Kami juga dimaklumkan bahawa Datuk T yang kini disahkan sebagai Datuk Easkay Abdulllah adalah pemunya video tersebut dan hanya beliau mempunyai video tersebut.
Kami juga dimaklumkan bahawa Tan Sri Rahim Thamby Chik baru menonton video tersebut dan ini berbeza sekali dengan kenyataan beliau pada 23hb Mch 2010 sebagai orang yang sama-sama terlibat dengan Datuk T. Ketika menonton bersama, Tan Sri Rahim seolah beberapa kali terkejut dan beristigfar seolah inilah kali pertama menonton.
Tujuan saya dipanggil adalah untuk diberi sesalinan video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail dan mengemukakan desakan agar beliau dan Ketua UMUM PKR berhenti dan meninggalkan politik.
Untuk tujuan mendapatkan video itu saya telah berpura-pura untuk bersetuju mengenai apa yang di beritahu kepada saya mengenai video itu. Datuk T memberitahu bahawa video itu membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan menerangkan mengenai video itu secara terperinci.

Saya telah diminta memberi keputusan untuk bersetuju atau tidak menjadi orang yang akan membawa video itu untuk ditunjukkan kepada Wan Azizah Wan Ismail. Walaubagaimanapun ianya terbantut setelah Datuk T meminta ruangan untuk menayangkan video itu sendiri kepada Wan Azizah. Kami berhubung melalui telefon yang menurut beliau baru dibeli.

Saya mendapati beberapa pencanggahan antara kenyataan media yang diberi oleh beliau sewaktu di imiana Hotel dan apa yang telah diberitahu keapda saya khususnya mengenai Datuk T sebagai Datuk Trio, tetapi dalam pertemuan tersebut Datuk Eskay memperkenalkan diri sebagai Datuk T. Tan Sri Rahim memanggil beliau sebagai Datuk T juga kecuali dua kali terlepas dengan menyebut memanggil Datuk T sebagai Eskay.

Kami meninggalkan hotel tersebut hampir jam 10.00 malam dan bertemu rakan yang mengiringi kami seramai 3 orang yang kami ceritakan apa yang berlaku.

1. Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media semalam dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama saya dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

2. Saya telah 'berpura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun beliau enggan melakukan. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut.

3. Dari pemerhatian saya video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

4. Saya menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawa saya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan menjemput saya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.
Politik kotor dan jijik seperti ini harus dikecam oleh rakyat Malaysia. Rakyat sebenarnya sudah bosan dengan politik 'selak kain' yang lansung tidak mendidik. Isu polisi, kebajikan rakyat tidak diperdebat tetapi sebaliknya 'isu selak kain' dibincangkan secara sensasi, kesian rakyat yang terhimpit dengan kenaikan harga dan kos hidup yang makin meningkat.

Sekian

Video: Saifuddin dedah jalang yang jadi dalang

Posted: 24 Mar 2011 05:46 AM PDT


Jalang politik menjadi dalang

Posted: 23 Mar 2011 07:00 PM PDT

Jalang politik yang menjadi dalang dalam menyebarkan video lucah terbongkar. Ternyata ketiga-tiganya adalah orang kuat Umno. Ketiga tiga mereka yang mendakwa sebagai Datuk T (T-rex) yang diketuai oleh Rahim Tamby Chik memang cukup terkenal di Melaka kerana fobia dengan orang perempuan berdahi licin terutama yang belasan tahun.

Johari Abdul telah mendedahkan dalang video lucah yang menggelarkan diri mereka Datuk T tu. Aku yakin sangat, geng geng ni memang penakut punya. Kalau lah Johari tu tak bagitau sapa dia jalang yang menjadi dalang dalam isu video lucah ni, dah tentu sampai la ni tak dak sapa yang tau siapa dia Datuk T-rex tu...

Sekali lagi rancangan jahat mereka akan gagal lagi, terkantoi.... tapi semuanya dah terlambat... dah kontoi...

"T" tu T-rex... kahkahkah...

Posted: 23 Mar 2011 06:15 PM PDT

'Datuk T' bukan seorang tapi tiga, kata Rahim Thamby
Oleh Syed Mu'az Syed Putra

Abdul Rahim Thamby Chik (kanan) menjawab soalan wartawan bersama Shazryl Eskay Abdullah. - Foto Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik hari ini mengaku beliau, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Perkasa Datuk Shuib Abdullah adalah lelaki misteri yang bergelar "Datuk T" — yang menayangkan rakaman video seks kepada media kelmarin, didakwa melibatkan pemimpin kanan Pkatan Rakyat (PR).

Pada sidang media yang diadakan petang ini, Abdul Rahim juga mengaku beliau dan Shazryl adalah individu di belakang tayangan video seks itu yang ditayangkan di Carsosa Seri Negara.

"Datuk T ini bukan seorang sahaja, tapi ia adalah datuk tiga iaitu saya, Datuk Shazryl dan Datuk Shuib, yang mana kami telah berkawan begitu lama," kata beliau.

"Selain itu, kami merasakan isu yang ada sekarang (video seks) perlu dibuat penyelarasan supaya tidak timbul salah faham. Saya fikir semua pihak perlu tahu kebenarannya, jadi kami jemput beberapa pemimpin media ke Carcosa Seri Negara sebab ia lebih selamat.

"Di situ kami tunjukkan supaya pemimpin media faham perkara sebenar dan kami ke depan kerana mahu tegakkan keadilan... sebab pemimpin yang nak jadi perdana menteri tidak layak, yang mana kita tak boleh terima pemimpin yang mempunyai akhlak yang rendah," katanya.

Nama-nama mereka didedahkan oleh Ahli Parlimen PKR kerusi Sungai Petani Datuk Johari Abdul pada sidang media tengah hari tadi.

Kedua-dua mereka mengadakan sidang media di sebuah hotel di Jalan Ampang kira-kira 4 petang, empat jam selepas sidang media Johari di Petaling Jaya.

Beliau menjelaskan tindakan mendedahkan video seks itu kerana mahu menunjukkan bahawa "individu yang mahu menjadi perdana menteri itu tidak layak."

Jelas Abdul Rahim, satu suruhanjaya diraja perlu dibentuk bagi menyiasat ketulenan video seks tersebut.

"Tubuhkan suruhanjaya diraja untuk siasat ketulenan video seks ini. Kita boleh letakkan pemimpin Pakatan dalam suruhanjaya ini, media, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mungkin pihak luar supaya kebenarannya dapat dibuktikan.

"Orang yang terlibat pula boleh membawa pakar forensik untuk tentukan kebenaran, kita hanya mahukan kebenaran," katanya.

Beliau juga meminta Anwar yang juga Ketua Umum PKR agar meletakkan jawatan mencontohi jejak langkahnya yang sudah bersara dari bidang politik.

"Sekiranya pemimpin mempunyai masalah peribadi yang serius ia boleh merosakkan kepentingan negara.

"Kita tidak akan edarkan video seks ini, harap pihak yang membantah faham," katanya.

Kelmarin Datuk T telah menayangkan video seks tersebut kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara.

Rakaman video menunjukkan seorang pemimpin kanan Pakatan Rakyat mirip Anwar sedang mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita, dipercayai pelacur asing, muncul dan dipertontonkan kepada media.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin tersebut yang juga seorang Ahli Parlimen mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini, dilihat akan menggegarkan arena politik negara sekali lagi.

Ia yang dirakamkan pada 21 Februari lalu dipertunjukkan kepada media di sebuah hotel di sini pagi ini.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

Sementara itu, Shazryl yang turut hadir dalam sidang media itu memberi jaminan video seks itu tidak akan diberikan kepada mana-mana pihak termasuk polis sehingga suruhanjaya diraja ditubuhkan.

"Saya beri jaminan video ini tidak akan jatuh kepada mana-mana pihak...saya boleh jamin.

"Ia (pita video) ada pada saya," katanya.

Beliau juga mengaku ada dalam video itu, namun enggan mendedahkan secara terperinci.

"Saya dalam video itu," jawabnya.

Shazryl yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Anwar juga telah membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks itu semalam.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Tiada ulasan: